30 April 2010

SOKONGAN MASYARAKAT INDIA DAN CINA TERHADAP PARTI KEADILAN TERUS KUKUH

28hb April, 2010 - Kesempatan bertemu dengan penduduk di Ladang Atheton telah saya gunakan sepenuhnya untuk mengetahui tentang segala permasalahan yang dialami oleh mereka. Saya amat terharu dengan penghormatan yang diberikan semasa melawat Kuil Sri Mariamman. Kehadiran sahabat saya, YB Sdr Ravi, ADUN PD Bandar banyak membantu saya memahami dengan lebih jelas lagi keadaan yang berlaku. Saya juga merasa cukup kagum dengan semangat komuniti India di sini yang sentiasa berusaha untuk mengatasi segala kesulitan seperti masalah pelajaran anak-anak, peluang pekerjaan dan juga kemudahan-kemudahan asas.
Di sebelah petangnya, saya bersama-sama YB Sdr Chai Tong Chai, ADUN Chuah telah melawat penduduk di sekitar Bukit Pelandok. Keramahan penduduk di sini yang majoritinya kaum Tiong Hua menambahkan keyakinan saya bahawa perjuangan parti Keadilan telah diterima baik oleh masyarakat tempatan.
Insyaallah dengan bantuan dan kerja keras semua petugas di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Telok Kemang, kita akan berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk di kedua-dua kawasan.

Lawatan ke Kuil Sri Mariamman, Ladang Atethon bersama-sama YB Sdr Ravi, ADUN PD Bandar disambut mesra oleh Ketua Sami dan penduduk

Bersama-sama YB Sdr Chai Tong Chai, ADUN Chuah bertemu peniaga di Bukit Pelandok


Kesempatan menikmati kopi panas sambil beramah mesra dengan pemimpin masyarakat Tiong Hua di Bukit Pelandok

28 April 2010

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU

28hb April, 2010
1.00 tgh - 3.00 ptg - Bertemu dengan penduduk di kawasan Estet Atherton.
3.00 ptg - 6.00 ptg - Bertemu dengan penduduk di Bukit Pelanduk, bersama ADUN Chuah, YB Chai Tong Chai.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) SI RUSA PERLU TINDAKAN SEGERA







13hb April, 2010 - Sebaik sahaja menerima rungutan dari penduduk yang tinggal di kawasan perumahan PPRT Si Rusa, saya beserta petugas dari Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Telok Kemang telah bergegas ke sana. Kami telah disambut oleh bekas Ketua Kampung SiRusa dan dibawa meninjau sekitar kawasan. Keadaan persekitaran amat menyedihkan iaitu dengan longkang tersumbat dan rosak dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan. Ini ditambah pula dengan pembinaan longkang besar baru yang lebih tinggi dari longkang asal menyebabkan air kumbahan tidak mengalir dengan lancar. Tinjauan di dalam rumah juga mendapati keretakan yang amat ketara pada dinding dan syiling.

Saya berkongsi kerisauan penduduk bahawa sekiranya keadaan ini berterusan ianya bakal mengundang banyak masalah seperti banjir kilat, penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan sebagainya. Sebagai tindakan awal saya telah pun mengarahkan perkata ini dibawa kepengetahuan pihak yang berwajib bagi memastikan segala permasalahan tersebut segera diperbaiki. Saya akan terus memantau perkara ini dan berharap ianya dapat diselesaikan seberapa segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Foto (dari atas ke bawah) - (1 & 2)Keretakan yang ketara pada siling rumah dan dinding; (3) Longkang rumah yang tidak dibina dengan baik menyebabkan air tidak mengalir lancar; (4)Longkang baru yang dibina lebih tinggi dari longkang asal mengakibatkan air kumbahan tidak mengalir dengan lancar; (5)Penyelenggaraan yang tidak memuaskan menyebabkan sistem saliran tersumbat

16 April 2010

PRK di US

Saya tidak bermaksud adanya pilihan raya kecil (PRK) di US (America Syarikat) walau pun semasa menulis ini terbayang PM kita di USA sedang berucap mengutuk Iran dan membatalkan bekalan minyak oleh Petronas ke negara tersebut. Yang saya sentuh adalah pilihan raya kecil parlimen Ulu Selangor pada 25 April depan.

Sekulasi calon sudah terjawab. Sepertimana di PRK yang lalu nama-nama calon dispekulasi mengikut sudut masing-masing. Itu lumrahnya. Sudah nyata, Datuk Zaid Ibrahim akan mewakili Pakatan Rakyat dan P Kamalanathan adalah calon BN.

Kempen kali ini akan diisi dengan pelbagai cara kedua pehak, BN dan PR, hendak mempengaruhi 64,500 warga US. BN akan laungkan kembali pembangunan ala 1Malaysia. PR pula akan bawa isu perisik Israel (Zionis) dalam projek IT Polis, peranan APCO dalam Jabatan Perdana Menteri, dan yang baru, peranan Malaysia memulau Iran kerana enggan menandatangani perjanjian musnah nuklear. Yang akhir ini melucukan kerana Israel juga bertindak demikian. Tidak pula terdengar kutukan PM kita kepada negara tersebut.

Ayuh semua berkampung di US.....di sana MACAM MACAM ADA ! Lakukan tanggung jawab kita untuk menyinarkan SEMBOYAN HALILINTAR ke Putra Jaya.

07 April 2010

Portal Berita iKPD

Isu APCO Worldwide, syarikat yang ada kaitan dengan bekas perisik/pegawai tinggi kerajaan zionist Israel, yang mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam kerajaan Najib di Putrajaya, didedahkan di Dewan Rakyat beberapa hari ini. Semalam, satu lagi fakta didedahkan betapa dalamnya penglibatan bekas agen-agen zionist ini di negara kita sekarang.

Lihat ..www.ikdn.gov.my/358.html.

Kita tidak bermusuh dan tidak juga mahu begitu rapat dengan Yahudi. Tetapi kita sekeras-kerasnya mengutuk kerajaan regim zionist Israel yang berterusan melanggar ketetapan PBB dalam isu kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin yang juga mempunyai keturunan kaum Yahudi.

Sama-sama kita renungkan bahayanya kerjasama ini.

05 April 2010

Soalan di Parlimen

Pada sesi parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini diantara soalan-soalan yang saya ajukan dan jawapan yang diperolehi seperti berikut :

1...minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa hektar tanah kawasan pantai dan laut yang dimiliki secara persendirian atau syarikat di Port Dickson dan sepanjang pantai di Telok Kemang.

JAWAPAN : ...pertanyaan ditolak dengan sebab PM.23(1)(q)(i)Perkara yang dimaksudkan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

KOMEN : Pertanyaan yang sama akan diajukan di Dewan Undangan Negeri, N9 oleh wakil kita YB Ravi pada sidang akan datang.


2... minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Kerajaan akan membangunkan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di dalam DUN Bagan Pinang berharga RM30 juta sepertimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di tapak berkenaan dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang.

JAWAPAN : ...peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam kempen pilihan raya kecil adalah tujuan membangunkan SK Taman Intan dan SMK Taman Intan, Bagan Pinang. Walau bagamanapun peruntukan tersebut tidak termasuk pembangunan SJKC di DUN Bagan Pinang.

KOMEN : Kepada warga Bagan Pinang sama-sama kita pastikan apa sebenarnya yang diumumkan oleh TPM pada masa kempen prk Bagan Pinang yang lalu. Namun kita alu-alukan peruntukan lumayan sebanyak RM30 juta untuk warga Taman Intan yang pasti mengharapkan pembinaan sekolah-sekolah tersebut dimulakan secepat mungkin.

01 April 2010

JADUAL PROGRAM SEPANJANG MINGGU

Berikut adalah jadual program saya sepanjang minggu ini:

2 April, 2010 (Jumaat)
10.30 pg - 12.00 tgh - Bertemu rakyat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Telok Kemang
1.00 tgh - 2.30 ptg - Solat Jumaat dan bertemu rakyat di Masjid Jamek Pasir Panjang
5.00 ptg - 7.00 ptg - Bertemu rakyat dan peniaga di Pasar Malam Linggi
7.30 mlm - 9.00 mlm - Solat Maghrib dan Isyak dan bertemu rakyat di Masjid Jamek Pekan Linggi

3 April, 2010 (Sabtu)
10.30 pg - 12.00 tgh - Bertemu rakyat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Telok Kemang
1.00 tgh - 2.30 ptg - Makan tengahari dan mesyuarat bersama petugas dan aktivis parti
3.00 ptg - 5.00 ptg - Bertemu dengan peniaga dan rakyat di Batu 8, Pantai Telok Kemang
5.00 ptg - 6.00 ptg - Bersama AMK Telok Kemang mengedarkan risalah di Tapak Pasar Malam Batu 4
8.00 mlm - 11.00 mlm - Menghadiri mesyuarat parti di Ibu Pejabat

4 April, 2010 (Ahad) - Menghadiri mesyuarat parti di Ibu Pejabat.

5 - 8 April, 2010 (Isnin - Khamis) - Menghadiri sesi Parlimen