Rakyat hadir memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat-KEADILAN. Siri Penerangan telah dibuat oleh AMK N9 dan juga bersama Pejabat Parlimen Telok Kemang. Saya ucapkan tahniah kepada semua yang hadir dan ucapan terima kasih buat semua yang telah membantu menjayakan program termasuk AMK N9.
Pihak UMNO/BN tidak mampu memjawab isu yang kita bangkitkan termasuk isu penurunan harga minyak dan pendidikan percuma, maka mereka menyebarkan gambar lucah untuk tatapan rakyat. Politik nilai adalah politik berasaskan fakta dan bukannya fitnah. Marilah kita bersama memastikan kemenangan rakyat melalui Pakatan Rakyat menjelang PRU-13 akan datang. Salam perjuangan buat semua.
-Kamarul Baharin Abbas-
MP Telok Kemang
11 June 2012
04 June 2012
Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan - Sisipan rujukan buat rakyat
Ini adalah Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan - Tonggak Nan Sembilan yang disepakati oleh Pakatan Rakyat N. Sembilan. Ayuh bersama kita lakukan perubahan Demi N. Sembilan tercinta.
ISU HOSPITAL REMBAU - Maklumat Untuk Rakyat
Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [Telok
Kemang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
a)
Rancangan
Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan
ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu; dan
b)
Bilakah
pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor
berbanding pesakit.
Tan Sri Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan telah memulakan
perancangan bagi membina Hospital Rembau dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMKe-10).
Hospital Rembau akan dibina di atas tapak seluas 45 ekar yang terletak di Mukim
Chembong dengan kapasiti 76 katil yang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan
kepada pesakit luar dan pesakit dalam serta mempunyai kemudahan perubatan lain
seperti yang terdapat di hospital daerah tanpa pakar lain. Hospital Rembau juga
akan dilengkapi dengan kemudahan satu (1) bilik pembedahan dan menyediakan
ruang tambahan bagi sebuah lagi bilik bedah tambahan bagi menampung keperluan
pada masa akan datang.
Pembinaan Hospital Rembau akan dilaksanakan
secara berfasa yang melibatkan kerja-kerja tanah dalam fasa pertama dan fasa
kedua ialah kerja-kerja bangunan. Kos projek dianggarkan berjumlah RM 122.6
juta. Bagi fasa pertama, pihak Jabatan kerja Raya Malaysia (JKR) sedang
menyediakan pelan rekabentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah telah dibuka
pada 27 Februari 2012 dan telah ditutup pada 27 Mac 2012. Manakala bagi
kerja-kerja bangunan bagi fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung minggu
Mei 2012.
Tuan yang Di Pertua,
Mengikut perancangan, Hospital Rembau
akan mempunyai 6 wad termasuk wad lelaki, wad perempuan, wad kanak-kanak, wad
bersalin, wad geriatric dan wad
rehabilitasi; dan fasiliti-fasiliti lain termasuklah perkhidmatan pesakit luar,
unit kecemasan dan forensik, unit rawatan harian, jabatan x-ray, makmal dan
satu dewan bedah.
Hospital Rembau akan menerima perkhidmatan
lawatan pakar-pakar dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, yang akan turut
memantau perkhidmatan Geriatrik dan Rehabilitasi secara berkala. Hospital
Rembau dijangka akan mempunyai Pegawai Perubatan seramai 10 hingga 12 orang.
............................................
Antara janji Pilihanraya Umum ke 12 di Rembau ialah pembinaan Hospital Rembau. Bukan main hebat upacara pecah tanah di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive
Sekarang rakyat boleh menilai sudah masuk tahun kelima selepas PRU-12, Hospital Rembau belum siap-siap lagi. Berdasarkan soalan saya kepada Pak Menteri, maka dimaklumkan bahawa tender baru sahaja dibuka pada 27 Febuari 2012 yang lepas. Itupun agaknya selepas saya mengemukakan soalan ini baru tersedar oleh mereka untuk memulakan tender hospital.
Insyallah, saya yakin perubahan rakyat di Rembau kepada agenda Reformasi Pentadbiran yang lebih jujur dan amanah akan berlaku menjelang Pilihanraya Umum yang Ke-13 akan datang.
-Kamarul Baharin Abbas-
MP Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)











