30 January 2009

PROGRAM CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT DI BAGAN PINANG

Program Ceramah Umum di perkarangan rumah Tuan Haji Hasanuddin di Bagan Pinang pada 29/1/2009 berjaya dianjurkan bersempena dengan "Kempen Jom Sertai PAS". Program ini telah dihadiri seramai 500 orang penduduk tempatan. Antara yang berucap dalam program ini ialah:

1. Tuan Haji Ramli Bin Ismail (Yang DiPertua PAS Kawasan Telok Kemang)
2. Sdra. Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan Badan Perhubungan PKR NSDK)
3. YB Sdra. Mohd. Taufek Abdul Ghani (ADUN Paroi)
4. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang/merangkap Pengerusi Badan Perhubungan PKR NSDK)
5. YBhg. Sdra. Zulkefly Mohamad Haji Omar (Pesuruhjaya PAS NSDK)
6. YBhg. Tuan Haji Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS)
Dalam ucapannya YB Dato' Kamarul Baharin telah membawa pengetahuan para hadirin pada isu yang dihadapi oleh Warga ATM bukan sahaja di Telok Kemang malahan di seluruh negara. Beliau menyentuh pada usaha Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan nasib serta kebajikan Warga ATM namun apa yang malang adalah sikap segelintir Warga ATM yang masih tidak berani melakukan anjakan pemikiran dalam menuntut perubahan dalam organisasi ATM. "Sikap lebih takutkan arahan Komandan & Jeneral yang rasuah berbanding takutkan Allah dan mengkhianati kepercayaan rakyat amatlah dikesalkan". "Jika Tuan-Tuan tidak dapat mengetuai kebangkitan rakyat, ayuh selaraskanlah diri dan minda anda dengan aspirasi mereka. Rakyat masih menaruh penghormatan yang tinggi pada ATM". Beliau turut menyentuh isu politik semasa serta membayangkan bahawa akan berlaku perubahan besar politik tanahair dalam jangkamasa terdekat ini. "InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mengambilalih Kerajaan Negeri Sembilan & Putrajaya sedikit masa lagi", "dan apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih pentadbiran, kita akan melaksanakan tugas jauh lebih baik dari UMNO/BN".
Tuan Haji Mohamad Sabu dalam ucapan beliau telah menyentuh isu kemanusiaan di Gaza. Sikap kerajaan Malaysia yang menafikan hak pihak HAMAS dalam Persidangan NAM & OIC menggambarkan pendirian sebenar UMNO/BN yang berada di bawah telunjuk Amerika. Sesungguhnya Zionis tidak pernah takut pada semangat nasionalisme Arab, "Hidup Nassier", "Hidup Arafat" atau sebagainya. Tetapi Zionis pada hari ini bertemu buku dengan ruas apabila kebangkitan rakyat Palestin sekarang adalah berdasarkan kepada Islam dengan slogan "Allahhu Akhbar". Begitu juga halnya dengan situasi politik tanahair, "Hidup BN", "Hidup Pak Lah", "Malaysia Boleh", semua itu merupakan slogan yang akan menjadi gelak-ketawa Zionis sahaja. Alhamdulillah, perjuangan PAS & Parti keADILan Rakyat hari ini semakin diterima oleh rakyat.

Dalam program ini, satu majlis penyerahan borang keahlian menyertai PAS telah diadakan. Seramai 150 orang telah menyertai PAS dengan menubuhkan sebuah cawangan di Bandar Spring Hills, Port Dickson.

Di awal program, Sdra. Ibrahim Yusof telah menerangkan kepada hadirin tentang inisiatif yang telah dan akan diambil oleh Pakatan Rakyat dalam memastikan sebarang bentuk pembangunan yang dirancang menguntungkan rakyat. Kita tengak sahaja begitu bercelarunya keadaan di Port Dickson pada hari ini. Sambil menyeru agar rakyat di Bagan Pinang menyertai rakan-rakan yang lain di kawasan Parlimen Telok Kemang dan mengambil kesempatan pada arus perubahan yang ada pada hari ini untuk menyokong usaha Kerajaan Pakatan Rakyat yang ternyata terbukti ikhlas dalam membela nasib rakyat. Beliau juga menyentuh pada perkembangan politik semasa serta kegagalan Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan 'blue print' pembangunan Daerah Port Dickson yang menguntungkan penduduk tempatan.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan percaya UMNO tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini. Beliau berkata, ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hinggalah kepada peristiwa penghijrahan ADUN Bota Dato' Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam UMNO lantaran politik wang. Masalah amalan rasuah politik umpamanya, sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi UMNO dan kelihatan seperti mustahil untuk ditinggalkan oleh mereka. Sebahagian besar pemimpin UMNO juga dilihat meletakkan kepentingan diri jauh melebihi kepentingan rakyat dan negara bahkan melebihi kepentingan parti mereka sendiri. kedudukan UMNO yang tenat itu menjadikannya tidak lagi sesuai sebagai pentas perjuangan politik bagi anak-anak muda yang mempunyai idealisma dan semangat perjuangan yang tulus. Dengan penuh kesedaran mengajak pemimpin-pemimpin muda di dalam UMNO yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat & negara, juga kepentingan Islam & Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas politik PAS ataupun PKR.

BLOGMASTER

MUKA-MUKA PENYOKONG AMALAN RASUAH DALAM UMNO..


Ketika Majlis Tertinggi UMNO sibuk bermesyuarat, sekumpulan ahli dipercayai anggota Pemuda & Putera mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin UMNO & Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini. Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka. Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda. 2 atau 3 orang daripada mereka telah membuat laporan polis. Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli UMNO" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".
----------------------------------
Begitulah sikap ahli sebuah parti yang sedang menuju kematian.. Rasuah dijadikan amalan. Pihak yang berusaha membenteras rasuah diperlecehkan.

28 January 2009

ISU KEMATIAN A.KUGAN.. PERHATIKAN KOMEN MEREKA


"Isu kematian Kugan ini tidak harus dipandang sebagai isu perkauman kerana ia adalah isu yang melibatkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum. Saya rayu kepada media & rakyat untuk tidak menjadikan ini sebagai isu perkauman. Walapun suspek ini kurang penting & tidak mempunyai latar belakang yang baik tetapi pembunuhan merupakan kesalahan yang cukup besar. Kita perlu membela nasib semua rakyat & mempertahankan hak daripada perbuatan jenayah & kezaliman. Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan akan 'menggempur' sesi Parlimen akan datang sehingga Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa jenayah sedemikian tidak akan berulang." -ANWAR IBRAHIM-

"Pihak berkuasa tidak perlu menyembunyikan perkara sebenar di sebaliknya kematian Kugan, tindakan kerajaan menghalang & mengenakan tindakan terhadap mereka yang menyertai perarakan mayat Kugan membuktikan kerajaan tidak telus. Saya sedih dengan kematian beliau walaupun dia tidak sebangsa dan tidak seagama dengan kita, namun dalam Islam nilai kemanusiaan lebih diutamakan berbanding bangsa. PAS akan menghantar seorang wakil untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga mendiang. Apa yang beliau diberitahu mendiang bukan dari kalangan keluarga yang berada. Jadi dalam keadaan yang sebegini amat sesuai kita menghulurkan sumbangan tanda kita juga turut bersimpati terhadap apa yang berlaku. Saya nak pergi sendiri kebetulan keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan sekarang, jadi saya akan menghulurkan sumbangan berkenaan kepada wakil saya. Sekali lagi saya tegaskan PAS tidak bersetuju cara kerajaan merahsiakan perkara sebenar di sebalik kejadian berkenaan. Sekiranya manusia berjaya menutup kemungkaran di dunia, namun di akhirat pendedahan pengkhianatan tetap akan berlaku. Sebab ini semua soal kemanusiaan bukan lagi soal agama, apa lagi perkauman. Al-Quran telah menyebut mana-mana manusia membunuh orang lain, seolah-olah dia membunuh seluruh umat manusia, begitu juga sekiranya manusia itu menyelamatkan seorang, bererti menyelamatkan seluruh manusia." -TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT-

"Warga Telok Kemang tidak mahu perkara seperti ini berulang. Kematian OKT di lokap Polis adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Semenjak kes mata lebam membabitkan Anwar Ibrahim 10 tahun lalu, pihak Polis ternyata tidak mahu berubah. Reputasi pihak Polis semakin tercalar. " -AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG-

"Saya tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero & Polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan. Tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang. Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun Polis. Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta. Orang ramai jangan cuba mempolitikkan siasatan kes kematian Kugan itu kerana ia boleh menyukarkan lagi tugas Polis. Mereka hendaklah bercakap mengenai kes itu berdasarkan fakta & bukannya andaian. Bedah siasat menunjukkan Kugan meninggal dunia akibat paru-paru berair bukannya dipukul oleh Polis. Saya akan mengambil tindakan terhadap 'penceroboh' bilik mayat Hospital Serdang kerana mereka denga sengaja telah melanggar undang-undang." -SYED HAMID ALBAR-

"Jabatan Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes kematian Kugan sebagai kes bunuh." -GHANI PATAIL-

PERHATIKAN PADA KOMEN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN



Sinar Harian (Edisi Melaka/Negeri Sembilan)
Rabu 28/1/2009 di muka surat MNS3

ELOKLAH KALAU MACAM ITU.. TAPI BILA DAH TAHU KENAPA TAK BUAT REPOT & KENAPA TAK AMBIK TINDAKAN?

LAWATAN MESRA SEMPENA GONG XI FA CHAI KE HOSPITAL PORT DICKSON..


Alhamdulillah, pada 27 Januari 2009 YB Dato' Kamarul Baharin Abbas diiringi YBhg Datin Faridah Abdullah, YB Saudara M. Ravi dan aktivis keADILan Parlimen Telok Kemang telah mengadakan Lawatan Mesra sempena perayaan Tahun Baru Cina ke Hospital Port Dickson. Lawatan berkenaan telah mengeratkan lagi hubungan di antara pemimpin dengan Warga Telok Kemang yang tidak dapat bersama keluarga meraikan hari perayaan ini.

Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh Pengarah, Jururawat serta seluruh petugas Hospital Port Dickson sempena lawatan ini dan berharap agar hubungan mesra yang terjalin selama ini diberkati Allah SWT.

LCCT LABU.. SIME DARBY BOHONG ATAU NAJIB YANG BOHONG?

PELBAGAI PIHAK TELAH MEMBERIKAN RESPONS:

"Projek ini diluluskan kerana ada pihak yang ingin mengaut keuntungan dan kekayaan kerana ada individu yang akan bersara, menjelang Mac ini" -Dato' Husan Musa-

"Pemegang saham dari luar negara kesemuanya menjual saham mereka dalam AirAsia kerana syarikat itu rugi besar, Yang peliknya kenapa Kerajaan mengarahkan KWSP beli saham AirAsia? Apakah kerajaan mahu memperkudakan KWSP untuk menyelamatkan syarikat Kroni AirAsia?"
-YB Wee Choo Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju-

"The problem prompting the idea of a new airport is the allegedly high charges by MAHB for the use of LCCT by Air Asia. MAHB is owned by Khazanah and it is believed Khazanah has a stake in Air Asia. Both are therefore GLCs. The Government can tell them to negotiate fair charges. Or is it the Government that wants this airport at Labu for reasons other than need? Or is it that Sime Darby now wants to go into airport business?" -Tun Dr. Mahathir-

"Kerajaan membuat keputusan tanpa memikirkan apakah kesan yang akan timbul, sebaliknya tanpa langsung memikirkan soal bebanan kepada rakyat. Ini diperitkan lagi kesan gelombang tsunami kemelesetan ekonomi yang melanda dunia hari ini". -Warga Telok Kemang-


Pentadbiran ekonomi negara kini lintang pukang berikutan pelbagai kenyataan bercanggah yang dibuat oleh pemimpin kerajaan dan para pegawai yang terlibat. Contohnya, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby menyatakan cadangan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan sedangkan Najib Tun Razak pula menyatakan kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang status pembinaan LCCT itu.

Sesungguhnya kami di Telok Kemang sebenarnya menyokong projek ini dilaksanakan demi kemajuan di kawasan terbabit yang mana kesan kemajuan pembangunan projek ini akan turut melimpah ke kawasan Port Dickson/Telok Kemang yang berhampiran, namun kerajaan haruslah bersikap jujur kepada rakyat. Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang mempersoalkan kenyataan siapakah yang benar dan boleh dipegang oleh rakyat. Siapa yang berbohong? Sime Darby atau Najib?. Sehubungan itu kami menggesa Sime Darby mengemukakan dokumen yang berkaitan dengan dakwaannya itu. Sime Darby & Air Asia yang akan memanfaatkan LCCT Labu, jika ia disiapkan nanti, bertanggungjawab kepada rakyat untuk mengemukakan dokumen yang membuktikan bahawa kerajaan telah memberi lampu hijau untuk pembinaan tersebut.

Jika dokumen tersebut gagal dikemukakan dan jika betul belum ada sebarang keputusan seperti yang dinyatakan oleh Najib, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Sime Darby semuanya mesti meletakkan jawatan berikutan kenyataan bohong atas nama Sime Darby itu. Tun Musa Hitam adalah orang yang pertama mesti meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby. Mereka semua bertanggungjawab atas pembohongan Sime Darby itu kerana Sime Darby adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pembohongan GLC itu telah memalukan negara kerana ia memberi gambaran tahap akauntabiliti dan kebolehpercayaan yang begitu rendah dalam sektor ekonomi dan perniagaan dalam negara ini. Kalau GLC pun berbohong, tindakan itu pasti menakutkan pelabur untuk melabur dalam negara ini. Berbohong pula kepada Bursa Malaysia.
Kalau GLC boleh berbohong kepada Bursa Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti pula tidak bertindak segera, ia pasti menjadikan tahap kebolehpercayaan terhadap sektor ekonomi dan perniagaan negara ini di kalangan para pelabur jatuh merudum. Antara pemegang saham dalam Sime Darby ialah Skim Amanah Saham Bumiputera, Permodalan Nasional Berhad, Felda, Amanah Saham Wawasan 2020, Kumpulan Wang Persaraan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Sekim Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Yayasan Pelaburan Bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, jika Sime Darby tidak berbohong, ia membuktikan Najiblah yang sebenarnya berbohong. Semua pihak tahu, cadangan pembinaan LCCT Labu itu mendapat bantahan banyak pihak. Jika Najib berbohong untuk meredakan bantahan umum dan mendakwa kerajaan beliau membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, beliau mesti meletak jawatan. Pembohong tidak boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan jauh lagi Perdana Menteri.

Ketika rakyat Kuala Terengganu memberikan undi tidak percaya kepada beliau yang memimpin kempen Barisan Nasional (BN) di situ dan selepas itu jika Najib berbohong pula untuk melindungi keputusan salah kerajaan yang turut dipimpinnya, beliau tidak ada sebab lagi untuk tidak meletak jawatan. Negara ini tidak mampu lagi menghadapi penganiayaan demi penganiayaan pemimpin pembohong. Jika Najib berbohong, beliau mesti berundur.

GELONGSOR TAK MAMPU DIBREK LAGI..

Gelongsor yang sedang dialami oleh UMNO sekarang sukar dibrek. Satu satunya lorong yang masih ada untuknya ialah ke bawah. Mungkin mengapa berlaku gelongsor ini menjadi sesuatu yang dicari cari oleh penyokong mereka.

Teknologi mencekik UMNO
Media arus perdana telah hilang sesuatu yang sangat penting iaitu 'public trust'. Dulu rakyat Malaysia mempercayai apa sahaja yang dihamburkan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO. Teknologi telah mengubah semua ini. Saluran berita telah bercambah dengan banyaknya, dan dengan itu liputan yang dipersembah oleh media arus perdana kuasaan UMNO menjadi hambar, lesu dan telah dijangka. Lebih pilu lagi ialah apabila media ini membuat putar belit, yang mana maklumat lebih awal telah diperolehi oleh audien melalui internet, sms atau channel berita lain. Apabila putar belit ini dipersembahkan kepada rakyat, bukan rakyat yang berjaya dibelit. Tetapi mereka yang sembelit.

Kesannya ialah media arus perdana kehilangan 'public trust'. Apa sahaja yang mereka persembahkan menjadi bahan cemuhan dan lawakan. Tiada yang ingin percaya lagi. Sebab itu mereka cuba menjenamakan semula TV1. Personaliti yang menggelongsorkan UMNO. Mengapa UMNO beriya sangat membela beberapa personaliti yang melajukan gelongsor mereka?

Ada personaliti yang bersumpah laknat yang tidak dipinta, dan kemudian menjadi badut yang sarkasnya ialah UMNO. Ada personaliti yang menyimpan kotak rahsia dan surat rahsia. Juga akhirnya menjadi badut yang tidak diperdulikan.Rasuah. Gambar seorang pemimpim UMNO dihadap ke mahkamah terpampang di muka akhbar beberapa hari yang lepas. Itu baru seorang. Rakyat tahu beribu ribu lagi mereka yang aktif memegang pelbagai jawatan samada dalam UMNO atau negara, yang rasuah, tetapi tetap bebas dan berkuasa. Rasuah ini telah menjadi seperti 'dense inert metal explosives' yang digunakan oleh Israel di Gaza, merosakkan negara. Tetapi UMNO kelihatan 'condone' perkara ini. Ini yang menjadikan UMNO memualkan.

Ketuanan Melayu
Konsep yang diketengahkan oleh beberapa ahli akademik yang hendak dijadikan senjata oleh UMNO bagi mengembalikan semula sokongan pengundi kepada UMNO ternyata memualkan. Generasi muda telah selesa dan menerima konsep warganegara, yang mana semua warganegara mempunyai hak yang sama tetapi menerima artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Mereka lebih memahami politik berbanding dengan UMNO.

Babi sebagai modal menaikkan kebencian
UMNO menjangka dengan menggunakan isu babi, kebencian rakyat kepada lawan mereka dapat dibangkitkan. Tetapi apabila kepala babi digantung dipagar rumah orang, dan dicampak dalam surau, ditambah dengan balutan menggunakan bendera PAS, rasa loya rakyat kepada UMNO membuak buak. Beribu ribu undi yang lari daripada UMNO hasil daripada perlakuan ini.



Deraan terhadap tahanan
Telah terlalu banyak cerita yang timbul tentang tahanan didera dengan teruk sehingga ada yang mati. Tetapi cerita ini disapu dan disorokkan bawah karpet. Sehinggalah ia tidak boleh disorokkan lagi. Kesemua perlakuan ini walaupun bukan dilakukan oleh UMNO, tetapi rakyat melihatnya sebagai UMNOlah yang mesti memperbetulkan keadaan. Kalau UMNO tidak mahu atau tidak perduli untuk membetulkan keadaan, mengapa mereka perlu beri undi kepada UMNO?

Malaysia perlu diselamatkan
Apabila ahli ahli UMNO berebut rebut menfaraidkan harta negara seperti harta mereka, rakyat melihat ini sebagai sesuatu yang merosakkan negara. Negara mesti diselamatkan. Harta negara mesti diselamatkan. Bukan selamatkan UMNO dan jerung jerung yang bernaung dibawanya. Mengapa negara mesti membayar harga tinggi tak masuk akal apabila sesuatu projek dijalankan? Kenapa negara mesti menanggung pelbagai kerugian yang disebabkan oleh ruginya institusi dan syarikat perniagaan kepunyaan negara?

Kenapa 'bail-out' syarikat kroni boleh, tetapi sediakan biasiswa pelajaran bagi anak anak yang 'deserving' tidak boleh? UMNO tidak dilihat sebagai penyelamat Malaysia, tetapi penjahanam Malaysia.

Perubahan citarasa
Pengundi, terutama yang muda, sedang berubah citarasa mereka. Kegerunan terhadap lawan UMNO yang selama ini ditanam oleh UMNO sekarang menjadi bahan lawak mereka.

25 January 2009

UMNO DAH SEMAKIN TERDESAK.. PERJUANGAN DAH MENYIMPANG

(DIKEMASKINI PADA 25/1/2009 - 1525H)

ADUN Bota, Perak YB Dato' Nasarudin Hashim telah mengisyhtiharkan keluar dari UMNO sekaligus menyertai KeADILan hari ini. Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media yang dihantar Biro Penerangan KeADILan. Ini secara langsung memberi tamparan hebat kepada UMNO/Barisan Nasional khususnya di Perak apabila hanya mempunyai 27 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang menambahkan satu kerusi menjadikannya kini sejumlah 32 kerusi.

-------------------
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Telok Kemang berpendirian bahawa rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu di Negeri Sembilan perlu menamatkan segera riwayat UMNO kerana parti itu telah menyebabkan tanah, bahasa, pendidikan, politik, sosial dan ekonomi orang Melayu semuanya sudah hampir tergadai. Sekarang ini pun terdapat bukti UMNO sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang ke2 dan tanah-tanah adat di Negeri Sembilan banyak yang sudah tergadai. Bagaimana pula dengan kes Isa Samad memberikan hak eksklusif pantai/laut di Telok Kemang kepada Jimmy Liau & taukeh-taukeh Singapura? Sambil menyeru Wakil-Wakil Rakyat UMNO/BN di Negeri Sembilan mencontohi langkah Dato' Nasarudin di Perak.

Kalau tanah di Iskandar Malaysia boleh sahaja dijual kepada warga Singapura dan Hong Kong, mengapa tanah di Ipoh tidak boleh diberi hak milik kepada warga sendiri? Adakah orang-orang Cina di kampung-kampung baru di Perak tidak memberikan habuan kepada pemimpin UMNO untuk hak milik tanah itu, maka mereka tidak berpuas hati, ini membuktikan bahawa isu-isu hak dan ketuanan ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan mengisi poket sahaja, bukannya untuk kepentingan bangsa dan negara.
--------------------
Laman Blog Tun Dr. Mahatir pula menyentuh UMNO yang ada pada hari ini sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan yang sebenar. Ahli-ahli UMNO pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.

RENUNGAN BUAT SEMUA..

Untuk seluruh penyokong Pakatan Rakyat dan mereka yang bercita-cita ingin menjadi YB, ingatlah bahawa Islam tidak menjanjikan kekayaan atau darjat yang tinggi hanya melalui jawatan Menteri, EXCO atau YB yang disandang sebaliknya kekayaan sebenar yang akan dikecapi adalah di akhirat nanti. Darjat yang tinggi akan dikecapi di syurga nanti. Jagalah hati rakyat kerana ianya adalah amanah.

BERAPA RAMAI LAGI RAKYAT MALAYSIA AKAN MATI DALAM LOKAP POLIS?

Setiap kali membaca laporan yang mendakwa pihak Polis menyiksa orang kena tahan (OKT) sehingga terbunuh, kami dalam Pakatan Rakyat dan ahli-ahli PAS terutamanya semakin teringat pada kekejaman pihak Polis dalam peristiwa Memali. Hari ini bila kita mendengar kes kematian Kugan Ananthan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, kita semakin teringat bagaimana Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang tidak dibuktikan kesalahan mereka diserang dan dibunuh oleh pihak Polis atas arahan para pemimpin UMNO.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan Polis sebagai kes bunuh. Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. 5 hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan. Keluarganya tidak berpuas hati mendakwa dia didera Polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya kononnya akibat paru-paru berair. Bedah siasat kedua ke atas mayat Kugan dijadualkan dilakukan hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Walaupun beliau ditahan berhubung kes kecurian kereta, tetapi apabila Peguam Negara mengklasifikasikan kematian beliau sebagai kes bunuh dan beliau pula berada di dalam lokap Polis, Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab mengarahkan penyiasatan dipercepatkan dan beliau tidak boleh membiarkan masyarakat terus melaungkan kata-kata pembunuh bergaji, pembunuh beruniform, samseng beruniform dan sebagainya.

Kita juga menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas bagi menyiasat kes itu. Suruhanjaya tersebut juga hendaklah diberi kuasa untuk menyiasat semua kejadian yang sama dilakukan oleh pihak Polis selama ini.

Pada 29 Disember 2003, ketika beliau baru memegang jawatannya sebagai Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguatkuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati. Suruhanjaya tersebut kemudiannya ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaidin dan 15 anggota yang lain.

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 4 Februari 2004 itu mengemukakan 125 cadangan kepada kerajaan untuk membaiki imej Polis. Salah satu cadangan utama Suruhanjaya tersebut adalah untuk kerajaan mewujudkan IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) dan tarikh akhir penubuhannya dicadangkan pada 31 Mei 2007. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh pihak Polis sendiri dan akhirnya cadangan tersebut tinggal cadangan sahaja.
---------------------
Dalam perkembangan berkaitan Dato' Seri Anwar Ibrahim pula berkata, isu kematian Kugan ini tidak harus dipandang sebagai isu perkauman kerana ia adalah isu yang melibatkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum. Saya rayu kepada media dan rakyat untuk tidak menjadikan ini sebagai isu perkauman. Walapun suspek ini kurang penting dan tidak mempunyai latar belakang yang baik tetapi ia (pembunuhan) merupakan kesalahan yang cukup besar.

Kita perlu membela nasib semua rakyat dan mempertahankan hak daripada perbuatan jenayah dan kezaliman. Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan akan 'menggempur' sesi Parlimen akan datang sehingga Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa jenayah sedemikian tidak akan berulang. Ditanya sama ada PKR akan bekerjasama dengan MIC dalam isu kematian kes Kugan, Anwar berkata, hal itu tidak akan berlaku memandangkan tiada pemimpin MIC yang mengikuti kes tersebut dari dekat sejak dua hari lalu.
------------------------
KENYATAAN ANGKUH:

Ketua Polis Selangor sama sekali tidak akan memohon maaf berikutan kenyataannya bahawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah 'menceroboh' bilik mayat Hospital Serdang, yang menempatkan mayat suspek yang mati ketika disoal siasat.

23 January 2009

APA? GULA NAIK HARGA?

Pengumuman kerajaan Barisan Nasional untuk menaikkan harga gula mungkin merupakan tindakbalas kepada kekalahan BN di Kuala Terengganu. Alasan yang diberi kononnya negara pengekspot telah menaikkan harga gula ekoran perjanjian baru mungkin sesuatu yang diada--adakan. Lantaran itu rakyat berkemungkinan terpaksa menanggung beban lagi hasil kerja tangan kerajaan BN yang sudah semakin tidak berupaya menguruskan negara.

Akan tetapi kenaikan ini mungkin dapat dielakkan sekiranya berlaku lagi PRK di negara kita. Kebiasaan bagi kerajaan BN untuk menunjukkan sikap ambil berat dan prihatin kepada rakyat pada ketika adanya pilihanraya. Harga minyak diturunkan ketika PRK Permatang Pauh dan tidak jadi dinaikkan ketika PRK Kuala Terengganu. Oleh itu sekiranya ada lagi PRK dalam masa terdekat, mungkin harga gula juga tidak jadi dinaikkan.

Inilah dasar pemerintahan kerajaan prihatin BN yang mudah diagak oleh rakyat. Untuk itu rakyat Malaysia hari ini amat amat memerlukan PRK sepanjang masa bagi mengelakkan bertambahnya beban kehidupan. Kerana itu, tidak menjadi satu kehairanan apabila ada rakyat yang mendoakan wakil wakil rakyat BN mereka berhenti atau mati supaya PRK dapat diadakan di tempat mereka.

AYUH.. SEGERA KEMBALIKAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK MALAYSIA

Saya agak kecewa tatkala diberitahu akan kekalahan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu malam kelmarin. Perbedaan jumlah jaringan gol yang cukup besar semestinya menimbulkan keresahan dan patah semangat buat peminat-peminat setia bola sepak tanahair.

Saya pasti, ramai di kalangan kita yang cukup merindui persembahan mantap yang ditonjolkan suatu ketika dahulu oleh pemain-pemain terkenal negara era 60-an dan 70-an seperti Datuk Abdul Ghani Minhat, arwah Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

Kedudukan pasukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-158 ranking FIFA sewajarnya dipandang serius oleh pihak pengurusan FAM. Kehebatan dan kegemilangan bola sepak Malaysia sewajarnya kembali dimartabatkan. Agenda perubahan bukan sekadar untuk memperbaiki sistem tadbirurus dan pengurusan ekonomi semata-mata, bahkan perubahan juga seharusnya turut dijana dalam lapangan sukan.

Buat anak-anak muda yang menggalas harapan bola sepak Malaysia, ayuh tingkatkan prestasi dan semangat juang kalian!

KES NAJIB & ALTANTUNYA


KLIK DI BAWAH: Saksikan temubual eksklusif EMERGING ASIA.

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/01/22/14192/

NAJIB AKAN TERLOPONG


Senario yang berlaku hari ini sebenarnya menguatkan lagi hujjah bahawa 70% Najib Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri & juga Presiden UMNO. Ini kerana Pak Lah & Khairy nampaknya akan menggunakan SPRM & laporan Lembaga Displin UMNO untuk mendakwa mana-mana pemimpin UMNO yang didapati bersalah kerana politik wang.

Ini bermakna jika calon terbabit menang kerana politik wang, sudah pasti ia akan dibatalkan dan mesyuarat bahagian itu tidak sah. Bila banyak mesyuarat bahagian tidak sah maka ia akan diadakan semula. Bila penangguhan semula berlaku maka peralihan kuasa Mac 2009 ini pasti akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Maka kempunanlah gamak anak Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Syabas & tahniah kepada Pak Lah kerana berjaya melakukannya. Dengan membangkitkan isu rasuah & mendakwa mana-mana pemimpin terlibat maka Pak Lah akan dapat dua “milage politik”. Pertamanya, beliau akan dilihat pemimpin yang bersih & konsisten terhadap menghapuskan rasuah dalam UMNO & kedua beliau akan berjaya menghalang Najib Razak menjadi PM & Muhyiddin Yassin jadi TPM seperti yang dirancang.

Masa depan Khairy Jamaluddin juga akan kembali cerah jika bapa mertuanya terus berkuasa.

JOM HEBOH DI PANGKALAN TENTERA. APA RASIONALNYA?

Sahih! Itulah berita yang didengar. Persetujuan telah dicapai. Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia Lumut Perak akan diadakan Jom Heboh anjuran TV3 bulan April 2009 ini.

Apakah rasionalnya Jom Heboh diadakan di dalam Pangkalan Tentera? Itu persoalan yang wajar dijawab oleh Panglima Tentera. Adakah kerana gila publisiti atau sebagainya? Rasanya inilah satunya negara yang membolehkan orang ramai keluar masuk ke Kem Tentera untuk berhibur dan mendengar konsert yang melalaikan bukan sahaja orang ramai malah Anggota Tentera.

Dah tiada 'privacy' dalam Tentera jika inilah yang berlaku nanti. Ini akan memudahkan musuh menyelinap masuk dan melihat "rahsia" dalam Pangkalan Tentera kita. Adakah kita tidak sedar akan hal ini?

USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PANGLIMA ATM YANG RASUAH

KESAN BOIKOT SUDAH MULA TERASA

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang telah mewar-warkan kempen boikot barangan tertentu yang dikaitkan dengan kekejaman Israel ke atas penduduk Gaza. Radio IKIM pagi ini menyebut bahawa Duta Amerika Syarikat ke Malaysia menyatakan perdagangan dua hala Malaysia Amerika yang tinggi perlu dikekalkan.

Ucapan sebegini diertikan sebagai 'feedback' di peringkat nombor satu mengenai kesan yang mungkin sudah dirasai oleh pihak mereka kerana kempen boikot tersebut. Boikot adalah strategi 'pyschologycal warfare' yang boleh memberi kesan negatif kepada pihak musuh. Namun untuk memberi kesan positif kepada diri kita dan ekonomi kita, kita perlu cepat bertindak ke peringkat kedua. Ekonomi kita mesti cepat memberi alternatif kepada perkara yang diboikot. Inilah masa untuk kita membina 'self contained' ekonomi atau 'self independent' kepada ekonomi negara kita.

Inilah kesempatan kepada kita untuk berjimat cermat kerana kebiasaan barangan berjenama yang diboikot tergolong dalam kategori mahal dan mewah, ia bukan jenis keperluan asas. Inilah juga kesempatan bagi kumpulan kempen berhenti atau 'TAK NAK' merokok. Rata-rata rokok adalah dikeluarkan syarikat yang disenaraikan boikot. Henti membeli rokok memberi kesan serampang 3 mata: berjimat, jaga kesihatan & boikot.

Boikot bukan semata mata barang berjenama. Inilah peluang untuk kita menggalakkan penggunaan dan pengeluaran barangan tempatan seperti sayur, beras, daging, buah-buahan, ikan, telur, ayam dan sebagainya. Inilah peluang untuk mengurangkan import barangan makanan yang dianggar bernilai RM11billion setahun. NGO semua harus bekerjasama dan mengambil kesempatan ini menegakkan agenda mereka. Persatuan peniaga dan pengilang, pengeluar tempatan harus menguatkan peranan mereka sekarang. Keluarkan lebih banyak alternatif barangan tempatan. Persatuan Kontraktor harus mencari pendekatan innovatif dengan mengeluarkan produk, bahan dan mesin pembinaan tempatan.

Tingkatkan kempen cipta, keluar, guna dan beli barangan tempatan. Gembelengkan semua usaha. Inilah peluang keemasan Malaysia untul mengajar ketidakadilan kuasa besar dunia.

21 January 2009

GONG XI FA CHAI



Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile Gong Xi Fa Cai buat semua rakan-rakan berketurunan Cina di Malaysia khususnya di Parlimen Telok Kemang.


Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama. Sebagai perayaan terpenting masyarakat Cina, Tahun Baru Cina membawa signifikan sebagai satu titik permulaan dalam kehidupan masyarakat Cina. Maka pastinya sambutan tahun ini wajar disematkan bersama satu semangat baru untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama.

Perpaduan perlu dijalin demi kemaslahatan negara. Maka tiba saat dan ketika yang baik untuk bukan sahaja masyarakat Cina, tetapi segenap lapisan rakyat Malaysia sama-sama membulatkan tekad menjana perubahan.

PROGRAM SEMPENA GONG XI FA CHAI 2009
YB Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang), YB Saudara M.Ravi (ADUN Port Dickson), YB Saudara Ean Yong (ADUN Lukut), YB Saudara Chai Tong Chai (ADUN Chuah) & Tuan Haji Ramli (YDP PAS Kawasan Telok Kemang) akan melakukan Lawatan Mesra ke Hospital PD sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 27/1/2009 jam 10.00 pagi.

Lawatan Mesra ini adalah sebahagian dari program komuniti Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang. Dalam lawatan ini, kami ingin menyampaikan cenderahati kepada para pesakit yang tidak dapat meraikan hari perayaan bersama dengan keluarga masing-masing. Sehubungan itu, besarlah harapan agar program ini diberkati Allah SWT jua hendaknya.