28 August 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

Salam Eidulfitr buat kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan perjuangan. Dijemput seluruh rakyat noghori untuk bersama-sama meraikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada:-

Tarikh: 2 September 2012 - Ahad
Waktu: 3 petang
Tempat: Melang, Kuala Pilah



Semoga sambutan ini dapat merapatkan ukhwah serta mengukuhkan saf perjuangan para penyokong & pendukung Pakatan Rakyat. Ayuh kita terus istiqamah dalam perjuangan.

Maaf Zahir & Batin

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang

06 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Dalam tempoh 2 minggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri, namun masa berbaki 2 minggu dalam Ramadhan harus kita lebih mempertingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dalam Ramadhan wajar direbut oleh seluruh ummat Islam.

Perjuangan kebenaran dan keadilan seharusnya lebih diperkukuh sepanjang kita menjalani ibadah puasa Ramadhan. Kita doakan bersama agar keluarnya kita daripada Ramadhan dengan semangat kefahaman agama yang lebih jitu dan kukuh.

Carilah malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Mudah-mudahan amal ibadah kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan dimurahkan rezeki buat kita semua dengan panduan & hidayahNya. Banyakkan kerja-kerja amal & kebajikan membantu sahabat-handai, jiran-tetangga, saudara-mara, orang miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadhan ini dan diteruskan dalam bulan-bulan yang lain.

Wassalam.

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang