21 September 2011

ALBUM PARLIMEN TELOK KEMANG

ZIARAH & SUMBANGAN RAMADHAN - AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG BERSAMA AMK N. SEMBILAN
































EDARAN BUBUR LAMBUK - TERMINAL ONE - SEREMBAN - BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN



19 September 2011

GANTUNG KUATKUASA AKTA-AKTA YANG AKAN DIMANSUHKAN

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG


19 SEPTEMBER 2011

GANTUNG KUATKUASA AKTA-AKTA YANG AKAN DIMANSUHKAN

Sempena sambutan Hari Malaysia 16 September 2011, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak (PM) telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan beberapa akta yang lain. Dicadangkan usaha ini akan hanya dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama tahun 2012.

Walau pun demikian, saya sarankan PM perlu menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam masa menanti perkara ini dibentang dan dilulus oleh Parlimen, beliau akan MENGGANTUNG FUNGSI Akta-Akta tersebut dan tidak akan diguna pakai serta merta. Ini akan mencerminkan bahawa beliau sememangnya mahukan dan tidak berdolak-dalih dan tanpa ragu-ragu lagi inginkan Akta-Akta berkenaan diMANSUHKAN.

Akta ISA 1960, iaitu, yang diluluskan tiga (3) tahun selepas MERDEKA, sering disalahgunakan dengan zalimnya menindas rakyat yang belum terbukti bersalah, dikenakan tahanan bagi tempoh tertentu, tanpa dihadapkan ke Mahkamah. Apatah lagi Akta ini juga digunakan sebagai senjata politik dengan menahan pemimpin-pemimpin politik.

Di masa yang sama ini juga, wajar PM membebaskan semua tahanan ISA yang ada. Seluruh dunia akan melihat keikhlasan dan kesungguhan PM bahawa pengumuman beliau bukan satu laungan tanda tersepit atau satu sandiwara yang sering didengar sebagai penyimpang apabila berhadapan dengan krisis politik. Apatah lagi apabila Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa tidak ada rancangan untuk membebaskan mereka yang berada di dalam tahanan sekarang, secara langsung menghapuskan apa-apa keyakinan bahawa cadangan penghapusan Akta tersebut akan menjadi satu realiti bersejarah.

Saya juga mendesak agar permohonan permit akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, SUARA KEADILAN, diberikan kelulusan semula tanpa syarat dengan segera jika PM ingin menunjukan kesungguhan yang sama atas cadangan memansuhkan juga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Rakyat ingin melihat dan menilai apakah pengumuman PM ini tidak lain dan tidak bukan sekadar gula-gula politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) kerana selama ini Kerajaan UMNO/BN belum pernah menunjukkan keupayaan dan keinginan untuk menterjemahkan keazaman mereka tentang keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan Persekutuan malah, sentiasa menyalah gunakan kuasa, apa lagi berusaha untuk menggubal undang-undang yang zalim.

YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas

Ahli Parlimen Telok Kemang

14 September 2011

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG


14 SEPTEMBER 2011

MEMERANGI PENGKHIANAT MASA KINI

Ketirisan sebanyak RM 28 bilion setahun menurut Laporan Audit Negara jelas menunjukkan bahawa pengurusan negara berada dalam bahaya dan membimbangkan. Dalam kita asyik membincangkan kemelut Parti Komunis Malaya (PKM) kita lupa tentang persoalan ini.
Signifikan persoalan rasuah yang mahu kita bincangkan dengan perbandingan isu komunisme ialah perkara yang merupakan persoalan masa depan negara dan rakyat keseluruhannya. Sejarah boleh dibincangkan secara ilmiah dan intelektual, namun kekolotan pergolakan yang berlaku dalam isu ini tidak akan membawa kepada kesudahan dalam masa yang singkat.
Atas kesedaran itu, saya menegaskan bahawa kepentingan masa depan rakyat dan negara adalah berkaitan dengan isu sistem urustadbir yang baik yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan oleh kita. Kegagalan kerajaan menangani isu ini dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab mencerminkan ketidakupayaan mereka dalam mentadbir negara. Jika isu sejarah pun gagal diuruskan dengan baik oleh kerajaan sudah pasti ini menjadi satu lagi bukti bahawa pimpinan UMNO/BN sudah tidak relevan untuk diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat.
Sejarah yang benar dan tepat amat penting buat negara dan rakyat. Namun isu sejarah ini tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kita daripada isu sebenar rakyat. Isu ini sengaja diperpanjangkan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar masalah negara demi menyelamatkan kekuasaan mereka.

Umpamanya isu-isu kemelut rasuah, kelemahan pentadbiran Perdana Menteri dan salah urustadbir negara yang parah seperti yang dibuktikan oleh Laporan Audit Negara sehingga negara kerugian berbilion ringgit adalah isu utama masalah negara. Ini tidak termasuk oleh pinjaman FELDA sebanyak RM 6 bilion daripada KWSP yang boleh dipersoalkan kewajarannya. Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 juga telah meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion juga telah kerajaan bebankan ke atas rakyat dengan melancarkan 19 program jualan bon pada tahun 2010.
Justeru, saya melihat bahawa perasuah dan pembuat hutang negara yang telah menggelapkan wang rakyat secara haram dan jijik termasuk oleh pimpinan UMNO/BN haruslah ditentang oleh rakyat habis-habisan. Inilah perjuangan rakyat masa kini dalam menentang pengkhianat moden yang berselindung di sebalik dinding kekuasaan di Putrajaya. Masa depan negara terletak ditangan rakyat untuk membuat keputusan secara serius menolak dan memerangi pengkhianat moden negara.

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang