24 August 2009

PERMATANG PASIR : PERJUANGAN MUHYIDDIN DAN ROHAIZAT

Kemenangan tipis PAS pada pilihanraya kecil di Dun Manek Urai baru-baru ini seolah menyuntik semangat baru bagi UMNO untuk menentang kemaraan Pakatan Rakyat yang telah memenangi semua pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia sejak Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac lalu. Analisis menunjukkan sejak dari pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, sokongan pengundi telah merosot untuk Pakatan Rakyat. Peralihan sokongan ini telah digunakan sebaiknya oleh UMNO dengan mengubah strategi yang kini melabel PKR sebagai pengkhianat Melayu dan melabel PAS sebagai ekstremis agama.

Tetapi kemaraan UMNO untuk memenangi pilihanraya kecil ini terbantut apabila calonnya Rohaizat Othman didapati terlibat dalam salahlaku sebagai peguambela dan peguamcara. Lesen guaman beliau telah ditarik kerana kesalahan menggelapkan wang milik klien (Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Bhd).

Isu ini dilihat begitu meruncing bagi BN kerana Tan Sri Muhyiddin terpaksa bersikap defensif yang dapat dilihat melalui kenyataan-kenyataan beliau. Dalam isu penggantungan Rohaizat, beliau menggesa Rohaizat supaya membuat pengakuan bersumpah supaya isu ini dapat diselesaikan. Ini bercanggah dengan kenyataan awalnya yang berpendapat isu ini tiada merit kerana mengikut undang-undang Rohaizat adalah calon yang sah untuk bertanding walaupun lesen guamannya telah digantung oleh Majlis Peguam.

Perkara ini tiba-tiba menjadi isu panas setelah sidang media yang dibuat oleh Yusri Ishak yang mendakwa Rohaizat bertanggungjawab dalam soal RM161,000 milik klien Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Bhd. Beliau juga mendakwa Rohaizat menyembunyikan isu ini dari pimpinan UMNO kerana bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat.

Isu melibatkan calon BN ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak mempelajari dari kesilapan lampau bahawa rakyat sudah jelek dengan politik cara lama. Walaupun UMNO mendakwa isu Rohaizat ini isu peribadi namun isunya sama. UMNO kelihatan tiada integriti dan sarat dengan ahli-ahli yang bermasalah. Ini menampakkan UMNO tidak mahu berubah dan masih juga lagi berkempen dengan memainkan sentimen perkauman dan keagamaan.

Dato’ Mahfuz Omar telah mencabar Rohaizat supaya mengundur diri dari pilhanraya kecil ini kerana beliau mempunyai satu lagi bukti akan salah laku Rohaizat. Rohaizat sepatutnya mengundur diri secara terhormat kerana beliau telah disabitkan dengan kesalahan yang melibatkan integriti beliau. Manakala Tengku Razaleigh pula telah mengkritik proses penapisan calon UMNO kerana telah memilih untuk meletak Rohaizat sebagai calon. Ini menunjukkan bahawa UMNO tidak menghormati aspirasi rakyat yang mahukan wakil rakyat yang berintegriti dan bersih.

Namun begitu PAS masih perlu berhati-hati kerana UMNO pasti akan melakukan kejutan. Kes bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin telah dibuka semula dan ini pasti akan digunakan UMNO untuk menakutkan pengundi -pengundi. Tan Sri Muhyiddin juga sedang melancarkan perang terhadap Dato’ Nik Aziz kerana kenyataan Nik Aziz yang menyelar perjuangan Islam ala-UMNO yang lari dari perjuangan Islam yang asal. Strategi untuk menyerang Dato’ Nik Aziz dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat dilihat bahawa mereka ingin menghentam dua ‘link man’ Pakatan Rakyat. Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan ’link man’ antara PAS dan DAP manakala Dato’ Nik Aziz pula adalah ’link man’ untuk PAS dan PKR dan juga mempunyai senioriti yang mampu mempengaruhi keputusan Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang. Tampak jelas dengan menggunakan kempen yang bersifat menghasut ini (pengkhianat Melayu dan ekstremis agama), ianya berpusat pada dua orang ‘link man’ Pakatan Rakyat ini.

Ini adalah strategi-strategi UMNO untuk memenangi kembali hati pengundi-pengudi Melayu. SPRM diguna untuk membuka kes Mohammad Fairus dan Majlis Fatwa dipanggil untuk menyelar Dato’ Nik Aziz sebagai ekstremis agama. Dan sebelum ini Tan Sri Muhyiddin telah menjelajah ke seluruh negara menjaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu. Motivasi UMNO kini jelas selepas pilihanraya kecil Dun Manek Urai, mereka perlu memenangi kembali pengundi-pengundi Melayu walau apa cara sekalipun walaupun ia mampu merencatkan kestabilan politik negara.

Kepada pengundi-pengundi Dun N.11 Permatang Pasir, pada 25 Ogos ini jangan lupa tunjukkan kekuatan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan total dengan menolak politik perkauman BN yang kolot dan jumud.

HIDUP RAKYAT!!!

WHAT’S NEXT FOR MALAYSIA?

On the 11th of August 20, 2009, Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan held a dialogue with the local business community at the prestigious Sungai Ujong Royal Club. The panelists include the de-facto PKR leader, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Negeri Sembilan PKR Chief Datuk Kamarul Bahrin Abbas who is also Teluk Kemang MP, ex-de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim, DAP Youth Chief Anthony Loke who is also Rasah MP and Negeri Sembilan PAS State Chief. The topic of the dialogue was, ‘What’s next for Malaysians?'. The dialogue was very well received with all tables snapped up while many had to stand. It was truly a ‘1Malaysia’ spectacle where members of different communities sat together and queried over concerns in the event of a Pakatan Rakyat takeover of the Federal Government.

PKR Negeri Sembilan State Chief opened the dialogue introducing the panelists and he called for change at the 13th General Elections. The ex-de facto Law Minister who just joined PKR, Datuk Zaid Ibrahim spoke about the convictions that Malaysians should have in pushing for change. This is in response to the fears and suspicions in the event of a Pakatan takeover. Change is a powerful force where without convictions or strong will, nothing could be achieved. Datuk Zaid Ibrahim pointed out that freedom cannot be concocted through advertising drive and rhetoric such as ‘Islam Hadhari’ and ‘1Malaysia’ which have been played out more than one could consume. It should have substantive meaning with pro-active measures taken. ‘1Malaysia’ is merely a window-dressing exercise when racial policies are still in place and racial rhetoric still plays an integral part in party campaigns. Datuk Zaid Ibrahim also expressed disappointment in dealing with change within the government during his stint in the Cabinet. The political will is not there and by itself it deters the reform process. Datuk Zaid Ibrahim concluded that the opposition was from within the government and the best thing for him was to quit from the ineffective and weak administration.

Change is not without doubts and reservations. After years of living under insular and overbearing administration, it is expected that the people has hesitations about the future and how it would look like and how racial cleavages or grey areas would be dealt with. Datuk Zaid Ibrahim spoke about the need to find the common ground and be tolerant rather than be susceptible to zero-sum mentality where crises are always on the loom. This strategy in balancing grey areas with racial polemics on the background should be changed and the people are urged to have faith in the process and be part of it. It is indeed the very manifestation of striving for the greater good.

The members of the floor were also very concerned about the viability of the Pakatan Rakyat coalition after the very public row over ‘beer’ issue in Selangor. DAP Youth Chief and Rasah MP Anthony Loke told the concerned crowd that these misunderstandings are inevitable as the coalition is only one and a half years old and compared to BN’s 50-year partnership, Pakatan is making a steadfast and viable progress towards a comprehensive and cohesive unit. Though, Anthony Loke said an effective internal mechanism is still needed to resolve disputes and misunderstandings such as what happened in Selangor between PAS and DAP. At the end, Anthony Loke argued that there is only one way where Pakatan Rakyat is heading right and it is growing stronger in terms of solidarity and cohesion. Anthony also spoke about the camaraderie among Pakatan members since he is being investigated for insulting Islam, PAS’ mouthpiece ‘Harakah’ came to his rescue and interviewed him for his explanation over the issue which is very offensive and divisive.

Lastly, Dato’ Seri Anwar Ibrahim argued that affirmative action will be Pakatan’s main agenda. It is not targeted at a certain race and it does neglect the ‘need’ of the people. National Economic Policy (NEP) will be changed to Malaysian Economic Agenda (MEA) which its central theme revolves around affirmative action. Dato’ Seri Anwar Ibrahim stresses that the ‘need’ of the people is often overlooked. With race being a requisite over affirmative action, the ‘need’ is being commoditized for political sway and influence. Pakatan Rakyat will do away with this kind of abrasive and uncompromising rule. No one will be left behind and the issue of racial favoritism will be put to rest. Dato’ Seri Anwar Ibrahim also argued that the rule of law will be upheld under Pakatan rule and business environment will be improved under a more competent, accountable and transparent administration.

The hour-long talk was very productive as members of the floor raised a multitude of issues including the failure of September 16 takeover of the Federal Government, the economic policies under Pakatan rule, the diminishing of March 8th momentum and the fear of Islamic Law being applied. The panelists assured the members of the floor that change is inevitable and it is not without the efforts and consciences of the people. The momentum from the 12th General Election and the consecutive wins in by-elections across the peninsula ought to give boost for the 13th General Election and complete the takeover of the Federal Government. However, the challenge now is for Pakatan Rakyat leaders to maintain this level of cohesion and fend off nasty attacks from Barisan Nasional and their machineries such as the police, judiciary, anti-corruption commission, media, and etc . Divisive issues are being played out now with DAP being targeted as anti-Islam, Dato’ Seri Anwar Ibrahim labeled as anti-Malay and Selangor state government is being investigated without any justification and it is maliciously done to tarnish the image of Pakatan Rakyat. Without change, these hurtful and dangerous circumstances will be allowed to flourish and continue and in the end Malaysia and Malaysians will lose.

HIDUP RAKYAT!!!

11 August 2009

TULUS ATAU BOLOS?

Kerajaan Persekutuan digemparkan lagi dengan inkues terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ahli Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah di Plaza Masalam, Shah Alam setelah disoalsiasat semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah ujian kepada Kerajaan Persekutuan di mana persepsi rakyat ketika ini begitu sangsi terhadap kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam mengungkai kematian Teoh Beng Hock. Kes kematian Teoh menjadi simbol terhadap kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam merubah agensi-agensi kerajaan menjadi lebih tulus dan berintegriti.

Dalam menangani masalah salahlaku di dalam PDRM, Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan oleh Jemaah Kabinet pada tahun 2005. Kerajaan Persekutuan dan PDRM telah menolak cadangan yang diputuskan oleh Suruhanjaya Diraja itu kerana berpendapat tidak perlu diwujudkan badan lain kerana yang sedia ada termasuk di peringkat dalaman PDRM sudah memadai. Usul Suruhanjaya Diraja itu telah ditolak dan ini menimbulkan persepsi bahawa PDRM tidak mahukan perubahan kerana sarat dengan korupsi, kolusi, dan kronisma.

Kejadian kematian dalam tahanan melibatkan mendiang P. Gunasekaran pada 16 Julai 2009 yang ditemui mati di bawah tahanan polis menimbulkan bermacam-macam persepsi. Punca kematian beliau dan A. Kugan masih lagi belum terjawab dan pihak yang bertanggungjawab masih lagi belum ditahan. Keluarga-keluarga mereka mahukan sebuah inkues dibuat bagi mencari jawapan terhadap kematian-kematian di dalam tahanan itu. Kematian Teoh Beng Hock mengejutkan rakyat kerana ini berlaku di premis SPRM dan beliau juga telah disoalsiasat di dalam keadaan yang mencurigakan.

Tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini dapat dilihat sebagai kurang kesungguhan politik. Kerajaan sedar dalam memperkenalkan satu badan luaran (external) yang tulus untuk mengurus aduan terhadap salahlaku anggota-anggota agensi kerajaan akan membuat anggota-aggota mereka kurang selesa dan menjatuhkan moral pegawai-pegawai atasan. Oleh sebab ini, Kerajaan hanya akan menyokong Suruhanjaya yang tidak bertaring dan tidak mempunyai kuasa untuk menghukum. Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC), yang dicadangkan merupakan satu badan luaran dan bebas yang mempunyai kuasa untuk membicara dan mencadangkan hukuman terhadap anggota-anggota yang melakukan salahlaku. Ini menyerupai satu badan seperti ‘Internal Affairs’ yang wujud di Amerika Syarikat. Dengan IPCMC, PDRM berasa akan dicemar dengan gangguan dari luar dan ini tidak boleh diterima oleh pegawai-pegawai atasan PDRM.

Setelah IPCMC ditolak oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Suruhanjaya Khas Aduan (SCC) telah diusulkan di Parlimen. SCC telah dikritik hebat oleh kerana ini menunjukkan Kerajaan tidak bersedia untuk memulihkan integriti dan profesionalisma di dalam PDRM. Pada bulan Mac 2009, Kerajaan telah mengusulkan rang undang-undang baru iaitu Suruhanjaya Agensi Penguatkuasaan Integriti (EAIC). Suruhanjaya ini dapat dirumuskan sebagai satu supra-Suruhanjaya yang akan mengendalikan aduan-aduan salahlaku anggota dan pegawai agensi-agensi kerajaan. Aduan-aduan akan dikumpulkan oleh supra-Suruhanjaya ini dan ia juga akan memutuskan prosedur dan tindakan susulan. EAIC juga diberi kuasa untuk menarik balik aduan yang diterima.

Persoalannya sekarang ialah sama ada Suruhanjaya ini mampu untuk mengurus birokrasi sebesar 21 agensi kerajaan dan dapatkah Suruhanjaya ini menyelesaikan masalah perbezaan undang-undang, budaya, dan etika kerja di antara agensi-agensi Kerajaan. Dan yang lebih penting dan terdesak, adakah keluarga-keluarga seperti Teoh Beng Hock, P. Gunasekaran dan A. Kugan akan mendapat keadilan dan kebenaran di dalam inkues yang ditubuhkan Kerajaan.

Rakyat mahukan mekanisma yang boleh memberi keyakinan bahawa keadilan dapat dicapai, apatah lagi yang boleh membenteras berlakunya situasi yang sama di masa akan datang.


HIDUP RAKYAT!!!