YB Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Pengerusi Badan Perhubungan Parti keADILan Rakyat Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Telok Kemang) telah mengetuai saf kepimpinan keADILan Negeri Sembilan telah menziarahi bagi memberi penghormatan terakhir ke atas Almarhum Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Dewan Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada jam 1.30 petang hari Ahad 28 Disember 2008.

YB Dato' Kamarul serta seluruh saf kepimpinan keADILan Negeri Sembilan menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin dan semua kerabat Di Raja Negeri Sembilan di atas kemangkatan Almarhum Tuanku.
Keprihatinan Almarhum dan Tuanku Najihah terhadap permasalahan rakyat memberi ruang secukupnya mendengar sambil bergaul selesa dengan rakyat biasa. Baginda memperlihatkan kecemerlangan di pelbagai bidang dan sewajarnya menjadi contoh buat semua rakyat Malaysia. Memulakan khidmat di sektor awam sebagai Pegawai Daerah Rembau, kemudiannya sebagai Diplomat, sebelum ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1968, Almarhum Tuanku Ja’afar sememangnya tidak dapat berpisah dengan kehidupan berbakti kepada nusa dan bangsa.

Secara peribadi kami amat sedih dan terkesan dengan kemangkatan Almarhum. Hubungan kami lebih akrab tatkala Baginda menitahkan saya serta Wakil-Wakil Rakyat dari keADILan di dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan terdiri dari YB Saudara Rashid Latif (ADUN Ampangan), YB Saudara Aminuddin Harun (ADUN Sikamat), YB Saudara Chai Tong Chai (ADUN Chuah) dan YB Saudara M.Ravi (ADUN Port Dickson) serta Saudara Kamil dan Saudara Sabaruddin dititah mengadap Baginda di Istana Hinggap, Seremban pada hari Rabu 24 Disember 2008.
Dalam pertemuan selama 1 jam bermula dari jam 4.00 petang sehingga jam 5.00 petang itu, Almarhum Tuanku begitu perihatin bertanyakan permasalahan di Negeri Sembilan amnya dan Telok Kemang khasnya dari kacamata pimpinan keADILan. Almarhum Tuanku turut bertanyakan tentang suasana politik semasa, isu alam sekitar di Telok Kemang dan Almarhun Tuanku turut begitu perihatin menanyakan mengenai hal-hal kebajikan rakyat ekoran senario ekonomi negara yang tidak menentu ditambah dengan kenaikan kos sara hidup yang sudah pastinya memberikan kesan yang membebankan rakyat sekeliannya.

Kami tambah terharu apabila Baginda telah memilih Istana Laguna Biru di Telok Kemang pada hari Jumaat yang lalu sebagai tempat semayam terakhir Baginda sebelum Tuanku jatuh gering dan mangkat pada hari Sabtu berikutnya.
Sesungguhnya kenangan kami bersama Almarhum Tuanku masih segar dalam ingatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
Catatan:
DATO' KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS