29 February 2012

5 % Lagi Ke Putrajaya - Ayuh Kita Kukuhkan Saf & Mantapkan Gerakerja

Suara Keadilan terbaru papar amanat Anwar, lagi 5 peratus ke Putrajaya


KUALA LUMPUR: Akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru yang kini berada di pasaran tampil dengan amanat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu semakin menghampiri Putrajaya.

Dengan muka depan bertajuk ‘Lagi 5 peratus ke Putrajaya’ ia mengupas ucapan Anwar di Konvensyen pilihan raya KEADILAN minggu lalu yang menyebut parti itu hanya memerlukan lima peratus lagi sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Anwar, berdasarkan keadaan politik semasa, KEADILAN memerlukan sekurangnya 55 peratus undi popular untuk menumbangkan Barisan Nasional .

Ini kerana 51 peratus undi popular masih tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya umum berikutan amalan penipuan yang dilakukan BN dan SPR.

Paparan muka belakang akhbar itu pula mendedahkan perbelanjaan untuk kos katering perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM81,000 yang dibayar Jabatan Perdana Menteri.

Ia didedahkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong.

Selain itu edisi 21 Suara Keadilan Turut memuatkan berita Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN yang berlangsung penuh meriah di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), 19 Jun lalu.

Konvesyen yang julung-julung kali diadakan oleh parti politik di Malaysia itu dihadiri lebih 4,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Manakala pelancaran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dihadiri hampir 1,000 penyokong pada 19 Jun turut disiarkan di muka 8 dan 9 beserta gambar pelancaran berkenaan.

Selain itu, Suara Keadilan turut memuatkan laporan program Rapat Anak Muda anjuran Angkatan Muda Keadilan yang diadakan pada 18 Jun lalu.

Antara berita lain yang turut dimuatkan pendedahan kisah sebenar skandal rasuah Scorpene Peguam Perancis, William Bourdon yang akan berada empat hari di Malaysia bermula 20 Julai.

Selain itu, berita lain yang menjadi paparan pembaca edisi kali ini ialah kenyataan Anwar yang menggesa siasatan dilakukan terhadap tindakan Felda meminjam RM6 bilion daripada Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP).

Turut dimuatkan isu panas tentang pembaziran RM1.8 juta untuk laman Facebook kementerian pelancongan
Manakala tips untuk menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 oleh Dr A Bahardin juga turut dimuatkan dalam edisi kali ini.

Dapatkan segera Suara Keadilan 21 di pasaran sebelum ia dirampas Kementerian Dalam Negeri!

Ringkasan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat

LINK LAMAN WEB KEADILAN : http://www.keadilanrakyat.org/en/blog/blog-parti-subsection/blog-updates/878-ringkasan-belanjawan-2012-pakatan-rakyat

1. Kesejahteraan Untuk Semua

Belanjawan Kesejahteraan 2012 yang diluncurkan Pakatan Rakyat merupakan suatu permuafakatan merangka masa depan baru bagi Malaysia selari dengan pengikraran Agenda Bersama Disember 2009 dan Buku Jingga, Disember 2010.

Kesejahteraan Untuk Semua hanya boleh dicapai apabila mempunyai iltizam politik membawa reformasi secara menyeluruh terhadap institusi-institusi negara serta dipandu oleh prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik. Kepelbagaian Malaysia merupakan kekuatan kita. Pertumbuhan ekonomi kita bergantung kepada muafakat rakyat tanpa mengira gender, etnik dan agama.

Hanya melalui belanjawan yang responsif kepada gender dan berdasarkan agenda memperkukuh rakyat biasa untuk hidup dengan penuh rasa hormat serta punyai segala peluang akan membolehkan mereka menggunakan segala potensi yang ada dengan penuh semangat. Mengakui tekanan inflasi terhadap rakyat Malaysia. Belanjawan Kesejahteraan 2012 berhasrat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati semua melalui dasar dan kerangka yang bertujuan meningkatkan pendapatan 60 peratus isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pengenalan gaji minima, mengurangkan jumlah pekerja asing tidak terlatih, meningkatkan kemahiran dan produktiviti secara besar-besaran akan memberi faedah kepada tenaga kerja rakyat tempatan. Keutamaan adalah memberi perhatian khusus untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja, maka gaji, kemahiran dan produktiviti juga dapat ditingkatkan.

Mempertingkatkan keupayaan pengangkutan awam, perumahan dan penjagaan kesihatan membolehkan pendapatan boleh guna rakyat yang semakin tinggi. Pendapatan boleh guna yang tinggi akan memberi kesan baik kepada perbelanjaan tempatan; sesuatu yang penting dalam persekitaran global yang semakin tidak stabil.
Monopoli dan oligopoli yang dipecahkan akan meningkatkan persaingan serta membantu ahli perniagaan Malaysia untuk mengurangkan kos. Persaingan akan mengurangkan tekanan inflasi dan menjana lebih banyak pilihan kepada rakyat.

2. Negara Kaya, Rakyat Miskin?

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber. Tetapi bagaimana keuntungan dari sumber alam semulajadi yang banyak dapat diagihkan kepada rakyat Malaysia? Pada masa ini, rakyat tidak menikmati pendapatan yang sepatutnya. Kumpulan terbawah iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan manakala kumpulan pertengahan yang juga meliputi 40 peratus menikmati pendapatan purata RM3,500 sebulan.

Secara keseluruhan 80 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM2,500 sebulan. Dari segi kelayakan, sesuatu yang memeranjatkan, 70 peratus penduduk hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kelayakan tertinggi manakala dari segi pekerjaan lebih satu pertiga ketua keluarga dalam sektor tidak rasmi. Ia sesuatu yang tidak memeranjatkan dalam ketidaksamaan pendapatan di Malaysia adalah tinggi di mana kumpulan 40 peratus dibawah hanya menikmati pendapatan 15 peratus manakala kumpulan 20 peratus diatas menikmati pendapatan 49 peratus.

Gejala sebuah negara yang terperangkap dengan kelembapan ternyata wujud di Malaysia berikutan dasar yang telah ketinggalan zaman dan pengurusan ekonomi yang lemah hanya mengutamakan sekumpulan individu.
Pada masa ini, apa yang kita lihat,

i) ketidakupayaan sekumpulan besar rakyat yang tidak mampu untuk berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.
ii) jumlah pengangguran di kalangan graduan tempatan yang tinggi dan pada yang sama wujud rungutan majikan mengenai kekurangan kemahiran dan bakat.
iii) perbelanjaan subsidi yang telah melambung naik 10 kali ganda.
iv) pelaburan tempatan dan asing adalah kurang menyebabkan Malaysia satu-satunya negara di ASEAN yang mengalami pengaliran keluar pelaburan asing (FDI) kasar.
Perkara ini tidak membantu apabila pada masa yang sama ekonomi global yang memasuki satu lagi fasa gelora. Keupayaan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjana pertubuhan adalah terhad. Eksport ke negara-negara barat bukan lagi sumber pertumbuhan untuk Asia. Kita perlu mencari sumber baru yang akan memberikan kelebihan.

Belanjawan Kesejahteraan 2012

Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 menekankan pemerkasaan, peluang dan harga diri untuk seluruh rakyat Malaysia berteraskan kerangka kewangan dan lingkungan yang mampan. Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 menumpukan usaha membangun rakyat Malaysia, bukannya projek mega. Ianya bukan untuk kroni dan mereka yang berkepentingan akan tetapi demi memperkukuh keusahawanan, produktiviti dan kerja yang baik.

3. Perbelanjaan Berhemah

Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sejumlah RM 220 billion untuk belanjawan 2012 namun akan memastikan dana tersebut dibelanjakan secara berhemah, bertanggungjawab dan berkesan. Defisit akan dikurangkan kepada 4.4% dari KDNK berbanding 6% pada tahun 2011. Perbezaan itu bersamaan dengan RM 14 billion.
Pendapatan boleh ditingkatkan tanpa membebankan rakyat dengan memastikan konsesi kerajaan dan permit tidak disalahguna dan disalurkan dengan betul. Sebagai contoh, kita akan memperolehi pendapatan lebihan sekitar RM 1.2 billion sekiranya berjaya menaikkan harga Permit Import (AP).
Menumpukan usaha memastikan dana dibelanjakan secara berhemah dengan memastikan tiadanya ketirisan, pembaziran dan ketidakcekapan. Ini pastinya berjaya meransang lebih dari 20% keuntungan buat rakyat bersamaan dengan jumlah yang sama dibelanjakan. Sebagai contoh Pakatan Rakyat mampu untuk memperuntukkan RM 4.4 billion untuk:
Perkukuh pendidikan. Keseluruhan guru bakal menikmati elaun khas mengajar sejumlah RM 500 sebagaimana yang dijanjikan Buku Jingga.
Gaji minima yang memberi keuntungan buat 300 000 penjawat awam dan kenaikan keseluruhan skala gaji penjawat awam.
Formula dividen yang munasabah akan menggantikan amalan mendesak dividen yang besar jumlahnya dari Petronas. Sungguhpun harga petroleum kini lebih tinggi, dividen untuk 2012 hanya sekitar RM 26 billion, lebih rendah berbanding untuk tahun 2011 berjumlah RM 30 billion.

4. Meningkatan Pendapatan

Pakatan Rakyat akan mengutamakan polisi yang inisiatifnya menumpukan untuk meningkatkan tahap pendapatan keluarga dan kemahiran tenaga kerja.
Gaji adalah rendah di Malaysia. Kumpulan terbawah iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan dan gaji rendah ini menyebabkan:
* Bekalan yang banyak untuk tenaga kerja asing tidak terlatih.
* Kekurangan tenaga kerja terlatih.
* Penghalang kepada syarikat swasta untuk meningkatkan produktiviti.
Mengakui bahawa gaji hanya boleh tumbuh secara mampan dengan peningkatan produktiviti, tetapi ia juga adalah satu realiti bahawa mekanisma penentuan gaji tidak berfungsi. Pakatan Rakyat mencadangkan iaitu:
- Gaji minima adalah gaji dasar yang dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk memastikan semua pekerja di peringkat terendah mendapat gaji berperikemanusiaan dan akibat langsung daripada ini, pekerja-pekerja lain akan turut menikmati peningkatan gaji.
- RM 2 bilion akan diperuntukkan untuk sebuah Tabung Pemudahan (Facilitation Fund) untuk membantu usahawan, pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) dan firma-firma kecil untuk memperbaharui peralatan, menjentera dan merubah operasi mereka untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru.
- RM 1.6 bilion akan disalurkan untuk memperluas latihan teknikal dan vokasional untuk mempertingkat kepakaran tenaga kerja.
- 10,000 orang guru akan dilatih dan RM200 juta akan diperuntukkan untuk mengatasi kekurangan guru-guru bahasa Cina, Inggeris, Tamil dan guru-guru agama, serta RM 200 juta akan diberikan dengan serta merta untuk memperbaiki bangunan-bangunan sekolah terutamanya SRJK (C), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SRJK (T).

5. Menamatkan monopoli

Pakatan Rakyat akan membawa masuk suatu era baru dengan melaksanakan reformasi dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada untuk mengurangkan kos sara hidup, menggalakkan usahawan kecil dan sederhana (SME) serta pelaburan.
- Dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan yang akan memberi ganjaran kepada mereka yang berkebolehan dan bukan mereka yang mempunyai kenalan dalam kerajaan.
- Langkah-langkah sokongan bagi golongan bumiputera dan mereka yang kurang bernasib baik akan menumpukan perhatian untuk menambah daya saing golongan-golongan ini melalui pendidikan, latihan dan bantuan kewangan.
- Suatu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil kepada kepentingan umum.
- Mengembalikan tahap profesionalisme dan kemuliaan perkhidmatan awam agar mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, dari individu ke peniaga kecil hinggalah ke pelabur besar.
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dibebaskan dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Di masa hadapan, hanya GLC dalam sektor strategik sahaja akan dikekalkan.
- Akta Persaingan 2010 akan diperluas ke semua sektor ekonomi, termasuk syarikat telekomunikasi, perkhidmatan televisyen berbayar dan sektor tenaga.
- Monopoli-monopoli berikut (bukan menyeluruh) yang menghakis pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dan mengakibatkan kos perniagaan yang tinggi akan distruktur semula pada tahun 2012:
➢ Memansuhkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ke atas import beras. Sebaliknya, lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif, terbuka dan telus;
➢ Telekom Malaysia (TM) akan diarah melepaskan genggaman ke atas pasaran "jarak terakhir" ("last mile") perkhidmatan internet jalur lebar dan fokus kepada perniagaan asas - data dan telefoni - lalu melahirkan pasaran "jarak terakhir" yang tegap dan berdaya saing. Ini akan mengurangkan kos dan menambahkan tahap penembusan internet jalur lebar;
➢ Kartel syarikat telekomunikasi akan dihapuskan;
➢ Kartel akhbar dan media akan dihapuskan;
➢ Kartel perkhidmatan penerbangan akan dihapuskan;
➢ Monopoli Astro ke atas perkhidmatan televisyen satelit siar terus berbayar akan dihapuskan;
➢ Lesen teksi akan diberi terus kepada para pemandu teksi.

6. Mempertahan Martabat di Waktu Susah

Pakatan Rakyat peka dan prihatin dengan kegusaran di hati rakyat untuk hidup bermaruah tatkala menghadapi tuntutan kehidupan seharian sebelum dasar-dasar untuk meningkatkan pendapatan membuahkan hasil.
- Langkah-langkah berikut dicadangkan diambil:
➢ Bonus RM1,000 setahun bagi setiap warga emas di Malaysia;
➢ Bayaran RM1,000 di tahun 2012 untuk warga suri rumah yang layak;
➢ Menambah pendapatan isi rumah golongan miskin tegar kepada RM550 sebulan dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial dengan menambah bayaran kebajikan terus sebanyak RM550 sebulan untuk memastikan penjajaran dengan bantuan kepada golongan miskin tegar; dan
➢ Elaun RM700 setahun bagi penjagaan anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak berkelulusan melalui penyediaan pinjaman khas dan insentif cukai. Pakatan Rakyat ingin melihat peningkatan kadar penyertaan buruh di kalangan wanita dari 46 peratus ke 55 peratus dalam masa lima tahun. Dasar-dasar lain untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, melalui latihan dan peningkatan kebolehlenturan waktu bekerja, akan dibincangkan.
Bergantung kepada peningkatan pendapatan rakyat, subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan akan dikekalkan pada jumlah RM 22 bilion. Dasar-dasar subsidi dan harga kawalan petrol akan dirombak untuk merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan:
➢ subsidi kepada badan-badan dan syarikat yang bersifat monopolistik akan dihentikan;
➢ subsidi-subsidi umum akan distruktur semula untuk mendatangkan kebaikan terus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang memerlukan.

7. Mengurangkan Jurang Bandar-Luar Bandar

Pakatan Rakyat akan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang menetap di luar bandar.
Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran
Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian.
RM 100 juta akan diperuntukkan kepada peniaga-peniaga kecil untuk pertingkat tahap kebersihan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.

8. Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Pakatan Rakyat akan memperjuangkan kualiti kehidupan yang lebih baik buat semua rakyat Malaysia.
- Pasukan polis akan difokuskan semula kepada pencegahan jenayah dan meningkatkan keselamatan awam;
- Dasar "Bina dan Jual" ("Build then Sell") untuk projek perumahan kos rendah-sederhana akan diwujudkan, untuk menjaga keselamatan pengguna. Peruntukan kos perumahan awam akan dinaikkan ke RM 1 bilion.
- Dasar Pengangkutan Nasional akan mengutamakan pengangkutan awam dengan mengetengahkan prinsip "gerakkan rakyat, bukan kereta". Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pengangkutan.
- Mempertingkat penggunaan teknologi hijau untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih baik, efisyen, dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat melalui penjimatan kos kemudahan awam asas dan lain-lain perbelanjaan isi rumah, dan kepada industri dengan meningkatkan produktiviti dan keberuntungan.

9. Mereformasi Landskap Politik

Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan prinsip dan pelaksanaan persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dimana negeri-negeri akan diberikan lebih banyak kuasa melalui perkongsian kuasa dan pengagihan sumber. Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan refomasi berikut:
• Memansuhkan semua perintah darurat dan menghapuskan semua undang-undang yang membabitkan tahanan tanpa perbicaran seperti yang terkandung di dalam Akta Pemansuhan Darurat yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat pada sesi Parlimen Mac 2011.
• Menstruktur semula Biro Pengaduan Awam menjadi sebuah institusi Ombudsman.
• Meletakkan beberapa institusi awam utama seperti Jabatan Audit Negara, Jabatan Perangkaan, Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan institusi Obudsman dibawah bidang kuasa Parlimen.
• Untuk memastikan kebebasan media dengan menghapuskan keperluan permit dengan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Selaras dengan itu akan ditubuhkan Majlis Media yang bebas dan kawalan sendiri.
• Memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971,oleh itu membebaskan pelajar-pelajar daripadan cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kepimpinan universiti-universiti awam akan berdasarkan kepada merit.
• Memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat pada setiap peringkat kerajaan dengan dilengkapkan infrastruktur yang diperlukan. Ini akan memastikan akses kepada maklumat yang menjadi kepentingan awam, terkecuali ialah perkara-perkara yang secara tulen berkait dengan keselamatan negara.
Pakatan Rakyat berjanji untuk memperkukuh Parlimen sebagai sebuah institusi dan menolak amalan Perdana Menteri sebagai diktator:
- RM 10 bilion dari belanjawan budi bicara Perdana Menteri akan disalur keluar kepada Kementerian-Kementerian berkenaan.
- Cadangan-cadangan perbelanjaan akan diteliti dengan rapi di peringkat jawatankuasa parlimen. Sebagai langkah pertama, tujuh Jawatankuasa Belanjawan Parlimen akan ditubuhkan untuk meneliti belanjawan-belanjawan kementerian lalu membolehkan debat dan penilaian yang lebih berkualiti.
- Ahli-ahli jawatankuasa dan Ahli-ahli Parlimen akan diberi peruntukan untuk pembantu penyelidik parlimen demi meningkatkan keberkesanan kajian belanjawan serta meneliti implementasi dan hasil daripada perbelanjaan tersebut.

10. Anak Muda Mendepani Perubahan

- Bergantung kepada kajian semula dan siasatan yang menyeluruh ke atas perbelanjaan dan struktur kurikulum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan digantikan dengan program-program luar kurikulum atau program komuniti. RM 747 juta yang diperuntukkan kepada PLKN tahun lepas akan disalurkan kepada inisiatif terbaru ini.
- Sejumlah RM 100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda, yang melibatkan anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun, untuk mengimplimentasikan projek-projek dan program-program pilihan mereka melalui sistem undian.
- RM 50 juta akan diperuntukkan kepada sebuah dana khas untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam aktiviti-aktiviti berdasar kreativiti dan mewujudkan lebih banyak ruang riadah dan rekreasi khusus untuk anak muda.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan datang ini tidak akan berjaya melaksanakan dasar-dasar yang mustahak dan bakal merubah wajah negara ini dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan. Rakyat Malaysia, sebagai majikan dan pekerja, sebagai suri rumah, sebagai pengasuh dan mahasiswa, dan yang paling utama sebagai warga negara mesti memainkan peranan sama ada secara individu mahupun bersama, dalam menjayakan agenda yang berani ini demi menggerakkan Malaysia ke hadapan, menuju masa depan yang lebih cerah buat semua.


Nota pesanan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Nota pesanan Datuk Seri Anwar Ibrahim

LINK SUARA KEADILAN:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tanggal esok 9 Januari 2012 ini, penghakiman kes Fitnah Liwat II akan termaktub dalam sejarah, samada sebagai detik penentuan keadilan ditegakkan ataupun hari gelap buat kedaulatan undang-undang dan kepada mereka yang perjuangkan keadilan.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar membulatkan tekad serta iltizam dalam menuntut pembaharuan politik. Mereka boleh mengaibkan saya, mereka boleh menghumban saya ke penjara, mereka boleh menginjak hak rakyat dan mereka boleh memukul kita hanya kerana berkumpul, akan tetapi mereka takkan dapat merampas kehormatan diri, maruah serta semangat kita untuk melakukan apa yang benar dan memperjuangkan apa yang kita percaya.

Mengulangi fitnah keji sejak dari 1998 lagi terhadap diri saya dan sepanjang sandiwara perbicaraan yang panjang ini, pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan, namun ianya tidak menghakis keyakinan rakyat.

Kita telah menyaksikan betapa polis, pihak pendakwaan dan kehakiman serta media yang dikawal UMNO berganding bahu memastikan agar kerajaan BN yang rasuah dan zalim ini terus berkuasa.

Walau apa pun jua penghakiman yang akan diputuskan nanti, ia harus tetap melonjakkan semangat dan keyakinan menuntut perubahan bagi menegakkan hukum, melaksanakan sistem ekonomi saksama dan memupuk semangat persaudaraan yang tulen. Usaha dan upaya mestilah digembeling demi membanteras kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pastikan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti, kebangkitan rakyat akan menghumban penguasa angkuh dari tampuk pemerintahan.

Mereka mungkin berhasrat memenjara dan merantai saya tetapi mereka takkan sesekali dapat memasung jiwa dan semangat saya. Di sini saya mengulangi ikrar bahawa saya tidak akan berhenti selagi kita belum berjaya melaksanakan Perubahan dan menghapuskan segala kebejatan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN dan membangunkan sebuah bangsa yang adil lagi saksama.

Berbekalkan semangat perjuangan yang murni serta bertawakal kepada Allah, Inshaallah, perjuangan kita akan mencapai kejayaan.

Saya akan tetap bersama anda semua di hati dan jiwa saya dan bersama-samalah kita bina sebuah negara Malaysia yang baharu.

ANWAR IBRAHIM

24 February 2012

MAHATHIR BERI ISYARAT KEPADA UMNO – MAHU KEMBALI JADI PM

Mutakhir ini nampaknya Dr. Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1 Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik.
Setelah banyak pertikaian pandangan ketika zaman Pak Lah, akhirnya Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO ketika zaman Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Ini suatu yang cukup memalukan pimpinan UMNO/BN. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional keluar daripada UMNO. ( Nota : bekas PM yang meninggalkan UMNO Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn ).
Hari ini pertembungan politik ialah pertembungan politik antara kerakusan Dr. M dengan ketelusan Anwar Ibrahim. Kali ini terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, lapangan politik bukan pertempuran Anwar-Pak Lah atau Anwar-Najib, tetapi adalah pertarungan politik Anwar-Mahathir.
Pilihanraya Umum Ke-13 adalah medan kumpulan Dr. M untuk kembali mencari landasan. Mereka sudah melihat kemungkinan Najib Razak sudah tidak punyai upaya untuk mengimbangi kepintaran politik Anwar Ibrahim dengan misi Kerajaan Reformasi dan kebajikan untuk rakyat. Sebab itu mahu tidak mahu, Mahathir merasakan bahawa perlu bagi dirinya menjadi Perdana Menteri semula.
Dalam isu semasa terkini, soal penyenaraian FELDA Global Ventures Holding (FGHV), Dr. Mahathir terlebih lagi memberikan kenyataan bahawa penyenaraian tersebut sebagai ‘peluang besar’ mengembangkan perniagaannya. Kenyataannya itu lebih yakin daripada kenyataan Perdana Menteri Najib Razak.
Isu-isu negara termasuk soal cabaran debat dengan Anwar Ibrahim dalam isu Palestin-Israel juga sibuk dijawab Mahathir tanpa Najib Razak menjawab. Najib diam membisu untuk menyatakan pendirian. Yang dicabar debat adalah Najib, tetapi bekas PM yang nampaknya agak serabut untuk menjawab.
Najib banyak diam seribu bahasa dalam isu-isu penting negara termasuk soal FELDA, Isu Palestin-Israel, Isu NFC, isu kaum, isu rasuah, serta kelemahan pentadbiran tetapi dalam masa yang sama Dr. Mahathir bertungkus lumus menjawab setiap isu. Maka ini adalah isyarat kuat (signal) daripada Mahathir kepada UMNO bahawa UMNO perlu beliau sebagai Perdana Menteri. Najib Razak tidak cukup kuat karektornya untuk berdepan dengan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim. Pasukan Najib Razak tidak cukup bersedia untuk memastikan UMNO/BN menang dalam PRU-13 akan datang.
Pada pandangan Mahathir kelemahan Najib Razak sebagai PM ini tidak boleh dibiarkan. Situasi ini akan membahayakan Dr. M, keluarga serta kroninya. Hari ini isu Palestin-Israel sebenarnya adalah sindiran yang terkena batang hidung Mahathir sendiri. Dia yang pernah berutus surat dengan PM Israel. Ada menteri UMNO yang pernah berjumpa Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Israel. Najib Razak tidak membelanya. Mahathir terpaksa memberi penjelasan. Anaknya juga yang menjadi Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi sasaran dalam kes kapal dagang Israel di Pelabuhan Klang. Sebab itu Mahathir mahu menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia perlu kembali sebagai PM kerana dirinya sahaja kononnya boleh menjawab segala hujah Pakatan Rakyat. Najib Razak dilihat lemah untuk mempertahankan UMNO. Dalam isu hubungan dengan Israel juga peranan Najib juga tidak mampu untuk mempertahankan imej UMNO dan APCOnya. RM 77 juta yang dibayar setahun (Agensi yang punyai hubungan dengan Zionis-Israel) oleh Najib Razak juga tidak banyak membantu terutamanya kerosakkan dalam integriti pentadbiran yang telah dibuat oleh Mahathir.
Sebelum ini, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.
Kenyataan Mahathir itu kita percaya ditujukan kepada Najib. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding Najib.
Jika dahulu Muhyiddin boleh berkomplot untuk menjatuhkan Pak Lah, maka apakah tidak mustahil untuk Muhyiddin sekali lagi menyusun komplot untuk menjatuhkan Najib lalu mengangkat Dr. Mahathir.

Pertikaman lidah dalaman antara beberapa pemimpin UMNO sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya mengikut cara Najib melalui konsep 1Malaysia. Sanggahan-sanggahan Mahathir terhadap kepimpinan UMNO masa kini menguatkan gambaran kepada ahli UMNO bahawa mereka perlu kembalinya Mahathir sebagai PM.
Mahathir sedang menunggu.......

21 February 2012

Anwar: Nik Aziz terima penjelasan saya

LINK SINAR HARIAN: http://www.sinarharian.com.my/nasional/anwar-nik-aziz-terima-penjelasan-saya-1.25471


ZULAIKHA ZULKIFLI
21 Februari 2012
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pagi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB Darby Park di sini kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Nik Aziz baik. Kita bukan sahaja membincangkan tentang soal Israel, tetapi mengenai Pakatan Rakyat (PR) juga.

"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz.

Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.

"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya

17 February 2012

Peneroka ke Putrajaya bantah penyenaraian FGVH 30 Mac

Link Suara Keadilan Online : http://www.keadilandaily.com/peneroka-ke-putrajaya-bantah-penyenaraian-fgvh-30-mac/

(Oleh: Masdar Wahid)

PETALING JAYA 9 Feb: Peneroka di seluruh negara akan berhimpun di Putrajaya bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia pada 30 Mac ini, kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran Kempen 100,000 Tandatangan Membantah Penyenaraian FGVHB di Pejabat KEADILAN hari ini.

“Kita juga sudah mengedar hampir 200 meter kain putih kepada setiap wakil negeri untuk mengumpul tandatangan.

“Manakala Kain putih itu pula akan dicantum dan dibawa bersama memorandum bantahan dalam perarakan menuju Pejabat (perdana menteri) Najib pada 2.30 petang, 30 Mac ini,” kata Suhaimi.

Menurutnya, pelbagai NGO juga sudah berbincang bagi memastikan himpunan itu berjaya dengan mencapai sasaran antara 5,000 hingga 10,000 peneroka.

Dalam sidang media itu, Suhaimi berkata, kos operasi Felda kini adalah RM1.9 bilion yang menyebabkan agensi itu bakal menanggung kerugian atau defisit sebanyak RM0.9 bilion setiap tahun.

Katanya, bagi tujuan penyenaraian dan pampasan RM1 bilion tersebut, Felda memajak seluas 830,000 ekar tanah melalui Felda Plantation dan tambahan 20,000 ekar tanah poket kepada FGVHB, yang bertentangan dengan Akta Kemajuan Tanah.

Jelasnya lagi, rekod buruk penyenaraian FGVHB juga menunjukkan syarikat itu mengalami kerugian teruk iaitu mencecah RM500 juta di antara 1997 hingga 2010.

Najib sendiri tidak yakin

Tegas beliau, meskipun penyenaraian itu dijangka April ini, namun sehingga kini tiada sebarang kertas cadangan yang menunjukkan kesan perolehan dan perbelanjaan dibentangkan.

“Najib sendiri tidak yakin bahawa penyenaraian ini akan menguntungkan peneroka dan ini terbukti apabila sehingga kini pihak FGVHB tidak pernah membentang apa-apa kertas cadangan projek penyenaraian yang menunjukan perolehan dan perbelanjaan.

Kamarul Bahrain mengetuai tandatangan di atas kain putih membantah penyenaraian FGVH

“Sebagaimana kita sedia maklum, penyenaraian bertujuan mendapatkan modal dengan menjual unit-unit saham dan melepaskan kepentingan kepada orang luar, maka rakyat perlu tahu apa tujuan sebenar penyenaraian FGVHB ini,” katanya.

Dalam sidang media itu, beliau turut menempelak Najib kerana mengekalkan dua pemimpin bermasalah dalam pengurusan Felda, iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengerusi Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad.

“Sabri pernah terlibat dalam salah laku mengurus yang membawa kerugian RM120 juta kepada Golden Hope Plantation Bhd seperti dilapor KPMG forensic dalam Straits Times pada 11 Jun 2008.

“Manakala Isa didapati bersalah dalam kes rasuah pemilihan Umno pada 2005,” tegasnya.

Turut serta dalam sidang media itu, Jurucakap Felda KEADILAN di Parlimen, Datuk Kamarul Bahrain Abbas, Sekretariat Task Force Felda KEADILAN Selangor, Shamsul Iskandar Md Akin, Pengarah Biro Felda Angkatan Muda KEADILAN, Rebin Birham dan wakil beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Surat Terbuka kepada Datuk Ahmad Maslan

Link Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/189406

Campak Buku Jingga ke tong sampah hina demokrasi


YB Datuk Ahmad Maslan,

Saya bukanlah peneroka Felda, mahupun anak kepada peneroka Felda. Walau bagaimanapun, sepanjang kehidupan saya semenjak bersekolah menengah lagi saya sudah berkawan dengan anak-anak Felda serta mempunyai keluarga angkat di kawasan Felda.

Kebetulan pula handai taulan saya juga ada yang menjadi peneroka, maka saya saya kira, warga Felda bukanlah golongan yang asing di dalam hidup saya.

azlanDatuk, seperkara yang saya pelajari mengenai warga Felda ialah budi pekerti dan juga sikap beragama mereka, terutamanya para peneroka Felda berketurunan Jawa di selatan tanah air. Cukup jika saya katakan bahawa warga Felda kebanyakannya merupakan kelompok masyarakat yang berbudi bahasa, beragama dan juga berjiwa kental, terutamanya dari generasi pertama yang saya kenali.

Bagi generasi kedua dan ketiga pula, mereka merupakan golongan yang gigih. Anak-anak peneroka kini sesetengahnya merupakan golongan profesional dari kalangan doktor, peguam, pensyarah, jurutera, arkitek, pengarah-pengarah besar syarikat dan juga bermacam lagi profesion yang mencerminkan kejayaan mereka.

Hatta di kalangan mereka yang mengambil keputusan menetap di Felda dan meneruskan usaha generasi pertama juga, saya dapati mereka begitu tekun, gigih dan amat berdedikasi. Semua ini saya kira berkat jerih payah generasi pertama Felda yang begitu bersungguh-sungguh mendidik dan membesarkan anak-anak mereka agar menjadi manusia yang berguna.

NONEDatuk, sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan warga yang cintakan negaranya, kita semua inginkan segala yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Sebagai penduduk bumi bertuah bernama Malaysia, kita mahukan hasil mahsul dan juga kekayaan di bumi bertuah ini dikecapi bersama oleh warga dari semua bangsa dan agama.

Adab dan moral

Selain daripada itu, kita juga mahukan kerukunan di antara bangsa dan agama berterusan agar keamanan yang kita nikmati akan berterusan. Demi untuk memastikan apa yang kita kecapi itu berterusan, maka adab, moral dan juga tahap profesionalisme di dalam tatakelola perlulah ditingkatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Nikmat kemajuan dan keamanan yang kita kecapi selama ini bukanlah hasil usaha sesetengah pihak tertentu sahaja, tetapi ianya adalah usaha bersepadu rakyat Malaysia yang penuh dengan kesopanan dan juga budi bahasa serta saling hormat menghormati.

Mana-mana pengkaji politik akan bersetuju bahawa di zaman ini, pengamalan demokrasi yang tulen, benar dan adil (sebagaizeitgeist) adalah di antara penyumbang kepada kestablian negara, keadilan, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Di samping itu, seakan satu persetujuan ramai (ijmak), terutamanya di kalangan pakar politik dan ekonomi bahawa tatakelola yang baik (good governance) juga merupakan resipi yang penting untuk kestabilan dan pembangunan. Malah Tun Mahathir sendiri menegaskan hal ini di dalam ucaptamanya di Multaqa Kesembilan Al-Muntada Al-Islami 2012 di Putrajaya baru-baru ini.

NONEDemokrasi yang adil dan tulen yang diikuti oleh prinsip asas tatakelola yang baik seperti akauntabiliti, ketelusan, keluhuran undang-undang, pemisahan kuasa, penyertaan rakyat yang aktif, ekuiti, efisien dan juga lain-lain lagi, merupakan di antara metod untuk memandu Malaysia ke hadapan untuk mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seperti yang diidamkan oleh ramai rakyat Malaysia.

Sekat kebebasan maklumat

Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Demokrasi bukan hanya bermaksud mengadakan pilihanraya setiap empat atau lima tahun dan semua pihak dibenarkan bertanding sahaja.

Demokrasi yang tulen dan adil memerlukan kepada kebebasan maklumat kepada setiap warga untuk mereka membuat pilihan yang tepat. Di atas dasar itulah, konsep political pluralism (kepelbagaian politik) mestilah berteraskan prinsip kebebasan politik dengan kewujudan parti-parti politik yang bersaing untuk memerintah dan mentadbir negara.

Semua parti, dan tidak terkecuali mana-mana parti yang bertanding pun, hendaklah memiliki ruang dan peluang yang adil dan saksama untuk menyampaikan maklumat kepada setiap warga.

NONEDemi mencapai prinsip yang adil ini, ia memerlukan kepada kebebasan maklumat dan kebebasan bersuara sebagai asas berpolitik demi kebaikan warga agar mereka menerima maklumat yang tepat, sahih dan seimbang dari semua pihak sebelum mereka mengundi sesiapa yang mereka inginkan untuk memerintah negara.

Hal ini adalah maklum dan perkara paling asas di dalam sesebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, ia bukanlah sains roket yang sukar dikuasai.

Maka, berdasarkan prinsip ini, ‘Buku Jingga’ yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.

Arab Spring

Berteraskan konsep demokrasi yang sihat, dokumen tersebut merupakan salah satu daripada maklumat yang perlu diketahui oleh setiap warga. Dokumen tersebut amat perlu untuk rakyat membandingkan tawaran pihak Pakatan dengan tawaran yang pihak BN berikan untuk mereka membuat keputusan di dalam PRU 13 nanti demi menentukan masa depan negara.

NONEBerdasarkan maklumat yang cukup dari kedua-dua belah pihak, barulah rakyat Malaysia boleh membuat pilihan yang tepat dan bijaksana serta adil. Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi yang tulen, ini jugalah namanya politik yang matang dan bertamadun.

Setiap warga dihargai akal dan pilihan mereka. Terserahlah pada rakyat untuk menerima ataupun menolak tawaran dari mana-mana pihak berdasarkan akal sihat dan pertimbangan bernas yang mereka miliki. Mana-mana rejim yang menyekat kebebasan maklumat dan juga menghadkan pengetahuan rakyat dari mendengar dari semua pihak hanya mencerminkan kecacatan pada sistem demokrasi yang diamalkan.

Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat ditahap mentaliti yang rendah.

Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga.

NONEPengamalan seumpama ini dapat dilihat pada pengamalan rejim-rejim yang pernah berkuasa di Asia barat, negara-negara Afrika dan juga negara-negara komunis. ‘Arab Spring’ yang berlaku semenjak tahun 2010 telah menunjukkan bahawa sistem dan pengamalan seperti ini adalah silap.

Malang sekali, apabila Datuk sebagai seorang menteri, tidak dapat menghayati konsep politik bertamadun seperti ini. Perbuatan Datuk membuang manifesto Pakatan ke dalam tong sampah di dalam satu acara umum dan terbuka adalah perbuatan menghina konsep political pluralism yang menjadi rukun kepada sistem demokrasi yang adil.

Salahi aspirasi PM

Tindakan membuang manifesto parti lawan itu juga merupakan satu penghinaan kepada ide atau tawaran kepada rakyat oleh para pemimpin Pakatan yang rata-ratanya merupakan penggubal undang-undang (ahli parlimen) yang telah dipilih oleh rakyat. Secara moral, ini merupakan penghinaan terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara ini.

Tambah lagi, ia amat menyalahi aspirasi yang cuba dibawa oleh YAB Perdana Menteri lewat ucapan beliau menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011 yang lalu yang inginkan suasana politik berteraskan demokrasi setaraf dengan negara membangun.

NONEPerbuatan itu juga seakan-akan ingin menjadikan Malaysia setaraf dengan negara-negara mundur di dalam berpolitik. Cukup juga saya katakan, perbuatan tersebut mengundurkan Malaysia dua puluh tahun ke belakang dari usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Di samping itu, perbuatan tersebut seolah-olah merupakan penghinaan secara tidak langsung kepada sistem pendidikan negara ini semenjak merdeka yang gagal melahirkan para pemimpin dan menteri yang bertamadun, bertata susila dan bermoral.

Sekali lagi saya tegaskan, perbuatan tidak bertamadun itu juga telah memperlekeh mentaliti warga Felda, seolah-olah warga Felda hanya layak memahami bahasa bakul sampah dan bukannya bahasa dialog dan hujah.

Anugerah penyapu

Perbuatan Datuk itu di sudut yang lain pula telah mencemarkan sikap kesopanan warga Felda dengan memaksa mereka menyaksikan perbuatan di luar adab dan tatakesusilaan orang timur dan masyarakat Islam.

Di sudut yang lain, Datuk juga telah memberikan isyarat seolah-olah mereka tidak boleh berfikir sehinggakan Datuk tidak bersedia berdebat atau berdialog dengan pihak Pakatan dan ANAK di media terbuka di hadapan warga Felda unutk mereka berfikir dan membuat keputusan. Datuk tersilap di dalam hal ini.

khir toyo broom awardWalaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina. Saya berkeyakinan tinggi bahawa warga Felda sudah matang, boleh berfikir dan mampu untuk menilai. Tolonglah berhadapan dengan mereka dengan memandang mereka setaraf dengan Datuk dan bukannya lebih rendah dari Datuk.

Saya yakin Datuk masih ingat insiden Datuk Seri Khir Toyo memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri Selangor. Secara umum, masyarakat, samada yang menyokong BN mahupun yang menyokong Pakatan melihat ianya merupakan satu penghinaan dan bertentangan dengan tatasusila dan adab orang timur, apatah lagi orang Islam. Maka hasilnya, Khir Toyo telah disapu dari takhtanya, dan kini sedang menantikan penentuan nasibnya di atas tuduhan rasuah.

Saya kira, Datuk juga tidak mahu hal yang sama menimpa diri Datuk pada PRU ke-13 nanti. Datuk pastinya tidak mahu diri Datuk dan juga parti Datuk dibakul sampahkan oleh rakyat yang telah matang dan mampu berfikir, sepertimana yang berlaku kepada Datuk Seri Khir Toyo.

Ahli politik bertamadun

Maka, di atas semangat warga yang sedar dan juga ahli akademik yang bertanggungjawab, saya menyeru agar Datuk bersikap dengan sikap ‘ahli politik bertamadun’ lantas bersedia untuk berdialog dengan wakil ANAK ataupun wakil Pakatan mengenai isu Felda.

NONEMungkin Datuk boleh mempelajari dari sikap berani pemimpin Umno yang lain seperti YB Khairy Jamaludin, YB Datuk Saifuddin Abdullah, YB Datuk Mashita dan juga Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak gentar untuk berada di atas pentas dialog dan debat bersama pihak lawan.

Seperti yang saya tegaskan di awal surat ini, bagi warga yang bertanggungjawab seperti saya, kami hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Saya yakin, warga Felda dan sekelian rakyat Malaysia akan sentiasa mengenang Datuk sebagai pemimpin politik yang berintegriti dan berdedikasi jika Datuk benar-benar boleh bersikap ‘gentleman’ dan berani untuk mengemukakan hujah yang bernas di hadapan pihak lawan di atas ‘level playing field’.

Jika Datuk beradab, berani dan bertamadun, Datuk akan terus dikenang sepanjang zaman bukan hanya oleh warga Felda, malah oleh seluruh rakyat Malaysia…


Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.

10 February 2012

CERAMAH UMUM 17 FEBUARI - BATU4, SIRUSA




CERAMAH UMUM - 17 FEBUARI 2012 - Jam 9 malam - Jumaat -
Rumah Pakngah/ Markas Pakatan Rakyat,
SIRUSA, BATU 4, PORT DICKSON

Penceramah:-
Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas & Sdra Wan Fauzuldin Wan Samad (Pesara Tentera/Blogger).

SEMUA DIJEMPUT HADIR

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT






SEKITAR CHINESE NEW YEAR & SAMBUTAN PONGGAL DI PARLIMEN TELOK KEMANG BERSAMA RAKYAT, ADUN PD BANDAR & ADUN CHUAH SERTA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT.

09 February 2012

Bandingkan Pengurusan Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN


Rakyat boleh menilai sendiri ketelusan pentadbiran. Selangor sekarang sudah punyai simpanan tunai sebanyak RM 1.9 bilion. Sebab itu Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mampu beri air percuma kepada rakyat disebabkan kedudukan kewangan yang kukuh.

PESTA PONGGAL 5 FEB - PORT DICKSON

Tahniah buat semua yang telah menjayakan Pesta Ponggal di Port Dickson.

Dua lagi kondo milik keluarga Shahrizat di Singapura RM34.6 juta

PETALING JAYA 8 Feb: KEADILAN terus membongkar skandal penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFCorp), apabila mendedahkan dua lagi pembelian unit kondominium mewah oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, berharga RM34.6 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kondominium mewah yang dibeli pada 27 Mei 2010 itu dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri itu di Brawn Steakhouse.

Keluarga Shahrizat juga kata Rafizi, perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membayar balik pinjaman yang dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

“Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar?,” Soal Rafizi ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Menurut Rafizi, kemudahan pembiayaan dipercayai diluluskan sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat, mempunyai deposit yang besar di bank-bank berkenaan.

“Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Rafizi yang turut mengakui mengupah penyiasat persendirian untuk mendapatkan maklumat itu.

Menurutnya, KEADILAN sebelum ini mengemukakan bukti S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd, bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010.

“Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

“KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura,” ujarnya.

Dengan pendedahan terbaru ini, katanya, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC ialah 62,160,913.

Ia termasuk pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar dan sebuah lagi di Orchard Scotts, Singapura, pembelian Mercedez Benz, dan dua lot tanah di Putrajaya seperti yang didedahkan sebelum ini.

Link:-http://www.keadilandaily.com/skandal-nfc-dua-lagi-kondominium-di-singapura-rm34-6-juta/

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) VS Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA)

Kerajaan menawarkan Bantuan RM 500 kepada rakyat, namun SARA atau Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia mohon rakyat hutang kembali sebanyak RM 5000.

Dana disediakan untuk pelaburan dan hutang rakyat sebanyak RM 500 juta dan juga subsidi RM 100 juta untuk 100 ribu rakyat berhutang melalui pelaburan.

Apakah ini bentuk rolling money UMNO/BN dalam keadaan terdesak mencari sumber dana bagi menampung sasaran 5.2 juta rakyat yang mahu diberikan RM 500.

Rakyat tertanya-tanya daripada manakah dana untuk menampung jumlah hampir RM 26 bilion bagi 5.2 juta rakyat sasaran pemberian RM 500?

Ini kita perlu fikirkan bersama, dalam keadaan negara pernah ketirisan RM 28 bilion akibat rasuah dan salah urus tadbir, dari mana sumber dana tersebut?

Apakah wang rakyat dalam KWSP atau Amanah Raya menjadi sasaran sepertimana FELDA meminjam RM 6 bilion daripada KWSP?Ini Kerajaan perlu jawab.

Apa pandangan rakyat?

01 February 2012

Sambutan Chinese New Year


Semoga Sdra-Sdri dapat menyambut Chinese New Year dengan gembira dan didoakan kesejahteraan buat semua.

Sokongan Kaum Cina kepada Pakatan Rakyat N. Sembilan saya dahului ucapan terima kasih.

Bersihkan N. Sembilan daripada politik perkauman oleh UMNO/BN (MCA/MIC).

Happy Chinese New Year

Ikhlas dari saya : Kamarul Baharin Abbas - MP Telok Kemang & Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan N. Sembilan

UMNO Parti Rasuah.

Kawan kawan saya dalam UMNO bercakap mengenai rasa cemas bila kerajaan yang di pimpin oleh UMNO menabur wang begitu banyak kepada rakyat. Bayaran RM 100, 200, dan sekarang ini RM 500 sedang rancak di jalankan. Tapi apa yang hendak di risaukan? Bukankah ini hasil pejuangan UMNO dan bukti UMNO dan BN amat perihatin kepada rakyat?
Mereka bertanya kepada saya, bayaran2 ini, adakah ianya meningkatkan peluang UMNO dan kerajaan BN menang? Saya cakap sudah tentu ia menngkat peluang- peluang untuk rakyat merasa sakit hati. Bila rakyat sakit hati, bertambah ramailah musuh2 UMNO.
Hah? Macam mana itu berlaku? Saya menyatakan bahawa dalam hal beri memberi ini, UMNO selalu menghadapi masaalah. Siapa yang menentukan siapa dapat RM 100, 200 dan RM 500? Selalu nya yang menentukan ialah ketua kampong.
Ketua kampong punya keutamaan ialah menyenaraikan adik beradik, saudara saudara terdekat, dan geng geng yang sebulu dengan mereka. Golongan yang terpinggir ramai daripada yang dapat imbuhan. Ini memang resam sesetangah ketua kampong. Semasa saya jadi ADUN dahulu, saya mempunyai masaalah dengan ketua2 kampung yang seperti inilah juga- yang jadi pagar yang memakan padi.
Kalau buka kawasan pembesaran kampong, lot2 tanah di sapu mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau ada rumah rakyat, rumah PPRT, sanak saudara di dahulukan. Bahkan lot2 tanah di beri kepada suku sakat mereka yang tidak pun tinggal dalam kawasan pemberian tanah.
Apabila saham Felcra di beri oleh kerajaan- yang sepatutnya di beri kepada KEPALA keluarga, pemimpin kampong mendesak di beri kepada anggota isi rumah. Kalau keluarga nya ada 5 orang, mereka mahu saham Felcra di beri kepada ke lima2 ahli keluarga nya. Apa akan jadi bila perkara seperti ini di biarkan? Ianya bermakna , 5 ketua keluarga yang lain di nafikan peluang untuk dapat saham felcra.
Nah , sekarang perkara yang serupa berlaku apabila pentadbiran Najib Razak membayar wang kepada rakyat. Ramai orang menerima wang tersebut tapi bilangan yang di nafikan hak untuk menikmati rezeki dari Najib Razak juga kian bertambah.
Jadi saya suka sangat Najib Razak buka lebih banyak fronts kebencian rakyat. Ini melanggar nasihat yang dia selalu beri kepada rakan2 dan ahli UMNO. Jangan open up fronts terlalu banyak untuk orang membenci kita.
Dan saya harap ada orang membawa perkara ini kepada mahkamah. Adakah pemberian wang ini suatu bentuk sogokan dan rasuah untuk mendapatkan undi rakyat? Kepada saya, ianya satu bentuk rasuah yang di lakukan dengan terang. Duit dan wang ini bukan UMNO yang punya. Ianya duit yang datang dari hasil pendapaatn kerajaan. Operasi menyampaikan wang tersebut sepatutnya di lakukan melalui pejabat pejabat daerah. Kenapa wang tersebut di sampaikan oleh ketua bahagian UMNO dan bakal bakal calun dari komponen BN?
Di Sentul Kuala Lumpur, penyampaian wang RM 500 ini menonjolkan bakal calun dari parti Gerakan yang akan menentang Tian Chua dalam PRU 13 nanti. Tapi jangan risau, kita sudah tahu outcome PRU tersebut.
Tian Chua yang berani membaringkan diri di hadapan jentera dan kenderaan polis tidak mungkin di kalahkan oleh rasuah Gerakan dan UMNO.
Sukalah saya mengingatkan dalam soal beri duit dan wang ini- ianya bukan lah suatu perkara yang luar biasa. Bahkan, inilah bukti yang saya suka sebut sebagai satu satu nya cara dan kaedah yang DS Najib tahu dan gunakan untuk menyelesaikan masaalah. Cara nya ialah membayar sana sini. Itu dia nya, cara parti UMNO dan pemimpin tertinggi nya menyelesaikan masaalah.
Elok kita biarkan UMNO mengamalkan cara merasuah rakyat. Sebab sebuah parti seperti UMNO yang sustain sokongan kepada nya melalui merasuah rakyat tidak akan kekal lama. Ini berbanding dengan parti politik yang mencerna dalam diri penyokong nilai nilai, keyakinan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan.
Saya mahu orang Melayu sedar bahawa UMNO tidak mempunyai seruan perjuangan. Alif Ba Ta UMNO( Agama , Bangsa dan Tanah Air) sudah lama di singkirkan dan di gantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan kelompok.
Adakah UMNO berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu?
Ianya hanya suatu metos yang di bina oleh pemimpin2 haprak UMNO. Apabila keadaan cemas dan sesak, ketika itulah UMNO akan menjerit sana sini, bahawa hanya mereka lah yang melindungi kepentingan bangsa Mlayu, Agama dan Tanah Air.
Berhentilah dari menipu bangsa Melayu.
Jika UMNO berjuang untuk kepentingan Melayu, maka tidaklah mereka menafikan hak bangsa Melayu mendapat royalty minyak di Kelantan dan Terengganu. Penduduk dalam dua negeri ini majority nya Melayu,- tapi mengapakah royalty minyak tidak di beri secara lansung kepada rakyat kedua negeri itu secara lansung?
Rakyat Kelantan di nafikan hak mendapat royalty hanya semata mata rakyat negeri itu menyokong parti PAS. Dalam kes negeri Terengganu, orang UMNO sendiri tidak percaya kepada pemimpin UMNO negeri untuk mengendali pemberian wang royalty minyak. Orang UMNO tak percaya kepada orang UMNO sendiri kerana mereka tahu, jika royalty minyak Terengganu di kendalikan oleh Mat Said dan geng geng, wang tersebut akan masuk kedalam poket orang lain.
Maka nya, UMNO bukanlah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu secara keseluruhan. Pertama, orang Melayu yang di maksudkan oleh UMNO itu, tidak termasuk Melayu yang bukan dalam UMNO. Melayu yang di maksudkan oleh UMNO ialah Melayu dalam UMNO itulah jua. Dalam kamus UMNO orang Melayu hanya ahli UMNO yang 3 juta itu sahaja lah yang layak di gelar Melayu. Orang Pahang, bila tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat akan berkata- kepala bapak awaok!. Maka bila orang UMNO kata mereka berjuang untuk orang Melayu, saya orang Pahang akan berkata, kepala bapak awaok!
Kedua, daripada 3 juta ahli itu, UMNO berjuang untuk kumpulan terpilih. Jika cawangan UMNO mempunyai 50 orang ahli, ketua cawangan akan berjuang untuk 30 orang sahaja. Itu terdiri dari yang se kabilah dengan nya. Amalan ini di lakukan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pada peringkat induk.
Bayangkan sebuah parti yang membina kekuatan nya diatas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi- adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu?
Dasar yang ada dan di amalkan oleh UMNO ialah dasar BUMIPUTERA- yang berada di hadapan mengaut dan memonopli segala hasil peuangan ialah putera2 pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT UMNO dan putera2 orang berkuasa dan bernama. BUmi? Anak Bumi ketinggalan di belakanng PUTERA tanpa apa apa selain dari memegang telur sendiri.

Link From - http://sakmongkol.blogspot.com/2012/01/umno-parti-rasuah.html