28 July 2010

Kenaikan Harga Barang Mampu Dielakkan Tapi Umno-BN Biar Ekonomi Terus Tiris


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS yang berucap pada Ceramah Perdana KEADILAN di Linggi, menegaskan Umno-BN sepatutnya mengatasi masalah ketirisan ekonomi yang mencapai tahap sehingga 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum mengambil sebarang tindakan menaikkan harga barangan.

"Alasan kerajaan untuk menaikkan harga barangan adalah kerana ingin mengurangkan subsidi sebanyak RM750juta setahun, bagi saya kenaikan harga itu sebenarnya kerana ingin menampung segala kerugian yang berlaku dalam kerajaan yang sudah mencecah berbilion ringgit.

" Kenaikan harga barangan keperluan asas dan penarikan subsidi petrol yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini membuktikan Umno-Barisan Nasional gagal mentadbir Malaysia ini dengan baik meskipun mempunyai hasil mahsul yang melimpah. Akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab tersebut rakyat yang sepatutnya mendapat pembelaan sewajarnya kini menerima tekanan hidup yang teruk dan menjadi bertambah miskin.

"Najib sebenarnya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dengan baik, beliau hanya tahu memberi tekanan kepada rakyat bila mengetahui kewangan kerajaan sudah mula merosot. Kita melihat sekarang soal ketirisan yang berlaku di dalam pentadbirannya melebihi apa yang beliau katakan untuk penjimatan RM750 juta setahun.

"Sebagai contoh pembinaan Istana Negara yang pada awalnya kos hanyalah sekitar RM400 juta dan sekarang telah meningkat RM800 juta, saya pasti disebabkan kenaikan harga baru ini kos akan mencecah RM1 bilion. Ini jelas ketirisan ataupun pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan untuk satu projek sahaja sudah mencecah RM400 juta.

"Jadi apa alasan Najib yang mengatakan untuk penjimatan RM750 juta daripada pengurangan subsidi tersebut, macam mana Umno-BN memerintah, ketirisan yang berlaku setiap tahun mencecah RM20 bilion dan jika soal ini dapat diatasi saya yakin bukan sahaja harga tidak dinaikkan malah kita boleh menurunkan harga barangan tertentu," jelas Kamarul semasa berucap pada cderamah di Linggi Sabtu lalu.

Tambah beliau lagi, rakyat tidak tahu mereka juga telah menyumbang subsidi kepada kerajaan dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengurangkan subsidi tersebut agar tidak membebankan rakyat.

"Saya ingin nyatakan sebenarnya rakyat adalah penyumbang terbesar subsidi kepada kerajaan, tentu rakyat tidak sedar selama ini mereka menyumbang subsidi sejak sekian lama.

"Subsidi rakyat kepada kerajaan adalah melalui membayar cukai bila kita membeli kereta, kita lihat berapa ramai penduduk Malaysia mempunyai kereta. Subsidi rakyat kepada kerajaan setiap tahun berjumlah berbilion ringgit, itu tidak pernah kerajaan hargai dan bila mereka mendapat subsidi dari kita mereka gunakannya sesuka hati, melakukan pemborosan yang besar melalui projek-projek besar kerajaan.

"Kenapa kerajaan tidak mahu mengurangkan cukai kenderaan? Jawapannya jelas kerajaan sebenarnya ingin menipu rakyat dan mereka rasa yang rakyat tidak akan tahu penyumbang subsidi terbesar kepada kerajaan adalah melalui cukai kenderaan yang dibeli oleh rakyat," kata beliau.

Bercakap mengenai ceramah yang diadakan, Kamarul yang juga Ahli Parlimen Telok Kemang berkata ia adalah satu sejarah dalam politik di Negeri Sembilan kerana ia di adakan di dalam kebun getah berhampiran hutan.

"Ini merupakan sejarah kepada politik kita yang mana setelah dihalau dari tempat asal di padang sekolah, kita ditempatkan di dalam kebun getah yang berhampiran dengan hutan.

"Tapi saya bangga dengan kehadiran pada malam ini, walaupun Umno-BN mengunakan kuasa mereka dan pihak polis tidak memberi permit untuk perhimpunan perdana ini masih ramai yang hadir untuk mendengar amanat dari pemimpin KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun tidak ada permit dikeluarkan kita masih dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

"Malam ini kita kuatkan semangat untuk terus menentang Umno-BN di bumi Malaysia ini, kita perlu pastikan kerajaan yang kejam ini tidak lagi memerintah Malaysia," tegas beliau penuh semangat.

16 July 2010

AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG TURUN PADANG KE PANTAI BLUE LAGOON

BLUE LAGOON - YB Dato’ Kamarul Baharin Bin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang melahirkan rasa berpuashati beliau dengan tahap kebersihan di Pantai Peranginan Blue Lagoon. Dalam program turun padang beliau ke pantai peranginan berkenaan pada 11 Julai 2010 yang lalu, beliau memuji langkah proaktif yang telah diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson dalam menyediakan kemudahan yang terbaik untuk keselesaan pelancong.
Lawatan beliau ke pantai peranginan terkemuka di Port Dickson ini dilakukan bagi meninjau sendiri persekitarannya setelah kira-kira setahun yang lalu pengunjung ke pantai ini dikejutkan dengan laporan Blue Lagoon telah bertukar menjadi Black Lagoon ekoran dari kekotoran pantai yang teruk akibat pencemaran yang terhasil dari sebuah projek pembangunan berhampiran.

Beliau telah melapangkan masa kira-kira 1 jam di pantai ini sambil menikmati panorama indah di pantai tersebut. Beliau turut mengambil kesempatan menemui para peniaga setempat bagi menyelami permasalahan mereka. YB Ahli Parlimen ingin menyeru pengunjung ke pantai peranginan ini agar sentiasa menjaga kebersihan demi keselesaan bersama.

15 July 2010

AL - FATIHAH

Kampung Sawah, Chuah - Seorang aktivis PKR yang berjiwa kental dan berani, Allahyarham Zaini 41, telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat "Hapatitis B" pada 9 Julai lalu lebih kurang jam 9.30 malam. Pemergian allahyarham merupakan suatu kehilangan kepada PKR amnya dan masyarakat Chuah khasnya. Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Rohaya binti Romaly dan dua orang anak masing masing berumur 15 dan 10 tahun.
Jenazah allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sawah, Chuah pada 10 Julai jam 12.30 tengahari. Semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang yang soleh, amin....

Foto foto semasa di tanah perkuburan Kg. Sawah, Chuah

12 July 2010

PUSAT KESIHATAN TAK ADA AIR DAN LETRIK

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukan dana berjumlah RM 19 juta untuk Projek Pusat Kesihatan Lukut & Kuarters, kini sudah hampir enam bulan pusat tersebut telah disiapkan namun masih tidak beroperasi kerana tiada bekalan elektrik dan air. Persoalannya adakah peruntukan yang telah diluluskan tidak termasuk bekalan asas ? Mengikut maklumat yang diterima tiada permohonan dari jabatan kejabatan.

Jika pusat ini tidak beroperasi, kenapa perlu menempatkan dua orang doktor bersama beberapa kakitangan, dua buah ambulan dan dua buah bas mini . YB Ean Yong (ADUN Lukut) yang turut sama semasa lawatan akan menghubungi Pengarah Kesihatan Negeri untuk mengetahui kedudukan sebenar tentang perkara ini.

(Berbincang di pintu masuk Pusat Kesihatan Lukut)



























(Semua foto dirakamkan semasa lawatan pada 10 Jul 2010)

01 July 2010

APAKAH BENAR WARGA FELDA MERASAI NIKMATNYA?

Soalan saya kepada Perdana Menteri mengenai FELDA dijawab oleh beliau pada 28 Jun 2010. Soalan berbunyi :

a. Jumlah pelaburan dalam sektor hartanah yang dibuat oleh FELDA dalam Negara semenjak
2005; dan

b. Hasil pulangan daripada pelaburan FELDA membeli Syarikat Bio-Diesel Twin Rivers
Technology di America Syarikat pada 2007 dengan RM270 juta.

JAWAPAN :

a. Untuk makluman, sejak tahun 2005 FELDA telah melaksanakan pembangunan hartanah
bernilai RM1,121.93 JUTA. Projek yang dilaksanakan adalah terdiri daripada
pembangunan 1. tiga (3) buah projek FELDAJAYA bernilai RM146.74 JUTA,
2. lima (5) buah projek perumahan mampu milik atau Perumahan Warga
FELDA bernilai RM134 JUTA
3. FELDA Residence Kuala Trengganu RM28.84 JUTA
4. Menara FELDA RM662 JUTA
5. Rumah Rehat dan Kompleks Latihan FELDA RM27.47 JUTA
6. Maktab Rendah Sains MARA FELDA di Trolak RM122.87 JUTA
Kesemua projek hartanah tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat peneroka, pegangan harta dan pelaburan FELDA serta tanggungjawab
sosial kepada warga FELDA.

b. Pelaburan Kumpulan FELDA di dalam Syarikat Twin Rivers Technologies US, Inc
(TRT US) telah dibuat pada penghujung tahun 2007. Pelaburan sebanyak RM270 JUTA
tersebut telah dipermodalkan di dalam bentuk saham ekuiti di dalam TRT US.
Justeru itu, pulangan ke atas modal saham tersebut adalah berbentuk dividen
di mana ianya tertakluk kepada prestasi kewangan TRT US.

Pulangan ini adalah berbentuk jangka panjang yang belum lagi memberikan pulangan.
Ia adalah pelaburan strategik untuk menembusi pasaran oleochemical dan makanan
di Amerika Utara.

Saya meragui cara mana pelaburan-pelaburan tersebut benar-benar memberi manafaat kepada peneroka-peneroka. Pengakuan Perdana Menteri di atas jelas tidak mencerminkan ke arah itu.