26 December 2009

MENJELANG SESSI PERSEKOLAHAN


Hujung minggu ini Ahli Parlimen telah menghadiri pelbagai acara serta majlis di seluruh kawasan Parlimen Telok Kemang. Dari memenuhi undangan ke majlis kenduri perkahwinan, menghadiri majlis sambutan Hari Natal di rumah Setiausaha Politik kepada YB ADUN Port Dickson hinggalah kepada program 'turun padang' bagi menemui dan menyelami masalah rakyat.

Di sepanjang perjalanan kami, kedengaran begitu banyak sekali kerungsingan yang ditimbulkan oleh ibubapa mengenai hal yuran serta belanjan untuk persekolahan anak-anak. Difahamkan bayaran untuk sessi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 & 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara. Kami ingin memetik kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bayaran itu nampaknya kecil bagi ahli korporat, Pengerusi JKKK ataupun kontraktor belaan kroni parti pemerintah, tetapi ianya cukup membebankan orang-orang kampung, buruh, nelayan, pekerja kilang, kakitangan awam peringkat rendah dan juga Askar Lain-Lain Pangkat.
-
Itu belum masuk belanja untuk membeli pakaian, peralatan, tambang bas dan pelbagai lagi perbelanjaan yang memeningkan begitu ramai ibubapa di bawah. Termenung penulis seketika apabila mengenangkan perkara ini. Cuba bayangkan di saat negara kita ini dilimpahi dengan rahmat dari hasil minyak namun rakyat di bawah masih dibebankan dengan perkara-perkara sebegini.
-
Dalam perjalanan ini penulis juga ingin menyentuh mengenai projek Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin di Batu 7 Telok Kemang. Projek yang sepatutnya siap sebelum bermulanya sessi persekolahan 2010, nampaknya akan tertangguh lagi mungkin ke 2011 atau 2012 bila tibanya musim pilihanraya yang akan datang? Sedangkan di bawah begitu ramai ibubapa di Kampung Telok Kemang yang dahagakan pendidikan agama untuk anak-anak mereka. Maklumlah, sejak 52 tahun negara kita Merdeka, langsung tiada kemudahan sekolah agama untuk rakyat di sini. Ini dengan sendirinya membuktikan bahawa UMNO telah gagal kerana hanya mementingkan hal-hal dunia sedangkan hal pendidikan agama untuk anak-anak sengaja dibiarkan dan dilengah-lengahkan. Penulis ingin minta penjelasan ADUN Bagan Pinang bagi menjawap persoalan ini.
-
FIKIR-FIKIRKAN..
-
-

25 December 2009

MANA DIA ISMAIL TAIB ?

Masalah yang menimpa penduduk di Rumah Rakyat Pasir Panjang ini telah mendapat perhatian serius Ahli Parlimen Telok Kemang semenjak 6 Disember 2008 lagi. Genap setahun yang lalu, YB Dato' Ahli Parlimen telahpun turun padang menemui penduduk di sini dan membawa permasalahan ini ke Dewan Rakyat.
-
-
Namun apa yang dikesalkan adalah, semenjak bertahun-tahun isu ini berlaku, di manakah kelibat A.D.U.N Linggi? Ternyata beliau mengambil sikap lepas tangan! Sekarang mari kita serahkan perkara ini pada rakyat di Pasir Panjang untuk menilai prestasi sebenar beliau dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
-
-









UMNO MEMANG TIDAK SERIUS MEMBELA MELAYU

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.
-
Saya nukil:
-
After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately. The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the 1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However, despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected. Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
-
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya..
-
Seterusnya di:

24 December 2009

SEHARIAN DI D.U.N LINGGI

24.12.2009
Wakil Peribadi kepada YB Dato' Ahli Parlimen bersama aktivis keADILan Cabang Telok Kemang telah turun menemui masyarakat nelayan di Sg. Sekawang untuk meninjau perkembangan projek jeti yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dalam lawatan tersebut, Wakil Peribadi kepada YB Dato' Ahli Parlimen melahirkan ucapan penghargaan di atas kesungguhan pihak LKIM dalam melaksanakan projek berkenaan.
-
Masyarakat nelayan di sini turut menghargai keperihatinan YB Dato' Ahli Parlimen dalam mengetengahkan masalah mereka memandangkan keadaan jeti sedia ada telah terlalu uzur serta tidak lagi menepati piawaian keselamatan. Wakil nelayan, Saudara Awaluddin yang ditemui walau bagaimanapun berharap pihak LKIM dapat membina tambahan kira-kira lagi 10 ke 15 meter jeti baru ini memandangkan kedudukannya sekarang begitu hampir dengan pantai dan ini menyukarkan bot-bot nelayan mendarat ketika air surut.
-
Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak LKIM untuk tindakan lanjut.
-
Laporan lawatan kerja YB Dato' Ahli Parlimen ke jeti ini pada Disember 2008 di:


Sejurus selepas melawat Jeti Nelayan Sg. Sekawang, Wakil Peribadi kepada YB Dato' Ahli Parlimen telah melapangkan masa kira-kira 1 jam mengunjungi Makcik Hadiah Binti Omar (71 tahun) yang mengidap penyakit diabetis di Pengkalan Durian. Alhamdulillah, inisiatif YB Dato' Ahli Parlimen membekalkan ubatan herba serta mengirimkan pakar perubatan alternatif membuahkan hasil apabila penyakit yang dihidapi makcik ini beransur pulih.
-
Mak Lang Tipah (84 tahun) yang selama ini begitu sabar menjaga Makcik Hadiah bersyukur kerana masih ada insan yang simpati serta mengambil berat penderitaan yang dialami oleh saudaranya itu. "Mujurlah ada YB Dato' yang sudi membekalkan ubat-ubatan ini, kalau tidak sudah tentu kaki saudara makcik ini sudah dipotong", ujarnya.
-
Lawatan pertama dan kedua ke rumah makcik ini di:
http://telokkemang.blogspot.com/2009/12/gempur-linggi-janji-pada-rakyat.html



Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung pertemuan aktivis-aktivis keADILan D.U.N Linggi bertempat di kawasan projek Hentian Bas Linggi yang terbengkalai sekian lama. Dalam pertemuan ini, Wakil Peribadi kepada YB Dato' Ahli Parlimen telah memberikan taklimat ringkas berhubung dengan gerak-kerja semasa.


Aktivis keADILan di Pekan Linggi yang berkumpul pada petang ini turut mengadakan program khidmat menggunting rambut secara percuma untuk warga veteran di sini. Wakil Peribadi kepada YB Dato' telah turut serta.

23 December 2009

AHLI PARLIMEN PERIHATIN

Kesibukan menghadiri Sidang Dewan Rakyat tidak menghalang Ahli Parlimen untuk turun padang menemui serta meninjau masalah yang dihadapi oleh rakyat. Pada hujung minggu yang lalu, YB Dato' serta YB ADUN Port Dickson telah melapangkan masa kira-kira sejam melawat Encik Gan Chai, seorang pemandu teksi di Bandar PD yang menghadapi dugaan ditimpa penyakit strok ketika sedang menjalankan tugas.


Selain dari bertanyakan khabar, YB Dato' turut membawa bersama beliau ahli fisioterapi yang kemudiannya menjalankan sessi rawatan ke atas Encik Gan.


Alhamdulillah, selepas diberikan rawatan, Encik Gan telah menunjukkan tanda pemulihan.



NASIB O.K.U DAPAT PERHATIAN

Pada 22/12/2009, YB Saudara M.Ravi (ADUN Port Dickson) ditemani Wakil Peribadi kepada YB Dato' Ahli Parlimen Telok Kemang telah mengunjungi rumah Encik S. Micheal di Rumah Rakyat Telok Kemang Peringkat 2 bagi menghulurkan sedikit bantuan kepada beliau sekeluarga.

Dalam kunjungan ini, YB Saudara M. Ravi serta Wakil Peribadi kepada YB Dato' Ahli Parlimen telah mengulangi komitmen untuk membela nasib keluarga ini sebaik mungkin dan akan menghubungi pihak Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi mendapatkan kepastian berhubung dengan tunggakan pembayaran sewa rumah yang menjadi tempat berteduh keluarga daif ini.

21 December 2009

ENJIN PESAWAT PUN BOLEH HILANG? APA DAH JADI DENGAN MALAYSIA?

Saya seringkali melahirkan kebimbangan tentang keselamatan negara dari ancaman luar terutama pintu keluar masuk sempadan negara. Masih ingat lagi kehilangan 2 kontena chip komputer dari Terminal Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas tidak lama dulu? Begitu juga dengan rampasan dadah yang beratnya hampir 1 tan di Rompin, Pahang. Ini belum termasuk dengan betapa mudahnya pendatang tanpa izin (PATI) membolosi sempadan negara sedangkan begitu banyak operasi yang dijalankan oleh pihak Tentera, Polis, APMM dan pelbagai agensi lain masih tidak mampu menyekat PATI dari memasuki negara ini.

Berita terkini enjin jet pejuang F5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur hilang dari sistem kawalan dan keselamatan Polis Tentera yang begitu ketat. Kehilangan ini berlaku pada hujung tahun lalu dan dikatakan telah dijual di Amerika Selatan.

Dalam kes ini siasatan menunjukkan ia melibatkan penglibatan orang dalam iaitu pegawai atasan TUDM sendiri. Saya tidak mahu bangkitkan penyelewengan dan pecah amanah yang berlaku dalam Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia. Tapi orang seperti Panglima Tentera Udara, Panglima Angkatan Tentera bahkan bekas Menteri Pertahanan yang kini telah menjadi Perdana Menteri sendiri harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini, bukan sekadar Prebet, Kapten atau pegawai rendah sahaja!

Tetapi apa yang saya ingin utarakan bagaimana enjin jet yang sebegitu besar boleh 'dieksport'' ke Amerika Selatan? Adakah pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan tak dapat mengesan enjin yang begitu besar merentasi sempadan negara? Konspirasi ini nampaknya mungkin turut melibatkan Kastam, Malaysia Air Port dan banyak lagi agensi?

Sejak bila pula Malaysia jadi pengeksport enjin pesawat pejuang? Jika enjin pesawat pejuang yang begini besar boleh diseludup keluar tidak mustahil banyak lagi aset keselamatan milik negara ini telah dibawa keluar dan jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu satu siasatan rapi bertaraf Suruhanjaya Di Raja perlu ditubuhkan dan rakyat perlu diberitahu tentang kejadian yang berlaku. Ini kerana ia bukan sahaja berkaitan soal keselamatan tetapi juga berkaitan dengan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai terhadap segala harta dan aset milik kerajaan.


17 December 2009

KEMBALIKAN KEWIBAWAAN MPPD

Dalam ruangan kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca mengenai perihal Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lebih tepatnya di kawasan Parlimen Telok Kemang ini ialah Majlis Perbandaran Port Dickson. Dirasakan sudah tiba masanya coretan ini didedahkan kepada umum bagi menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat melibatkan isu-isu perbandaran seperti masalah perparitan, banjir-kilat, kutipan sampah, kemudahan prasarana seperti jalan-raya, lampu jalan, lampu isyarat, papan-tanda, kemudahan rekreasi sehinggalah kepada isu pencemaran alam-sekitar.

-Perlantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ditentukan oleh Kerajaan Negeri. Siapa yang layak menjadi Ahli Majlis dipengaruhi oleh keputusan politik parti yang menjadi pemerintah Kerajaan Negeri. Sekarang ini di Negeri Sembilan Darul Khusus secara keseluruhannya dan Port Dickson secara khasnya, lantikan Ahli Majlis hanya dalam lingkungan kuota parti komponen Barisan Nasional bukannya mencerminkan suara sebenar rakyat yang membayar cukai dan rakyat yang menjadi pengundi. Berapa ramai masyarakat tempatan mengenali Ahli-Ahli Majlis mereka?

Setelah dilihat secara mendalam, kesemua isu yang membabitkan PBT berpunca dari ramai Ahli Majlis yang tidak berwibawa dilantik oleh parti yang memerintah. Mengambil MPPD sebagai contoh, terdapat Ahli Majlis yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki kerana terlalu banyak tangggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Ada yang dilantik merupakan seorang kontraktor kelas F yang sibuk mengambil kesempatan di atas kedudukannya sebagai Ahli Majlis untuk mengaturkan projek untuk kepentingannya. Ada pula kakitangan kerajaan menjadi Ahli Majlis atas kapisitinya sebagai Naib Ketua Bahagian sebuah parti politik. Lazimnya ramai Ahli-Ahli Majlis bergantung kepada kontrek-kontrek Majlis Perbandaran dan mengumpul kekayaan.
-
Kita mengakui bahawa perkhidmatan PBT terlalu subjektif. Jika longkang di hadapan rumah tersumbat maka bagi masyarakat inilah mercu tanda kelemahan MPPD. Jika jalan berhampiran rumah kita gagal diturap ataupun pantai Telok Kemang kotor, dengan segera maka masyarakat menunding jari menyatakan YDP tidak menjalankan tugasnya. Hakikatnya, pernahkah kita ambil tahu bahawa ini semua adalah kerana kegagalan Ahli-Ahli Majlis tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Bagaimana tidak kalau Ahli Majlis itu sendiri yang menjadi kontrektor-kontrektornya dan kerja-kerja sebenar diagihkan kepada orang lain untuk melaksanakan dengan harga yang murah. Justeru, Ahli Majlis berniaga atas angin.

Kurangnya tenaga profesional pada Ahli Majlis menyebabkan reputasi MPPD sebagai Pantai Peranginan Negara menjadi cemuhan orang ramai. Kerajaan Negeri Sembilan sepatutnya mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Majlis yang didapati kerap tidak menghadiri Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa atau Mesyuarat Penuh Majlis. Kerajaan Negeri juga harus menggantikan Ahli Majlis yang terbukti gagal menjalankan tugasnya mengetengahkan isu-isu yang melibatkan kesejahteraan masyarakat. Ini fakta kerana terlalu banyak rungutan masyarakat tidak mampu diselesaikan secara berkesan.

-Rujuklah akhbar Sinar Harian atau China Press kerana setiap hari ada sahaja masalah masyarakat yang seolah-olah dipejamkan oleh Ahli Majlis yang dilantik. Bukankah tanggungjawab seorang Ahli Majlis adalah sebagai penyelia di sektor / kawasan tanggungjawab masing-masing selain sebagai pembuat dasar di peringkat PBT? Ada kah kita pernah nampak Ahli Majlis turun menyelesaikan masalah rakyat?
Adakah Ahli Majlis MPPD telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan jujur ataupun sekadar mengambil elaun sebagai Ahli Majlis tetapi sibuk menguruskan hal parti dan memperolehi kontrek-kontrak keluaran Majlis.
-
Justeru segala-gala aduan rakyat yang melibatkan hal perbandaran juga dibebankan ke bahu Wakil Rakyat? Arakian ada rasionalnya Ahli Majlis juga harus dipilih oleh rakyat. Siri berikut, kita akan siarkan nama dan gambar Ahli-Ahli Majlis MPPD. Masyarakat patut mengenali siapa mereka.

FIKIR-FIKIRKAN..

TERUSKAN BOIKOT UTUSAN MALAYSIA


Malaysiakini melaporkan bahawa editor Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang menulis di kolumnya yang bertajuk, “Cuit” telah pun melancarkan mogok daripada menulis kolum tersebut. Dipercayai berikutan daripada laporan Polis yang dilakukan terhadapnya.

Klik www.malaysiakini.com/news/119939 untuk membaca berita penuh.
-
Jualan akhbar tersebut dilaporkan jatuh mendadak minggu lalu. Nampaknya kempen rakyat untuk memboikot Utusan Malaysia berkesan. Lambat laun semua pengiklan akan melarikan diri. Lama mana UMNO mampu tanggung? Apa yang harus kita buat ialah teruskan tidak membeli Utusan. Beritahu kepada kawan-kawan yang lain. Ini sahaja cara untuk mengajar akhbar yang menulis tanpa tanggungjawab dan melaga-lagakan rakyat pelbagai bangsa.
-
Ada seorang teman memberitahu, syarikat tempat beliau bekerja memberikan Utusan Malaysia secara percuma kepada setiap kakitangan. Untuk membawa akhbar tersebut sambil berjalan pun, beliau malu. Akhirnya beliau hanya gunakan akhbar itu untuk “membungkus” pampers anaknya yang telah diguna.
-
Sampai begitu sekali rakyat menghina Utusan Malaysia. Akan tetapi ini masih belum cukup. Kita harus sedarkan keluarga terdekat dan teman-teman agar jangan beri 10 sen pun untuk menyokong pembelian Utusan Malaysia. Percayalah, lama kelamaan, mereka akan pasti lingkup!


16 December 2009

AL-KISAH BAJET 1 MALAYSIA

Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion-bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam semalam.
-
Najib hilang kredibiliti, ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan UMNO itu.
-
Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti 1 undi sahaja. Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan.
Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran Ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh Dewan Rakyat?
-
Beberapa Ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang PETRONAS yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini. Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan. Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan & perbelanjaan yang sewajarnya.

PENDUDUK RESAH DISAJIKAN JALAN BERDEBU

Masalah jalan berdebu serta keselamatan lalu-lintas di Jalan Masuk Utama Taman Politeknik telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Telok Kemang. Setelah mengadakan perbincangan, Penduduk Taman Politeknik hari ini akan menghantar laporan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung perkara berkenaan.
-
Wakil Penduduk melahirkan rasa dukacita oleh kerana pihak-pihak yang terlibat dalam projek ini telah mengabaikan 2 perkara: yang pertama kesan alam sekitar ekoran dari debu tanah merah yang didapati berpunca dari kegagalan kontraktor projek membuat semburan air secara kerap, dan yang kedua kegagalan pihak kontraktor menempatkan pengawal lalu-lintas bagi mengawasi pergerakan keluar-masuk lori yang melalui jalan masuk ke kawasan perumahan ini.
-
Difahamkan situasi ini telah menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan. Baru-baru ini seorang pelajar semester akhir Politeknik Port Dickson terjatuh dari motosikal yang ditungganinya setelah mengelak dari kesan debu yang dibawa oleh sebuah lori dipandu laju yang melalui jalan di kawasan perumahan ini.

Secara umumnya penduduk di Taman Politeknik menyambut baik projek (Arterial Road A) Jalan Sambungan dari Lebuhraya Seremban - PD ke Laluan Persekutuan (5) di Pasir Panjang yang turut melalui Taman Politeknik ini disambung semula kerana akan memudahkan aksess perhubungan dari kawasan perumahan ini ke Lebuh Raya Seremban - PD dan seterusnya ke Lebuh Raya Utara - Selatan.
-
Walau bagaimanapun, pihak Penguasa Projek haruslah memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor tidak mengakibatkan kesusahan dan kacau-ganggu kepada kesejahteraan penduduk setempat.

SEPETANG DI JETI NELAYAN BAKAR ARANG

Catatan: 14.12.2009
-
Masyarakat nelayan di jeti Bakar Arang (kira-kira 2km dari Pekan Chuah) melahirkan rasa dukacita oleh kerana pandangan mereka tidak diambil kira sebelum projek peningkatan jeti nelayan di sini dimulakan. Keluhan itu disuarakan kepada Wakil Peribadi kepada Ahli Parlimen Telok Kemang dalam pertemuan yang dianjurkan oleh masyarakat nelayan di jeti berkenaan petang kelmarin.
-
Kami difahamkan sebelum projek ini bermula, masyarakat nelayan di jeti ini telah mengadakan perbincangan bersama dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Port Dickson. Menurut wakil nelayan terbabit “dalam perbincangan tersebut, kami telah memberikan pandangan tentang rekabentuk jeti ini wajar mengambilkira keperluan semua nelayan di sini”.
-
Kami difahamkan rekabentuk yang dimaksudkan oleh masyarakat nelayan di sini adalah pembinaan jeti baru yang dicadangkan itu biarlah berkedudukan memanjang agar dapat memberikan ruang pendaratan kepada seberapa banyak buah bot nelayan yang berpengkalan di jeti ini, dan bukannya jeti berkedudukan melintang yang mempunyai hanya 3 ruang meletak bot sahaja. “adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?”, “pandangan kami sedikitpun tidak dihiraukan”, kesal wakil nelayan berkenaan.


Dalam perkembangan ini Ahli Parlimen Telok Kemang sememangnya mengalu-alukan hasrat murni LKIM memajukan prasarana perikanan di kawasan ini. Namun pelaburan yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk memajukan industri perikanan mestilah mengambilkira keperluan masyarakat setempat agar memberikan impak kepada kemajuan industri perikanan itu sendiri. Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang sentiasa berhubung dengan pihak LKIM demi kebaikan rakyat secara keseluruhannya.




15 December 2009

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT: PERUBAHAN KONKRIT & STRUKTURAL

Tanggal 19 Disember ini adalah detik bersejarah. Harapan untuk perubahan umpama sinar matahari yang berada di muka pintu rumah kita saban pagi. Pemimpin akar umbi dari tiga parti—KEADILAN, PAS dan DAP—buat pertama kalinya akan duduk bersama meninjau kemungkinan untuk menjadi sebuah gabungan rasmi yang akan bertentang mata satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Perubahan justeru memerlukan bahasanya. Kita sekian lama telah mendengar slogan demi slogan. Setidak-tidaknya, tiga Pilihanraya Umum yang kita tempoh sejak tercetusnya Reformasi 1998, menjadikan rakyat dan pendokong perjuangan ini mulai mengerti apa maknanya perjuangan dan Politik Baru yang sering kita laungkan.

Antara lain, kita menjunjung tinggi Kedaulatan Rakyat, sepertimana yang termaktud di dalam Perlembagaan. Kita menolak perjuangan politik yang berasaskan kaum, dan saya percaya di atas keinsafan ini, maka kita bergerak ke arah membentuk sebuah gabungan yang menolak faham perkauman sempit, assabiyah dan pergeseran yang tidak perlu antara penganut agama.

Kita mahu jadi kita. Kita mahu menjadi lain daripada UMNO-BN. Seraya itu, sebelum sampai ke dewan Konvensyen, para pemimpin ketiga parti wajar menghayati erti sebenar keadilan dan kebebasan. Ikrar bersama ialah untuk memelihara prinsip-prinsip itu, tak kira bila dan sampai bila-bila.

Lihat bagaimana kuasa politik telah begitu besar dan mencenglam kuasanya sehingga pinggan-mangkuk majlis kahwin di kampung-kampung pun dicop dengan lambang parti politik. Apakah kita apabila berkuasa nanti, akan melaksana method politik yang mengongkong sedemikian rupa? Kalau begitu, sesungguhnya apa bezanya kita dengan UMNO-BN?

Kelainan yang kita cari daripada UMNO-BN, adalah kelainan yang perlu… bukan sekadar untuk menjadi lain dari yang lain. Kerana itu, prinsip keadilan sebagai objektif tertinggi tuntutan politik wajar diberi perhatian, dan tidak boleh digalang-ganti.

Perlulah kita di dalam Pakatan Rakyat menolak cara politik usang UMNO-BN. Antara isu besar yang dideritai dan menjadikan politik Malaysia sukar tumbuh dengan matang, misalnya adalah pembahagian wang peruntukan kepada wakil rakyat yang dipilih. Kita insafi bagaimana kepayahan apabila ada calon Pakatan Rakyat menang di kawasan di sesebuah negeri yang tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka wang peruntukan itu tidak diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri kepada wakil rakyat kita.

Lalu, adalah wajar kita mengenepikan cara politik tidak yakin diri begini. Kita kata, kita hormat keputusan rakyat. Lalu, apabila diberi kesempatan memerintah di beberapa negeri, kita wajar tonjolkan prinsip keadilan yang sebenar dan apa yang saya sebutkan di atas tadi, sebagai “berbeza daripada UMNO-BN”.
Kerajaan Pakatan Rakyat haruslah bertekad untuk kembalikan hak rakyat kepada rakyat. Kita harus berjanji bahawa kita akan memberikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang bukan di kalangan kita, yang dipilih oleh rakyat kerana ianya hak rakyat, dan kerana itu kita akan hormatinya di atas prinsip kita berpegang kepada makna keadilan yang sebenar. Perjuangan baru memerlukan besar jiwa dan kebijaksanaan.

Begitu juga keluhan kita selama ini tentang tender tertutup yang diamalkan oleh rejim lama. Mengapa tidak, mengapa terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat mengamalkan kaedah politik baru bahawa tidak akan ada lagi tender tertutup sepertimana dahulu. Tak usah tunggu untuk sampai ke Putrajaya…

Sekali lagi dengan kuasa di negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, semua projek kerajaan negeri perlu melalui tender terbuka. Tidak kira berapa nilainya. Kecil atau besar. Itulah yang dinamakan ketelusan dan integriti.

Dua contoh ini, paling tidak akan menjadikan rakyat semakin celek. Kita tahu dan kita tidak terlalu naïf melihat gelagat sesetengah pemimpin UMNO-BN, yang tidak akan berubah perlakuan ganas dan bengis politik mereka. Kita tahu mereka akan menggunakan peluang ini dan mereka anggap sebagai ‘kelemahan’ Pakatan Rakyat. Itu bukan soalnya.

Soalanya sekarang adalah antara kita-dengan-rakyat; antara kita-dengan-amanah. Andai Konvensyen Pertama hujung minggu ini menjadi pertemuan pertama antara tiga parti, ayuhlah jadikan pertemuan ini bukan sekadar seperti acara ritual. Kesempatan ini perlu digunakan untuk sebuah perubahan yang struktural dan konkrIt dirangka. Saya percaya Pakatan Rakyat serius dan komited dengan agenda Reformasi. Kerana itulah dipilih tema “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan” dipilih sebagai tema pertama pertemuan rasaksa tiga parti ini.


MENGGILAP HARAPAN RAKYAT !

14 December 2009

EKSKLUSIF: BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

Perancangan, pembangunan, aktiviti penyelidikan, sumber manusia dan status semasa Stesyen Status Pusat Penyelidikan Sains Marin Universiti Putra Malaysia di Bt.7 Telok Kemang kini menjadi tanda tanya? Ahli Parlimen Telok Kemang telah menerima aduan dari komuniti setempat bahawa perancangan pihak-pihak tertentu (dipercayai sebuah Syarikat Pemaju kenalan rapat bekas Menteri Besar yang memerintah Negeri Sembilan selama 22 tahun) yang begitu rakus sedang membahagi-bahagikan pantai ini sesama syarikat kroni mereka.





(Gambar Kanan) Baru semalam pantai ini adalah milik awam dan kegunaan penyelidikan UPM, tetapi hari ini ianya sudah disahkan menjadi milik orang lain.



Maklumat mendapati bahawa syarikat tersebut telah diberikan hak konsesi eksklusif bagi projek menambak laut di kawasan ini untuk tujuan pembangunan. Persoalan yang timbul sekarang ini adalah: pembangunan ini untuk apa dan pembangunan ini untuk siapa? Pendedahan berikut pastinya akan membuat pembaca teruja:









Dalam perkembangan berkaitan, YB Ahli Parlimen telah melakukan tinjauan ke lokasi ini. Beliau berkesempatan melawat bangunan Unit Penetasan (Hatcheri) yang baru bagi mengantikan Unit Penetasan lama dan projek penyelidikan alga laut. Pelbagai isu melibatkan kepentingan alam-sekitar yang berlaku khususnya di perairan Port Dickson menjadi perhatian serius YB Ahli Parlimen.

YB Ahli Parlimen amat menghargai inisiatif yang dijalankan oleh pihak UPM. Namun kepincangan perancangan pembangunan oleh segelintir pemimpin UMNO tertentu yang mengetepikan persoalan alam-sekitar semata-mata mahu mengejar keuntungan sangatlah dikesalkan. Seharusnya isu alam-sekitar menyedarkan semua pihak bahawa bahaya pencemaran pantai Telok Kemang kini berada dalam keadaan yang cukup serius. Natijahnya nanti keindahan pantai ini akan hilang jika agenda 'pengurniaan' pantai ini kepada pemaju tidak ditentang oleh rakyat.

Aneh.. Sangat aneh.. Dalam kursus BTN, mereka jugalah yang mengajar supaya peserta kursus menyanyikan lagu "Anak kecil main api.. Bumi dipijak milik orang". Tapi rupa-rupanya mereka yang menjadi petualang menjual tanah-tanah rizab pantai dan laut kepada 'orang lain'.

Perkara ini akan kami bawa ke pengetahuan Sidang Dewan Rakyat untuk tindakan. Nantikan pendedahan selanjutnya selepas ini.

MENGGILAP HARAPAN RAKYAT
SELAMATKAN PANTAI TELOK KEMANG

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT: PAKATAN PENDUDUK TAMAN POLITEKNIK

Tanpa mengira perbezaan ideologi politik serta pertubuhan, hari ini telah berlangsung 'program berkampung' sempena majlis Walimatul Urus di rumah Encik Lokman. Sesungguhnya majlis seperti ini merupakan medan terbaik untuk penduduk setempat berpakat bagi menjayakannya. Turut sama dalam 'program berkampung' ini ialah Wakil Peribadi kepada YB Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Telok Kemang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas semangat kerjasama dan muafakat yang ditonjolkan oleh penduduk Taman Politeknik Port Dickson ini.. Ia juga bertepatan dengan slogan: Jiran Sepakat Membawa Berkat.
-
dan buat kedua mempelai, Ahli Parlimen mengucapkan Selamat Pengantin Baru.

ADAKAH INI RAKYAT DIUTAMAKAN?

Beginilah keadaan Jalan Utama yang sedang dinaiktaraf menghubungkan Pasir Panjang ke Pekan Linggi (berhampiran pintu masuk utama ke Ladang Sengkang). Di Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang, kami mengalu-alukan penyambungan semula projek yang telah terbengkalai selama 6 tahun ini demi kebaikan bersama.
-
Namun apa yang dikesalkan adalah, sikap kontraktor yang terlibat membiarkan keadaan permukaan jalan yang membahayakan pengguna jalan tersebut khususnya penunggang motosikal. Tinjauan di tapak projek juga mendapati tiadanya papan tanda amaran yang cukup diletakkan oleh pihak kontraktor terbabit. Cuma sekadar sebuah kun, adakah itu sudah memadai?
-
Difahamkan beberapa kemalangan telah berlaku di kawasan ini. Bila berlaku kemalangan, yang sering dipersalahkan kononnya sikap pengguna jalan raya. Tetapi pernahkah pihak-pihak seperti JKR ataupun JKJR serta kontraktor dipertanggungjawabkan jika kemalangan berlaku? Kami akan menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya dan juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya bagi mendapatkan penjelasan.

13 December 2009

GEMPUR LINGGI: JANJI PADA RAKYAT

Dalam Program Gempur Linggi minggu lalu yang membawa kepada penemuan masalah rakyat, seorang ibu tua yang uzur penyakit diabetis di Kg. Pengkalan Durian (500 meter di belakang kediaman YB EXCO Kerajan Negeri Sembilan), yang menolak kakinya dipotong ekoran cadangan doktor perubatan hospital kerajaan.
-
Hari ini Ahli Parlimen telah mengirimkan seorang pakar perubatan alternetif mengunjungi rumah tempat si ibu tua tersebut menumpang. Bersama dalam lawatan berkenaan ialah aktivis-aktivis keADILan. Ahli Parlimen telah menaja kos ubat-ubatan bagi merawati sakit diabetis yang dialami oleh si ibu berkenaan.
-
Mudah-mudahan setelah menjalani rawatan dengan menggunakan perubatan alternatif ini akan memberikan sinar harapan kepada si ibu tua berkenaan. Kami di Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang mendoakan agar beliau kembali sembuh dan ceria seperti sediakala.

TAK RETI BAHASA KE ?

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menghina keputusan mahkamah. Ianya berkisar pada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan - Abdul Malek Ishak yang menolak kertas hujah Anwar Ibrahim dalam Kes Saman RM100 juta terhadap fitnah Dr. Mahathir Mohamad. Alasan penolakannya ialah kerana penyampaian hujah yang dibuat oleh Peguambela Anwar dalam kes ini dibuat di dalam Bahasa Inggeris. Kononnya semua urusan dokumentasi di mahkamah mestilah mendaulatkan Bahasa Melayu. Namun apa yang pelik ialah, keputusan yang dibuat dan dibacakan sendiri oleh si hakim itu di dalam Bahasa Inggeris dan bukannya menggunakan Bahasa Kebangsaan. Penulis menganggap keputusan si hakim ini ibarat sekolah si ketam mengajar anak berjalan lurus.

Artikel ini dipetik dari Laman The Malaysian Insider :

Karpal Singh is puzzled. The senior lawyer cannot fathom why Justice Abdul Malek Ishak would want to stress on the supremacy of Bahasa Malaysia using the English language. The Pakatan Rakyat MP was taking a swipe at the Court of Appeal judge for striking out his client Anwar Ibrahim's RM100 million suit against former premier Dr Mahathir Mohamad based on language technicalities.


The court ruled that all court documents must be filed in the national language, because the supremacy of Bahasa Malaysia is enshrined in the Federal Constitution. In his written judgment released yesterday, Justice Malek said failure to satisfy the ruling would result in applications being dismissed. Anwar's lawyers had filed the memorandum of appeal in English. However, Karpal wondered why the judge did not pen his judgment in Bahasa Malaysia if the issue was of such grave importance. "I would have thought there was more than a need for him to have written his judgment in Bahasa Malaysia in view of the strong language he uses in support of it,".


MAKE ENGLISH OFFICIAL 2ND LANGUAGE


Speaking at a press conference in Parliament, Karpal also urged the government to 'carefully consider' amending the constitution to include English as the second official language of the country. Although Bahasa Malaysia was given pride of place in the country as stated in the constitution, the courts are still bestowed "with inherent jurisdiction to ensure justice is not denied to litigants." "Every effort should be made to ensure that suits are not thrown out on technicalities. In the end, it is the substantial justice of the case which must be given the highest premium,". He also noted that the High Court, Court of Appeal and Federal Court proceedings in point of submissions and arguments are still in the English language.


"This is a necessity in view of law reports being essentially in the English language. The time has not come to completely eradicate the use of the English language in courts. "The position is further compounded as English has gained recognition as the language of commerce internationally, particularly in view of globalisation,”. "Therefore, the National Language Act has to be considered in the context of this development. Otherwise, the country will be left behind and be deprived of the progress it can attain,".


According to Karpal, as result of English not being given prominence in court proceedings, foreign investors, including multinationals, will resort to arbitration instead of referring disputes to the courts. "This is not a step in the right direction as it reflects the loss of confidence in the judiciary. "The English language, both in schools and in administration of the country, is perhaps at its lowest ebb, unlike the position in Singapore where English is virtually the national language of the country. "We should not lose out to Singapore,".

11 December 2009

PENDAPATAN NEGARA KIAN TERJEJAS

Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010. Tatkala kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara, berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan, kami juga merasa bimbang dengan merudumnya keuntungan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi negara. Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh negara berkurangan sekitar 57%.
-
Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan negara. Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.
-
Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari 2 kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, PERONAS menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan negara.
-
Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan negara adalah sebanyak RM 74 billion. Peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini. Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh Kerajaan Persekutuan. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun.
-
Jelasnya Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS. Tambah memburukkan keadaan Kerajaan Persekutuan membentangkan Bajet yang berjumlah RM 208 billion untuk tahun 2009 dan pakej ransangan yang berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008. Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan UMNO-BN.
-
Selepas hampir 1 tahun berlalu, kita berdepan dengan keadaan sukar kerana kerajaan sememangnya tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan janji-janji yang dibuat, kerana keuntungan PETRONAS berkurangan sebanyak 50%. Ini bermakna pendapatan kerajaan untuk perbelanjaan dan pakej ransangan akan berkurangan separuh dari jumlah yang dijanjikan.
-
Perkembangan ini menjejaskan kedudukan ekonomi negara. Anggaran kami menunjukkan sasaran pertumbuhan kerajaan terlalu optimistik kerana kekurangan dana untuk dibelanjakan. Makanya sasaran untuk mengurangkan defisit belanjawan negara pada tahun hadapan juga perlu disemak semula berdasarkan pendapatan negara yang semakin berkurangan ini.
-
Kami menyeru kerajaan barisan nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan PETRONAS terhadap prestasi ekonomi negara. Kami berpendirian adalah baik untuk kepentingan negara sekiranya YAB Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010. Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada beberapa mustahak yang menyangkuti kepentingan umum:
-
1) Memastikan ekonomi negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.
-
2) Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.
-
3) Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.
-
4) Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat.
-
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia

MEMERANJATKAN: KOS SELENGGARA RUMAH KETUA MENTERI MELAKA

Alhamdulillah... Mewahnya pemimpin kita ni membelanjakan wang rakyat. Perbelanjaan di atas merupakan jawapan daripada soalan YB Saudara Kho Poay Tiong (ADUN Ayer Keroh).
-
Sebab itu pemimpin UMNO tidak kisah kalau kerajaan tarik balik subsidi gula, naikkan harga barang, harga minyak dan sebagainya sebab ia tidak memberi kesan kepada mereka. Pendukung, pencacai dan penyokong UMNO pun lagilah tak memberi kesan sebab itu mereka mengiyakan dan meyokong membabi buta apa yang pemimpin mereka buat.
-
Hanyalah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang terasa kesannya akibat perangai gila BN ini, sebab itu mereka sanggup berarak dan berdemonsrasi di jalan raya hingga ada yang ditangkap dan tercedera bila bertempur dengan polis/FRU bagi memprotes tindak tanduk tersebut. Nasib baik ada juga golongan cerdik pandai yang memilih calon PR, kalau tidak rakyat pasti tidak akan tahu segala perbelanjaan/penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin/penyamun dari BN.
-
Semoga pendedahan ini akan menyedarkan rakyat Negeri Melaka dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya agar menolak BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

ADAKAH UTUSAN MALAYSIA MAHU RUSUHAN KAUM TERJADI SEKALI LAGI?

Semenjak Tsunami politik yang berlaku di Malaysia pada 8 Mac 2008, Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling konsisten mengapi-apikan sentimen parkauman. Orang-orang Melayu ditakut-takutkan bahawa mereka akan kehilangan kuasa, orang-orang Melayu disuruh agar membenci bangsa-bangsa lain yang berada di Malaysia. Jika anda perhatikan secara teliti, kelihatan seperti "ada gerakan terancang" bagi memastikan usaha mebakar dan menghasut orang-orang Melayu untuk mengamuk dan sekaligus memulakan satu lagi rusuhan kaum.
-
Yang hairannya, tidak pernah sekalipun pejabat Utusan Malaysia digeledah oleh Anggota Cawangan Khas walaupun berita-berita dan rencana-rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia menjurus kepada hasutan agar rusuhan kaum terjadi seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Contohnya seperti apa yang disiarkan oleh mereka seperti: Isu bina masjid- Kor Ming dibidas, Sedarlah Melayu lupa diri dan banyak lagi artikel menghasut. Tiada tujuan lain aritikel-artikel sebegini disiarkan melainkan mahukan orang-orang Melayu mengamuk mencederakan bangsa-bangsa lain. Manakala artikel sebegini pula bertujuan untuk menyemarakkan kemarahan kaum lain terhadap orang Melayu. Dengan harapan, selepas berlakunya rusuhan kaum, Darurat dapat diisytiharkan dan dapatlah MAGERAN diwujudkan.
-
Tetapi sayang, Utusan Malaysia terlalu bodoh dan ketinggalan zaman. Tahukah mereka bahawa sekarang ni sudah tahun 2009? Orang-orang Melayu tidak lagi bodoh dan mudah diapi-apikan. Lihat provokasi perkauman “geng kepala lembu” tidak mendapat sambutan. Nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada orang-orang Melayu, jangan biarkan diri kita diperbodohkan. Teruskan memboikot Utusan Malaysia. Akan sampai masanya “bos Utusan” akan kehabisan modal untuk pam duit bagi menanggung kerugian akibat Utusan Malaysia yang tak laku.
-
Teruskan memboikot. Daripada buang duit beli Utusan Malaysia, lebih baik beli karipap, goreng pisang atau beli rokok bagi perokok. Boikot Utusan Malaysia! Akhbar tahun 60an!

09 December 2009

ADAKAH MALAYSIA JUGA SAMA?

Perjanjian royalti minyak dengan PETRONAS dan Perjanjian Hatyai dengan Parti Komunis Malaya membabitkan satu perjanjian yang ditandatangani secara rasmi dan bertulis. Ada saksi. Bahkan saksi itu masih hidup. Sihat bugar lagi. Royalti minyak membabitkan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS yang mewakili Kerajaan Persekutuan. Saksinya Tengku Razalegh Hamzah. Masih hidup lagi. Boleh jumpa di Gua Musang maupun ruang legar Parlimen.
-
Manakala Abdul Rahim Nor ketika jadi saksi Perjanjian Hatyai sebagai Ketua SB kemudiannya menjadi IGP dan seterusnya jadi warga Penjara Kajang buat seketika kerana menumbuk Anwar Ibrahim. Beliau sudah bebas dan hidup seperti rakyat biasa. Dua insan ini iaitu Ku Li dan Rahim Nor adalah contoh orang Melayu yang punya sikap terpuji dalam menyatakan kebenaran walaupun bertentangan dengan kerajaan yang didukunginya. Mereka berdua adalah dua saksi penting yang terlibat dengan 2 perjanjian. Satu tentang royalti Terengganu dan satu lagi tentang kepulangan Chin Peng.
-
Kedua insan ini mengakui tentang isi perjanjian yang telah ditandatangani. Satu tentang perlunya hak minyak Terengganu 5% dan satu lagi kepulangan ahli PKM ke tanah air. Malangnya hak Terengganu dan Chin Peng dinafikan dengan 2 sebab. Pertamanya kerana Terengganu ketika itu diperintah oleh PAS (Barisan Alternatif pada ketika itu) manakala keduanya, kerana Chin Peng berketurunan Cina.
-
Lihatlah bagaimana Kerajaan Persekutuan "pulang"kan royalti bila Terengganu kembali ke UMNO. Begitu juga ahli PKM yang berbangsa Melayu dibenarkan kembali ke tanah air. Benarlah tanggapan Chin Peng bahawa larangan keatasnya semata-mata beliau berbangsa Cina. Inilah dasar "double standard" Kerajaan Malaysia terhadap rakyat dan negerinya sendiri. Dasar inilah yang diwarisi UMNO/BN dari penjajah British iaitu dasar pecah dan perintah.
-
Pecahkan, hidupkan dan timbulkan semangat perkauman selama-lamanya supaya UMNO dapat hidup atas dasar itu! Jelek dan jahatnya UMNO! Malangnya negara kita, di kala dunia berpegang kepada perjanjian untuk dipatuhi, Malaysia mengambil sikap mundur 360 darjah.
-
Perlu diketahui, hanya Israel sahaja di dunia moden ini satu-satunya negara yang tidak dipercayai jika menandatangani perjanjian.
-
Adakah Malaysia juga sama?

08 December 2009

PENUBUHAN PASUKAN KHAS ANTI-GST

Kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci kepada rakyat berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kali kedua Rang Undang-Undang GST, Mac tahun depan. Rakyat masih keliru mengenai pelaksanaan GST kerana adakah ia dapat membantu Malaysia mengatasi penurunan dalam hasil cukai atau kerajaan sedang berhadapan dengan masalah kewangan ataupun sebaliknya? Rakyat juga berhak untuk bimbang sekiranya pelaksanaan GST hanya akan membebankan mereka kerana perlu membayar pelbagai cukai yang lain. GST cukai regresif yang membebankan rakyat miskin dan pertengahan.
-
Mungkin GST tidak memberi kesan tinggi pada golongan kaya, tapi tidak golongan miskin. Setiap cukai yang dikeluarkan, memberi impak besar pada kewangan mereka. Jika GST mahu benar-benar dilaksanakan, bagaimana rakyat mahu teruskan kehidupan. Inilah yang menjadi kemusykilan dan kebimbangan rakyat terhadap kerajaan, kurangnya maklumat jelas berhubung isu ini. Jaminan Perdana Menteri Jumaat lalu, yang memberi jaminan bahawa GST tidak akan membebankan orang ramai kerana barangan keperluan harian terkecuali daripada cukai tersebut sangatlah meragukan. Mengenai 4% yang mahu dikenakan jika kerajaan melaksanakan GST, itu hanya mula-mula, memanglah cakap 4%. Lepas itu, kadar akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat. Inilah realiti terpaksa dilalui oleh rakyat.
-
Sementara itu di Dewan Rakyat, Pasukan Khas Anti-GST telah ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat bagi menyekat usaha kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan. Pasukan khas ini sudah mula menjalankan kajian melibatkan Institusi Pengajian Tinggi dan juga NGO. Kita berpendapat GST tidak wajar dilaksanakan kerana membebankan rakyat. Justeru itu, kita akan mengambil peluang menerangkan pada rakyat tentang GST pada sesi jelajah di setiap negeri tidak lama lagi.
-
Anggota Pasukan Khas Anti-GST ialah YB Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) mewakili PAS, YB Saudara Tony Pua Kiam Wee (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) mewakili DAP dan YB Saudara Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang) mewakili Parti Keadilan Rakyat.

06 December 2009

PEMBAZIRAN WANG RAKYAT?

Kami difahamkan bangunan yang dikelilingi semak-samun di Pekan Chuah ini adalah kompleks Projek Pemprosesan Herba Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Ia juga berperanan sebagai Pusat Pemprosesan Makanan serta Balai Informasi Pertanian.
-
Kewujudan projek seumpama ini di kawasan Parlimen Telok Kemang sangatlah dialu-alukan demi memajukan potensi industri asas tani di kalangan penduduk tempatan. Namun seperti dakwaan penduduk tempatan, tidak wujud sebarang aktiviti di kawasan ini semenjak kira-kira 2 tahun yang lalu. Jika benar seperti apa yang dikatakan, maka ianya adalah satu lagi program yang membazirkan wang rakyat. Justeru Jabatan Pertanian wajar mengaktifkan semula projek ini supaya tidak dilabel sebagai projek gajah putih semata-mata. Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang bersedia membantu Jabatan Pertanian dalam merealisasikan hasrat ini. Potensi memajukan industri berkaitan asas tani di kalangan masyarakat Jawa, Melayu, India dan Cina yang mendiami kawasan Pekan Chuah, Bukit Pelandok dan sekitarnya tidak harus disia-siakan.

PROGRAM SEHARI "GEMPUR LINGGI"

Ekoran dari pelbagai aduan yang dikemukan oleh rakyat di kawasan D.U.N Linggi, pada 4 Disember 2009 YB Ahli Parlimen telah melakukan program sehari "GEMPUR LINGGI" bagi mendapatkan sendiri maklumat sebenar akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di bawah.

(Gambar Atas & Bawah) Pertemuan Minum Petang YB Dato' Ahli Parlimen bersama 25 orang Ketua-Ketua Ranting keADILan di dalam kawasan D.U.N Linggi di Restoran Angah, Kg. Sungai Raya.








(Gambar Kanan & Atas) Peluang secara langsung YB Ahli Parlimen menemui dan menyelami masalah rakyat di bawah.


Kehebatan makanan laut segar di Pasir Panjang telah menjadi perbualan ramai. Pada sebelah malamnya, YB Ahli Parlimen serta isteri meraikan aktivis-aktivis keADILan dalam majlis makan malam. Keindahan panorama Telok Pelandok sungguh menakjubkan. Walau bagaimanapun keadaan Medan Ikan Bakar Kg. Telok di Pasir Panjang ini memerlukan sedikit penambahbaikan serta peningkatan terutamanya dari segi kemudahan prasarana dan juga aspek keselamatan pengunjung. Sehubungan itu pihak Pejabat Daerah Port Dickson dan juga Majlis Perbandaran Port Dickson akan dihubungi bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan demi memastikan Medan Ikan Bakar Kg. Telok menjadi distinasi pelancongan yang menarik kunjungan ramai.