30 May 2009

PENANTI : MENANTI TIMBALAN KETUA MENTERI

Rakyat Penanti akan mengundi esok, 31 Mei 2009, sesudah seminggu menunggu untuk membuat penentuan siapa pilihan mereka di antara calon-calon yang bertanding . Warga Penanti yang layak mengundi tidak akan lepaskan peluang ini untuk membuat pilihan kerana pemilihan kali ini ada memberi kesan kepada negeri Pulau Pinang.

Seperti kita semua sedia maklum, pertandingan kali ini memaparkan empat calon. Di Penanti, persepsinya ialah calon bakal Timbalan Ketua Menteri melawan tiga calon BEBAS. Pilihanraya kecil ini mencatat satu sejarah, iaitu UMNO tidak bertanding. Setakat dua belas pilihanraya umum dan beberapa puluh pilihanraya kecil, UMNO tidak pernah mengelak untuk bertempur di medan pilihanraya. Ini mencerminkan kekuasaan parti Melayu itu. Pantang dicabar!

Kali ini UMNO menyisih diri dari cabaran Pakatan Rakyat. Mereka tidak mahu menduga jiwa dan pilihan rakyat di Penanti. Mereka tidak mahu bertempur dengan kekuatan PR di Penanti. Mereka lontar bendera putih. Mereka mengaku kalah sebelum bertempur.

Perjuangan UMNO diserahkan kepada tiga calon untuk menguji kekuatan PR. Di antara mereka hanya seorang sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh cuba mendapat perhatian pengundi. Apakah beliau ini mempunyai hubungan dengan parti UMNO? Wallahu'alam. Yang pasti modus operandinya (cara berkempen) ada mirip-mirip cara UMNO. Sekiranya beliau mendapat jumlah undi yang banyak, lebih kurang banyaknya dengan jumlah yang diperolehi calon UMNO pada PRU12, maka sudah pasti calon ini mendapat sokongan oleh penyokong-penyokong UMNO.

Sebaliknya, jika beliau hanya mendapat jumlah undi yang lazimnya diperoleh oleh calon-calon BEBAS, maka kita akan mendapat gambaran bahawa penyokong-penyokong UMNO telah memberi isyarat kepada pucuk pimpinan UMNO bahawa mereka menolak keputusan memulau pilihanraya kecil ini. Apakah pengundi Penanti yang dulunya menyokong UMNO telah muak dengan karenah UMNO? Apakah penyokong UMNO di Penanti telah diabaikan? Apakah penyokong UMNO di Penanti dipinggirkan? Apakah suara penyokong UMNO di Penanti tidak lagi diperlukan oleh pemimpin-pemimpin yang sedang berbuai di mahligai-mahligai besar-besar di Kuala Lumpur?

Bagi PR, kemenangan di Penanti akan memberi makna yang berkesan. Calonnya, Dr. Mansor akan diistihar sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Beliau berazam untuk meningkat dan mambantu memperkokohkan pentadbiran kerajaan PR. Apa jua sumbangan beliau nanti sudah pasti menguntungkan warga Penanti. Ini yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat tua, muda dan semua bangsa di Penanti.

Apakah ini akan menjadi realiti? Kita tunggu esok.

HIDUP RAKYAT!!!

10 comments:

Yang Peng San said...

kempen tamat..time aku taip komen ini,tapi aku rasa pkr masih lagi berkeliaran adri rumah-kerumah menjaja kudis dan kurap mereka.

kenyatan dato ini adalah kenyataan tidak yakin dan cuba selematkan diri dari aib sekiranya pkr tumpas dengan menuduh umno menaja calom bebas.

esok dato tak cadang nak letak jawatan ker??? untuk test pengaruh pkr di t.kemang pulak..so boleh lah datuk jadi penulis blog sepenuh masa,mungkin pkr akan meneng lagi sebab umno tidak akan bertanding..cubalah kalau berani,bagi peluang calon muda pula dalam pkr cuba nasib tentang calon bebas.Selalu sangat kata umno pengecut kalau dato berani kosongkan kerusi dato dan buktikan pkr dan dato berani.

bagan pinang said...

Alaahai...sibebal AMNO totok ni. Kalau Dato' letak jawatan dia mana bolih tanding lagi. Suruh lah DUN Perak tu bubar baru kita tau buku dan ruas. Apa....takut kalah terok ka!!!!!Baru PENGSAN AMNO.
kahkahkah

chot tanahliat said...

salaam dato, kudis kurap pun tarok minyak cap kaki tiga dia bolih baik tapi kalau dah gangrene (kencing manis tahap advanced) atau kanser tahap 5 (kanker kata warga Indonesia) kena potong habis!!! Tu pun blum tentu panjang umor.

selamat mengundi calon PR kpd warga2 pengundi penanti.

sudin berapit said...

Bila cakap berlapik makna peribadi sesorang itu sentiasa dalam posisi berserah kepada Khaliqnya. Ada faham ka? Yang takdak yakin menang tu awai-awai dah surrender, apa crita? Tapi peleknya depa dok mai jengok2 juga. Pelek, pelek, pelek.... InshaAllah undi kami anak beranak dan keluarga semua akan pi kepada Abang Chot!

Anonymous said...

alhamdulillah...
tahniah kepada calun pr sdra. mansor othman yang mewakili pkr yang telah menang.
cuma aku terkilan calon pr kalah dalam 1 peti undi iaitu undi pos!
tak apa boleh cuba baiki keputusan pada masa hadapan.
apa agaknya spin yang bakal depa muatkan dalam papers depa esok.

Yang Peng San said...

BUTTERWORTH: Peratusan keluar mengundi sebanyak 46.15 peratus pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, hari ini adalah rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Bercakap kepada Berita Harian sebentar tadi, beliau berkata rekod terendah yang dicatatkan sebelum ini adalah 52.6 peratus bagi kerusi N67 DUN Telang Usan, Sarawak, pada pilihan raya umum negeri kelapan pada 2006 lalu.

"Ini rekod terburuk dalam sejarah pilihan raya negara ini dan SPR akan mengkaji punca peratusan keluar mengundi yang amat rendah walaupun kami sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih wakil rakyat.



"Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian awal kami, saya rasa ia berpunca daripada keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini," katanya ketika dihubungi.

komen; lebih 50% tak keluar mengundi, so kemenangan PKR bukan sesuatu yang mutlak, nampaknya sebahagian besar rakyat penenti menyimpan undi mereka untuk BN pada GE-13 kelak.

Atas Pagarian said...

Assalamualaikum Datuk,

Tahniah kpd calon PR Mansor Othman yg berjaya mengekalkan DUN Penanti.

Minta laluan sikit Datuk....

Kadang2 ada orang yg tidak dapat menerima keputusan rakyat. Macam2 alasan diberikan..... Bila tanding kalau kalah 1 undi pun kira kalah lah jangan pulak kata padang tak rata lah atau tiang gol kecil lah atau blah, blah, blah...

So what? Why act so defensive one!

Kemenangan di DUN Penanti adalah kemenangan utk rakyat!!!!

Bravo rakyat Penanti.

bagan pinang said...

Alaahai...sibebal PENGSAN,
Si Luncai terjun dengan labu-labunya.....Biarkan, Biarkan.

DARI MESIN TAIP BURUK said...

Ya memang dah dijangka PKR tak ada masalah untuk menang di Penanti. Dr Mansor Othman bolehlah jadi Timbalan Ketua Menteri I yang jawatannya bukanlah berkuasa sangat sebab masih ada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari DAP. Cuma dari segi elaun jeh la yang lebih dari wakil rakyat lain.



Tapi melihat keputusan di Penanti, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Anwar, Mansor, PKR dan pakatan rakyat sebab:


1. Jumlah pengundi hanya 7,100 atau kurang 50%.


2. Mansor menang besar dengan majoriti 5,558 berbanding Fairus hanya 2,219 undi tapi ingat Fairus memperoleh 7,346 undi berbanding Mansor 6,052 sahaja.


3. PKR hanya melawan calon2 ikan bilis iaitu 3 calon Bebas. Tapi salut pada calon wakil Siam, Nai Khan Ari yang dapat hampir 500 undi. Aku percaya, banyak undi untuk Nai datang dari pengundi bukan Melayu.


4. Kemenangan Mansor cuma menggantikan Fairus yang dipaksa meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau selaku kawan baik dan pengikut setia Anwar naik jadi TKM I Pulau Pinang. (Lim Guan Eng kata Mansor angkat sumpah Rabu ni, tapi sebelum ni kata dia belum tentukan Mansor jadi TKM... Agaknya dah kena desak dik Anwar barang kali..!)


5. Undi yang diterima oleh Mansor adalah daripada penyokong setia Anwar, PKR dan pakatan di Penanti. Maknanya itulah sahaja jumlah "orang" PKR di sana. Selebihnya mereka yang tidak menyokong PKR. Jadi kalau nak dicongakkan [ jumlah pengundi = 15, 384. Pemberi undi kepada Mansor = 6,052. Jadi jumlah mereka yang tolak PKR & Pakatan = 9,332]. Kesimpulannya, pengaruh PKR & Anwar di Penanti makin pudar.


6. Maknanya kalau BN bertanding, senarionya mungkin seperti berikut: Kalau diambil peratus pengundi PRU-12 (82% X 15,384 = 12,614) pengundi. Kalau Mansor dapat 6,052 + calon2 Bebas dapat 1,048 + undi rosak = 106, maka calon BN mungkin boleh dapat 5,408. Tapi kalau pertemuan satu lawan satu (PKR lawan BN), calon BN boleh dapat
6,562 dan menang majoriti 510 undi. Tapi itu kalau sahaja...!


Apa pun orang Penanti sudah menyampaikan satu lontaran untuk difikirkan oleh Anwar dan puak2 pembangkang, iaitu kalau lepas ini nak suruh mana2 calon mereka letak jawatan lagi, harap mereka berfikir dua kali. Silap percaturan wakil mereka hilang kerusi yang disandang.


Jadi beranikah lagi Anwar nak suruh ADUN2 PKR termasuk di Selangor untuk letak jawatan dan bolehkah pembangkang menang besar di Perak kalau pilihan raya negeri diadakan? Belum tentu sebab rakyat di Penanti sudah menyampaikan pandangan mereka!


Jadi, puak2 pakatan fikir-fikirkanlah....!




PERBANDINGAN KEPUTUSAN PRK PENANTI BERBANDING PRU-12:


Keputusan PRK:
Jumlah pengundi layak: 15,384
Jumlah pengundi: 7,100 (46.15 %)

1. Mansor Othman (PKR) .......................... 6,052
2. Aminah Abdullah (Bebas) .................................. 392
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) ................... 494
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) .......................... 56


Majoriti 5,558 undi

Undi rosak 106 undi


Keputusan PRU-12:

Jumlah pengundi layak: 15,421
Jumlah pengundi: 12,657 (82.08%

1. Mohamad Fairus Khairuddin (PKR) .... 7,346
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) ................. 5,127

Majoriti: 2,219

Undi rosak: 184


Posted by Mesin Taip Buruk at 3:17 AM

norna said...

Ya good analysis teman commenter tapi ianya masih berlatar belakangkan kepada CONDITIONAL IF...... Masih ada pengundi2 yang mirip kepada Mansor Othman tidak keluar buang undi kerana mereka dah confident dia menang!!