20 September 2012

ZIARAH MESRA RAKYAT - AIDILFITRI 2012

Aidilfitri telah berlalu, namun semangat perjuangan fitrah kebenaran & keadilan harus diteruskan. Kunjungan serta ziarah ketika Aidilfitri mengukuhkan lagi semangat perubahan membentuk kerajaan rakyat di N. Sembilan.

Tahniah buat Cabang-cabang dan AMK yang telah menjayakan majlis silaturrahim Aidilfitri masing-masing. Sokongan rakyat bertambah yakin terhadap Pakatan Rakyat menjadi petanda besar gerakan perubahan perlu dipastikan kemenangannya.

Tingkatkan gerak kerja bersama. Hubungan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat -KEADILAN,  PAS & DAP yang kukuh telah memberikan suatu inspirasi Harapan Baru rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Salam Perjuangan,

Kamarul Baharin Abbas
Pengerusi MPN KEADILAN N.SEMBILAN
MP Telok Kemang














JELAJAH MERDEKA RAKYAT N.SEMBILAN - 7 September 2012

Terima kasih buat semua RAKYAT yang terlibat & Cabang-cabang KEADILAN N.SEMBILAN. Insyallah kita doakan perubahan bersama di N. Sembilan membentuk kerajaan rakyat.

Sokongan & dukungan rakyat adalah penting bagi memastikan perjuangan keadilan & kebenaran dapat ditegakkan. Sambutan cukup menggalakkan & menyakinkan adalah signal penting harapan tinggi rakyat terhadap perubahan.

Harapan perubahan ini perlu digalas dengan baik bagi memastikan agenda DEMI RAKYAT terlaksana dengan sebaiknya di N. Sembilan.

Salam Perjuangan,

Kamarul Baharin Abbas
Pengerusi MPN KEADILAN N.SEMBILAN
Ahli Parlimen Telok Kemang










04 September 2012

JELAJAH & CERAMAH MERDEKA RAKYAT N. SEMBILAN Bersama DATO' SERI ANWAR IBRAHIM



Assalamualaikum....

Semua rakyat N. Sembilan dijemput hadir bersama meraikan JELAJAH MERDEKA RAKYAT N. Sembilan Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bersama kita melakukan perubahan Demi Masa Depan Generasi Akan Datang. Kebangkitan rakyat melakukan perubahan adalah aspirasi terbaik untuk memaknakan merdeka kali ke-55 ini.

Salam perjuangan

Kamarul Baharin Abbas
Pengerusi MPN N. Sembilan