Saya telah meninjau beberapa projek yang dirancang di bawah RMK-9 untuk Telok Kemang, bagi mendapatkan secara rambang prestasi projek-projek yang telah siap, dalam perlaksanaan dan juga masih belum dilaksanakan.
Dalam siri permulaan pemantauan ini, saya akan bicara mengenai prestasi projek pembinaan jalan dari Lebuhraya Seremban-Port Dickson ke Pasir Panjang dan Pasir Panjang ke Linggi.
Butiran projek yang dibekalkan kepada saya oleh Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut :
1. Membina Jalan Baru dari Lebuhraya Seremban-Port Dickson ke FR5 di Pasir Panjang dan dari Pasir Panjang ke Linggi - Seksyen 1
Status : Ikut jadual
Kontrak siling : RM115,800,000.00
Kontraktor : HARTAJAYA (M) SDN BHD - BENTENG TIMUR SDN BHD (JV) & AMR JELI SDN BHD (DESIGN & BUILD)
2. Membina Jalan Baru dari Lebuhraya Seremban-Port Dickson ke FR5 di Pasir Panjang dan dari Pasir Panjang ke Linggi - Seksyen 2
Status : Ikut jadual
Kontrak siling : RM 40,000,000.00
Kontraktor : SATRIADESA CORPORATION SDN BHD
Hasil tinjauan yang saya lakukan ke dua-dua projek ini tidak mencerminkan bahawa kerja-kerja sedang pesat berlaku. Tidak kelihatan jentera-jentera berat, mesin-mesin dan bahan-bahan binaan di sepanjang jalan-jalan tersebut. Pekerja-pekerja pun sangat sedikit kelihatan. Suasana sunyi dan ada berapa tempat yang terdapat kerosakan, tanah runtuh berlaku dan menggambarkan kawasan terbiar.
Justeru, tidak dapat saya memahami prestasi kerja 'mengikut jadual' yang dilaporkan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop kepada saya dalam jawapan beliau kepada soalan di Parlimen tempoh hari. Hanya, setakat ini, saya akan terus lakukan kerja pantauan supaya projek-projek ini tidak akan tergendala, terbiar tanpa sebarang kawalan sepertimana yang berlaku pada jalan Port Dickson ke Pasir Panjang.
Projek Penglebaran dan Menaiktaraf Jalan Port Dickson ke Pasir Panjang telah lama terbiar, terbengkalai. Ciri-ciri keselamatan tidak mengikut piawaian dalam kontrak. Kemalangan sering berlaku dan adakalanya mengakibatkan kematian. Pengguna-pengguna jalan tersebut terpaksa mangambil risiko tiap-tiap kali menggunakannya, terutamanya di waktu malam.
Kita terpegun dengan papan-papan tanda yang terpampang dengan megahnya bahawa projek-projek ini adalah usaha-usaha Barisan Nasional. Apakah wajar kita pertanggungjawabkan BN dengan kehilangan nyawa akibat kemalangan-kemalangan yang berlaku, kerana BN kurang pengawalan perlaksanaan projek-projek tersebut?
Rakyat akan bersama mengawasi perkembangannya.
HIDUP RAKYAT !!!
8 comments:
salam yb ap telok kemang,
syabas kerana telah mula turun padang memantau projek2 rmk-9 dlm kawasan parlimen yb datok.
saya telah buat carian dlm google tentang company HARTAJAYA (M) SDN BHD - BENTENG TIMUR SDN BHD (JV) & AMR JELI SDN BHD. macam ada court case ajer! harap2nya projek ini tidak terbengkalai. teruskan usaha 'jejak pemantauan' datok.
utk per Dato..
Alamat hartajaya-benteng timur-amr jeli Jv adalah saperti berikut:
No 54, 1st floor, Lorong Aneka, 71050, Teluk Kemang
Tel: 06-6621998
Cuba la bawak bertanya dgn syarikat JV ni..kenapa jalan yg dibina tidak siap2
Letih Den lalu jalan tu nak ke Linggi
Salaam yb datuk
Projek yg jkr award kpd satriadesa corporation sdn. bhd. telah siap kan? Buktinya sila klik ke link berikut:- http://www.satriadesa.com/proj_current/ongoing_list.html
Tengok commencement date dan completion date projek tu.
Sapa yg cakap bonar ni???
dino kg. sawah
Saya layar website Satriadesa sebelum saya menulis. Saya dapati maklumat dalamnya bercanggah.
Kenapa sekiranya projek telah siap pada 2007, gambar-gambarnya dipapar di bahagian 'current projek' dan bukan 'completed projek'.
Maka untuk kepastian, saya turun untuk melihat projek itu.
Jelas keciwa, tak jumpa pun jalanraya yang dah siap tu. Yang saya jumpa adalah seperti yang saya sebutkan.
Salaam yb datuk
Saya amat confident dgn keje pantauan datuk! Ertinya apa yg dimuatkan dlm website Satriadesa pasal projek berkenaan mcm wayang kulit saja laaa. Gambar cantik isi tarak. Terima kasih yb datuk.
dino kg. sawah
Salam YB DATOK
Peruntukan Pembangunan yang diluluskan bagi kawasan Parlimen Telok Kemang diluluskan sebelum PRU12 bulan Mach 2008. Dimasa itu mereka konfiden BN akan menang.
Memandangkan Pakatan Rakyat telah menang mereka akan cuba melambatkan pelaksanaan projek tersebut. Ini adalah perkara biasa bagi kerajaan BN hendak menindas rakyat yang menyokong parti pembangkang.
Diharap YB Datuk dapat mengesa pihak berwajib untuk menyegerakan pelaksanaan projek tersebut kerana ia telah diluluskan dalam rancangan RMK9. Kita takut peruntukan tersebut dialihkan ketempat lain. Diharap agar dapat diteruskan memantau keadaan.
dlam perkiraan saya 2 projek jalan ini 15.7% dari jumlah peruntukan. makna projeknya besar yg sahih telah tergendala dari jadual, begitulah dlam conggak saya. semoga dgn langkah2 pemantauan datuk, 2 projek ini x jatuh dlam kategori projek terbengkalai. belum lagi diambilkira baki 88 projek dlam perlaksanaan - dlam takok mana perlaksanaannya?
Salam YB Dato',
Pada hemat saya, syarikat satriadesa corporation sdn. bhd. boleh dikenakan pertuduhan di bawah kanun acara jenayah kerana menipu. Syarikat tersebut jelas menipu apabila mengisytiharkan projek tersebut telah siap walhal jalan yang dikatakan sudah siap itu tiada. persoalan saya, tiadakah pemantauan dibuat oleh pihak JKR.
Post a Comment