28 April 2010

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) SI RUSA PERLU TINDAKAN SEGERA







13hb April, 2010 - Sebaik sahaja menerima rungutan dari penduduk yang tinggal di kawasan perumahan PPRT Si Rusa, saya beserta petugas dari Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Telok Kemang telah bergegas ke sana. Kami telah disambut oleh bekas Ketua Kampung SiRusa dan dibawa meninjau sekitar kawasan. Keadaan persekitaran amat menyedihkan iaitu dengan longkang tersumbat dan rosak dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan. Ini ditambah pula dengan pembinaan longkang besar baru yang lebih tinggi dari longkang asal menyebabkan air kumbahan tidak mengalir dengan lancar. Tinjauan di dalam rumah juga mendapati keretakan yang amat ketara pada dinding dan syiling.

Saya berkongsi kerisauan penduduk bahawa sekiranya keadaan ini berterusan ianya bakal mengundang banyak masalah seperti banjir kilat, penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan sebagainya. Sebagai tindakan awal saya telah pun mengarahkan perkata ini dibawa kepengetahuan pihak yang berwajib bagi memastikan segala permasalahan tersebut segera diperbaiki. Saya akan terus memantau perkara ini dan berharap ianya dapat diselesaikan seberapa segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Foto (dari atas ke bawah) - (1 & 2)Keretakan yang ketara pada siling rumah dan dinding; (3) Longkang rumah yang tidak dibina dengan baik menyebabkan air tidak mengalir lancar; (4)Longkang baru yang dibina lebih tinggi dari longkang asal mengakibatkan air kumbahan tidak mengalir dengan lancar; (5)Penyelenggaraan yang tidak memuaskan menyebabkan sistem saliran tersumbat

No comments: