Tuan Yang di-Pertua,
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.
Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk memberi pandangan mengenai dengan bajet yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari.
Ulasan saya yang pertama ialah saya tidak mempunyai apa-apa pandangan mengenai dengan keistimewaan bajet ini. Bajet ini tiada beza daripada bajet yang dibentangkan tahun demi tahun. Defisitnya berterusan selama 12 tahun seolah-olah tidak memberi satu harapan kepada rakyat untuk melihat satu bajet yang seimbang. Maka defisit ini sebagai satu perkara normal bagi negara kita dan ia mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menyukarkan atau memberi satu ekonomi yang boleh diharapkan oleh rakyat negara.
Ini mungkin oleh kerana ekonomi kita ini tertumpu pada sumber asli. Maka sikap kita ialah sepertimana sikap negara-negara Timur Tengah yang mempunyai sumber asli iaitu minyak. Selagi mereka percaya dan yakin bahawa setiap saat ada aliran minyak, ada keluaran minyak, maka aliran wang tunai mereka terjamin.
Ini telah menimbulkan sikap bahawa tidak perlunya mempunyai satu dasar ekonomi yang lain hasil daripada keluaran minyak seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara yang tidak mempunyai sumber asli seperti negara Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, India dan lain-lain lagi. Mereka menumpukan dasar ekonomi kepada industri pembuatan, pertanian, makanan dan sebagainya. Minyak ialah satu bahan yang perlu mereka beli dan akan menjadi masalah sekiranya harga minyak meningkat kerana ini akan menimbulkan recession, maka perlu mereka mempunyai satu dasar ekonomi yang kuat yang boleh menampung keperluan negara masing-masing.
Dalam ekonomi seperti ini kita lihat bahawa pertumbuhannya terkawal. Simpanan dana dan wangnya diuruskan dengan baik dan simpanan ini akan digunakan untuk menampung recession apabila ada. Malaysia tidak ada dasar pengurusan ekonomi jangka panjang. Sebaliknya kita boros kerana selesa dengan pengeluaran minyak dan harga. Maka dengan itu timbul leka dan tidak ada kesungguhan untuk mengawal perbelanjaan.
Pengawalan mengenai dengan pembelian bekalan, mengawal kontrak pembangunan, mengawal pengendalian penyaraan ataupun mempunyai audit dalaman mengenai dengan projek pembangunan.
Maka dengan itu walaupun ditekankan bahawa bajet kali ini, kos operasi perbelanjaan dikurangkan supaya memperuntukkan yang lebih untuk pembangunan. Akan tetapi dalam masa yang sama bertahun-tahun kita telah mendapati bahawa ketirisan yang melibatkan sampai ke angka RM20 bilion. Ini tidak akan memberi makna kepada kita mengurangkan kos apabila kita cuai mengenai dengan pelaksanaan dan pengurusan kewangan negara. Di negara-negara yang membangun ataupun yang sudah pun sampai ke tahap industri, mereka menjaga ekonomi pertengahan (the middle class economy) seperti SME yang menentukan kekukuhan ekonomi mereka. Apabila ada jumlah yang banyak menurun pada tahap pendapatan rendah ini petanda bahawa ekonomi mereka sedang menurun.
Walaupun keadaannya yang menunjukkan ekonomi itu kukuh tetapi sekiranya ekonomi itu dipegang hanya oleh mereka yang kaya raya ini juga akan menimbulkan masalah kerana rakyat biasa yang begitu ramai yang berpendapatan rendah. The erosion of middle class, dengan izin. Ini satu perkara yang bahaya. Bahaya apabila tiada peluang middle class hendak naik ke upper class. Walhal ramai menurun kepada the lower class. Sepertimana yang saya sebutkan ini berlaku tatkala ekonomi dilihat baik tetapi kekayaan hanya kepada yang kaya raya.
Tuan Yang di-Pertua, apabila saya sebut mengenai dengan ketirisan, sudah bertahun-tahun Laporan Audit Negara telah menekankan secara spesifik ruang-ruang yang perlu diperbaiki.
Akan tetapi ini telah diabaikan sehingga ketirisan ini bertambah begitu ketara sampaikan ketika ini kita sedang menilai beberapa perkara yang telah dilakukan, yang telah menggunakan dana yang begitu banyak, yang telah membuatkan kerajaan begitu serba salah kerana mempunyai masalah kewangan untuk menyelesaikan hutang-hutang ataupun pembaziran umpamanya seperti untuk menyempurnakan bon-bon yang telah pun matang.
Ketirisan mengenai pembangunan misalnya, yang mana projek diadakan menerusi reka dan bina (design and build). Tidak sesiapa boleh membuat penilaian apakah cara ini memberi faedah yang baik kepada kerajaan. Itulah sebabnya satu projek, umpamanya pembinaan Istana Negara iaitu satu projek yang pada awalnya dianggarkan sebanyak RM400 juta sekarang telah meningkat kepada RM1.2 bilion.
Reka dan bina ini kontraktornya ialah satu syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM5 juta. Seandainya ada pemantauan, kemungkinan dapat ditentukan pada waktu itu kemampuan syarikat untuk melaksanakan satu kerja yang begitu besar dan telah terbukti yang pertamanya sistem ini tidak sesuai.
Kedua, syarikat yang menawarkan untuk membina Istana Negara ini tidak berkemampuan. Maka telah menimbulkan satu perbelanjaan yang begitu besar, sudah tiga kali ganda dan ini menunjukkan bahawa sistem memberi projek ini cara reka bina tidak sesuai dan tidak memberi faedah kepada kerajaan. Ini seperti mana yang disebut oleh Ahli-ahli Dewan soal double tracking system yang telah melonjak dua kali ganda.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan pelaburan-pelaburan juga telah ditekankan dalam Laporan Audit Negara. Saya hendak menyentuh mengenai dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad yang beberapa tahun dahulu subsidi minyak telah dikeluarkan semata-mata untuk membantu mempertingkatkan prasarana di negara. Maka Syarikat Prasarana Negara Berhad telah ditubuhkan dan telah diperuntukkan begitu banyak kewangan supaya dapat membeli bas dan mempertingkatkan sistem pengangkutan negara. Apa yang telah berlaku sehingga hari ini kerugian terkumpul semenjak 2005 sehingga 2008 sebanyak RM830 juta?
Ini oleh kerana syarikat telah membeli bas yang bermutu rendah dari negeri China yang tidak sesuai, yang tidak bermutu untuk digunakan dalam negara. Syarikat ini juga telah membeli sebidang tanah di Cheras dengan harga yang begitu mahal lebih tinggi daripada penilaian yang dibuat oleh perunding penilai dan perunding tanah. Ini contohnya apabila pelaburan dibuat kepada syarikat yang tidak dikawal, yang telah diberi mandat yang begitu longgar, yang telah mengendalikan syarikat seumpama ia tidak mempunyai matlamat.
Hanya semata-mata untuk membelanjakan wang dana negara untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sudah jelas tugas ini tidak dijalankan dengan begitu baik. Mereka tidak menjalankan mengikut peraturan yang diberi dan akhirnya telah menimbulkan masalah. Akhirnya, saya khuatir dalam beberapa tahun yang akan datang ini, mungkin dalam dua tiga tahun tanpa pelaburan baru daripada kerajaan, Syarikat SPNB ini akan tutup.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh mengenai dengan kontrak-kontrak lebuh raya.
Di kawasan saya di Telok Kemang sudah ada satu kontrak atau dua kontrak yang melibatkan sebanyak RM155 juta mengenai dengan pembinaan lebuh raya melalui Telok Kemang ke Pasir Panjang dan ke Linggi. Projek ini telah terbengkalai, tidak ada kerja yang sedang dilakukan semenjak satu tahun. Saya diberitahu bahawa projek ini akan ditarik balik dan akan dipanggil kontraktor baru untuk menyiapkannya. Ini contohnya di mana satu kontrak runding terus yang tidak terkawal, yang akhirnya akan melibatkan dua kali ganda wang kerajaan untuk menyiapkan projek seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, siapakah sebenar yang menentukan apakah harga pada projek yang telah ditetapkan itu berpatutan? Siapakah yang mengawal dan mengesan masalah supaya sempat memberi cadangan supaya tindakan untuk mengelak pembaziran yang akan berlaku?
Mentaliti lapuk kita menganggap bahawa selagi kita mempunyai hasil, kita akan melaksanakan kerja tidak memikirkan bahawa satu ketika kita tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan projek-projek yang telah dirancangkan.
Saya akhiri ucapan perbahasan ini dengan sebuah pantun:
Kalah tentera kerana kuda,
Kalah raja kerana menteri;
Kalah bersaing tersalah bida,
Bertukar harga tidak terperi.
Sekian. Terima kasih.
YB DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS
Ahli Parlimen Telok Kemang.
*Diucapkan pada hari Rabu, 3 November 2009 di Dewan Rakyat.

1 Komen:
Pelatihan Solat Khusyuk
Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.
Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.
Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran
Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad
Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com
Post a Comment