27 February 2009

GABUNGAN NASIONAL PIBG KINI BERSAMA PERJUANGAN KITA..

Sedari awal lagi Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang telah menyokong gerakan membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Laporan media hari ini menyatakan GMP telah menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa & Guru Nasional (PIBGN) juga menyokongnya.
-
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang berasa bangga apabila diberitahu bahawa Gabungan Nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah & menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (PENA) di ibu negara, Isnin lalu. Kami juga ingin merakamkan tahniah di atas inisiatif Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan yang berkata sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac 2009.
-
"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibubapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram. "Sekarang ini trend rakyat Malaysia tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia). "Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan yang memerintah perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan UMNO (24–28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan,".
-
GMP akan menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu. Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”."Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI. "(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas.
-
PIBGN hadir kesemua 5 kali persidangan meja bulat kementerian & membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak 6 tahun lalu. Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" & "tidak cukup latihan". "Insentif 10% kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10%,"
-
PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya."Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran digunakan,"
-
GMP yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dianggotai kumpulan NGO dan sayap-sayap Pemuda PKR & PAS.
-
DAULATKAN BAHASA MELAYU
BAHASA JIWA BANGSA



KENAIKAN HARGA TOL TAK KENA MASA..

Tak kena masa. Itulah ulasan ringkas saya terhadap isu kenaikan harga tol 5% di 5 tempat mulai 1 Mac 2009 ini. Kenapa harga tol mesti dinaikkan di masa zaman susah ni? Mereka berkata, sepatutnya kenaikan harga tol baru ini sepatutnya tidak perlu dilaksanakan.
-
Adakah pihak Kementerian Kerja Raya, PLUS, syarikat konsesi lebuhraya & pemimpin-pemimpin parti UMNO/BN tidak faham-faham kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia sekarang ini? Di kala syarikat lain berlumba-lumba menurunkan harga barang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna pun menjalankan kempen turunkan harga. Tetapi tindakan PLUS & syarikat konsesi lebuhraya seolah-olah sengaja menambah beban pengguna.
-
Sepatutnya kerajaan yang memerintah melihat semula perjanjian konsesi tersebut lantas mengkaji untuk menurunkan harga tol bukannya bertindak menaikkannya atau masih terus melayan tuntutan syarikat konsesi lebuhraya.

Kesan kenaikan harga tol tidak perlulah saya huraikan. Selain kepada pengguna lebuhraya, kos operasi syarikat yang menggunakan lebuhraya juga akan meningkat. Jadi tidak mustahil harga barangan pengguna juga akan naik juga. Untuk memboikot lebuhraya ini adalah satu yang sukar maka diharap kerajaan yang memerintah dapat mengkaji semula kenaikan harga tol ini. Rakyat setiap hari memerhatikan apa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah untuk kepentingan mereka bukan menindas mereka.

26 February 2009

UMNO DAH MENYIMPANG JAUH DARI PERJUANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA & TANAH AIR..


"Calon Ketua Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir mengakui UMNO sudah jauh menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa & tanahair. "Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa & tanahair... Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita. "Ucapan kita sudah jadi retorik, & orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap...," kata dalam program Hujah di TV9 malam tadi.
-
Sememangnya saya sangat bersetuju dengan pandangan Mukhriz ini kerana terbukti di depan mata pemimpin UMNO hanya mementingkan perut & bawah perut. Agama Islam dipinggirkan sehingga ada mufti yang mendakwa orang Islam murtad sudah menjangkau lebih dari 250,000 orang. Bangsa Melayu sudah lama dipinggirkan kerana dasar kerajaan BN yang dilihat tidak menguntungkan orang Melayu. Orang Melayu ketinggalan dalam segenap segi semuanya kerana kegagalan dasar kerajaan BN yang terasnya adalah UMNO.
-
Tanah rezab Melayu semakin mengecil kerana digadaikan oleh kerajaan BN contohnya tanah orang Melayu di Johor tergadai kepada orang asing di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Tanahair sendiri lambat laun akan tergadai kepada negara asing lantaran dasar kerajaan BN yang hanya mementingkan projek di mana ianya memberikan keuntungan kepada kroni-kroni mereka.
-
Maka tidak syak lagi dakwaan Mukhriz ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.

YAHOO.. TOL NAIK LAGI.. UNDILAH BARISAN NASIONAL.. KERAJAAN YANG SANGAT PERIHATIN



Kadar tol akan dinaikkan sehingga 33% mulai 1 Mac 2009 ini, antaranya termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad, 4 lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) & Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), kadar tol di Plaza Tol Pantai naik setinggi 33% iaitu 50 sen dari RM1.50 kepada RM2.00 manakala di Plaza Tol Damansara pula naik 30 sen dari RM1.00 kepada RM1.30 (naik 30%).

-
Kadar tol di Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) juga dinaikkan sehingga 33%iaitu sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2.00. Dalam kenyataannya, Mohamad Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.
-
Kenaikan kadar tol di lebuhraya-lebuhraya lain ialah:
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup PLUS dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor & Bangunan Sultan Iskandar, JB.

-
Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
-
Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2.00 (naik 25%).
-
TAHNIAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH MAHU MENYOKONG UMNO/BN.. Maka dengan kenaikan kadar Tol ini membukti bahawa UMNO/BN sememangnya sebuah kerajaan yang sangat perihatin yang mengambil berat permasalahan rakyat. Maklumlah sekarang, ekonomi negara semuanya ok..


25 February 2009

DAULAT TUANKU..


Sembah Ta'zim dari Telok Kemang
-
Tuanku adalah lambang kemuliaan seorang Sultan yang adil dan bijaksana, yang mengambil kira kepentingan seluruh rakyatnya..

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA..

KENYATAAN MEDIA
DYMM SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN
25 Februari 2009
-
Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
-
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan khasnya.
-
Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ‘privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.
-
Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.
-
DATO’ HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI
Dato’ Lela Bakti
Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

23 February 2009

HUJUNG MINGGU DI TELOK KEMANG..

ISU DI SEBALIK PROJEK PD INTERNATIONAL
MARITIME GATEWAY

Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang telah menerima pelbagai pertanyaan dari masyarakat mengenai projek ini. Sehubungan itu, pada 20/2/2009 Ahli Parlimen telah 'turun padang' ke Pekan PD bagi meninjau sendiri kemajuan projek tersebut sekaligus untuk mengesahkan kewujudan projek berkenaan. Sebelum ini pelbagai persoalan timbul apabila Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri telah mengeluarkan kenyataan media yang berbeza-beza setiapkali apabila ditanya oleh wartawan berhubung dengan projek ini. Justeru, Kerajaan Negeri diminta mendedahkan kepada umum status kelulusan projek tersebut supaya dapat memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat.
-
PEMILIK TANAH MENDAKWA DIANIAYA

Ahli Parlimen bersama ADUN Port Dickson telah mengadakan Sidang Media berhubung dengan itu hak milik tanah melibatkan seorang warga emas di pinggir Bandar PD.
-
MAJLIS 'REWANG' MENYAMBUT PENGANTIN DI PACHITAN

Ahli Parlimen telah menyertai majlis 'berkampung' atau lebih dikenali sebagai 'rewang' dalam Bahasa Jawa bagi meraikan majlis perkahwinan anak Saudara Jalal (seorang aktivis PKR) di Kg. Pachitan pada 21/2/2009. Kehadiran Ahli Parlimen dalam majlis ini telah mengeratkan lagi hubungan mesra yang telah sedia terjalin di antara Ahli Parlimen dengan penduduk sekitar. Masyarakat Jawa tempatan menyifatkan kehadiran YB Dato' Kamarul sebagai 'persis' dengan orang kebanyakan..
-
AHLI PARLIMEN 'TURUN PADANG'

Pada 22/2/2009 Ahli Parlimen & Datin telah bersarapan pagi bersama rakyat di kawasan gerai Bandar Baru Sunggala. Penduduk setempat telah mengambil peluang untuk menemui sambil beramah mesra dengan Ahli Parlimen & Datin sepanjang kira-kira 3 jam berada di sini. Ahli Parlimen Telok Kemang telah mencipta identiti 'YB MARHAEN'..

GOTONG-ROYONG KELAB RUKUN TETANGGA
BANDAR BARU SUNGGALA

Lensa kamera Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang kemudiannya ke program gotong-royong di perkarangan Bilik Gerakan Kelab Rukun Tetangga, Bandar Baru Sunggala. Pada sebelah petangnya difahamkan KRT ini akan mengadakan mesyuarat khas bulanan. Semoga hubungan di antara KRT Bandar Baru Sunggala dengan Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang akan bertambah erat demi kesejahteraan rakyat.
ISU JALAN ROSAK DI BANDAR BARU SUNGGALA

Dalam tempoh kurang seminggu telah lebih dari 8 kemalangan berlaku di sini. Keselamatan kira-kira lebih 10,000 pengguna jalanraya yang menggunakan jalan ini dalam bahaya. KRT Bandar Baru Sunggala telah membuat laporan kepada Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang serta membuat pendedahan media mengenai isu kerosakan Jalan Utama Bandar Baru Sunggala yang rosak teruk akibat projek pembentungan berpusat yang melibatkan kawasan ini. Pihak pemaju projek serta MPPD diminta mengambil tanggungjawab memperbaiki keadaan serta memastikan keselamatan & keselesaan pengguna jalanraya.


SEMBAH TAHNIAH DARI TELOK KEMANG..


Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah & ta’zimnya ke bawah DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada putera sulung baginda, Tunku Ali Redhauddin sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti semalam.
-
Pada istiadat itu, Tuanku Muhriz membuat pengisytiharan & berkenan menyerahkan watikah pelantikan & sebilah keris kepada Tunku Ali Redhauddin. Setelah itu, Tunku Ali Redhauddin melafazkan taat setia kepada Tuanku Muhriz. Turut berangkat Permaisuri Baginda, Tengku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Istiadat pengurniaan gelaran pusaka Tunku Besar Seri Menanti kepada Tunku Ali Redhauddin berlangsung dengan penuh adat istiadat dengan dihadiri kira-kira 700 tetamu. Istiadat penuh tradisi diraja itu diadakan dalam 2 upacara iaitu pada upacara yang pertama, Yang Di Pertuan Besar membuat pengisytiharan & berkenan menyerahkan watikah pelantikan serta sebilah keris yang diwarisi zaman berzaman.
-
Tunku Ali Redhauddin, 32, memegang gelaran yang disandang oleh ayahandanya sebelum baginda dimasyhurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar pada 29 Disember tahun lepas.

21 February 2009

DOKUMEN RAHSIA KERAJAAN SELANGOR DIKLASIFIKASIKAN SEMULA..

Dalam perkembangan berkaitan ugutan SPRM terhadap Menteri Besar Selangor semalam serta taktik terdesak BN untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat, Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Selangor semalam untuk mengklasifikasikan semula (memansuhkan kerahsiaan) dokumen berdarjah RAHSIA BESAR yang berkaitan dengan apa juga projek serta penyelewengan yang telah dilakukan oleh MB Selangor terdahulu, Khir Toyo.
-
Keputusan ini diambil sejajar dengan kehendak integriti serta membuktikan ketelusan & sebagai langkah untuk mendedahkan segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo selama ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan bersidang pada awal bulan Mac hadapan.
-
Dengan pemansuhan kerahsiaan dokumen berdarjah RAHSIA BESAR yang berkaitan dengan salahlaku Khir Toyo selama ini pastinya akan membuktikan bahawa Pakatan Rakyat lebih baik daripada BN yang telah memerintah negeri ini selama 51 tahun.

UGUTAN SPRM: INI ULASAN TAN SRI KHALID..


Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan kononnya menyalahgunakan kuasa dalam penyelenggaraan kereta peribadinya & pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas. Menurut Khalid, taktik mengenakan tuduhan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak BN khususnya Najib yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.
-
“Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah & bukan untuk diri sendiri". “Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat Selangor & Kuala Lumpur di Padang PJ malam tadi.
-
Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata telah wujud bukti kukuh yang menunjukkan Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta & pembelian lembu korban. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya & pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.
-
Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati. “Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik daripada BN yang telah memerintah negara ini selama 51 tahun. “Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,”. Rakyat akan dapat menilai taktik kotor BN seperti itu untuk menguasai negeri ini namun tegasnya PR akan terus membela nasib rakyat di negeri itu.

20 February 2009

UMNO YANG PENUH DENGAN HIPOKRASI..

TERBUKTI UMNO MEMANG SUKA PADA PERJUDIAN..

Kami amat terkejut dengan kenyataan Najib selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat yang menyatakan jumlah "Special Draw 4D".. sepanjang tahun 2008, kutipan cukai untuk "special draw" sejumlah 10 cabutan khas (special draw) yang telah dibenarkan oleh Kerajaan pada tahun 2008 adalah sebanyak RM77,026,171.04. Saya selaku Menteri Kewangan telah membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program/projek pembangunan serta kempen yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan & kemasyarakatan.
-
MAHATIR YANG MEMULAKAN BUDAYA KUNING DI MALAYSIA

dari Unversiti Cambridge London semalam Dr. Mahathir kononnya percaya penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong bermotifkan politik. “Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor", "Elizebeth merupakan mangsa parti politik tertentu", "Banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik", “Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar & merosakkan reputasi seseorang individu”. PERSOALAN: Siapakah yang memulakan budaya ini di Malaysia? kalau bukan Dr. Mahathir siapa lagi? Penulis tidak pernah lupa bahawa Dr. Mahathir lah yang memulakan budaya ini ketika menjatuhkan Anwar Ibrahim dulu.
-
KHIR TOYO SIBUK DENGAN KES ELEZEBETH WONG
TAPI SENYAP BILA KES NORHAYATI ONN?

Khir Toyo dibidas oleh suami kepada seorang pemimpin Wanita UMNO akibat tidak mengambil tindakan ke atas kes skandal yang melibatkan bekas isteri beliau, Norhayati Oon beberapa tahun lepas. Suami Norhayati, Mohd Suffian Abdul Aziz menyifatkan Khir Toyo mengamalkan sikap “cakap tidak serupa bikin” apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan EXCO Kerajaan Selangor & Wakil Rakyat susulan terbongkarnya foto beliau. Khir Toyo tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya walaupun telah dibuktikan melalui rakaman suara, mesej SMS, video dan foto yang diserahkan. Wajarkah Khir Toyo meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi Menteri Besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?
Walaupun kontroversi beliau semenjak 2007, jawatan Norhayati sebagai Senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober tahun lepas. Norhayati yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Klang berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai EXCO Wanita UMNO. Berikut adalah cabutan Laporan Polis yang dibuat oleh Suffian di Balai Polis Shah Alam bertarikh 8 Oktober 2006: "Terkandung di dalam telefon bimbit berkenaan (milik isterinya) ada beberapa gambar-gambar yang tersimpan yang menunjukkan gambar-gambar Dato’ Dr Rahman berpelukan dengan isteri saya di dalam bilik-bilik hotel iaitu di Hotel Riverview, Kota Bharu, Kelantan semasa Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir & dalam bilik tidur di Hotel Eastin, Kuala Lumpur."
-
KINI SAH SHAHRIZAT AKAN LAWAN RAFIDAH

Sah lah sudah Shahrizat akan mencabar Rafidah dalam pemilihan jawatan Ketua Wanita UMNO bulan depan. Dengan keputusan itu, Kamilia Ibrahim pula memenangi jawatan Naib Ketua Wanita tanpa bertanding. Shahrizat menerima 73 pencalonan manakala Rafidah pula 118 pencalonan.

18 February 2009

PULAU PINANG.. SELEPAS PERAK, KEDAH & SELANGOR..

AMARAN: Buat Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Selepas ADUN-ADUN di Perak, Kedah & Selangor diserang oleh agen-agen BN, dipercayai Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pula akan digempur oleh mereka.

Akhbar berbahasa Cina – Kwong Wah Yit Poh, Guang Ming Daily, China Press & Oriental Daily telah melaporkan terdapat khabar angin yang telah disebarkan "someone is out to finish off Lim" -The Star Online 17/2/09.
-
Dipercayai juga pihak BN telah menghantar agen-agen 'pemujuk wakil rakyat' mereka untuk berjumpa dengan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti dengan ditawarkan imbuhan puluhan juta ringgit. Walaupun BN sedar, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak akan tumbang jika 2-3 orang Wakil Rakyat melompat keluar, tujuan mereka ialah untuk menghilangkan kepercayaan rakyat Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Malah, diyakini bahawa mereka akan cuba membuat Wakil-Wakil Rakyat PR tidak mempercayai sesama sendiri, ada rasa curiga sesama mereka dengan fitnah yang akan mereka buat. Para pemimpin PR haruslah sedar, agen-agen BN boleh mencipta kesalahan Wakil Rakyat PR dengan membeli rakan-rakan rapat, seperti yang berlaku kepada YB Elizabeth Wong.
-
PESANAN PENTING : Buat Wakil-Wakil Rakyat PR di Pulau Pinang harus berhati-hati jika ada rakan-rakan atau kenalan anda yang ingin berjumpa ditempat yang 'privacy' secara berseorangan kerana anda mungkin diperangkap dengan helah mereka.

17 February 2009

PEMIMPIN UMNO MENGGELAR PEJUANG BAHASA MELAYU SEBAGAI "ANASIR"..

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar kerana “tidak menunjukkan akhlak yang mulia” dengan menggelar pejuang bahasa sebagai “anasir”. “Sebagai seorang pemimpin yang duduk di Dewan yang mulia (Parlimen), beliau (Bung Mokhtar) sepatutnya berbahasa dengan cara yang baik, dengan ketinggian akhlak & adap sopan,” kata Setiausaha GMP, Hasni Abas.

Sehubungan itu, Hasni mendesak Ahli Parlimen itu membuat permohonan maaf secara terbuka “sebagai orang yang berbudi bahasa”. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahhari tadi, Bung Mokhtar ditemui pemimpin GMP yang diketuai Datuk Hassan Ahmad ekoran kenyataannya di dalam Dewan hari ini yang didakwa menyifatkan pejuang bahasa sebagai “anasir”. Bung Mokhtar dipercayai mengulas tindakan GMP hadir ke Parlimen hari ini bagi menyerahkan memorandum mendesak pemansuhan PPSMI.

RAKYAT MALAYSIA BUKAN BARBARIAN WAHAI MUSA HASSAN..

Ketua Polis Negara Musa Hassan mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan kekecohan sepanjang PRK Bukit Selambau & di Bukit Gantang. Selanjutnya menyatakan bahawa pihak Polis sedang mengkaji kedua-dua tempat tersebut bagi menempatkan anggotanya sepanjang tempoh PRK & bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang. Persoalannya siapa yang tidak mematuhi undang-undang? Pengalaman di Kuala Terengganu menunjukkan penyokong PR telah membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang munasabah serta mementingkan keamanan walaupun yang didapati membuat provokasi bagi mencetuskan huru-hara adalah dari kalangan penyokong BN.
-
Juga terdapat laporan yang mengatakan provokasi juga dilakukan oleh anggota Polis yang berpakaian preman. Oleh itu ingatan Musa Hassan ini agak menghairankan sekaligus menggambarkan rakyat Malaysia terdiri dari bangsa Barbarian yang sukakan pergaduhan di setiap kali Pilihanraya. Ingatan Musa Hassan ini tidak masuk akal langsung kerana ianya jelas bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku & rakyat Malaysia sudah membuktikan diri mereka bukan barbarian seperti cuba digambarkan. Sebaliknya yang sering didapati menjadi Barbarian & tidak bertamaddun di setiap kali Pilihanraya ialah BN/UMNO & setiap kali mereka membuat onar, maka setiap kali TV & akhbar mereka akan memutar belit-fakta sehingga yang ditunjukkan barbarian & tidak bertamaddun ialah penyokong Pakatan Rakyat.
-
Perkara seperti ini bukan perkara baru di negara kita, tetapi nampaknya masih mahu diteruskan oleh BN dengan kerjasama Polis. Sampai bilakah agaknya Polis mahu bersengkongkol dengan BN? Sampai bilakah Musa Hassan mahu memberikan gambaran salah kepada rakyat Malaysia yang sudah terbukti sebagai rakyat yang tinggi komintmen mereka kepada keamanan? Musa Hassan harus bertanya diri sendiri kerana lambat-laun gambaran salah sebegini pasti akan berakhir & lambat laun pasti anggota polis sendiri akan jemu dengan gambaran salah ini.
-
Untuk Musa Hassan, jangan salahkan rakyat seandainya apa apa yang tidak disenangi menimpa anda & keluarga anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang anda lakukan & anda telah secara jelas telah melakukan kesilapan besar apabila memberi gambaran salah terhadap ketinggian nilai budi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia bukan Barbarian

INI SEMUA ADALAH PSYWAR TEAM NAJIB..

Dalam politik terdapat 3 elemen asas yang dapat membunuh karektor politikus mahupun menjatuhkan organisasi musuh. KUASA, WANG & SEX. Fakta sejarah membuktikan 3 unsur ini sentiasa menjadi faktor kejatuhan seseorang pemimpin mahupun sesebuah kerajaan. Team Psywar setiap parti politik atau organisasi akan memanupulasi serangan saraf berdasarkan 3 elemen ini. Bill Clinton jatuh kerana Monica Liwnskey nya, Suharto jatuh kerana korupsi nya, Turki Uthmaniyyah runtuh kerana penyalahgunaan kuasanya & yang terbaru rampasan kuasa di Perak yang juga melibatkan penggunaan imbuhan wang.
-
Terkini adalah kontroversi penyebaran gambar separa 'porno' EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong. Laporan polis telah dibuat, kenyataan awal Elize menjelaskan gambar tersebut dirakam tanpa pengetahuanya sebelum beliau menjadi YB lagi. Jelas isu moral menjadi pertimbangan utama dalam isu ini. Salah atau betul jatuh No.2. Intergriti parti adalah lebih utama. Elize perlu meletakkan jawatannya, biarpun beliau merupakan seorang EXCO yang cermerlang dari segi tugasnya. Pakatan Rakyat perlu bersedia menghadapi satu lagi PRK di Bukit Lanjan.
-
Tafsir yang dapat dilihat dalam isu ini: PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau merupakan PRK yang teramat penting buat BN mahupun PR. Buat kem UMNO, menang dalam PRK ini membuktikan UMNO masih relevan, serta bukti kepimpinan Najib disokong ramai. Jelas, segala strategi akan digunapakai bagi meraih sokongan pengundi. Isu Elize ini hanyalah sebahagian daripada teknik Psywar UMNO.
-
Kami percaya sepanjang tempoh sebelum penamaan calon 28hb Mac ini, lebih banyak serangan-serangan saraf yang akan dilancarkan oleh UMNO. Media yang dikuasai UMNO memudahkan lagi gerak saraf team Najib ini. Segala keburukan, salah guna kuasa, skandal-skandal lama, (benar, palsu atau plot planning) akan dikeluarkan berperingkat-peringkat dalam pelbagai cara & rupa. Betul atau salah sesuatu isu itu perkara No.2. Yang penting persepsi pengundi dapat dibentuk menurut kehendaknya. Justeru itu penyokong PR seharusnya berkerja dengan lebih keras dalam menepis & merencana sebarang serangan saraf ini. Langkah strategi yang diambil perlu lebih terkehadepan berbanding kem lawan.
-
Meletakkan diri & parti dalam posisi bertahan bukanlah strategi yang berkesan di dalam menghadapi 'bala tentera' Najib ini. Perlu diingatkan Tsun Zhu ada menggariskan - "The good defensive strategies is Attacking". Penyokong-penyokong PR pula, harus memahami isu ini adalah sebahagian daripada Psywar UMNO. Kita tidak perlu cepat melatah, sebaliknya meningkatkan gerakkerja kita dalam memastikan UMNO/BN dikuburkan di 3 Bukit dalam PRK nanti.
-
AWAS!! Kita tidak seharusnya menari mengikut irama gendang yang dipalu oleh Najib & konco-konconya..

ANTARA YANG MENARIK HARI INI..


Tanpa disangka-sangka oleh Khir Toyo (si perancang) isu foto separa porno yang membabitkan Elizebeth Wong, akhirnya kes ini turut mendapat sokongan dari Wanita PAS, DAP, MCA & GERAKAN yang masing-masing menyifatkan apa yang berlaku terhadap Elize ini sebagai pencabulan terhadap maruah seorang wanita.
-
Masih ingatkah di mana Wanita UMNO ketika isu mulut celupar Bung Radin di Dewan Rakyat dalam kes BOCOR yg melibatkan YB Fong Pu Kuan (Batu Gajah)..? Ketika pemimpin wanita dari parti-parti politik yang berbeza membuat bantahan berhubung isu ini kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ketika itu, Syahrizat Jalil, tetapi seorang kelibat Wanita UMNO tidak pun kelihatan. Mungkin juga Wanita UMNO pun bersetuju dengan kenyataan Bung Radin itu? Juga di mana prinsip UMNO dalam isu laporan Polis yang membabitkan Jamaluddin Jarjis dalam kes 'meraba' pekerja wanita di Hotel Hilton KL Sentral.

Sikap Wanita UMNO memang telah dijangka.. suka tengok wanita lain dimalukan.. Wanita UMNO tak ambil kesah kerana yang penting bagi mereka ialah kuasa, duit & harta.. Maruah sesama wanita pun sanggup diketepikan.
-
Dalam Pilihanraya Umum lalu Elize menang besar dengan majoriti 5,155 undi di Bukit Lanjan. Beliau memperolehi 12,125 undi menewaskan calon GERAKAN/BN Yong Dai Ying yang mendapat 6,970 undi. Sementara itu jika berlaku kekosongan di kerusi DUN Bukit Lanjan, antara calon PKR yang disebut-sebut ialah bekas Pengerusi GERAKAN Wilayah Persekutuan yang juga bekas Timbalan Menteri Dr Tan Kee Kwong. Dr Tan yang pernah menjadi anggota Parlimen Segambut telah menyertai PKR Ogos tahun lalu. Seorang lagi calon yang disebut-sebut adalah bekas Ketua Wanita MCA Klang & bekas Ahli Parlimen Klang Dr Tan Yee Kew yang juga menyertai PKR tahun lalu. Sementara itu Lee Kim Sin (ADUN Kajang) & Gan Pei Nee (ADUN Rawang) disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan EXCO yang bakal dikosongkan oleh Elize itupun jika DYMM Sultan Selangor menitahkan beliau berbuat demikian.

Sementara itu di Parlimen, Mohd Abdul Wahid Endut telah sah menjadi seorang Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di depan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad bersama rombongannya menuju ke Parlimen pagi ini untuk menyampaikan memorandum kepada Ahli Parlimen bagi membantah Pengajaran & Pembelajaran Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris. Memo itu diserahkan kepada Ketua Pakatan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang di samping Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamudin Husein.

16 February 2009

UMNO YANG TIDAK PERNAH INSAF..

Belum pun genap 3 bulan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 5 nyawa, meranapkan puluhan rumah di Bukit Antarabangsa & menyebabkan ribuan penduduk berdekatan terperangkap akibat jalan penghubung ditimbus tanah runtuh.. Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed mengumumkan keputusan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO untuk meneruskan pembangunan projek di lereng-lereng bukit. Malah kata Menteri terbabit, tiada pengharaman menyeluruh terhadap pembangunan di lereng bukit akan dikuatkuasakan Kerajaan Pusat. "Kalau kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mahu melaksanakannya, itu terserah pada mereka".

Pengumuman Mohd Zin ini disambut gembira Persatuan Hartanah & Pemaju Perumahan Malaysia (REHDA) yang mendakwa pembanguan di lereng bukit boleh dijalankan dengan 'selamat' di Malaysia kerana negara ini mempunyai kumpulan pakar untuk mereka bentuk, memantau & melaksanakan penyelidikan yang perlu. Teruja dengan lampu hijau yang diberikan Kerajaan Pusat, REHDA lantas menggesa semua kerajaan negeri, terutamanya Selangor, supaya membatalkan pengharaman menyeluruh ke atas pembangunan di lereng bukit!
-
Nampaknya tragedi demi tragedi yang menimpa negara ekoran pembangunan di lereng bukit tidak menginsafkan mereka. Bila tragedi berlaku & nyawa terkorban, para pemimpin BN akan menuding jari ke pihak lain & bersikap lepas tangan. Tanpa perlu mengulas lanjut, episod ini sebenarnya mendedahkan rupa sebenar UMNO/BN - sebuah parti yang bukan sahaja tidak mesra rakyat malahan tidak mesra alam!
-
Berita lanjut sila layari:

KERAJAAN 'KUDETA' BN PERAK MENUJU JALAN MATI..

ALLAHHU AKHBAR..
-
Akhirnya Kerajaan Kudeta BN Perak semakin menuju ke jalan mati. Perkembangan akhir-akhir ini semakin menjerut leher Najib yang memulakan drama rampasan berdasarkan nasihat undang-undang yang salah. Perasaan tamak & ingin menguasai Perak dengan apa cara sekalipun telah meletakkan Najib tersungkur di Perak lebih awal daripada yang dijangka. Setelah 10 hari berlalu, peristiwa rampasan kuasa itu akan berakhir tidak lama lagi. Ketenangan, ketabahan & kebergantungan Ir. Nizar & penyokong yang bermunajat & solat hajat kepada Raja segala Raja, Allah SWT telah menampakkan kesannya.

Antara perkembangan menarik ialah Speaker DUN Perak telah menghantar Notis Saman kepada 'MB baru & 6 exconya' untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu ini. Speaker juga mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada 'MB baru & 6 Exconya' jika mereka tidak hadir Perbicaraan Khas Jawatankuasa Hak & Kebebasan DUN. Speaker juga boleh mengambil tindakan ke atas Zambry & 6 exconya seperti menggantung keahlian dewan tanpa gaji sepertimana yang pernah berlaku ke atas Teng Chang Khim pada 25 April 25 2005, dimana beliau telah digantung dari DUN Selangor setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker Datuk Seri Onn Ismail waktu itu.

3 ADUN lompat pula telah dianggap meletak jawatan oleh Speaker DUN. Sudah tentu mereka tidak akan dibenarkan masuk ke dalam persidangan DUN. Osman Jailu pula menghadapi masalah di mahkamah kerana menipu hakim ketika kesnya dibicarakan kononnya tidak hadir kerana dirawat di HKL, sedangkan Pengarah HKL menafikan Osman pernah dirawat di situ.
-
Ujian terbesar menguji kesahihan kerajaan baru itu ialah kes yang telah difaikan oleh Ir. Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ir. Nizar juga memohon Perintah Injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab & tugas-tugas MB di negeri itu.

Semua halangan & kekusutan itu hanya boleh dirungkai dengan pembubaran DUN. Jika tidak, rakyat akan semakin marah. Kemarahan rakyat tidak akan dapat dipadam hanya dengan gula-gula pembangunan & sekatan Polis. Pemimpin UMNO perlu keluar dari tabir Istana untuk berdepan dengan rakyat di pentas Pilihanraya semula! dan perlu diulangi bahawa, Pakatan Rakyat tetap menjunjung tinggi kemuliaan Raja-Raja Melayu bahkan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam tahun lalu telah mengulangi iltizam ini.

SEKOLAH AGAMA RAKYAT DITINDAS.. SEKOLAH MUBALIGH DIBELA

Semua akhbar pengampu BN hari ini melaporkan 'kemuliaan' hati Najib & UMNO yang berikrar akan memberi sokongan padu kepada Sekolah Mubaligh selepas berusaha gigih melumpuhkan Sekolah Agama Rakyat dengan pelbagai cara. Najib Razak berkata Kerajaan Persekutuan sedia menambah peruntukan kewangan bagi pembangunan Sekolah Mubaligh di Sarawak & Sabah. Katanya kalau Tuhan bagi rezeki, kita boleh tambah peruntukan. Lawak betul, TAKKAN TUHAN TAK BAGI REZEKI KOT? Lawak betul si Najib ni. Sekolah Islam ditutup, Sekolah Missionary & Mubaligh pula yang ditaja.
-
HAMAS selaku Kerajaan Islam di Palestin tidak diiktiraf UMNO tetapi FATAH Nasionalis yang kalah dalam Pilihanraya Umum Palestin pula jadi pujaan hati UMNO. Cantiklah tu.. Selepas ini, bila budak-budak Melayu dimurtadkan beramai-ramai oleh mubaligh, UMNO jangan lupa pula untuk menambah peruntukan kepada Mubaligh Kristian. Benarlah kata sahabat saya, UMNO dah jadi proksi Yahudi kedua selepas Singapura. Syabas Najib! kerana kemaruk mahu menjadi PM, kamu gadaikan maruah agama.
-
Kepada Pakatan Rakyat, Lawan Tetap Lawan! Habislah budak-budak Melayu murtad kalau kita biarkan UMNO ni. Ayuh, susun strategi kita menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu & Umat Islam bahawa pengkhianat sebenar kepada agama, bangsa & negara ialah UMNO kerana atas kepentingan politik & demi meraih undi, UMNO akan lakukan apa saja..

DI MANA UMNO KETIKA PEJUANG BAHASA MELAYU MENENTANG PPSMI?

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) semalam telah membuat satu laporan Polis terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia ekoran keengganan kementerian terbabit memansuhkan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Laporan diiketuai oleh Tan Sri Prof Emeritus Dato' Pendita Dr Haji Ismail Hussein berasaskan kepada kehendak Perkara 152(1) & (6) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 17(1) Akta 550, adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan Bahasa Melayu. PPSMI akan membunuh Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan & bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang.
-
GAPENA menyokong sekuatnya pengajaran Bahasa Inggeris sebagai suatu bahasa, tetapi tidak melalui mata pelajaran Sains & Matematik. Selain Ismail, beberapa tokoh bahasa yang lain turut sama membuat laporan tersebut. Mereka terdiri dari Setiausaha 1 GAPENA Prof. Madya Dato' Haji Zainal Abidin Borhan, Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain) & Rejab Ismail (Rejab F.I). Beberapa pejuang Bahasa Melayu yang lain turut sama berada di luar balai Polis untuk menyatakan sokongan atas tindakan yang dibuat GAPENA itu serta beberapa orang pemimpin NGO serta Pakatan Rakyat. Namun di manakah pemimpin serta ahli UMNO?
-
Difahamkan esok GAPENA akan mengadakan perhimpunan di perkarangan Parlimen untuk menyerahkan Memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Sama-sama kita nantikan adakah pemimpin & ahli UMNO akan menyokong ataupun tidak kempen ini.. ataupun UMNO hanya sekadar menjadi penonton bahkan pengkhianat sebenar kepada perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu.

13 February 2009

BAGAIMANA KAWASAN PERUMAHAN BOLEH BERTUKAR KAWASAN PERINDUSTRIAN?

Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang telah menerima aduan dari Persatuan Penduduk Perumahan Kuala Lukut yang mendakwa menghadapi pelbagai masalah ekoran aktiviti sebuah tapak meletak lori tangki gas milik sebuah syarikat swasta di kawasan ini yang melepaskan sisa gas ke udara secara terbuka bagi tujuan pembersihan. Difahamkan kejadian melepaskan sisa-sisa gas oleh syarikat terbabit dilakukan pada waktu malam hingga pagi.
Kes ini menyebabkan banyak haiwan ternakan penduduk mati, ramai penduduk yang jatuh sakit. Masalah pencemaran udara ini juga telah menyebabkan beberapa orang penduduk setempat meninggal dunia serta mendatangkan bahaya pada keselamatan penduduk. Semenjak 2 tahun lalu, penduduk telah pun membuat aduan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, MPPD & juga membuat laporan Polis tentang perkara ini, tetapi malangnya tiada tindakan susulan yang diambil. Setelah meneliti fakta, kami dapati kawasan letaknya permis terbabit berada di dalam kawasan yang berstatus perumahan & bukannya berstatus perindustrian.. Kami hairan adalah bagaimana situasi ini boleh dibiarkan oleh pihak yang berkuasa?
Ekoran dari itu, para penduduk yang sudah tidak tahan lagi dengan keadaan telah mengadakan bantahan di hadapan permis tersebut. Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat, YB Saudara Ean Yong, YB Saudara M.Ravi & Encik Baharudin (Wakil Peribadi YB Ahli Parlimen Telok Kemang) yang perihatin telah turut hadir di lokasi berkenaan bagi membantu penduduk menyelesaikan masalah ini. Pada mulanya berlaku sedikit kekecohan apabila wakil syarikat terbabit menunjukkan rasa tidak puas hati pada penduduk yang mengadakan bantahan. Mujurlah tiada insiden buruk berlaku. Selepas kira-kira 2 jam berunding, Pengarah Urusan syarikat tersebut telah memberikan akujanji kepada Wakil-Wakil Rakyat yang hadir bahawa beliau akan memastikan kejadian sedemikian tidak berulang lagi, dan jika kejadian melepaskan sisa gas ini berulang lagi beliau menyerahkan kepada Persatuan Penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk tindakan mahkamah.


Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang melihat isu ini sebagai mencabuli hak rakyat dalam menikmati persekitaran kehidupan yang sihat. Justeru, Kerajaan Negeri Sembilan diseru agar mengambil tindakan ke atas banyak lagi tapak-tapak perindustrian 'haram' yang berada di dalam kawasan tanah berstatus perumahan. Adalah tidak wajar sebagai sebuah kerajaan yang mendakwa perihatin pada masalah rakyat membiarkan situasi sebegini berlarutan. Kerajaan Negeri Sembilan haruslah mencontohi Kerajaan-Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat seperti di Selangor yang telah berjaya menyelesaikan isu kilang haram di negeri itu.

KARPAL BUKAN DERHAKA.. SEKADAR MENGIKUTI PROSEDUR PERUNDANGAN

Saya ucapkan syabas kepada Karpal Singh! Semangat macam inilah yang kita perlukan. Tanpanya, tanpa seseorang yang berani seperti beliau, mencabar kesahihan isu yang sedang berlaku sekarang ini. Selagi itulah UMNO akan mengganas. Teruskan dengan memfailkan saman itu kerana selagi kita membiarkan perkara-perkara sebegini selagi itulah UMNO tidak akan sedar, selagi itulah UMNO akan bertindak liar kerana bagi mereka mereka menganggap mereka adalah kebal.
-
Sudah diselidiki, sudah disiasat & sudah dipersetujui ramai. Mencabar di mahkamah bukanlah suatu hal yang dianggap menderhaka. Ianya cukup jelas, hanyalah satu tujuan dalam memastikan kesahihan sesuatu hal perkara yangg berbangkit yang memerlukan keputusan mahkamah sama ada ianya benar atau tidak. Tanpa keberanian Karpal, saya kira UMNO akan terus bermain dengan belbagai taktik kotor bagi memastikan mereka berjaya. Dan entah apa yang akan mereka lakukan lagi selepas ini.
-
Di Selangor, nampaknya sudah bermula, mereka sudah mula memutar belitkan media dengan menggunakan media elektronik yang memihak kepada mereka dengan belbagai taktik & cara yang saya kira paling kotor & tidak mustahil rakyat tanpa disedari rakyat akan terhasut oleh mereka.
-
Dalam soal warkah tulisan Dato’ Seri Nizar di dalam suratnya kepada Sultan Azlan, sebenarnya ialah suatu perkataan merapat sembah yang sememangnya digunakan sebagai suatu ucapan bagi istana dalam menyembah mengadap & itu adalah suatu perkataan yang seharusnya kita gunakan di dalam menyampaikan titah yang tidak berapa baik, dalam menkhabarkan sesuatu hal perkara yang kurang baik yang memerlukan Sultan membuat keputusan & ianya sebenarnya bukanlah menderhaka.
-
Teruskan dengan memfailkan saman & kita lihat sama ada langit itu tinggi ataupun rendah!

KESIMPULAN AKHIR KEMELUT POLITIK DI PERAK.. 74% RAKYAT MENDERHAKA?

Tindakan BN melantik Menteri Besar ketika memperoleh 28 kerusi menyamai Pakatan Rakyat dengan 3 kerusi Bebas dianggap tidak sah & haram. Pakar Perlembagaan Prof. Dr Aziz Bari berkata kerajaan BN di Perak tidak sah disebabkan kes berhubung 3 ADUN: Changkat Jering, Behrang & Jelapang masih di peringkat keputusan di mahkamah. Selagi mahkamah tidak memutuskan kes mereka selagi itu kerajaan terdahulu masih dianggap berkuasa dan BN tidak boleh membentuk kerajaan baru.
-
Untuk bacaan seterusnya, memberikan komen & maklumbalas, sila ke:
-----
Sementara itu survey yang dilakukan oleh MERDEKA CENTRE mendapati, hampir 74% respondan yang ditemui mahukan DUN Perak dibubarkan manakala 76% pengundi juga ingin melihat "Pilihanraya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Merdeka Center, sebuah firma penyelidikan bebas yang beribu pejabat di Bandar Baru Bangi melaporkan, hampir 2/3 pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu. Hanya 21% responden mengatakan bahawa pihak Istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

Malah 62% lagi responden merasakan bahawa peranan Istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak. Hanya 29% dari responden yang mengatakan peranan Istana menggambarkan kehendak rakyat. Keputusan ini hampir menyamai keputusan undian yang dibuat oleh MALAYSIAKINI sebelum ini yang mendapati hampir 88% tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Azlan yang memperkenan Barisan Nasional yang didokongi UMNO membentuk kerajaan di Perak.


Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6-8 Februari lalu untuk mengukur persepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak dan 76% menyatakan bahawa rakyat, melalui sistem Pilihanraya yang lebih berhak untuk menentukan kerajaan yang dibentuk di Perak. Cuma 21% menyatakan pihak Istana manakala 3% lagi menjawab tidak tahu. Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut. Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berusia 11 bulan, telah tumbang apabila 3 Wakil Rakyat nya keluar parti untuk bertindak sebagai ADUN Bebas & menyokong BN. Kini Pakatan Rakyat & BN mempunyai anggota samarata iaitu 28 orang.
-
Mengenai penyelesaian kepada krisis politik ini, seramai 33% responden mahu Pilihanraya yang baru dilangsungkan, 35% lagi mengatakan Pilihanraya Kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28% mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu. Keputusan kajian-kajian yang dilakukan JELAS menunjukkan bahawa rakyat Perak tidak menerima keputusan pihak Istana yang memperkenankan kerajaan BN/UMNO membentuk kerajaan melalui rampasan kuasa minggu lalu.


INFO-INFO TERKINI..

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi tadi telah mengumumkan Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak & Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April 2009.


Hari penamaan calon pula ialah pada 29 Mac 2009 iaitu sehari selepas Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada 24-28 Mac 2009. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang menamatkan teka-teki mengenai kedudukan kerusi DUN Bukit Selambau. Ini kerana bekas ADUN PKR kawasan itu V.Arumugam dikatakan masih 'hilang' & beberapa laporan Polis dibuat bagi memastikan surat perletakkan jawatan ADUN tersebut tidak dipalsukan. Abdul Aziz berkata hasil penelitian SPR kerusi itu sah kosong.
-
MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL

Parlimen Bukit Gantang, Perak
Jumlah Pemilih:

55,562 orang (Pemilih Biasa 55,426) & (Pemilih Pos 136)
Pusat mengundi:

32 (29 sekolah & 3 dewan dengan 111 saluran dijadikan pusat pengundian)
Tempat penamaan calon & penjumlahan undi:

Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Taiping
Pegawai Pengurus Pilihan Raya:

Datuk Mahmod Morsidi (Pegawai Daerah Larut, Matang & Selama)
-

Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah
Jumlah Pemilih:

35,140 orang (Pemilih Biasa 35,125) & (Pemilih Pos 15)
Pusat mengundi:

22 (21 sekolah & satu institusi dengan 64 saluran dijadikan pusat mengundi)
Tempat proses penamaan calon dan penjumlahan undi:

Sekolah Menengah Teknik (1) Sungai Petani.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya:

Datuk Abdullah Mat Akhir (Pegawai Daerah Kuala Muda)
-

Daftar Pemilih Pilihanraya Kecil bagi kedua-dua bahagian akan mula dijual pada 21 Februari (tanpa saluran) & pada 25 Februari (dengan saluran).

----------------------------------------------------------------


Sementara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah bahawa beliau masih lagi Menteri Besar Perak yang sah. Turut hadir bersama beliau ialah para peguam antaranya Hanipa Maiden, EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Dr Lo'Lo' Dato' Hj. Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa), Ir Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang), Mohd Taufek Abdul Ghani (ADUN Paroi, Negeri Sembilan) dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shaharin bersama kira-kira 500 penyokong.

Bercakap lanjut pada sidang media selepas memfailkan saman pada jam 11.30 pagi tadi, Ir. Nizar menegaskan beliau & Ahli EXCO memfailkan saman untuk menuntut hak mereka selaku kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Perak pada Pilihanraya Umum lalu secara sah. UMNO/BN telah melaksanakan 'rampasan kuasa' jadi untuk itu kami telah mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa & material masih MB Perak. Perintah deklerasi ini sejajar dengan tafsiran Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
-
INFO SELANJUTNYA, SILA LAYARI:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19366&Itemid=1

12 February 2009

MB NEGERI SEMBILAN DIMURKAI ISTANA?


Menteri Besar Negeri Sembilan Dimurkai Istana? Demikianlah tajuk muka hadapan akhbar Buletin Rakyat keluaran 15 Februari 2009. Akhbar ini boleh didapati di mana-mana kedai akhbar pada harga RM2 dengan No.KDN: PP14333/1/2010. Antara penulis undangan akhbar ini ialah Raihan Sulaiman Palestin & Datuk Ruhanie Ahmad. Cepatkan dapatkan sebelum ianya habis di pasaran. Antara isunya ialah melibatkan pemecatan Mufti Negeri Sembilan & pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri.

NAJIB BERTAMBAH GABRA SEKARANG..

Perkembangan mutakhir politik di Perak yang dikupas secara imperikal oleh golongan bloggers & kini didedah menerusi media alternatif seperti Harakah & Suara Keadilan telah membuatkan UMNO berada dalam suasana gabra & 'gundah gulana'.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas naskah Suara Keadilan & Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan UMNO berdepan dengan realiti kebangkitan rakyat..
-
Anwar Ibrahim..

11 February 2009

SIAPA AGAKNYA PILIHAN ORANG-ORANG BUKIT?

Selepas kekecohan yang berlaku di Perak, kini ramai yang akan terarah kepada Pilihanraya Kecil di 2 bukit iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak & DUN Bukit Selambau, Kedah. Kedua-dua kerusi tersebut sebelum ini adalah milik Pakatan Rakyat. Walau keputusan untuk Pilihanraya Kecil masih belum diumumkan lagi oleh SPR, namun kepastian telah wujud di mana Pilihanraya Kecil tersebut akan dijalankan ekoran daripada kematian Ahlil Parlimen Roslan Shaharum & perletakan jawatan sebagai Wakil Rakyat & EXCO secara ‘gentlemen’ oleh V.Amurugam.
-
Pilihanraya Kecil ini pasti yang paling sengit antara Pilihanraya Kecil sebelum ini iaitu selepas Permatang Pauh & Kuala Terengganu. BN yang baru sahaja 'berjaya' memperdayakan rakyat negeri Perak dengan merampas pentadbiran negeri, pasti akan tampil dengan strategi & kaedah baru. Pastinya mereka akan banggakan kejayaan merampas Perak & menonjol imej merekalah yang pandai memerintah & membuat rakyat kaya & senang-lenang dengan projek pembangunan & kenaikkan harga barang.
-
Biarkanlah BN dengan strategi mereka. Apa yang penting ialah bagaimana Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Kecil ini. Sekali pandang, PR mempunyai peluang & 'advantage' yang besar untuk menang. Kemelut di Perak di mana majoriti rakyat memilih PR masih tidak berubah walau bilangan ADUN mereka berkurangan. Rakyat pasti marahkan BN kerana menipu & merampas kerajaan negeri yang mereka pilih secara sah. Dan di dalam kemelut di mana Perak mempunyai 2 jentera pentadbiran negeri, akan menambah kebencian rakyat terhadap BN yang melaung-laungkan mereka pandai memerintah tetapi tidak tahu mengikut undang-undang.
-
Walaupun BN mendakwa idea melompat parti adalah idea PR, namun ketika isu melompat 16 September dulu, BN begitu lantang mengutuk, mencaci, mencerca idea tersebut & bukan PR yang mempraktikkannya tetapi BN sendiri. Rakyat menilai ini sebagai pembohongan yang besar kepada mereka. Begitu juga senario di Kedah. Kekosongan kerusi DUN kerana perletakkan jawatan sebagai wakil rakyat oleh V.Amurugam kerana ‘tekanan’ BN supaya melompat parti seakan tidak memberi peluang langsung kepada BN untuk memenangi kerusi tersebut.
-
Dakwaan-dakwaan seperti sogokan wang, ugutan & perbuatan jenayah (pecahkan cermin kereta) terhadap V.Amurugam menambahkan lagi keperitan BN untuk berkempen di Kedah. Rakyat pasti menolak awal-awal BN yang rasuah, tidak mengikut undang-undang, pembohong, membelakangi rakyat demi kekuasaan mereka. Apa pun pasti pertembungan 2 gabungan parti besar ini (BN & PR) di 2 bukit ini akan memberi isyarat samada pemimpin rasuah & pembohong yang dipilih atau pemimpin yang ingin membawa perubahan yang dipilih. Sama-sama kita tunggu.

ANALISIS: KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT KESAN POLITIK MASA DEPAN UMNO?

Dengan terlantiknya Menteri Besar baru di Perak semalam, UMNO kini mendapat semula kuasanya yang hilang selama 11 bulan apabila rakyat menafikan kuasa itu pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008. Soal kuasa itu sah atau sebaliknya, hakikatnya UMNO yang mengemudi kerajaan Perak selepas ini. Kejayaan UMNO kembali semula berkuasa menerusi apa yang disifatkan satu 'Rampas Kuasa' siang hari itu benar-benar mengembira & melegakan UMNO khasnya bakal PM, Najib. Dengan apa yang berlaku bolehlah UMNO menuntut & mengatakan bahawa parti itu mendapat sokongan Melayu & memulihkan semula kedudukan parti berkenaan. UMNO boleh mendabit dada kononnya parti itu sebenarnya yang diingini oleh orang Melayu Perak. UMNO juga boleh berangan-angan mengatakan parti merekalah dipercayai rakyat seluruhnya. Atau UMNO juga boleh mengakui partinya turut sama direstui Istana apabila Sultan Azlan Shah bersetuju melantik MB & tidak bersetuju membubarkan DUN Perak seperti mana diminta oleh Pakatan Rakyat.
-
Apapun UMNO tidak perlu peduli. Restu dari Istana adalah penting dalam konteks politik negara ini. Samada tindakan Istana itu betul atau sebaliknya itu soal lain. UMNO menampakkan kuasa yang mereka perolehi itu betul dengan mencari tukang-tukang untuk mencanangkan tindakan itu betul & tepat. Banyak tukang-tukang demikian yang boleh diupah atau diberikan imbunan pangkat & kedudukan. Tukang-tukang itu boleh menjustifikasikan atas berbagai nama; budibicara, kebijaksanaan atau pandangan jauh Sultan.
-
Adat & kepercayaan kolot orang Melayu meletakkan apa juga yang dilakukan Sultan itu betul walaupun kesalahan dilakukan itu kadang-kadang terang benderang, atau kadang-kadang pada satu masa dulu kita sendari menetangnya & menyokong balik atau menyetujui bila ia memberi keuntungan kepada kita. Buku-buku sejarah mengenai kekejaman Sultan atau Raja-Raja banyak tersimpan di arkib. Kita boleh membacanya untuk mengetahui sifat-sifat ini yang dipakai dari kalangan Raja-Raja Melayu, Inggeris, atau Raja-Raja apa jenis dan bangsa saja dari seluruh dunia.
-
Kononnya, dari semangat Melayu, sesiapa pun gembira dengan terbentuknya kerajaan Perak yang dianggotai oleh Melayu total di Perak itu. Hanya bangsa yang tidak suka kepada bangsanya sendiri saja kalau tidak suka bangsanya menjadi kerajaan. Hanya Melayu yang hilang rupa diri & akal budi saja tidak menyokong Melayu. Bagaimana pun bila ada yang mempertikaikan perlantikan atau pertukaran kerajaan itu ialah dari segi teknikalnya yang dikira sangat menjijikkan & tidak adil?
-
Dengan terlantiknya Zambry Abdul Kadir itu orang Melayu Perak kini tidak perlu bimbang lagi mengenai keselamatan mereka. Hak-hak Melayu, kepentingan Islam pasti akan terbela dengan utuhnya. Soal tanah rizeb Melayu pasti akan terjaga dengan eloknya. Projek atau kontrak kerajaan tidak akan jatuh ke tangan Cina lagi. Begitu juga dengan kawasan balak tidak lagi jatuh ke tangan Cina. Semuanya akan dapat kepada Melayu kerana kerajaan MB yang ada kini bukan lagi menjadi boneka kepada mana-mana Cina. Mungkin dalam masa sesegeranya juga Zambry akan memansuhkan semula polisi Pakatan Rakyat yang memberi gerak tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru seperti mana pantasnya tindakan UMNO sebelum ini mempertikaikan pemberian itu.
-
Dari satu segi itulah yang dapat dilihat & dirasai terhadap perubahan drastik yang berlaku di Perak. Memang UMNO boleh bergembira & orang Melayu boleh membuat kenduri kesyukuran dengan menyembelih unta atau gajah.
-
Tetapi dari sudut lain kemelut politik yang membawa perubahan kepada kerajaan itu meninggalkan kesan yang menakutkan untuk masa depan medan politik negara ini & inilah yang menjadi masalah baru kepada UMNO & BN.
-
Kejadian di Perak itu membuka kepada dimensi hubungan atau perpaduan politik negara ini tidak baik. Mungkin kerana terlalu gembira orang Melayu UMNO tidak sedar bahawa di sebalik kemeriah & sorak sorai Melayu UMNO itu ada pihak lain yang kecewa. Hakikatnya kejayaan UMNO itu dirayakan oleh Melayu UMNO saja tetapi tidak oleh Melayu lain & kaum lain. Apakah situasi ini disedari oleh UMNO?
-
Realiti ini jelas sehingga semalam saya belum terbaca ulasan & juga mendengar komen daripada pemimpin Cina dalam Gerakan atau MCA berhubung kejayaan UMNO itu. Apakah mereka tidak ditanya atau mereka enggan mengulas atas kepentingan politik? Yang ada memberi ulasan menggambarkan mereka suka dengan apa yang berlaku itu hanya orang-orang Cina marhaen sahaja.
Apakah sikap senyap & membisu mereka itu menandakan mereka marah? Mereka tidak setuju kerajaan Perak yang didominasi kaum Cina (DAP) dijatuhkan? Ini perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh UMNO di sebalik sorak sorai itu. Jelas apa yang berlaku dan dilakukan itu menyakiti orang Cina. Orang Cina beranggapan seolah mereka tidak perlu diberikan peluang menjadi kerajaan menurut perlembagaan yang ada & perlu ditumbangkan. Dalam hal ini mereka tidak mengira siapa Cina yang menguasi kerajaan Perak itu, MCA, Gerakan, DAP atau PKR? Tetapi orang Cina pasti merasa bangga kerana rakan mereka dalam DAP dapat menguasai sebuah kerajaan negeri.
-
Apa yang dibayangkan oleh Mahathir seperti yang berlaku di Perak itu memberi kesulitan atau keburukan kepada BN khususnya UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13 adalah tepat. Dapat diselami kata-kata Mahathir itu bahawa dengan apa yang berlaku orang Cina akan membenci UMNO atau sokongan orang Cina kepada UMNO/BN makin merosot. Mahathir boleh berkata begitu kerana beliau faham & ada pengalaman dengan sikap politik orang Cina. Mahathir pernah kalah tahun 1969 di Kota Star disebabkan orang Cina tidak mengundinya hanya disebabkan beliau berkata beliau tidak perlu undi Cina. Sejarah dialami Mahathir itu seharusnya dijadikan iktibar kepada Melayu UMNO.
-
Disebabkan keintiman masyarakat Cina itu begitu kental kesan atau rasa sakit hati orang Cina itu bukan saja di Perak tetapi di seluruh Malaysia. Ia tidak boleh bendung daripada menjalar di negeri-negeri lain juga. Sudah pasti Cina di Pulau Pinang akan melepas marah & dendam dengan apa yang berlaku di Perak itu dengan memberi sokongan pada kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Begitu juga halnya di Negeri Sembilan..
-
Pada saya ini sangat bahaya bagi UMNO. Politik rakus & tidak menghormati hak orang lain & mencerminkan ketamakan kuasa memberi kesan buruk & kegembiraan sekejap saja. Dari segi politik jangka panjang apa yang dilakukan UMNO itu tidak bijak. Kesan daripada tindakan ini ialah kepada Najib Razak. Kerakusan Najib itu akan dilihat sebagai itulah stail & pendekatan Najib apabila beliau menjadi PM kelak. Dalam hal ini Najib untung dalam mengambil hati orang Melayu untuk mendokong beliau sebagai PM tetapi pada masa sama beliau telah mengguriskan hati orang Cina dengan apa yang berlaku itu.
-
Memerhati perkembangan yang berlaku hari ini saya tidak tergamak untuk mengatakan kemungkinan dengan apa yang berlaku ini menyebabkan MCA & Gerakan atau parti-parti Cina di Sabah dan Sarawak & seluruh orang Cina sedang membuat 'homework' baru dalam hubungan politik mereka dengan UMNO. Tragedi 'Rampasan Kuasa' di Perak yang berlindung di Istana itu boleh menyebabkan kaum Cina menyemak balik persefahaman politik mereka dengan UMNO.
-
Di sini terlalu awal untuk mengatakan mereka akan membuat reform politik besar-besaran dengan memberi sokongan kepada PKR & PAS bagi menyertai rakan mereka DAP dalam Pakatan Rakyat itu tetapi kemungkinan itu tidak mustahil. Jadi UMNO perlu insaf & sedar hal ini kalau tidak kejayaan di Perak itu bukan memberi satu kegembiraan tetapi akan menganugerahkan kesedihan berpanjangan kepada UMNO/BN khususnya dalam Pilihanraya Umum akan datang.

ANALISIS: KENAPA PERLU TAKUT KUASA PENGUNDI?

Momentum bagi memperkenalkan satu Rang Undang-Undang & Akta yang memaksa ADUN & Ahli Parlimen yang berpaling tadah meletak jawatan meningkat dalam beberapa hari ini berikutan tindakan ADUN Bota yang menyeberangi parti menyertai PKR. Mengepalai gerakan itu ialah Joseph Pairin Kitingan, ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) yang partinya itu adalah anggota komponen BN. Gesaannya menjadi lebih keras apabila kerajaan Perak pimpinan Ir. Nizar tumbang angkara perbuatan ADUN meloncat parti. DAP & PAS turut sama menyuarakan sokongan kepada Akta Anti-Lompat tetapi mahukan mereka yang meletak jawatan dibenarkan bertanding kembali.

Akta sebegini, jika mahu diluluskan oleh Dewan Rakyat perlu mendapat sokongan majoriti 2/3 kerana Perlembagaan Persekutuan terpaksa dipinda terlebih dahulu. Sikap diambil oleh Joseph Pairin ini mudah difahami kerana beliaulah orang terpukul hebat oleh tindakan ADUN-ADUN yang melompat parti. Pada 1994, kerajaannya tumbang dan beliau dinafikan dari menjadi Ketua Menteri sungguhpun sebelum itu telah memenangi Pilihanraya negeri Sabah. Kerajaannya yang sebelum itu berkuasa selama 4 penggal, kali ini tumbang hanya selepas 2 minggu berkuasa. Ia tumbang melalui perancangan BN.

Beberapa ADUN PBS menyertai parti komponen BN & beberapa yang lain membentuk parti politik sendiri & kemudiannya parti tersebut menyertai BN sebagai komponennya. Cara bagaimana PBS ditendang dari tampuk kekuasaan & dipaksa menjadi pembangkang berupa sesuatu yang tidak pernah terjadi di Malaysia. Kaedah seperti itu yang tidak pernah terjadi, tetapi menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat pernah terjadi sebelumnya. Pilihanraya pertama di negara kita selepas mencapai kemerdekaan terjadi pada 1959. Melalui Pilihanraya itu PAS tanpa disangka-sangka telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.
-
Pilihanraya Umum 1955 menyaksikan Perikatan menyapu bersih kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan bagi Dewan Perundangan Tanah Melayu kecuali satu, di Perak (Kerian) yang dimenangi PAS. PAS yang memenangi 13 kerusi di DUN Terengganu menubuhkan kerajaan. Parti Negara memenangi 3, Perikatan (sebelum dikenali sebagai BN) 8 kerusi. Peristiwa lompat melompat terjadi di sana menyebabkan keadaan politik berkecamuk. Mula-mula seorang anggota Parti Negara menyertai PAS & dilantik menganggotai EXCO negeri. Kemudian 2 orang anggota PAS melompat masuk UMNO. Kemasukan beberapa orang ADUN PAS & Parti Negera ke dalam UMNO menyebabkan undi tidak percaya kepada kerajaan yang dikemukakan pada 1961 menyebabkan kerajaan itu tersungkur.

Dalam keadaan mana-mana kerajaan mengasaskan kekuatannya kepada undi mudah, nasib kerajaan itu sentiasa berada seperti telur di hujung tanduk. Apa yang terjadi di Terengganu itu ada iras dengan keadaan yang wujud di Perak sekarang. Keputusan dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya pada Selasa kelmarin untuk tidak mengadakan Pilihanraya kecil di Behrang & Changkat Jering di Perak akan menyebabkan kedudukan kuasa kerajaan negeri itu yang ada sekarang juga dalam keadaan penuh genting. Lanjutan dari tindakan SPR itu, 3 orang ADUN PR bertindak meninggalkan parti kerana sudah tidak takutkan lagi tentang kesahihan kerusi mereka.
-
Ia sudah berupaya untuk tidak menghargai undi yang dibuat oleh rakyat. Sementara itu ADUN dari Bota pula berpatah balik ke parti asalnya. Keluar dari parti lama dengan senyum dan masuk balik juga dengan senyum melebar. Perasaan pengundi langsung tidak dihiraunya. Dengan keputusan yang dibuat oleh SPR itu, 3 orang ADUN yang mencetuskan kontroversi & krisis perlembagaan di Perak telah membuat keputusan untuk menyertai BN. Surat ‘peletakan jawatan’ yang mereka dikatakan kemuka kepada SPR dianggap tidak laku & ini mendorong mereka untuk melompat memasuki UMNO.

Dengan tindakan itu, kedudukan DUN Perak berubah drastik di mana PR akan menguasai 28 kerusi sementara BN menguasai 28 & Bebas 3 – sesuatu yang membawa tumbangnya kerajaan PR. Kerajaan Perak tumbang seperti yang terjadi di Terengganu kira-kira 49 tahun dahulu. Dalam keadaan ADUN mudah melompat dari dahan ke dahan lain mencari buah yang lebih ranum, sesuatu kerajaan tidak boleh berada dalam tenang. Bayangkan kerajaan pusat yang dikuasai oleh BN dengan majoriti 60 buah kerusi pun masih tergugat, bagaimana pula kedudukan kerajaan-kerajaan negeri yang majoriti tidaklah besar.


Kerajaan itu adalah Kedah & Negeri Sembilan. BN terpaksa menghantar sebahagian besar MPnya ke Taiwan yang tindakannya dipercayai untuk menghalang sesetengah dari kalangan itu melompat parti. Keadaan ini menggambarkan bahawa ramai di antara para wakil rakyat di Malaysia, perasaan segan silu & bertanggungjawab serta berwibawa itu langsung tidak ada. Keutamaan mereka ialah kuasa & harta. Apa yang dialami oleh Kelantan di mana walaupun memiliki majoriti 1 kerusi, ia masih mempertahankan kewujudan kerajaan itu.

Ia adalah satu yang amat luar biasa. Sukar mencari Wakil-Wakil Rakyat yang dapat mempertahankan prinsip & perjuangan parti apabila diasak dengan godaan-godaan dalam pelbagai bentuk. Ramai akan gagal mempertahankan keutuhan moral jika disuapkan dengan umpan-umpan yang menggiurkan. Bagaimana kita boleh huraikan sesorang meninggalkan perjuangan parti yang didokongnya bertahun-tahun & kadangkala sanggup menghadapi risiko hebat, dalam sekelip mata? Beberapa bulan dulu, malah bertahun-tahun dahulu dia bermati-matian mempertahankannya. Ada udang di sebalik batu?
-
Mereka yang dipilih oleh rakyat berdasarkan prinsip parti yang dia wakili hendaklah berkhidmat kepada rakyat sesuai dengan mandat yang diberikan. Mana-mana Wakil Rakyat yang membenarkan dirinya ‘dibeli’ hendaklah kembali kepada rakyat & membiarkan rakyat menentukan kedudukannya. Tanpa Rang Undang-Undang atau Akta yang bertujuan membanteras lompat parti yang menghina mandat rakyat, perbuatan melompat parti ini sukar dibendung. Sesebuah parti yang diberi kuasa oleh rakyat mentadbir negeri atau negara tidak mampu untuk mempertahankan amanah itu jika terdapatnya di antara anggota penggubal undang-undangnya mereka yang mementingkan kedudkan & kepentingan diri.


Kedudukan bertambah rumit jika ia parti berkenaan berdepan dengan parti musuh yang memiliki banyak wang serta sanggup melakukan rasuah. Wakil-Wakil Rakyat mudah dibeli. Kerajaan negeri Kelantan misalnya pernah menggubal undang-undang yang menyebut bahawa mana-mana ADUN yang melompat parti dengan sendirinya kedudukan orang itu sebagai ADUN gugur. Namun Rang Undang-Undang yang diluluskan itu nyata tidak selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia yang dipinda oleh BN di bawah pimpinan Mahathir.
-
2 dekad yang lalu, Shahrir Samad meletak jawatan & bertanding kembali sebagai calon Bebas di Johor Bahru. Sebelum itu dia menang kerusi ini atas nama BN. Apabila dia tidak menganggotai UMNO (Baru) dia bertindak mengosongkan kerusinya & memohon kembali mandat dari rakyat. Kekalahan yang dialami UMNO (Baru) dalam pilihan raya itu telah mendorong Mahathir untuk menggubal undang melarang perbuatan mengosongkan kerusi itu dilakukan oleh MP & sebagai dendanya MP yang mengosong kerusi itu tidak dibenarkan bertanding selama 5 tahun.


Untuk itu Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 1990. Pindaan Perlembagaan yang dilakukan oleh MP-MP BN ini terlampau pelik. Sepatutnya, orang yang melompat parti diminta mengosongkan kerusi & kembali kepada rakyat mendapatkan mandat, ia melarang mereka yang berprinsip untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, ia dapat difahami kerana BN sebagai parti ‘raksasa’ ketika itu beranggapan bahawa ia adalah sentiasa berada di pihak yang mempunyai 'advantage'. Tentu tidak ada YB mereka yang akan melompat parti & kemungkian adanya pula YB pembangkang yang mahu menyertai mereka adalah besar!
-
Sekarang BN sudah tidak memiliki kuasa 2/3. BN tidak lagi terdaya meminda mana-mana peruntukan Perlembagaan mengikut seleranya. Kalaupun ia mahu melaksanakan Akta melarang MP melompat parti, ia terpakasa melakukannya dengan mendapatkan bantuan MP Pakatan Rakyat. BN sekarang mungkin mahu melaksanakan Akta itu memandangkan momentum perpindahan parti dari BN ke parti lain boleh bergerak. PAS & DAP sudah pun membayangkan untuk memberi sokongan kepada BN. BN hendaklah mengambil peluang dari tawaran yang dibuat ini bagi mempastikan bahawa tidak lagi berlakukanya kes penggubal undang-undang (MP atau ADUN) mengkhianati kepercayaan & mandat rakyat.
-
Mereka perlu kembali kepada rakyat untuk mendapat pengesahan kepada tindakan mereka. Sesiapa yang benar tidak perlu takut kepada kuasa pengundi. Ramai dari Wakil Rakyat itu sedia maklum akan hukuman dikenakan rakyat berkaitan tindakan hina mereka tetapi pertimbangan mereka ialah faedah serta merta. Mereka tidak berani meletak jawatan, berdepan dengan rakyat sekali lagi & jika terpilih jua boleh mendabik dada bahawa ‘akulah wakil rakyat sejati’ & bukannya wakil kumpulan katak. Sesiapa yang benar tidak perlu takut kepada kuasa pengundi.