18 May 2010

MAKLUMAN PROGRAM AHLI PARLIMEN P132 TELOK KEMANG

19hb Mei, 2010
10.00 pg - 12.00 tgh - Program Mesra Rakyat bersama Ahli Parlimen Telok Kemang dan ADUN Port Dickson, YB Ravi. Lawatan ke Pasar Baru Port Dickson ini akan turut disertai oleh YDP MPPD, OCPD dan Pengarah Kesihatan Daerah Port Dickson.

21hb Mei, 2010
12.30 tgh - 2.30 ptg - Solat Jumaat di Masjid Janging, Tanah Merah Site C dan seterusnya bertemu penduduk.

22hb Mei, 2010
10.00 pg - 3.00 ptg - Program Mesra Rakyat di Tg Agas. Aktiviti yang akan dijalankan adalah:
* Program bantuan sumbangan asas kepada penduduk miskin di Tg. Agas
* Program mengecat rumah
* Makan tengahari bersama penduduk Tg Agas
* Dialog bersama penduduk Tg. Agas

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Mejar (B) Zainol di talian 019-2156113

17 May 2010

UNDI POS..

Sekali lagi Undi Pos menjadi tali hayat BN dalam PRK Sarawak. Namun, talinya tak cukup panjang untuk memenangkan calon SUPP mempertahankan kerusi parlimen Sibu. Jumlah undi pos adalah 2827 dan BN memperolehi 2323, PR 70 , Bebas 36 dan sebanyak 208 undi ditolak. Untuk makluman, 190 kertas undi tidak dikembalikan.

Sekian lama, khususnya di parlimen Pekan, kerusi Najib, undi pos adalah penyelamat BN. Di beberapa tempat yang lain seperti Setiawangsa, WP, di mana ada ribuan undi pos walau pun pusat mengundi berada di luar pagar kem-kem askar tersebut. Sepertimana di Telok Kemang sendiri, ada mempunyai seramai lebih 7000 pengundi pos.

Di Sibu terlihat seramai 190 pengundi tidak memulangkan kertas undi. Mungkin mereka ini sedang berkhidmat di luar kawasan. Tetapi kenapa adanya 208 kertas undi rosak. Apakah ini undi protes. Namun sebanyak 106 (70 PR, 36 Bebas) pengundi dengan berani menolak BN. Siapa agaknya mereka ini. Tetapi nyata ada di kalangan perajurit/polis yang tidak puas hati dengan karenah BN. Saya percaya ramai lagi walau pun memangkah BN berbuat demikian bukan kerana sayangkan BN, tetapi atas alasan tertentu.

Kepada perajurit/polis yang mengundi melalui undian pos, tuan/puan semua juga adalah rakyat negara yang mempunyai hak yang sama seperti yang lain. Hanya tugas mengasingkan cara pengendalian hak tersebut. Tidak kah tuan/puan terasa apabila BN sanggup mencurah berjuta wang ringgit untuk membeli undi orang awam, dalam masa yang sama mengharapkan undi tuan/puan sebagai undi tetap (fixed deposit). Itu satu sikap perlekehan.

Renongkan lah.....

Pakatan Rakyat, harapan masa depan anda !

14 May 2010

JUDI SEKARANG DIHALALKAN..

Untuk mengelakkan perjudian haram berluasa menjelang Bola Sepak Piala Dunia (World Cup)bulan hadapan di Africa Selatan, kerajaan telah memberi lesen kepada syarikat perjudian terkenal yang dinaungi oleh Tan Sri Vincent Tan untuk mengendalikan pertaruhan-pertaruhan yang akan melibatkan ratusan juta ringgit. Maka dengan menandatangani kelulusan lesen maka Najib telah menghalalkan perjudian ini. Maka tersenyum lebarlah Tan Sri ini, seorang rakan rapat Tun Mahathir.

Mengikut Datuk Awang Adek, timbalan Menteri Kewangan, sekirannya kerajaan tidak menghalalkan perjudian pertaruhan bola sepak ini, kerajaan akan kerugian ratusan juta ringgit hasil cukai yang sepatutnya dipungut dari kaki-kaki judi. Beliau bermaksud, kalau perjudian tidak dapat dibenteras, lebih baik dihalalkan supaya kerajaan dapat berkongsi keuntungan berupa kutipan cukai.

Kesimpulannya, kenapa biarkan towkey-towkey judi sahaja kaya raya dengan gejala judi gelap, kalau lebih baik menghalalkannya supaya semua rakyat terang-terang, termasuk orang Islam bersama mengambil kesempatan bertaruh dalam pertandingan bola sepak piala dunia yang berlansung hanya empat tahun sekali. Sambil bertaruh kemungkinan jualan minuman arak pun akan meningkat. Kutipan cukai pun bertambah. Maka bertambahlah dana kewangan negara. Memang ada logiknya. Bapak-bapak Ah Long pun tumpang kaki...

Akhir kalam, syarikat judi kaya, dana kerajaan bertambah, Ah Long untung, ramai rakyat akan merana.

Apa kata para-para MUFTI???

09 May 2010

Mohd. Azizi Pengganas, Penyamun, Perompak??..

Saya berkesempatan melawat Mohd. Azizi Aziz 17 thn yang terlantar di Hosp T Jaafar Seremban hari ini. Syukur alhamdulillah anak muda ini selamat setelah menjalani operasi selama hampir 7 jam. Usus beliau sekarang di luar jasad. Hatinya juga sedikit cedera kerana tembakan.

Beliau sudah sedar tetapi belum bolih bertutur. Entah apa yang tersirat dalam kepala kerana ada hendak dinyatakan sewaktu saya bersalaman dengan beliau. Malah dia berusaha mahu mengangkat kepala sewaktu bersalaman tetapi saya melarangnya. Saya jangka beliau hendak menerangkan apa yang berlaku sebenarnya.

Setakat ini pehak polis belum lagi mendapat kenyataan dari beliau. Apa yang tersiar di media adalah spekulasi dan andaian semata-mata. Kita akan dapat cerita apabila anak muda yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini, bersedia membuat penjelasan. Sehingga itu cukup kita maklum bahawa dalam episod ini, polis telah menuju tembakan amaran terus kepada mangsa. Tak taulah apa itu caranya latihan yang diberi.

Peristiwa ini berlaku beberapa hari sahaja dari perkara yang berlaku kepada anak Aminulrasyid Amzah 17 tahun, di Shah Alam. Hanya, Aminulrasyid tidak selamat daripada tembakan polis yang memburu beliau. Ada laporan menyatakan tidak kurang dari 10 tembakan kedengaran. Kita tunggu siasatan oleh jawatankuasa khas dibentuk khusus untuk ini. Tetapi, Aminulrasyid tidak akan bersama memberi apa-apa kenyataan. Al Fathihah ....

Kepada ibu bapa kedua-dua anak muda ini, bersabarlah. Allah mengetahui dan akan menentukan yang terbaik kepada yang bertakwa.

Seperkara yang mengejutkan lagi siang tadi, semasa berada di Wad 3A hospital TJ Seremban, saya diberitahu bahawa ada seorang anak muda bangsa India yang telah pun menjadi saudara baru, sedang terlantar tidak sedarkan diri, selama 3 hari di wad yang sama. Beliau, Muhammad Daniel bin Abdullah, 22 tahun, adalah seorang anggota PKR dari Cabang Rasah. Akibat kecederaan dari kemalangan motosikal beliau mengalami kebekuan darah dalam kepala. Keadaannya dalam koma.

Apa yang menyedihkan, 1 jam setelah saya tinggalkan beliau, saya dimaklum bahawa Daniel telah kembali ke rahmatullah. Innalillah.... Ibunya, yang masih penganut Hindu, mengizinkan Allahyarham disemadikan mengikut Agama Islam dan telah dikebumikan malam tadi. Sama-sama sekali lagi kita bersedekah..Al Fathihah.

Wassalam.

03 May 2010

MCA Perlu Buktikan...

Hishamuddin mendesak MCA membuktikan bahawa parti itu masih relevan dan berguna kepada Barisan Nasional (BN). Ada juga sahutan sebuah bahagian UMNO mencadangkan supaya MCA keluar dari BN sekiranya tidak lagi mampu mengheret kaum Cina balik ke pangkuan BN.

Inilah lumrah kesombongan UMNO yang menyalahkan orang lain apabila menghadapi fenomena kurang kepercayaan rakyat kepada kepimpinannya sebagai kerajaan. Kerajaan BN sebenarnya adalah kerajaan UMNO dan yang lain, mewakili parti-parti komponen BN, adalah hiasan, dan ehsan dari UMNO semata-mata ingin mencerminkan kerjasama dalam BN. Jelas, keputusan-keputusan kerajaan mesti dari UMNO atau atas persetujuan UMNO. Maka sudah semestinya 'big brother' akan memberi kata dua atau sindiran sekiranya masalah sokongan dari sesuatu kaum menurun walau pun ianya bukan kerana kepimpinan kaum itu sendiri.

Beberapa tindakan UMNO seperti menyokong penuh Perkasa, telah membuat parti lain dalam BN serba-salah. Mereka bingung apabila diutarakan oleh kaum mereka (Cina dan India) pendirian mengenai laungan 'ketuanan Melayu'. MCA dihina, diludah, diaibkan. Namun mereka tetap berpayung kepada UMNO kerana hendak mengekalkan kepentingan pemimpin-pemimpin mereka. Andai diadakan referendum untuk ahli-ahli membuat cadangan dan keputusan, sudah pasti ramai yang mahukan MCA keluar dari BN.

Mengenai parti-parti lain dalam BN, tak perlu kita lanjutkan komen. Life-line mereka di sisi UMNO. Dijentik UMNO lintang pukang presiden-presidennya mengadap Najib. Terimalah serpih-serpih yang ditawarkan. Inilah BN.

Orang Teluk.