18 January 2010

ISU PERUNTUKAN

'Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini'.

'Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin UMNO-BN berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai......'

'Wang yang disalurkan oleh Kerajaan itu bukan wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti....'

Di atas adalah ungkapan sebahagian dari kenyataan YB Nik Nazmi dipetik dari TV Selangor.

Saya bersetuju sepenuhnya bahawa di atas prinsip keadilan, peruntukan harus diberi kepada semua wakil-wakil rakyat ADUN dan AP tidak kira dari parti mana sekali pun kerana mereka-mereka ini ,telah pun dipilih dan di amanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas mereka termasuk menggunakan dana yang diperuntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat.

Beliau juga menekankan bahawa kerajaan PR Selangor bersedia akan serta merta ikut sama menyalurkan kepada semua wakil-wakil rakyat sekiranya Kerajaan Pusat terdahulu berbuat demikian.

Dalam perkara ini saya dulu lagi pernah menyuarakan kepada kepimpinan parti bahawa di atas prinsip keadilan yang ditekankan, kerajaan PR harus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan mengamalkan sikap terbuka dan bersedia menyalurkan peruntukan terus kepada semua ADUN dan AP tidak kira dari parti mana, walau pun Kerajaan Pusat enggan melaksanakannya. Ini akan mencerminkan keikhlasan dan kewibawaan kerajaan PR yang bersedia dan berkemampuan melaksanakan amalan kebertanggungjawaban dan keterbukaan pentadbirannya. Secara langsung, PR menghormati bahawa rakyat telah membuat pilihan siapa wakil-wakil mereka di kawasan masing-masing. Kita akur kepada amanah rakyat

Kerajaan PR mempunyai kepakaran untuk memantau penggunaan peruntukan tersebut dan dapat mempastikannya sampai ke sasaran yang dimaksudkan. Justeru, tidak ada halangan bagi kerajaan PR untuk bertindak dan melaksanakan dasar tersebut.

Ayuh PR, kita tidak seperti mereka yang berfikiran jumud dan kolot.


MEMIMPIN PERUBAHAN MENJANA KEMENANGAN !

10 January 2010

MEMBAKAR GEREJA AMALAN ALLAH??

Seharusnya seorang Islam memahami bahawa ALLAH pemilik langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Ini jelas makna 'Allaahu nuurus samaawaati wal ardl, Lahuu Mulkus samaawaati wa ardl. Maka apa alasan dan hak orang Muslim menghalang orang lain mengguna nama ALLAH?

Seorang Islam yang berHaqiqat akan memahami bahawa Allah pemilik semuanya termasuk namaNya di dunia ini. Tidak ada firmanNya yang bermakna sebaliknya, tak mungkin namaNya pemilik mana-mana manusia yang dimilikiNya.

Justeru, membakar gereja bercanggah dengan perintah Allah. Seperti dalam ayat Al-Hajj: 40 bermaksud ' Orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan, melainkan hanya kerana mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Allah'. Jika Allah tidak membangkitkan sebahagian manusia menolak sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid di dalamnya banyak disebutkan nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti akan menolong orang yang menolong Agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa'.

Kenapa kita mahu mengingkari perintah Allah ??


hamba ALLAH

03 January 2010

UMNO JUARA RAKYAT....APA TU?

Program UMNO JUARA RAKYAT yang dimaklumkan olih Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, dan dirancang untuk dirasmikan olih Presidennya pada bulan ini, sangat menarik. Program ini akan berusaha mempengaruhi rakyat bahawa UMNO menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai kehidupan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa dibarisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.

Program ini juga harap mencapai matlamat bahawa UMNO adalah nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan UMNO, dan kalau ada apa-apa masalah UMNO datang dulu turun padang.

Cita-cita UMNO sangat tinggi dan mencabar, dan mengakui sudah terdesak dan tertekan bahawa parti itu sudah hilang sokongan rakyat, sudah hilang kepercayaan rakyat, sudah hilang haluan dan tidak lagi berkemampuan mengetuai kerajaan. Justeru, UMNO perlu merancang sesuatu yang dapat mengelirukan rakyat supaya apa jua yang berlaku dan dilakukan olih kerajaan yang dipimpin olih UMNO selama ini mengenai salahguna kuasa, rasuah, ketirisan perbelanjaan, menggelapkan perbuatan-perbuatan sumbang, melindung penjenayah-penjenayah, mengabaikan nasib rakyat miskin, membahagikan tanah-tanah kepada kroni-kroni dan yang kaya-kaya, dan terlalu banyak nak disebut semua, dilupakan olih rakyat. Sudah semestinya program dilaksanakan dengan mengkudakan segala agensi-agensi kerajaan dan kewangan negara. Kesimpulannya, program ini seperti seloka ini...

UMNO itu apa hajatnya
Rakyat sana-sini tertanya-tanya
Program ini manafaatkan siapa
Untuk semua atau pemimpinya saja

Jelaskan dulu semua angkara
Lima puluh tahun punya cerita
Hingga negara sedemikian rupa
Masakan rakyat senang nak lupa

Program juara tujuannya apa
Nak tutup pekung atau luka
Seperti biasa caranya sama
Sana sini tabur gula-gula

Sudahlah, jangan lagi pura-pura
Rakyat dah peka bukan lagi buta
Terhegeh-hegeh kesini kesana
Memujuk merayu tebalkan muka

Kalau dulu rakyat bisu tak bermaya
Ditekan dihimpit dan ramai dihina
Kini terbukti undi yang berkuasa
Baru nak turun berjumpa kita

He he, nak turun padang kononnya
Dulu dulunya pergi kemana
Baru sedar ke dari terlena
Igauan dasyat terkejut semua

Kita tunggu dengan hati terbuka
Berdebar-debar menanti gelagat mereka
Kerana yang turun JUARA- JUARA
Pemutarbelit, penyangak, penyamun, pewaris Si Tua Apa Nama...



dari Rakyat Marhaen biasa