28 September 2009

DILEMA DI BAGAN PINANG …

Pada esok hari, 29 september 2009, akan diketahui calon-calon yang akan mewakili parti UMNO ( Barisan Nasional ) dan PAS ( Pakatan Rakyat ) bagi pilihanraya kecil ( PRK ) N 31 Bagan Pinang, kawasan Parlimen Telok Kemang, Negeri Sembilan. PRK ini adalah yang ke-9 semenjak PRU 12 pada 8 Mac tahun lalu. Keputusan yang kita sedia maklum bagi lapan PRK yang lalu adalah BN ( 1 ) dan PR ( 7 ).

Apa yang menarik pada PRK kali ini adalah soal calon yang dicadangkan oleh UMNO untuk mewakili BN. UMNO Bahagian Telok Kemang telah mensyorkan supaya ketuanya, Tan Sri Isa Samad dinamakan sebagai calon. Cadangan ini walaubagaimana pun telah diterima dingin oleh pucuk pimpinan UMNO. Maka tersiarlah bermacam-macam komen mengenai pencalonan tersebut. UMNO menyahut cadangan ini dengan meminta supaya UMNO Bahagian Telok Kemang mencadangkan tambahan dua nama lagi untuk dipertimbangkan.

Namun, Bahagian Telok Kemang enggan menambah cadangan. AJKnya tetap berkeras untuk hanya mencalonkan ketua mereka. Memang sukar untuk sesiapa pun dari AJK Bahagian hendak bersuara apa lagi untuk mencadang yang lain dari Tan Sri Isa.

Orang yang paling lantang menentang pencalonan TS Isa adalah bekas Perdana Menteri ( yang baru saja diterima kembali dalam UMNO ). Beliau mahukan calon yang bersih, ada kredibiliti, tokoh tanpa kontroversi. Beliau mahukan seorang yang tidak akan menimbulkan masalah kepada UMNO seperti yang berlaku di PRK Permatang Pasir. Mahathir secara senda mencadangkan dirinya ( beliau pasti tidak layak kalau hendak ikut ukuran yang ditetap olehnya sendiri ). Ada juga ahli UMNO yang mengakui tugas mencari dan menyelamat ( search and rescue ) ini sukar. Mencari seseorang ahli UMNO di Telok Kemang yang dicerminkan oleh Mahathir adalah seperti cuba menghidupkkan kembali Dr Mohd. Said.

Bagi Pakatan Rakyat, PAS tidak mempunyai dilema tersebut. Sesiapa pun yang akan diumumkan sebagai calon pada 29 September ini pasti layak dan sesuai untuk menentang kekuatan armada BN.


HIDUP RAKYAT !

19 September 2009

BERKAT RAMADHAN AL MUBARAK

Seorang teman telah mengajukan satu coretan dari blog http://parpukari.blogspot.com/ yang berbunyi berikut :

' Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan ialah Dato' Kamarul Baharin Abas. Dia juga adalah ahli Parlimen Telok Kemang.

Masa zaman reformasi 1999, dia bertanding untuk salah satu kerusi ADUN bawah nama PKN di Gombak tapi kalah. Lepaih tu cuba sana sini, kalah semata hingga akhirnya tuah 2008 mendapatkannya kerusi di Gombak.

Untuk PRK Bagan Pinang, dia adalah pengumpul maklumat dan mengatur kajian untuk buat modal belasah BN kelak. Kelebihannya adalah dia bekas orang UMNO dan masih ada kaki dalam UMNO. Kita tau siapa kaki dia. Pasai kaki dah pencen, tak guna ceritalah.

Masa Anwar MOF, orang panggil Haji Kamarul saja. Masa tu act betoi. Dia kira sebahagian dari rangkaian kroni Anwar Ibrahim dalam politik dan biznes.

Pernah jadi Campaign Manager dan tukang jaga duit untuk tabur politik wang dalam pemilihan UMNO untuk Anwar atau calon team wawasan tertentu. Operasinya siap berkomputer. Masa tu mana ada PC dan laptop lagi.

Dia rapat dengan Anwar pasal dia satu batch Anwar di MCKK. Oh ya, selain Anwar yang ramai tahu diliwat senior masa di sekolah, Kamarul pun satu lagi jambu. Sama kaki berjuboq di MCKK. Heeee hee...padanlah Anwar baik rapat dengannya.

Lepah MCKK, tak taulah samada dia sama-sama berjuboq lagi. Gambaq dia lani kuruih betoi. Rambut semua putih. Macam orang kena AIDS.

Kena jaga. Orang main juboq ni akan juboq pengundi-pengundi di Bagan Pinang dengan fitnah dan pembohongan. Depa ini bukan tau halal dan haram. Semua bolih. PAS main ikut cakap PKR saja. Bodos.

Kesian pengundi-pengundi tertipu dengan seorang jambu.'


Saya berterima kasih kepada teman yang prihatin dengan diri saya. Jawapan saya kepada teman saya itu berbunyi :

Laa haulaa walaa quwwata illa billa..
Syukur alhamdulillah, berkat kemulian bulan Ramadhan. Bonus pahala sumbangan blogger upahan. Itu janji yang Maha Esa.

09 September 2009

IHSAN atau TEBUS!

Pada persidangan Dewan Rakyat pada 30 Jun 2009 yang lalu, saya telah mengajukan soalan kepada Perdana Menteri supaya menyatakan :

1. Butir emolumen dan kemudahan yang diterima bekas Perdana Menteri,
YB Kepala Batas sebagai Penasihat Koridor dan Penasihat MAS; dan

2. Adakah benar sebuah banglo dianggarkan lebih RM40 juta akan dibina di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, sebagai ihsan Kerajaan kepada
Bekas Perdana Menteri itu.


JAWAPAN


Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai Penasihat Koridor dan Penasihat MAS, bekas Perdana Menteri, yang juga YB Kepala Batas akan dibayar elaun bulanan serta kemudahan-kemudahan lain seperti elaun hotel, perjalanan dan sebagainya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. Kemudahan-kemudahan ini adalah tertakluk kepada keistimewaan kepada Bekas Perdana Menteri seperti dinyatakan dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta). Buat masa ini, terma elaun dan kemudahan-kemudahan berkenaan elaun belum dimuktamadkan lagi.


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237), antara elaun dan keistimewaan bagi bekas Perdana Menteri yang perlu disediakan oleh pihak Kerajaan adalah menyediakan sebuah Rumah Kerajaan. Walau bagaimanapun, buat masa ini keputusan mengenai pemberian keistimewaan ini masih belum dimuktamadkan.

Saya tidak diberi kesempatan untuk membuat soalan susulan dan jika diberi peluang saya ingin mengetahui, sekiranya sudah termaktub dalam Akta, kenapa Kerajaan masih teragak-agak untuk mengesahkan peruntukan tersebut khususnya mengenai Rumah Kerajaan yang sedang dibina bernilai RM40 juta itu.

Rumah yang sedang dibina oleh JKR itu, yang nilainya tidak dinafikan oleh Kerajaan tidak termasuk nilai tanah yang seluas lebihkurang empat ekar.

Ihsan Kerajaan kepada bekas Perdana Menteri sememangnya wajar selagi ianya sejajar dengan kesederhanaan. Namun apa yang disahkan melibatkan jumlah yang keterlaluan. Bayangkan, harga pembinaan rumah sahaja boleh membina sekurang-kurangnya 1,000 rumah kos rendah .

Apakah timbulnya persoalan ini di Dewan Rakyat membuat Kerajaan terkedu dan terencat. Kenapa? Sama-sama kita renungkan.


HIDUP RAKYAT!!!

05 September 2009

AL FATIHAH BUAT ARWAH YB AZMAN MOHD NOR

Pada jam 2.30 petang , 4 September 2009 bersamaan dengan 14 Ramadan 1430, hari Jumaat, Yang Berhormat Azman Mohd Nor, Ahli Undangan Negeri Bagan Pinang, kembali ke rahmatullah. Beliau yang mengadu kurang sihat petang semalam telah dibawa ke Hospital Pakar Seremban sebelum subuh hari tersebut. Pada bulan Mei 2009, YB Azman telah menjalani pembedahan saluran jantung dan sudah pun menunjukkan pemulihan yang menggalakkan.

Saya mengenali arwah sebagai rakan setugas dan saling menghormati keperibadian masing-masing dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab.

Ucapan setinggi-tinggi takziah saya kepada balu beliau, Puan Normah Zainal Abidin, dan kelima-lima anaknya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan mereka-mereka yang diredhai Allah SWT.

Al Fatihah.....

01 September 2009

KEPALA LEMBU….SATU AJARAN SESAT?

Malaysia tidak ketinggalan mengharungi perkara-perkara yang menakjubkan. Bermacam-macam pengalaman yang aneh-aneh berlaku. Daripada mempunyai kerajaan yang sering terlena kepada insiden kematian-kematian akibat dibunuh maupun mati secara mengejut semasa dalam ‘perlindungan’ pihak berkuasa. Kita anggap semuanya aneh belaka kerana jarang sekali kita dengar keadaan seperti ini berlaku di negara lain.

Perarakan membawa kepala lembu pun aneh juga kerana kita belum pernah mengalami situasi yang sama berlaku di negara sebelum ini. Tambah lagi perarakan ini dipenuhi dengan laungan berbisa dan bersedia menghadapi keadaan hidup atau mati. Laungan yang kesat mencabar ke arah kerelaan titisan darah. Wah! Sungguh mencemaskan.

Yang aneh lagi ialah panglima-panglima yang berarak itu baru sahaja siap mengerjakan solat jumaat. Tambah pula ianya berlaku dalam bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan kesedaran, bulan kemenangan, bulan menghitung diri dan sebagainya, semata-mata ingin diperkenan keredaan Ilahi.

Mungkin kita mau tahu apakah niat, doa dan wirid jemaah sewaktu dan selepas mengerjakan solat ketika itu yang mengakibatkan mereka terlalu berani dan kemarah-marahan keterlaluan. Apakah mereka diilhamkan satu ilmu baru yang menyebabkan keadaan dan akhlak mereka bertukar menjadi sedemikian rupa. Apakah satu akidah baru telah diperturunkan yang membuat seseorang ‘Islam’ itu menjadi ganas dan berperangai ala gajah naik minyak. Semua ini membingungkan.

Dalam Al Quran jelas ayat 108 Al-An’am yang bermaksud...’Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain daripada Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa pengetahuan..’

Apakah kedudukan mereka-mereka yang melanggar perintah Allah? Bolehkah kita andaikan bahawa mereka-mereka ini telah ingkar akan yang tersebut itu. Walahu’alam!

Namun, perangai , perbuatan dan bicara mereka tidak mencerminkan akhlak jemaah Islam sebenar . Dengan berani dan lantang, mereka telah menyahut orang-orang yang bukan Islam memaki hamun Allah. Ini pasti satu lagi ajaran sesat yang perlu diteliti asal-usulnya.

Sempena hari Merdeka, diungkap lirik ‘Terang Bulan’, senikata asal lagu NEGARAKU..

Terang bulan, terang bulan dikali.
Buaya timbul disangkalah mati.
Jangan percaya mulutlah lelaki.
Berani sumpah tapi takut mati.



HIDUP RAKYAT!!!