17 November 2011

PERBAHASAN PARLIMEN - YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas - Ahli Parlimen Telok Kemang


PERBAHASAN 10 NOV 2011 (Khamis)

4.05 ptg.

Dato’ Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya

mengambil kesempatan bersama membahaskan B.27 dan P.27 khususnya Butiran 10001, Butiran

31000, Butiran 60000, Butiran 61000 dan Butiran 81000 sekali gus. Kita dapat melihat bahawa

anggaran perbelanjaan pembangunan tahun ini ada sedikit pertambahan berbanding dengan

tahun lalu iaitu kurang daripada tahun sebelumnya. Penambahan ini daripada RM2.4 bilion tahun

2011 kepada RM3.7 bilion tahun depan. Saya ingin mendapat penjelasan kementerian mengenai

peruntukan ini iaitu meliputi projek-projek baru, projek dalam pelaksanaan iaitu work in progress

dan juga peruntukan mengenai dengan projek terbengkalai. Projek baru memang telah

diperuntukkan dalam bajet ini tetapi apa yang perlu huraikan di sini ialah projek-projek yang dalam

pelaksanaan dan juga projek terbengkalai.

Saya menyentuh kepada konsep sistem tender kita seperti mana yang disebutkan oleh

rakan-rakan yang lain. Mengikut makluman saya, dahulunya dalam perjanjian kita ada price

fluctuation clause, kita ada performance bon dan juga kita ada syarat yang mana kementerian perlu

meluluskan sekiranya ada pelantikan subkontraktor. Kita mengambil iktibar bahawa keperluan itu

penting.

Pertama, price fluctuation clause. Ini kerana ini disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri

bahawa kebanyakan projek yang gagal ialah sebab kenaikan harga bahan. Akan tetapi, harga

bahan ini tidak akan melonjak begitu tinggi dan kita boleh menjangka sewaktu kita membuat

perancangan kadar kenaikan dalam masa kontrak dalam perjalanan. Ini kita buat satu peruntukan

dalam kontrak iaitu price fluctuation clause.

Kedua yang saya sebutkan tadi ialah nama subkontraktor. Disebutkan oleh rakan-rakan

tadi ialah mengenai dengan projek yang diagihkan kepada subkontraktor-subkontraktor lapisan

kedua dan ada juga lapisan ketiga dan seterusnya. Dahulu perlu mendapat kelulusan kementerian

dan kementerian memberi kelulusan apabila mengetahui bahawa subkontraktor itu mempunyai

kemampuan. Akan tetapi sekarang ini saya tidak tahulah cara mana, kerana kalau projek ini

diagihkan berlapis-lapis, penting bagi kementerian untuk mengetahui sebenarnya siapa yang akan

melaksanakan projek ini dan juga harga yang telah pun diagihkan ataupun ditentukan oleh

kontraktor utama. Ini kerana ada kaitannya dengan pelaksanaan.

Sekiranya harga akhirnya nanti tidak memberi keyakinan kepada kementerian

bahawa subkontraktor yang ditugaskan atau yang akan melaksanakan kerja itu tidak akan mampu

melaksanakan kerja kerana dengan harga yang telah pun diberikan oleh kontraktor utama, jadi

from the start, dengan izin Tuan Pengerusi, is going to be a failure.

1610 ptg

Pelaksanaan tidak akan dapat diteruskan dan projek akan terbengkalai. Jadi timbul pula

soalannya di sini iaitu apabila projek itu terbengkalai, disebutkan juga projek itu akan diadakan

mutual termination. Saya tidak fahamlah mutual termination. Pohon penjelasan kerana apabila

projek itu gagal, ada performance bon dan di situ kerajaan berhak cash out performance bon dan

mendenda kontraktor yang gagal melaksanakan kerja. Ini perlu dilakukan kerana ada dapat

maklumat bahawa mutual termination ini tidak melarang kontraktor asal itu mengambil bahagian

kembali apabila tender ini dikeluarkan semula. Ada kes bahawa kontraktor yang gagal ini telah

mendapat kerja apabila projek yang sama dikeluarkan tender. Ini saya perlu penjelasan daripada

kementerian. Apakah maklumat yang saya terima ini benar?

The first contractor who failed was awarded when the project – the same project was

retendered. Maknanya dia daripada kontraktor yang gagal, menjadi kontraktor yang penyelamat.

Ini tidak masuk akal bagi saya. Jadi saya minta penjelasan sekiranya ada kes-kes seperti ini.

Jadi Tuan Pengerusi, dalam menaik taraf jalan raya dan jalan laluan, saya perlu bertanya

kepada kementerian usaha untuk menaik taraf plaza tol kerana banyak tempat sekarang ini yang dibina

pada 20 tahun yang lalu masih lagi pada tahap yang lama dan ada peningkatan sekarang yang

ada mengenai dengan jumlah kenderaan yang menggunakan jalan itu. Tempat itu tidak lagi sesuai.

Dulunya mungkin dua laluan cukup tetapi sekarang ini tidak kerana kita ada sekarang ini laluan

untuk SmartTag, ada touch n go, ada yang bayar tunai, ada tempat untuk tambah nilai dan sebagainya.

Jadi di sini perlulah kita membuat peruntukkan daripada kementerian untuk menaik taraf tempattempat

yang berkaitan khususnya kepada laluan, kepada pekan-pekan kecil. Ada juga kepada

pekan utama seperti di Seremban. Di Seremban masih lagi dua laluan pada satu hala.

Tuan Pengerusi, ada juga projek yang siap. Projek yang disiapkan oleh syarikat konsesi

yang tidak mengikut spesifikasi. Ini seperti mana yang disebutkan tadi ialah pengawasan oleh

pihak kementerian – Jabatan Kerja Raya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Yang pertama

kerana tidak mengikut spesifikasi, yang kedua boleh diluluskan iaitu diberikan Certificate of Fitness

dan jalan raya ini digunakan oleh pengguna-pengguna. Ini termasuk juga bangunan-bangunan

yang dibina...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ada satu minit lagi, Yang

Berhormat.

Dato’ Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]: ...Oleh kementerian yang lain tetapi di

bawah pengawasan kementerian, as Supervising Officer dan berlakunya kerja-kerja yang kurang mutu

dan ini telah pun diakui siap dan disahkan oleh kementerian. Tidak sampai dua tiga tahun kita

dapat kerosakan, keretakan dan sebagainya dan perlu mengadakan peruntukan yang baru.

Akhir sekali ialah mengenai dengan peruntukan bagi projek yang tergendala sampai ke

tiga hingga empat tahun. Projek tergendala sudah begitu lama tetapi tidak dapat diteruskan oleh

kerana tidak mempunyai kewangan ataupun peruntukan. Saya sebut ini oleh kerana projek seperti

contoh Seremban-Telok Kemang-Linggi yang tergendala tiga hingga empat tahun ini tidak dapat

diteruskan oleh kerana tidak mempunyai tambahan peruntukan kerana kosnya sekarang sudah

meningkat dan kebanyakan peruntukan yang lama telah pun diberikan ataupun dibayar kepada

kontraktor yang lama. Jadi inilah sedikit sebanyak daripada masa yang diperuntukkan untuk saya

walaupun ada yang lain. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi.

14 November 2011

SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS 10 November 2011

SOALAN LISAN PARLIMEN

10 NOVEMBER 2011 KHAMIS

SOALAN 34

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

MENTERI KERJA JAYA menyatakan.

(a) Rancangan kerajaan dalam RMKe-10 untuk menaik taraf Tol Seremban – Labu dan Tol Seremban Port Dickson dengan menambah lebih banyak pondok bayaran tol bagi mengelakkan berlakunya kesesakkan di waktu puncak dan

(b) Jangka masa projek dan disiapkan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat prihatin dan mengambil maklum mengenai isu kesesakan trafik di Plaza Tol Seremban, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) khususnya pada waktu puncak dan musim cuti umum. Sehubungan itu, pihak kementerian telah merancang untuk membina sebuah lagi persimpangan baru di KM 267.5, PLUS iaitu kira-kira 4 kilometer sebelum Persimpangan Bertingkat Seremban sedia ada dari arah Kuala Lumpur bagi menampung keperluan trafik ke Bandar Seremban.

Anggaran kos bagi pembinaan persimpangan bertingkat baru ialah sebanyak RM 160 jut. Pembinaan fizikal dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 dengan tempoh siap 24 bulan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam RMKe-10.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dilaksanakan di Plaza Tol Port Dickson (Arah Utara), PLUS, reka bentuk plaza tol tersebut masih boleh menampung jumlah kapasiti kenderaan sedia ada iaitu 14,000 kenderaan dalam sehari di mana anggaran had maksima ialah 38,000 kenderaan kenderaan dalam sehari. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian akan mengambil langkah-langkah bagi membantu melancarkan aliran trafik di plaza tol berkenaan terutamanya pada waktu puncak dengan memaksimakan pembukaan lorong transaksi, pelaksanaan kutipan tol secara berlapis dan bantuan kawalan trafik.

Sekian, terima kasih.

09 November 2011

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - Komen Kelemahan Pengurusan Kewangan Kerajaan N. Sembilan

Tahniah buat Ketua Audit Negara yang ada kekuatan untuk mendedahkan kelemahan dan mungkin kewujudan penyelewengan oleh Kerajaan N. Sembilan di bawah pentadbiran UMNO/BN.

Sikap pimpinan UMNO/BN ini telah memalukan rakyat N. Sembilan dan termasuk kakitangan awam. 7 daripada 10 Projek Pembangunan Kemiskinan di N. Sembilan dinyatakan gagal oleh Ketua Audit Negara. Apakah ini ciri-ciri Kerajaan 1 Malaysia yang kononnya mendahulukan rakyat? Akan banyak lagi pendedahan yang akan dibuat.

Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan juga telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah melaporkan isu rasuah ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas. Harap anak muda N. Sembilan dapat membawa kesedaran ini kepada keluarga di rumah. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara.

Salam Perjuangan.

Program Korban Parlimen Telok Kemang



Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan anggota KEADILAN di Parlimen Telok Kemang yang terlibat sama untuk menjayakan Program Ibadah Korban pada tahun ini. Mudah-mudahan gerak kerja kita diberkati Allah.

Salam perjuangan,

Ikhlas dari saya,

YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas

08 November 2011

SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS

31 Oktober 2011

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

(a) kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Railway Union Malaysia (RUM) yang mendesak Presiden KTMB agar meletak jawatan kerana bertanggungjawab atas kehilangan RM 300 juta wang simpanan dan overdraf KTMB dan:

(b) apakah tindakan Kerajaan berkenaan dakwaan tersebut.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Untuk makluman Yang Berhormat, memang tidak dinafikan bahawa terdapat desakan daripada pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu bhd (RUM - Railway Union Malaysia) mendesak Presiden KTMB agar meletakkan jawatan sebagaimana dilaporkan di dalam akhbar, tabloid, blog serta media alternatif yang lain. Satu piket secara aman telah diadakan bagi menyuarakan desakan tersebut telah diadakan pada 29 Julai 2011 di hadapan bangunan Ibu Pejabat KTMB.

Sungguhpun demikian, kenyataan bahawa desakan RUM tersebut adalah kerana isu kehilangan RM 300 juta wang simpanan dan overdraf KTMB adalah tidak benar. Sebagaimana dilaporkan di dalam media cetak dan alternatif desakan RUM adalah berasaskan kepada penilaian kesatuan yang mendapati beliau tidak menjalankan tugas dengan cemerlang dalam menjana pendapatan yang baik dan menyebabkan KTMB mengalami kerugian.

(b)Walaubagaimanapun, Kerajaan sentiasa mengambil berat akan desakan-desakan yang dikemukakan oleh mana-mana Kesatuan sekerja yang ada membuat aduan dan tuntutan ke atas majikan mereka. Sekiranya apa-apa aduan dan tuntutan tersebut melibatkan kesalahan jenayah, rasuah dan sebagainya, perkara ini akan diperhalusi melalui siasatan lanjut pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semoga Aidiladha Menjadi Medan Pengukuhan Perjuangan & Pengorbanan

Salam Aidiladha yang telahpun kita sambut pada Ahad lepas dengan Takbir kesyukuran. Alhamdulillah diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Saya mendoakan buat sahabat-sahabat dan diri agar kita sentiasa diberikan kemudahan dan keredhaan Allah di dalam perjuangan yang telah kita laksanakan. Semoga Aidiladha yang disambut memberikan makna yang besar dalam perjuangan serta erti pengorbanan yang hebat buat kita.

Salam Aidiladha. Terus mengertikan Aidiladha dalam kehidupan.

03 November 2011

SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS

ISU ZAKAT

24 Oktober 2011

SOALAN 16 - LISAN

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) Rancangan dan perbelanjaan kebajikan wang zakat dari 2005 hingga 2010 dalam usaha-usaha mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam dan

(b) Cara mana pelaburan wang zakat dalam pelaburan harta dapat member faedah kepada umat.

JAWAPAN:

YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil khir bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, mengikut Jadual 9 Senarai II (1), Perlembagaan Persekutuan, Hal Ehwal Agama Islam termasuklah kutipan dan agihan zakat adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam (MAIN) masing-masing.

Saya percaya Kerajaan Negeri telah, sedang dan akan mengambil tindakan terbaik dari masa ke semasa mengikut kemampuan masing-masing bagi mengendalikan dan meningkatkan perkhidmatan pengurusan zakat. Maklumat mengenainya bolehlah merujuk kepada Majlis Agama Islam masing-masing.

Dalam melaksanakan agihan zakat, terdapat dua kaedah utama yang diamalkan

oleh MAIN dan agensi zakatnya bagi menyalurkan bantuan dana zakat kepada golongan asnaf. Kaedah pertama adalah melalui permohonan yang dibuat secara terus oleh pemohon dan kedua melalui pendekatan ‘turun padang’ di mana pegawai pengurusan zakat mengunjungi rumah atau tempat tinggal mereka yang memerlukan bantuan. Melalui pendekatan tersebut, MAIN menyediakan senarai pemohonan dan penerima bantuan zakat melalui bancian, siasatan dan kajian yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pegawainya dengan kerjasama erat amil-amil, jawatankuasa masjid, persatuan penduduk, JKKK, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Tindakan bersepadu ini juga dapat memastikan bakal-bakal penerima zakat dapat dikesan secara menyeluruh.

Senarai pemohonan dan penerima diproses dan dikemaskini dari semasa ke semasa dalam pengkalan data pengurusan zakat. Senarai berkenaan disemak dan diperhalusi oleh Jawatankuasa Agihan negeri masing-masing bagi mempastikan mereka adalah tergolong dalam asnaf yang layak diberi bantuan menerusi pelbagai skim bantuan yang diperkenalkan tertakluk kepada syarat kelayakan dan had kifayah yang ditetapkan oleh negeri masing-masing.

Berdasarkan lapan asnaf itu, pelbagai skim bantuan ditawar dan diagihkan kepada para penerima yang layak. Antaranya bantuan kewangan bulanan, bantuan dermasiswa, bantuan perubatan, bantuan membina/membaiki rumah dan deposit membeli rumah kos rendah dan lain-lain. Dengan agihan dan skim-skim bantuan zakat seumpama inilah yang akan dapat membantu asnaf zakat daripada kedaifan dan kepinggiran.

Program-program pembangunan ekonomi yang mampu member impak yang tinggi (High Impact Program) kepada asnaf untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui skim bantuan zakat juga diwujudkan. Umpamanya skim latihan kemahiran, skim bantuan modal perniagaan, bantuan deposit sewa beli teksi, bantuan deposit membeli van/bas sekolah dan lain-lain. Di Wilayah Persekutuan misalnya, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan sebanyak 27 skim bantuan, sebahagian besarnya adalah seperti mana yang disebutkan.

Program-program skim bantuan ini membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan dapat berdikari membina hidup yang lebih selesa. Seterusnya mereka akan keluar pula sebagai pembayar zakat. Inilah bentuk ‘pelaburan wang zakat’ yang dikendalikan oleh MAIWP, Lembaga Zakat Selangor dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri yang lain agar dapat member faedah jangkamasa panjang kepada umat Islam.

(b) Sehingga hari ini dalam maklumat JAWHAR, tidak ada wang zakat dilaburkan secara langsung/komersil dalam apa-apa skim-skim pelaburan sekalipun ulama berpendapat dengan syarat-syarat tertentu/yang ketat adalah diharuskan mengambil wang zakat untuk tujuan pelaburan. Ini adalah kerana prinsip asasnya wang zakat adalah hak mustahik (asnaf zakat), ia hendaklah diagihkan dan diberikan kepada asnaf-asnafnya dengan segera. Pusat zakat Majlis-Majlis Agama Islam Negeri masih lagi berpegang teguh dengan prinsip dasar ini dengan memperkenalkan skim-skim bantuan serta program-program jangkamasa panjang yang memberikan impak yang tinggi untuk kebaikan dan manfaat umat Islam.

Sekian, terima kasih.