26 March 2012

Anwar Ibrahim di Lukut - Ribuan Rakyat Bersama

http://www.youtube.com/watch?v=pi19KuL-waw&feature=share

SOALAN PARLIMEN - MAC 2012 - MP TELOK KEMANG

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEDUABELAS

JAWAB LISAN

1. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

a. Rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu; dan

b. Bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit.

2. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Cara mana Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dikatakan memegang saham secara langsung dalam syarikat tersenarai FELDA Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) sekiranya ditubuhkan FELDA Asset Holdings Co. Sdn Bhd. (FAH) untuk memegang saham-saham tersebut dan mewakili KPF dalam Lembaga Pengarah FELDA Global Ventures Berhad (FGVB).

3. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

a. Kriteria-kriteria yang melayakkan Syarikat Europlus Bhd melaksanakan Projek

Lebuhraya Banting-Taiping dan apakah ianya diuruskan melalui tender terbuka; dan

b. Apakah rasional penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion kepada

Europlus dan kadar faedah serta jangka masa pembayaran.

4. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

a. Penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Trans-Pasific Partnership (TPP) dan manfaat

kepada ekonomi negara; dan

b. Setakat mana Bank Negara mengambil tindakan menyiapkan bank tempatan untuk

menghadapi pasaran terbuka (open market) menjelang tahun 2015.

5. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

a. Pinjaman dan Geran yang telah di berikan kepada Projek Berimpak Besar selain

National Feedlot Centre (NFC) seperti Pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA),

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pembangunan Usahawan Industri

Asas Tani (UIAT) & Ladang Kontrak; dan

b. Status perkembangan projek-projek tersebut berbanding sasaran.

6. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Jumlah dan sumber dana yang digunakan bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) di seluruh negara dan pecahan yang menerima mengikut negeri.

7. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Perkembangan penyiasatan kes dakwaan rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk yang melibatkan arwah Ahmad Sarbaini

Mohamed.

8. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

a. Jumlah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada Curtin University of Technology Sarawak.

9. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

a. Kewajaran menjual saham Proton kepada DRB-Hicom dengan harga RM 5.50

sesaham apabila Harta Ketara Bersih (Net-Tangible Asset) Proton bernilai RM 9.81

sesaham; dan

b. Jumlah keuntungan yang dihasilkan oleh Khazanah Nasional Berhad dalam transaksi ini.

10. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

a. Pelancaran Ninebio Sdn. Bhd (9Bio) pada tahun 2003 dengan peruntukan awal

sebanyak RM 350 juta yang telah meningkat kepada RM 1.9 bilion.

b. Apakah yang telah berlaku ke atas perkembangan projek tersebut berbanding

sasaran.

JAWAB BERTULIS

1. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

a. Jangkamasa rancangan Kerajaan untuk membina pengkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan dimulakan dan jumlah kos projek tersebut.

2. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN menyatakan :-

a. Jumlah dan sumber dana yang digunakan untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan berapakah jumlah kedai tersebut diseluruh negara.

3. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Apakah perbezaan diantara pendekatan atau Konsep Wasatiyyah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dengan Islam Hadhari dan kos yang digunakan bagi membiayai Institut Wasatiyyah dan dimana letaknya Islam Hadhari dalam konsep tersebut.

4. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Kesediaan Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan harta kepada rakyat; dan

b. Bagaimanakah mekanisme pengisytiharan harta tersebut.

5. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

a. Dasar luar negara berkaitan prinsip Penyelesaian Dua Negara (Two-States Solution) sebagaimana yang diungkapkan oleh Menteri Luar Negeri ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York.

Dato’ Kamarul Baharin Abbas

Telok Kemang

20 March 2012

CERAMAH ANWAR IBRAHIM - LUKUT-PORT DICKSON 22 MAC 2012-Khamis, 845 malam







CERAMAH ANWAR IBRAHIM - LUKUT-PORT DICKSON 22 MAC 2012

KHAMIS - 8.45 MALAM.

BT3, JALAN LUKUT-PORT DICKSON.


SEMUA DIJEMPUT HADIR.

JELAJAH PIMPINAN PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN BERSAMA RAKYAT.


CERAMAH ANWAR IBRAHIM - LUKUT-PORT DICKSON 22 MAC 2012


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Insyallah, DSAI hadir untuk bersama rakyat.

12 March 2012

Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap

SUMBER MALAYSIAKINI: http://www.malaysiakini.com/news/191771

Ini juga pendedahan yang akan menguatkan hujah bahawa rakyat sudah tidak boleh lagi bergantung kepada pimpinan UMNO/BN untuk mentadbir Malaysia.

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

Majlis tunang anak Najib guna wang rakyat RM400,000

SUMBER SUARA KEADILAN : http://www.keadilandaily.com/jpm-biayai-majlis-tunang-anak-najib-rm400000/


Majlis tunang anak Najib guna wang rakyat RM400,000

PETALING JAYA 9 Mac: KEADILAN hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah menggunakan sebanyak RM409,767 wang rakyat untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, yang diadakan di Seri Perdana tahun lalu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos itu merangkumi satu tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis pertunangan berkenaan.

Berdasarkan dokumen yang diedar kepada media, kos tersebut telah dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan majlis pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.

Menurut Rafizi, KEADILAN juga telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih.

Berdasarkan bil pembayaran, kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000.

“Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa,” katanya.

“Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan,” ujar beliau.

Rafizi berkata, tindakan itu menggambarkan sikap buruk kerajaan, dari perdana menteri hingga ke barisan menteri kabinet yang menggunakan wang pembayar cukai untuk kemewahan peribadi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendakwa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur turut menggunakan wang rakyat untuk merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan, dengan berselindung di sebalik urusan rasmi negara.

07 March 2012

Perubahan didukung rakyat N. Sembilan terhadap Pakatan Rakyat


Rakyat semakin bijak, rakyat menilai, maka tidak mustahil N. Sembilan menjadi negeri kelima Pakatan Rakyat. Sama-sama kita usahakan 'DEMI RAKYAT'.

Kami bersama anda. Kita laksanakan perubahan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang lebih baik.

Salam perjuangan buat semua.

Ikhlas: Kamarul Baharin Abbas.