26 March 2009

DOC, WE FOUND YOUR KUTTY, LAH..

DIPETIK DARI:
http://malaysiana1.blogspot.com/2007/09/malayalees-of-penang.html
Don’t know if it’s 100% accurate.
“Monday, September 10, 2007
The Malayalees Of Penang

Thanks to The Star and its feature The Penang Story for the information. Malayalees are a southern Indian people from the Indian province of Kerala, west of Tamil Nadu.

They are perhaps India’s most multi-religious community, and possess the religions of Hinduism, Buddhism, Islam, Christianity and Judaism. Malayalees, and Tamils, have long traded with Malaysia’s kingdoms of Kedah and Johor. Some ancient Malayalee and Tamil traders even married into Kedah and Johor royalty.

Malayalees, together with Tamils and Arabs, were instrumental in bringing Islam to Malaysia. After all, Kerala was India’s first Muslim province.

European colonialists, however, played a key role in boosting Malayalee migration to Malaysia. When the Portuguese conquered Melaka in 1511, they were joined by soldiers recruited from Kerala. Some of Penang’s earliest Muslim teachers or Ulama from the Indian community were undoubtedly Malayalees and they included Fakir Melana whose tomb is in Datuk Keramat, George Town.

Syed Mustapha Idris or Datuk Koya was a respected religious teacher from the Malayalee community. He was also a much-loved humanitarian who helped the poor and sick, regardless of race or faith.

Narayana Pillai was an important Malayalee community leader and businessman in George Town. He migrated to Singapore shortly after the British acquired the island from the Sultan of Johor, and became an important contractor there.

Malayalee and Tamil Muslims frequently intermarried and thus, it is uncommon to find a purely Malayalee Muslim or purely Tamil Muslim in the island, and Malaysia, today. Abdul Kadir Merican, a respected Indian Muslim leader of Tamil-Malayalee ancestry, established one of George Town’s most beloved mosques, the Kapitan Kling Mosque, named in his memory.

Kadir, who married a Kedah princess, was the patriarch of Malaysia’s illustrious Merican family which included as its members Malaysian Frank Sinatra Datuk Ahmad Daud, his actress and singer daughter Fauziah Ahmad Daud (Malaysia’s Jodie Foster and female Simon Cowell), First Lady of Malaysian Theatre Datuk Faridah Merican, Health Ministry Director-General Tan Sri Dr Ismail Merican and composer Datuk Ahmad Merican.

Another famous Malayalee contractor was Ibrahim Kaka who built the George Town police headquarters in Penang Road. He also built houses in Cheeseman Road, Hussain Road and Taylor Road, as well as the Penang UMNO headquarters in Zainal Abidin Road (formerly Jewish Road).

The UMNO headquarters was officiated by Malaysia’s first Prime Minister and ardent Penang fan Tunku Abdul Rahman Putra. The Malayalees of Penang were known as daring construction workers. They played a key role in the completion of the Penang Hill railway in George Town, as well as the city’s Sri Mariamman Hindu Temple and Kebun Nyor Methodist Church.

Kaka’s contemporaries in the construction business included V. K. Ismail, T. A. Omar and B. Ismail. P. K. Nambyar, a Malayalee from George Town, became the first president of the Malaysian Indian Association, formed in Taiping, Perak, in 1906. He was Malaysia’s first Indian lawyer. He also founded the Penang Indian Association. Nambyar Road in George Town is named after him.

Nambyar’s son Dr N. K. Menon was actively involved in the Indian National Army formed by Subhas Chandra Bose of Bengal, to fight for India’s independence. Menon also served in the George Town Municipal Council and headed the British Medical Association of Malaysia. Nambyar’s son-in-law N. Raghavan, who also led the Penang Indian Association, was a prominent lawyer, and a founder of the Central Indian Association of Malaysia (CIAM) headed by Datuk Ernest Emmanuel Clough Thuraisingam.

Perhaps, the most famous Malayalee to land in George Town was Iskandar Kutty, a merchant who married a Johor-Riau wife Siti Hawa Iskandar. They became the proud parents of Alor Star’s top public school Sultan Abdul Hamid College’s founder-principal and Kedah’s royal educator Datuk Mohamad Iskandar. Mohamad was the school teacher of Tunku Abdul Rahman.

He and his wife Datin Wan Tempawan Wan Hanafi from the Kedah Bendahara’s (Prime Minister’s) clan, were the proud parents of Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia’s Father of Modernisation and fourth Prime Minister.

And contrary to popular belief, pulled tea or teh tarik and roti canai or Tamil unleavened bread are Malayalee dishes, not Tamil ones.


19 March 2009

SERI PADUKA DIGESA TIDAK LANTIK NAJIB JADI PM..

Dipetik dari: Malaysiakini
-
Datuk Zaid Ibrahim kelmarin telah menggesa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya membuat pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan datang. “Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah.
-
“Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
-
Berucap di majlis makan tengahari anjuran Royal Rotary Club di ibu negara kelmarin, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu berkata, terdapat ramai Ahli-Ahli P
arlimen yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru. Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat.
-
“Tidak ada obligasi di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi Seri Paduka untuk melantik hanya seorang Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam ucapan yang agak keras itu.
-
Najib dijadual mengambilalih jawatan Perdana Menteri lewat bulan ini apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadualkan bersara. Menurut Zaid lagi, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana pemilihan seorang Perdana Menteri menjadi begitu genting. “Malaysia”, tegasnya, “kini dalam krisis” apabila negara sedang berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi yang besar yang akan memberi kesan sosio-politik yang teruk, yang tidak dapat dielakkan.

18 March 2009

PENEMUAN KERTAS JAMPI DI BAWAH MEJA PAK LAH?

Seorang pembaca akhbar berbahasa Mandarin hari ini telah menghubungi penulis & menyampaikan berita ini yang hanya tersiar di dalam akhbar SIN CHIEW DAILY..
-
PENEMUAN KERTAS JAMPI DI BAWAH MEJA PAK LAH?

Polis menemui 2 keping kertas putih & sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Ibu Pejabat UMNO, PWTC. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut beberapa hari lalu.
-
Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat UMNO di Aras 38 PWTC. Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula Perhimpunan Agung UMNO awal minggu depan. 2 keping kertas putih bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut mengandungi tulisan jawi & satu kayu kecil yang dibalut kertas putih.
-
Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada 3 orang yang ada mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk 2 anggota Polis & seorang Pembantu Politik yang bergelar Datuk. Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV & selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.
Untuk kepastian lanjut, pasukan Polis itu telah menghantar objek-objek berkenaan kepada bahagian forensik. Mengulas laporan akhbar itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dihubungi di Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut boleh berada di bawah meja Presiden UMNO & tidak diletakkan di bawah meja Timbalannya Najib Razak. Adakah ini suatu percubaan untuk menganiaya Pak Lah?

17 March 2009

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT.. AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA..

Apakah hanya 2 ekor tupai sahaja yang jatuh ke bumi? Itulah yang terjadi kepada 2 calon utama pertandingan MT UMNO hujung bulan ini. Mereka didapati bersalah mengamalkan rasuah dan melanggar disiplin parti. Mereka yang dibabitkan kesalahan adalah Mohd Ali Rustam yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Kerana kesalahan itu dia diharamkan bertanding jawatan berkenaan. Sementara Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda. Dia diberikan amaran tetapi tidak diharamkan daripada bertanding. Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, memberitahu sidang akhbar di PWTC yang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bebas daripada segala tuduhan.
-
Dengan penyingkiran Mohd Ali, pertandingan jawatan Timbalan Presiden adalah antara Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah, Muhammad Muhd Taib.
-
Dalam sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen mengumumkan hasil penyiasatan membabitkan 29 orang ahli parti. 10 digantung keahlian selama 3 tahun bermula 12 Mac dan diberikan surat amaran. Keputusan penyiasatan terhadap Mohd Ali tidak memeranjatkan kerana buat sekian lama wujud pelbagai tuduhan dan spekulasi mengenai pembabitannya dalam kegiatan yang melanggar disiplin dan peraturan parti, termasuk mengamalkan politik wang. Yang pasti memeranjatkan umum adalah perbezaan antara hukuman berat yang dijatuhkan ke atas Mohd Ali dengan hanya amaran yang dikenakan ke atas Khairy. Khairy serta merta mengisytiharkan dirinya tidak bersalah tetapi senada dengan itu berkata dia menghormati keputusan lembaga itu.
-
Soalnya, bagaimanakah di suatu pihak dia berkata dia tidak bersalah sedangkan di pihak yang lain dia berkata dia menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang mendapatinya bersalah? Akhbar-akhbar cyber hari ini dalam laporannya memetik Khairy sebagai berkata: "Yang penting adalah saya hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding. Saya masih akan bertanding." Menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi itu berkata ada percubaan (agenda) untuk menyekat beliau daripada bertanding.
-
Turut didapati bersalah mengamalkan rasuah politik wang adalah wakil Mohd Ali yang juga Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun. Saadun digantung daripada parti selama 3 tahun. Khairy juga didapati bertanggungjawab ke atas salah laku wakil. Tetapi kesalahan wakil Khairy, menurut Tengku Ahmad Raithauddeen, adalah lebih ringan daripada Saadun.

Maka ada tupai yang jatuh "gedebuk" ke tanah yang keras dan ada yang jatuh atas rumput yang lembut. Namun jatuh tetap jatuh dan terpalit lumpur tetap terpalit juga. Soalnya apakah hanya 2 ekor tupai yang terjatuh ke bumi? Apakah yang sudah atau sedang terjadi dengan ratusan aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin UMNO? Apakah politik wang yang diheboh-hebohkan itu melibatkan 2 orang calon ini sahaja? Kalau begitu eloklah. Kalau tidak, apa yang terjadi kepada ikan-ikan besar yang lain?


AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG TETAMU DALAM RANCANGAN SUDUT PANDANG ASTRO-AWANI


Dato' Kamarul Baharin Abbas telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan Sudut Pandang astro-AWANI pada 12 Mac yang lalu bergandingan dengan Dr. Asyraf Wahjdi Datuk Dasuki yang mewakili UMNO/BN. Program kali ini khusus bagi membicarakan persoalan Mini Bajet RM60 billion yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Najib Razak dengan Saudara Kamarul Bahrin Haron sebagai moderator program.

Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Telok Kemang telah menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh pengacara, antaranya sejauhmana Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat bersedia untuk memberikan kerjasama dengan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional dan juga kerajaan untuk berdepan dengan kegawatan ekonomi hari ini. Pendirian Ahli Parlimen Telok Kemang berhubung pertanyaan ini cukup jelas iaitu Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menangani masalah ekonomi negara.

Namun apa yang mendukacitakan adalah sepatutnya Pakatan Rakyat dilibatkan dari awal lagi iaitu dari peringkat jawatankuasa bagi merangka serta merancang Bajet Mini ini, bukannya hanya diminta untuk memberikan kerjasama setelah bajet ini dibentangkan di dalam dewan. “Bajet Mini ini sesuatu yang baik untuk memberikan keyakinan di kalangan rakyat dan menyuntik keyakinan para pelabur. Namun kami di Pakatan Rakyat berasa sedih seolah-olah Pakatan Rakyat telah dipaksa untuk menerima pembentangan oleh Menteri Kewangan tanpa dijemput terlebih dahulu untuk memberikan pandangan di dalam proses di peringkat jawatankuasa”, ujar Ahli Parlimen Telok Kemang.

Ahli Parlimen Telok Kemang turut memberikan jaminan bahawa Pakatan Rakyat sentiasa komited dalam usaha mengembalikan ekonomi negara pada landasan yang betul namun apa yang menyedihkan ialah, adakah kerajaan UMNO/BN benar-benar ikhlas dalam pelawaan kerjasama ini? Umum mempertikaikan keikhlasan kerajaan UMNO/BN dalam menyalurkan peruntukan ke peringkat akar-umbi yang terbukti sebelum ini mengamalkan dasar secara berpilih-pilih dengan mengetepikan kawasan yang diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Beliau turut mendedahkan kepincangan yang diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN selama ini yang menafikan peruntukan untuk rakyat yang tidak menyokong UMNO/BN. “Kita di Telok Kemang ingin melihat berapa sen dari RM60 billion ini yang akan sampai kepada rakyat di Telok Kemang dan kawasan luar bandar di seluruh negara”, tambah Dato’ Kamarul Baharin lagi.

Sementara itu, Dr. Asyraf dalam hujahnya menyatakan bahawa Bajet Mini yang dibentangkan oleh Najib ini sebagai sebuah bajet yang menyeluruh yang pasti akan memberikan impak terbaik untuk memulihkan ekonomi negara. Namun, apabila ditanya oleh moderator program berhubung dengan sejauhmana keikhlasan kerajaan UMNO/BN dalam proses penyaluran peruntukan ke kawasan yang tidak diwakili UMNO/BN, beliau hanya mampu tersenyum.

16 March 2009

PERLUNYA DITUBUHKAN SURUHANJAYA BEBAS UNTUK SIASAT NAJIB..

Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang menyokong saranan Gerakan Rakyat Anti Korapsi (GERAK) mencadangkan satu suruhanjaya bebas diwujudkan untuk menyiasat kes-kes rasuah yang melibatkan bakal Perdana Menteri, Najib Tun Razak agar beliau benar-benar bersih.
-
Kami difahamkan bahawa Mohd Nazree Yunus (Pengerusi GERAK) berkata, siasatan suruhanjaya itu kelak mampu membersihkan segala tohmahan dan elemen negatif terhadap Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya beliau tidak bersalah. Sebelum Najib memilih ahli Kabinet baru yang bebas dari rasuah, beliau perlu membersihkan terlebih dahulu imej beliau daripada sebarang tohmahan negatif. Penubuhan Suruhanjaya bebas seperti ‘Suruhanjaya Diraja’ ketika siasatan terhadap kes Anwar Ibrahim dahulu merupakan jalan terbaik bagi membersihkan imej Najib daripada persepsi negatif rakyat.

Suruhanjaya bebas ini akan menyiasat kes yang mengaitkan Najib seperti kes Altantuya dan pembelian Eurocopter yang telah diketahui umum. Suruhanjaya tersebut akan terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan bersih dari rasuah seperti tokoh-tokoh dari bidang kehakiman, cendekiawan, golongan profesional dan tokoh agama.
-
Mengenai komen Dr Mahathir yang menggesa Najib memilih ahli Kabinet baru yang bebas rasuah, Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang juga menyokong gesaan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu. Sekiranya ada di kalangan pemimpin Kabinet baru itu diketahui umum pernah melakukan rasuah, ini adalah satu pelantikan yang merugikan rakyat dan menjejaskan kredibiliti kepimpinan negara.
-
Kami juga turut menggesa SPRM supaya tidak bersikap memilih kes dalam usaha mencegah gejala rasuah di kalangan pemimpin negara. SPRM tidak sewajarnya melakukan pendakwaan secara terpilih, hanya kes tertentu seperti kes rasuah Norza Zakaria. Siasatan perlu dijalankan kepada semua individu yang telah melakukan rasuah termasuk di kalangan pemimpin kerajaan.


12 March 2009

MB NEGERI SEMBILAN PERLU CONTOHI MB SELANGOR

Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang amat berbesar hati dengan perkembangan sihat yang berlaku di negeri jiran, Selangor Darul Ehsan. Aset MB & Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor akan dipaparkan mulai esok dalam laman web: www.selangor.gov.my/
-
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang melihat usaha ini dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai mengetahui semua jenis aset dimiliki MB & EXCO sepanjang tempoh mereka memegang jawatan. Aset tersebut meliputi hartanah, saham & sejumlah wang yang berkaitan dalam urusan pada jangka waktu perisytiharan dibuat.
-
Kami difahamkan bahawa tarikh rasmi jangka waktu tersebut antara 24 Mac 2008 (iaitu tarikh angkat sumpah jawatan) sehinggalah sekarang. Transaksi termasuk sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu tersebut. Kami juga difahamkan bahawa pengisytiharan serupa akan turut dilakukan oleh pimpinan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
-
Kita di Telok Kemang ingin melihat perkara serupa dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan demi memastikan integriti kerajaan negeri. Justeru tindakan Kerajaan Negeri Sembilan dalam mencontohi Kerajaan Negeri Selangor adalah dinanti-nantikan. Pengisytiharan seumpama ini membolehkan rakyat membuat keputusan secara adil terhadap dasar kerajaan negeri seterusnya bagi memelihara kredibiliti Kerajaan Negeri Sembilan dari kacamata rakyat.

BUKTI TERBARU KES ALTANTUNYA.. SHAMSUL ISKANDAR DIPANGGIL PIHAK POLIS..

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta hadir memberi keterangan oleh pihak Polis pagi ini berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
-
Ketika dihubungi sebentar tadi, Shamsul berkata, beliau akan hadir di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 pagi berikutan laporan Polis yang dibuatnya Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung bukti terbaru itu. Ia mengenai bukti terbaru mengenai kes Altantuya melalui satu laporan yang ditulis oleh seorang wartawan Perancis dalam akhbar mereka berhubung kes tersebut.
-
Nasib 2 anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri & Koperal Sirul Azhar Umar, yang menghadapi tuduhan membunuh Altantuya akan diketahui pada 9 April ini. Mereka telah dibicarakan selama 159 hari bermula 18 Jun 2007 di Mahkamah Tinggi Shah Alam & berakhir pada 17 Februari lalu.
Azilah, 33, & Sirul, 37, diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya antara Lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor kira-kira jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi, 20 Oktober 2006. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.
-
Pada 31 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin, 48, memerintahkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang sebelum itu dituduh bersubahat dalam kes itu dilepas & dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam tuduhan bersubahat.

BEKAS PRESIDEN UMNO PUN DAH TAK YAKIN..

1. Di waktu mesyuarat bahagian-bahagian UMNO diadakan untuk mencalon calon-calon bagi Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.
-
2. Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.
-
3. Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.
-
4. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?
-
5. Sekarang kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di Mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti. Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah?
-
6. Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?
-
7. Wakil-wakil boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.
-
8. Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang akan dilakukan.
-
9. Jika pada Mac 2008 ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli UMNO yang kecewa telah undi parti lawan, jika mereka lihat UMNO sudah diambil-alih oleh perasuah, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan sekali lagi undi parti lawan.
-
10. Ingatlah undi ahli-ahli UMNO atau BN sahaja tidak mencukupi. Undi orang yang bukan ahli, walaupun sedikit boleh menentukan siapa menang dan siapa kalah.
-
11. Kali ini perwakilan terima wang sogokan. Tetapi apabila UMNO dan Barisan Nasional kalah, tidak jadi Kerajaan, bukan sahaja tidak ada lagi peluang tetapi apa yang ada pada perwakilan pun akan tercicir.
-
12. Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah.
-
-
SELANJUTNYA DI:




SEMINAR BEDAH SIASAT PPSMI DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR..

Rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke Seminar PPSMI yang akan dibentangkan 5 tokoh terkemuka di Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bandar Putra Mahkota, pada hari Sabtu 14 Mac 2009.
-
Dato' Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain & Profesor Dr Mat Rofa Ismail akan membentangkang kertas kerja mereka dalam seminar yang sehari yang akan bermula jam 8.00 pagi.
-
Seminar dijangka lebih menarik apabila perjuangan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak & ketuanan bahasa sendiri, dinafikan oleh UMNO yang melabelkan penentangan mereka sebagai didalangi elemen politik. Rakyat yang mahu mengetahui kebenaran yang lebih mendalam mengenai impak PPSMI terhadap bangsa Melayu. Maka semua dijemput hadir beramai-ramai.
-
Bagi yang berminat, sila hubungi urusetia program seperti berikut:
Hazwani 0133684906 rsbgurl@yahoo. com
Razali Bidin 0196442868 arieff_86@yahoo. com.my
Hakim 0132829225 hakimin_abdullah@ yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 azli_000@yahoo. com
-
Penganjur juga menetapkan yuran penyertaan bagi orang awam iaitu RM30 seorang, manakala pelajar ditetapkan RM15 seorang.

10 March 2009

PERUTUSAN SEMPENA MAULIDUR-RASUL.. AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG..

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan oleh-Nya sama-sama menyambut ulangtahun Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Sambutan hari Maulidur Rasul pada asasnya adalah satu kegiatan dakwah yang baik, lebih-lebih lagi untuk menyatakan rasa syukur kita di atas nikmat Iman yang ada pada kita semua; sebab sejak zaman berzaman ia sentiasa disambut oleh kebanyakan umat Islam. Oleh kerana upacara sambutan ini berlaku sejak dulu, ada tanda-tanda bahawa upacara sambutan ini telah kehilangan arah tujuan, malah ianya dilakukan tidak lebih sekadar sebagai adat dan tradisi sahaja, yang menyebabkan ianya memberi kesan yang tidak baik terhadap umat Islam. Sebenarnya sambutan Maulidur Rasul pada setiap tahun mestilah disambut dengan niat dan keazaman yang baru untuk memperdekatkan diri dengan Allah. Kerana Baginda adalah seorang yang dipilih dari kalangan jutaan manusia untuk menjadi orang tengan antara manusia dan Allah.
-
Keazaman dan niat yang baru setiap tahun ini perlu ditanam di dalam hati dan jiwa kita pada setiap kali kita menganjurkannya, kerana Islam memang mengajar kita supaya sentiasa memperbaharui niat dan azam yang jitu untuk ikhlas kepada Allah SWT. Kalau tidak dengan tujuan demikian maka sudah tentu ibadat Solat yang kita lakukan dalam jarak waktu yang sangat dekat, seperti Maghrib dan Isya’ tidak perlu kepada niat yang berlainan. Sudah menjadi tabiat dan fitrah kepada manusia untuk sentiasa mengingati dan memperingati seorang yang disayangi dan dikasihi. Tidak ada masa yang paling seronok dan melegakan perasaan selain daripada masa kita mengingati dan merenung kekasih kita, tidak ada masa yang lebih manis untuk mulut dan lidah kita selain daripada ketika menyebut dan bercakap mengenai kekasihnya.
-
Begitu juga tidak ada nikmat yang lebih enak mata telinga selain dari nikmat dapat melihat wajah kekasihnya dan mendengar suara ayunya. Berdasarkan fitrah dan keperluan tersebut maka orang-orang Islam sepatutnya merasai seronok di hati masing-masing terutama pada pagi ini, di mana kita sedang mengingati, menyebut nama dan membaca sejarah hidup kekasih kita iaitu Nabi Muhammad SAW..
-
Dalam dunia sekarang ini ada dua perkara yang sering ditonjolkan kepada kita, pertama agama dan kedua isme. Agama adalah ajaran yang dikirimkan oleh Allah melalui RasulNya. Asas dan sandaran agama ialah kitab yang sentiasa tetap dan tidak berubah-ubah. Sementara isme pula adalah fahaman ciptaan manusia yang sentiasa berubah mengikut selera dan masa penciptaannya. Isme ini boleh dicuba, kemudian boleh diterima dan boleh ditolak. Tetapi agama bukan barangan yang boleh dicuba-cuba dan ditolak. Ia mesti diterima oleh manusia, kerana ia merupakan salah satu dari kumpulan keperluan bagi kesemmpurnaan hidup manusia.
-
Oleh sebab itulah apabila kita bercakap mengenai Rasulullah SAW bererti kita bercakap mengenai keperluan hidup kita sendiri. Ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah menjadi keperluan hidup kita sebagaimana keperluan lain juga, saperti beras, air, api, ekonomi dan sebagainya. Rasulullah SAW berjuang di sepanjang hidup Baginda membawa, membimbing dan mengajar kepada seluruh manusia perkara-perkara yang tidak mungkin dapat dibincang dan diajar oleh isme yang lain. Baginda orang yang bertanggungjawab mengubah teraju pemikiran manusia mengenai rugi-untung, haram-halal, salah-betul sehingga kepada konsep kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan.
-
Baginda telah memperkenal bahawa segala masalah yang berlaku di dalam dunia ini adalah berpunca daripada kalbu atau hati masing-masing. Walaupun segala perbuatan dan tutur kata ini dilakukan oleh mulut atau anggota badan, tetapi hakikat sebenarnya ia datang daripada hati dan kalbu manusia. Faktor yang menentukan kalbu manusia itu menjadi baik atau jahat adalah ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW., kerana dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengandungi persoalan dosa dan pahala serta balasan-balasan yang akan diterima di dunia dan di akhirat terhadap apa yang mereka lakukan di sepanjang masa. Persoalan dosa dan pahala ini tidak pernah ada dan tidak pernah diajar oleh mana-mana isme ciptaan manusia.
-
Sekarang ini semua orang bercakap mengenai gejala sosial yang berlaku di kalangan semua anggota masyarakat termasuk orang-orang tua, lebih-lebih lagi orang muda. Gejala keruntuhan akhlak atau gejala sosial saperti zina, bunuh, buang anak, mendurhakai kepada dua ibu-bapa, mencuri, merompak, penagihan dadah dan amalan rasuah berlaku di negara ini secara yang amat serius. Gejala saperti ini bukanlah perkara baru, malah ianya sudah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Di zaman Baginda gejala ini lebih teruk lagi dari apa yang berlaku sekarang. Telah menjadi amalan dan budaya hidup bagi masyarakat Arab menjalankan kegiatan tidak bermoral tersebut.
-
Arak telah menjadi minuman kepada mereka, perbuatan zina dilakukan secara terang-terangan dalam majlis-majlis tari menari mereka, membunuh anak-anak terutamanya anak perempuan menjadi sebahagian daripada norma hidup mereka, amalan rasuah dan mementingkan kaum kerabat dan keluarga sudah menjadi perkara biasa sahaja.
-
Apabila Rasulullah SAW datang membawa ajaran Islam dan menggunakan kaedah Islam, kesemua penyakit dan gejala yang sudah sebati dengan kehidupan mereka berjaya dihapuskan sama sekali. Rasulullah tidak perlu dan tidak pernah menggunakan wang sebagimana yang kita gunakan untuk mengatasi gejala tersebut.
Begitu juga dengan gejala rasuah, samada di kalangan kakitangan kerajaan maupundi kalangan orang-orang politik, ia berlaku secara berleluasa, undang-undang demi undang-undang telah diperkenalkan, tetapi gejala tersebut berleluasa hingga sekarang. Walaupun tindakan demi tindakan diambil namun gejala ini masih berlaku secara berterusan.
-
Persoalan kenapa gejala ini berjaya dihapuskan oleh Rasulullah SAW tetapi tidak berjaya dihapuskan oleh kita? Kalau kita kaji secara mendalam apakah kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW, jawapannya Baginda mengenakan ajaran Islam sebagai ubat untuk merawat gejala tersebut dan juga gejala-gejala lain. Oleh yang demikian, manusia di semua peringkat samada pada peringkat individu maupun kerajaan sangat perlu kepada agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk membolehkan kita meniru kaedah yang diamalkan oleh Baginda di dalam usaha mengatasi gejala keruntuhan akhlak secara berkesan tanpa melibatkan wang atau kos yang banyak.
-
Formula yang digunakan oleh Nabi SAW dalam mengatasi masalah dan gejala ini, ada 3 peringkat, pertama Baginda menanamkan rasa keyakinan dalam hati manusia mengenai Allah dan hari Akhirat. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menggambarkan kekuasaan dan keagungan Allah. Dialah Tuhan yang menjadikan kita dengan kekuasaanNya. Keduanya Nabi SAW mengajar manusia mengenai Hari Akhirat, di mana manusia pada Hari Akhirat akan dibangkitkan, dihitung segala amalan mereka dan diberi balasan samada baik atau jahat. Ketiganya Rasulullah SAW mengajar bahawa semua perbuatan manusia samada yang dilakukan secara bersembunyi atau terang, kesemuanya dilihat dan diketahui oleh Allah SWT, kerana Allah sentiasa bersama kita walau di manapun kita berada.
-
Kesemua ajaran ini telah meresap masuk di dalam kalbu para Sahabat dan diyakini sungguh-sungguh sehingga menyebabkan mereka apabila diperdengarkan ayat mengenai pengharaman arak, terus mereka pulang kerumah masing-masing dan memecahkan tempayan-tempayan arak yang mahal-mahal harganya dan dibuang serta merta. Ajaran-ajaran seperti ini tidak terdapat dalam mana-mana isme dan sistem yang dicipta oleh manusia. Oleh sebab itu tidak hairanlah kalau pelbagai gejala yang berlaku dalam masyarakat tidak dapat kita atasi dan hapuskan.
-
Undang-undang dan peraturan yang ada tidak cukup untuk kita menggerunkan perasaan manusia kalau ia tidak diiringi dengan rasa kesedaran dan pengabdian diri kepada Allah SWT.. Ajaran yang telah dibawa dan disebarkan oleh Nabi SAW ini tidak boleh kita anggap sebagai remeh temeh sehaja, lalu kita membiarkan tugas menyambung tugas Rasulullah itu hanya kepada ustaz-ustaz, tok-tok imam dan para tok haji sahaja. Sedang kita berpangkat besar di dalam kerajaan hanya berlepak dalam pejabat sahaja. Sebaliknya ia mestilah juga dilakukan oleh ketua-ketua kerajaan, kerana selaku ketua kerajaan kita ada pengaruh, dan kekuatan untuk menarik rakyat supaya bersama dengan kita, seperti sabda Rasulullah SAW: Rakyat jelata sentiasa terpengaruh dengan pemimpin mereka.
-
Akhir kata, Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang ingin mengucapkan Salam Maulidur-Rasul kepada semua Muslimin dan Muslimat sekelian. Semoga segala usaha kita akan diberkati oleh Allah. Amin..

09 March 2009

PIDATO KETUA UMUM: KETUANAN RAKYAT


Alhamdullillah, dan kita bersama hari ini mengingati keputusan rakyat yang dibuat setahun yang lalu. Pada 8 Mac 2008, rakyat ternyata lebih bijak dari peramal, dukun dan pawang politik. Segala tukang tenung politik ini meramalkan Barisan Nasional akan menang besar dan pencabar mereka akan kecundang. Dan sebahagian besar tukang ramal ini, ada yang duduk di menara gading, ada yang menelek dari bangunan media, diupah oleh pemerintah untuk meramalkan kemenangan besar.

Jentera dan dana yang digunakan oleh Barisan Nasional menggerunkan. Parti-parti Pakatan Rakyat, KeADILan, DAP dan PAS terpaksa berentap dengan segala kekurangan dana, jentera dan tekanan. Kita dihujani dengan pelbagai fitnah dan sekatan. Namun dengan segala keterbatasan tersebut rakyat telah menyebelahi kita, dan membuka lembaran baru dalam politik Malaysia. Maka sempena setahun peristiwa tersebut marilah kita ulangi ucapan penghargaan setingginya kepada rakyat Malaysia:
-
Terima Kasih Rakyat Malaysia;
Xie xie ma lai xi ya ren min Malaysia;
Makkal ellarukkum romba nandri;
Terima kase’ mangoh ngau rakyat Malaysia.
-

06 March 2009

ALTANTUNYA.. KENAPA & BAGAIMANA DIA DIBUNUH..

Dr. Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa & marah. Namun di sebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan & iklim yang melampau, & renungannya yang dalam menceritakan semuanya. “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia (UKM).
-
Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual 3 buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga 1bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia & Mongolia belum lagi mencapai klimaknya.
-
Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya & kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.
-
Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota Polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen Polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (Pegawai Pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu & memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, & saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya.” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen & kepala perempuan itu & kemudian kami meletupkannya.”
-
Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni & dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia & politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene & satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan & keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina & Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan & pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.
-
Jika Altantuya muda & cantik, Razak Baginda yang kaya & menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia & Menteri Pertahanan, Najib Razak (Razak Baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Razak Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah. Pada bulan Mac 2005, Altantuya & Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali & Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah & menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual 2 kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.


“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau. Pada hujung bulan Mac Altantuya & Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris. “Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, & seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, & Najib Razak adalah “Perdana Menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya).
-
Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.
-
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500,000 dolar. Baginda & Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni & isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya.
-
Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan 2 orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
-
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, 2 orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan & Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit & berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya & membawanya sejauh 10 kilometer & menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod Jabatan Imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
-
Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu & membuat repot di sebuah balai Polis. Dalam beberapa hari, Polis mendapat tahu indentiti kereta itu & mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini… masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan 2 orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah & Sirul.
-
Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan & dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah & Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.
-
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia & keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia. “Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke Parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) & Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan Rakyat).
-
Sehingga kini, Najib Razak berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya. Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar.
-
Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan & koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris.
-
Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya & syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas.
-
Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik & FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini. Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun & terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya & dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula & mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada 2 orang budak lelaki itu.
-
Tentang Razak Baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama 2 tahun.
-
Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

PERMIT POLIS SUDAH DIPEROLEHI.. RAKYAT ADALAH TETAMU ISTANA NEGARA..

Polis telah mengeluarkan Permit membenarkan Perhimpunan membantah dasar PPSMI esok & sebagai satu 'signal' positif bahawa pihak berkuasa sanggup bekerjasama dengan rakyat yang mahu menyuarakan hasrat mereka terhadap dasar yang cuba meminggirkan Bahasa Melayu selama ini. Bagaimanapun, permit dibenarkan untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja & tidak di 2 lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni & SOGO malah perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memo juga tidak dibenarkan.
-
Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat berkata pihaknya sedang berurusan dengan pihak Bukit Aman pagi ini bagi membenarkan perarakan diadakan daripada Masjid Negara ke Istana Negara bagi mencapai matlamat mereka untuk menyuarakan bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong melalui memo yang bakal disampaikan.
-
Istana Negara telah bersedia untuk menerima memo tersebut. Jadi kita mahu berarak daripada Masjid Negara ke Istana Negara & berharap Polis akan benarkan. Kalau penjajah Inggeris pun boleh membenarkan perhimpunan membantah Malayan Union, takkan kerajaan sendiri pun tak dapat benarkan sedangkan rakyat dianggap sebagai 'tetamu' Istana Negara.
-
Oleh yang demikian rakyat tidak perlu lagi berasa bimbang untuk hadir menyertai himpunan ini kerana ianya sah di segi undang-undang walaupun ianya terhad di lokasi tertentu & berharap seluruh rakyat Malaysia akan sama-sama memberi sokongan kepada perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu. Polis dah benarkan & rakyat tidak perlu takut. Hadirlah bersama keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja untuk menzahirkan sokongan seterus membantah dasar PPSMI yang sudah jelas mengundang masalah kepada para pelajar khususnya kepada rakyat yang duduk di luar bandar.

05 March 2009

RANCANGAN HUJAH (TV9).. ISA SAMAD & ZAHID HAMIDI TERNYATA GAGAL..


Rancangan Hujah yang disiarkan secara langsung dari Dewan Bahasa & Pustaka oleh TV9 malam tadi lewat ke udara namun saya tetap juga menunggunya. Saya ingin melihat sejauh manakah pemikiran & hujah yang dikemukakan 2 ahli panel yang juga calon Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi & Mohd Isa Samad. Saya mengharap mereka akan menuangkan sesuatu yang bernilai kepada penonton & hadirin di DBP yang sekaligus mencerminkan kewibawan & kemampuan mereka sebagai pemimpin tertinggi UMNO. Kalau pun mereka tidak sempat membentangkan agenda mereka tetapi dapat menjawab dengan baik segala persoalan yang dilontarkan oleh pengatarcara, Mohamad Agus Yusuf.
-
Rancangan Hujah walaupun ringkas tetapi ia menguji kecekapan pemikiran ahli-ahli politik dalam kontesk ini calon pemimpin tertinggi UMNO. Agus sengaja melantunkan soal-soal yang kurang disenangi untuk melihat sejauh mana kecekapan ahli panel yang bakal menjadi pemimpin tertinggi UMNO itu. Semalam sebagai penonton yang terpaksa menanti kira-kira 20 minit sebelum siaran bermula, saya sangat kecewa & merasakan saya membazir masa dengan siaran itu. Kualiti yang diharapkan dari hujah kedua mereka, Zahid & Isa sungguh mengecewakan. Kalaulah itu standard yang ditunjukkan mereka untuk dipilih sebagai Naib Presiden UMNO & kalau mereka terpilih betapa UMNO menjadi semakin parah.
-
Kedua ahli panel itu masih bersikap perasaan dengan apa yang berlaku dalam parti berkenaan & enggan menerima hakikat & kenyataan zaman sudah berubah. Keduanya rela menyembunyikan penyakit dalam UMNO & tidak bersedia & telus dalam memperkatakannya. Pada saya kedua ahli panel berkenaan tidak berjiwa besar & suka melihat pelangi daripada ditimpa hujan. Misalnya Isa berhujah & menjawab persoalan secara selamba & tidak serius memberi petunjuk bahawa begitulah keadaannya Umno sekiranya beliau menjadi salah seorang pemimpinnya. Sikap jenaka Isa itu menjelaskan begitulah juga suasana yang berlaku dalam UMNO kini penuh dengan jenaka-jenaka & sandiwara. Isa sengaja membutakan matanya dalam melihat realiti UMNO hari ini. Ada ketakutan & sikap tidak jujur kepada Isa dalam melihat masalah UMNO. Baginya, masalah rasuah dalam UMNO tidak begitu serius dengan memberi andaian secara sinikal kalau ia berlaku tentu ramai orang yang digantung sepertinya.
-
Isa tidak serius & cuba memberi kesimpulan bahawa berhubung politik wang. Sikap 'tak apa' & redha atas apa yang berlaku itulah menyebabkan masalah itu akan berterusan. Dalam pada itu jawapan Isa menjelaskan bahawa beliau benar-benar terlibat dalam politik wang & seolah-olah redha dengan apa yang berlaku. Begitu juga ketika Agus menimbulkan soal UMNO kini makin tidak diminati oleh golongan muda & meminta beliau memberi jawapan, Isa tidak serius dengan persoalan itu & cuba menafikan realiti itu dengan mengilas persoalan itu dengan menjawab bahawa ramai anak-anak muda dalam UMNO. Sikap menolak realiti ini bukan satu sikap membangun & berjiwa besar Isa sebagai seorang pemimpin. Semua persoalan yang dilemparkan 'dikadas' & dibalas dengan persoalan melucukan menunjukkan Isa bukan seorang pemimpin yang serius.
-
Saya tidak terkejut dengan sikap & sifat Isa kerana sudah mengenali sejauh mana daya kepimpinannya & perjuangannya selama beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dulu. Tetapi apa yang berlaku ke atas Zahid Hamidi sungguh merujakan saya. Apa yang ditampilkan Zahid malam tadi jauh berbeza dengan sifat & perwatakannya di publik. Di luar gelanggang ternyata Zahid mampu mempesonakan orang dengan wajah & PRnya yang cemerlang. Tetapi malam tadi beliau gagal memberi kepuasan & keyakinan kepada umum dengan cara beliau berhujah & mengeluarkan idea. Seorang ahli politik yang seharusnya cekap dan pintar menghuraikan isu tidak ada kepada Zahid dalam rancangan itu. Ternyata malam tadi Zahid banyak diselubungi emosi ketika menjawab persoalan dilemparkan oleh Agus. Perbahasan Zahid juga melencung & beliau cuba mengelak persoalan yang dilempar ke atas batang hidungnya dengan menyalahkan pembangkang. Jawapan-jawapan yang diberikan tidak relevan & seolah Zahid sungguh takut untuk mengkritik UMNO walaupun dengan niat baik. Seolah apa yang berlaku Zahid tidak faham apakah hujah yang diingini oleh pengerusi.
-
Dalam rancangan yang boleh dikira menguji kepintaran & akal begitu Zahid ternyata gagal menunjukkan kemampuannya berfikir & berhujah secara terbuka, sihat & bersikap profesional. Untuk apa beliau melanyak pembangkan penuh emosi & kebencian. Meluahkan harapan & kata-kata akan mengajar pembangkang di Perak dalam Pilihanraya akan datang. Beliau juga gagal mengawal mulutnya daripada melempar atau menggunakan kata-kata kesat yang tiidak sesuai dilihat keluar dari mulut seorang Menteri Agama. Apa yang perlu beliau kemukakan malam tadi ialah hujah-hujah yang rasional berlandaskan kepada fakta bukannya emosional. Atau memberi pandangan dari sudut Islam sebagai landasan & bukannya dari rasa sentimen & keakuan yang tebal.
-

Tepukan gemuruh yang diterima oleh kedua ahli panel berkenaan malam tadi hanya tepukan budak-budak TADIKA yang bukan lahir atas kehebatan & kualiti hujah yang dikeluarkan kedua ahli panel itu tetapi tepukan untuk menyindir pihak lain termasuknya sesekali menyindir Agus sebagai pengerusi yang berjaya memerangkap kedua ahli panel itu dalam wacana intelektual begitu. Adalah diharap ahli panel untuk rancangan akan datang lebih bijak & mengeluarkan hujah-hujah konkrit bagi menunjukkan anda layak untuk dipilih sebagai pemimpin tertinggi UMNO.


03 March 2009

KENYATAAN MEDIA PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT KE ISTANA NEGARA..

Bersama Menjayakan Perhimpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI. Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Perhimpunan Aman 100,000 Rakyat di Istana Negara pada 7 Mac 2009 (Sabtu) jam 2.00 petang.
-
GMP menetapkan tiga tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti yang berikut:
(a) Pusat Perniagaan SOGO
(b) Centrel Market
(c) Masjid Negara
-
Bagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini, semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam. Peserta dikehendaki berada di lokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dilakukan oleh pihak Polis & Unit Amal Malaysia. Permit perhimpunan sudah dipohon kepada Y. Bhg. Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.
-
Peserta dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam & lain-lain lagi. Sebarang simbol parti politik juga tidak dibenarkan. Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Sarterawan Negara Dato' A. Samad Said, Dato' Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang & ramai lagi.
-
Warna tema GMP adalah PUTIH. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI. GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8,000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
-
Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara & mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul di hadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.
-
Hasni Abas
SetiausahaGerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)

02 March 2009

LAWATAN KERJA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE NEGERI SEMBILAN..

1 Mac 2009 sangat bererti kerana hari ini telah menjadi bukti kepada bulatnya tekad serta matlamat kita semua untuk berbakti kepada negara & rakyat. Lawatan kerja Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan adalah manifestasi kepada usaha ini. Bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita akan pastikan perubahan mengambil tempat & menyempurnakan janji untuk membawa Harapan Baru kepada negeri ini & bertepatan dengan Misi Menawan Negeri Sembilan secara tertib & aman.
Dalam majlis makan malam bertempat sebuah restoran terkemuka di Seremban 2, Anwar Ibrahim telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada semua kerana sudi berkongsi buah fikiran. "Pendapat saudara semua sangat bermakna dalam memenuhi Agenda Perubahan & menyusun strategi berkesan bagi membolehkan rakyat menikmati janji Harapan Baru Untuk Malaysia".
"Yakinlah, rakyat bersama kita. Tak kira dari Semenanjung atau dari Sabah mahupun Sarawak, agenda kita disambut kerana tuntutan perubahan sememangnya tidak terelakkan & pastinya berlaku".

Dalam program berasingan, biarpun dalam keadaan cuaca hujan lebat, orang ramai mengambil peluang bersalaman dengan Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja beliau ke Daerah Tampin. Program yang berlangsung di U.I Club Tampin itu telah berjaya menghimpunkan seramai 5,000 orang dari pelbagai latarbelakang kaum & agama yang semuanya bersatu di dalam wadah Pakatan Rakyat - dari rakyat & untuk rakyat.

"Tidak lama dahulu ramai yang percaya keADILan tidak ada masa hadapan. Mereka mentertawakan hasrat serta cita-cita kita. Muncullah nujum-nujum politik yang meramalkan kepupusan PKR kerana tidak percaya politik baru yang kita bawa: sebuah negara yang benar-benar bersatu & tidak terperangkap dengan politik sentimen perkauman yang sempit. Kepada rakan-rakan sekalian percayalah bahtera perjuangan ini tidak akan karam. Jangan sesekali keutuhan tekad perjuangan kita melonggar lemah".
"Kepada mereka yang masih tersemat keraguan, percayalah kepada keluhuran akal budi rakyat, bukannya nujum-nujum yang sebenarnya masih terus mendokong regim yang korup. Parti ini sudahpun memasuki tahun yang ke10 & perjuangan kita mulai menunjukkan hasil. Yakinilah haluan tepat negara ini berada di tangan kita".

SETIAP HUJUNG MINGGU SANGAT BERERTI BAGI WARGA TELOK KEMANG..

Setiap hujung minggu di Telok Kemang sangat bererti & dinanti-nantikan oleh warganya. Di sebalik sekatan serta halangan ketiadaan peruntukan oleh pihak kerajaan UMNO/BN yang memerintah, Ahli Parlimen Telok Kemang tidak pernah jemu untuk 'turun padang' bagi meninjau permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Biarpun situasi politik negara tidak menentu, namun YB Dato' Kamarul Baharin tetap dengan agenda mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.
YB Dato' Kamarul Baharin dalam majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan untuk adik Nurul Quratul Aini di Tmn. Desa Rusa..
-
Majlis penyampaian sumbangan untuk ibu tunggal, warga emas & OKU di Kg. Sawah Sunggala..

-
Majlis penyampaian sumbangan untuk ibu tungal, warga emas & OKU di Pekan Linggi..

-
Biar panas mahupun hujan, Pakatan Rakyat akan tetap dengan agenda mendaulatkan suara rakyat, kerana: SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT.

PROJEK PANTAI SRI PURNAMA JELAS MENCEMARKAN ALAM SEKITAR..

Kebimbangan pencemaran alam sekitar yang disuarakan oleh penduduk di kawasan perumahan Bt.9 Telok Kemang beberapa bulan yang lalu yang membantah Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di kawasan ini ternyata ada asasnya.

Pada 28/3/2009 lalu, Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang telah sekali lagi dihubungi oleh wakil Persatuan Penduduk yang mendakwa kerja-kerja yang dilaksanakan oleh MPPD dalam projek ini 'gagal' menepati janji yang seperti dinyatakan oleh YDP MPPD sebelum ini.
LAMBANG KERAKUSAN: Jentera menggondolkan tanah tanpa kawalan.

RUNTUHAN TANAH: Aliran lumpur jelas mengalir ke pantai.
CURI BALAK: Apa motif kayu yang telah siap dipotong ini dilonggokkan di tempat tersembunyi?
-
-
Justeru Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang meminta penjelasan dari pihak YDP MPPD untuk membuat kenyataan berhubung dengan dakwaan ini.

MESYUARAT BADAN KHAIRAT SURAU UBUDIAH TMN.POLITEKNIK..

Alhamdulillah, pada 28/3/2009 lalu, Surau Ubudiah Tmn.Politeknik telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Badan Khairat. Mesyuarat ini telah dihadiri kira-kira 80 orang penduduk & diadakan bagi mencari kesepakatan di kalangan ahli kariah untuk menubuhkan Badan Khairat di kawasan perumahan ini.
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang sentiasa menyokong usaha memberikan bantuan kepada komuniti dalam menjayakan apa jua program serta aktiviti untuk kesejahteraan bersama.

BAKAL PERDANA MENTERI BER-‘I.Q’ RENDAH..

1 Mac 2009.. Serangan bermula hari ini. Kesepakatan rakan-rakan bloggers dipohon untuk mencari segala kelemahan & penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO & paparkan di dalam blog masing-masing agar Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam Parlimen, buat report Polis mahupun ke SPRM.
-
Penulis ingin mengulas kenyataan Najib semalam, sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah. Penulis tak tahu siapa penasihat Najib, adakah Razak Baginda atau Zahid Hamidi? Tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan. Kalau dah tak reti, eloklah diam sahaja. Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia 'IQ' nya rendah. Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak.
-
Lain kali kalau nak bertindak, berfikirlah dulu. Apakah Najib akan menggunakan Polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak Selasa ini..? Jika ini berlaku, rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh Najib ini. Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO/BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.


DENGARLAH SUARA HATI NURANI A. SAMAD SAID

"Kalau ada calon (dalam pilihan raya nanti) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka..

Selanjutnya:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19643&Itemid=1