29 November 2008

UCAPAN KETUA UMUM KEADILAN: PERALIHAN KUASA BERMAKNA: TUKAR PEMIMPIN YANG RASUAH & TIDAK BERMORAL


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan erti peralihan kuasa adalah menukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral kepada pemimpin yang bersih. Namun, ujarnya peralihan kuasa yang diusahakan kerajaan Umno/BN hari ini tidak sedemikian kerana pemimpin yang menggantikan ialah di kalangan mereka yang perasuah, zalim dan maksiat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas sempena perasmian Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam hari ini. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok. Beliau juga menyamakan sikap suka menafikan di kalangan pemimpin Umno/BN sama seperti sikap Preisden Amerika, George W Bush yang suka membuat penafian. Ujar beliau lagi, kerajaan Umno/BN hari ini semakin parah dalam memacu kebajikan rakyat kerana mereka lebih berusaha untuk memacu ekonomi sendiri.

Katanya lagi, hal ini menyebabkan rakyat bertambah muak dan natijahnya hari ini rakyat menolak kepimpinan Umno/BN yang korupsi. "Rakyat ada pilihan samada hendak kekalkan sisitem yang perasuah, yang mengekalkan ISA, yang meminggirkan kaum miskin, atau rakyat boleh memikirkan perubahan seluruhnya, kalau ini berlaku kita akan benar-benar merdeka, itu pilihan yang ada pada rakyat," katanya.

Beliau percaya jika kepimpinan Umno/BN meneruskan kepimpinan negara hari ini, wang rakyat akan terus dirompak dengan pelbagai alasan termasuk kononnya atas dasar komisen. Justeru jika rakyat mahu merubah semua kemelut yang ada dalam kepimpina kerajaan hari ini, rakyat perlu mengubahnya segera dan dengan keazaman PAS, KeADILan dan DAP, pastinya perubahan ini boleh berlaku.

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang kini sedang menjalankan ibadah haji, atas kerjasama yang kukuh selama ini. Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Chen Ma Hin selain Karpal Singh, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Muda dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar yang sudi hadir dalam perasmian kongres kali ini.

Ucapan Anwar sebentar tadi mengakhiri perasmian kongres dan kongres ditangguhkan sementara untuk berehat menjamu selera sehingga jam 2.30 petang yang disambung dengan ucapan perbahasan perwakilan.

Untuk info penuh serta LIVE di sepanjang Kongres Nasional 2008 ini, silalah layari:

http://www.suarakeadilan.com/sk/ atau http://www.keadilanrakyat.org/

Laporan BLOGMASTER dari Stadium Melawati Shah Alam

APA DAH JADI? BLUE LAGOON KINI BERTUKAR JADI BLACK LAGOON?

Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang ingin menyatakan rasa kurang senang pada situasi malang yang menimpa pantai Blue Lagoon di Tanjung Tuan (sebelum ini dikenali sebagai Cape Recardo), pantai peranginan termasyhur yang sering diperkatakan para pelancong dalam dan luar negara suatu ketika dahulu, kini menghadapi pencemaran yang cukup menyedihkan.

Hasil aduan awam serta laporan yang diberikan oleh sekumpulan mahasiswa Politeknik Port Dickson dan mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam inisiatif kerja-kerja komuniti di pantai tersebut, tinjauan kami di kawasan berkenaan pada 27 November 2008 lalu mendapati dakwaan yang diberikan adalah benar dan berasas.
Dalam tinjauan berkenaan, kami turut disertai oleh sepasukan para pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan yang telah mengambil sampel air serta foto-foto sebagai bukti akan dakwaan tersebut.

Lebih mendukacitakan adalah pencemaran di Blue Lagoon ini disumbangkan oleh projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Pantai Tg. Biru, Bt.10 Telok Kemang, sebuah projek yang dimajukan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson. MPPD sendiri selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang sepatutnya memastikan keindahan dalam kawasan tanggungjawabnya tetapi bertindak sebaliknya.
Sisa binaan dibuang begitu sahaja ke tepi pantai. Di mana penguatkuasaan MPPD?


Selain itu, pencemaran ini turut berpunca dari jenayah alam sekitar yang dilakukan dalam projek Pembangunan Semula Kem Segenting Bagi Kegunaan Kolej Tentera Darat di Pantai Segenting yang letaknya hanya kira-kira 500 meter dari kawasan Blue Lagoon ini seperti yang telah dilaporkan oleh Encik Karam Singh Walia (TV3) baru-baru ini.


Pantai Blue Lagoon kini bertukar menjadi Black Lagoon

Pencemaran ini dapat dilihat dengan jelas dari arah Istana Laguna Biru, istana hinggap DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Sudah tentu situasi sebegini akan mengundang rasa murka DYMM Tuanku yang dikenali oleh seluruh rakyat jelata atas sifat serta kepedulian Baginda yang begitu mencintai serta menghargai alam sekitar.


Sehubungan itu, Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang menuntut penjelasan dari pihak Yang Di Pertua MPPD agar bertanggungjawab serta melaksanakan langkah-langkah pemulihan serta-merta. Adalah amat memalukan di sebalik slogan kempen Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara, situasi sebegini terus berlaku sekaligus mencela reputasi industri pelancongan negara. Dalam masa yang sama, keperihatinan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk diminta agar dapat melakukan tindakan drastik bagi mengembalikan kegemilangan Port Dickson sebagai pusat pelancongan yang terunggul di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

ISU PERPARITAN DI TELOK KEMANG YANG ENTAH BILA AKAN SELESAI?

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Tmn. Melati & Kg. Baru Cina di Bt.6 Telok Kemang melahirkan rasa dukacita di atas ketidak pekaan pihak Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson dalam menangani isu perparitan tersumbat di kawasan ini yang berlarutan lebih 3 tahun. Kekecewaan ini disuarakan wakil persatuan tersebut kepada Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang pada 28 November 2008 oleh wakilnya Saudara Mohamad Lazman.

Menurut beliau, persatuan telah mengemukakan sebanyak 3 aduan rasmi kepada pihak Yang Di Pertua MPPD semenjak dari tahun 2006 lagi berhubung dengan sistem perparitan yang tidak sempurna ini. Difahamkan pengurusan Restoran Jom Makan yang turut terlibat dalam Jawatankuasa Persatuan juga telah mengemukan aduan yang serupa kepada pihak MPPD, namun pihak MPPD langsung tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki keadaan.

Musim hujan yang kerap melanda Telok Kemang kini memburuk lagi keadaan. Tinjauan kami mendapati, masalah perparitan ini berpunca dari kegagalan pihak MPPD melaksanakan kerja-kerja membina dan menyiapkan sistem perparitan berhampiran kawasan pembinaan projek kedai/pejabat berhampiran Bulatan Jalan Pantai, di Bt.6 Telok Kemang.

Kekhuatiran para penduduk di Taman Melati dan Kg. Baru Cina di Bt.6 Telok Kemang memang berasas apabila tinjauan kami ke kawasan sekitar mendapati paras air akan naik dengan begitu cepat sekaligus mencetuskan banjir kilat.

Wakil penduduk Kg. Baru Cina, Saudara Kelvin Tan memberitahu, para penduduk yang mengusahakan ternakan cacing vermikompos dan penternakan katak di kawasan ini menanggung kerugian besar setiap kali banjir kilat berlaku. Menurut beliau, ini semua berpunca dari longkang sedia ada di kawasan ini gagal berfungsi oleh kerana aliran air terhalang di kawasan pembinaan projek kedai/pejabat yang dimaksudkan. Beliau turut aneh seolah-olah pihak MPPD langsung tidak mengetahui apa yang berlaku di kawasan ini.

Sehubungan itu, Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang menuntut penjelasan dari pihak Yang Di Pertua MPPD agar bertanggungjawab serta melaksanakan langkah-langkah pemulihan serta-merta. Adalah amat memalukan di sebalik slogan kempen Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara, situasi sebegini terus berlaku sekaligus mencela reputasi industri pelancongan negara.


Semua orang yang lalu-lalang di jalan ini dapat melihat parit tersumbat yang mencemarkan imej Port Dickson.


Saudara Lazman yang mewakili Persatuan Penduduk Tmn. Melati & Kg. Baru Cina Bt.6 Telok Kemang.



Di sinilah punca aliran air yang tersumbat seperti yang didakwa oleh para penduduk.

Tidakkah MPPD melihat perkara ini? dan kenapakah MPPD masih membiarkan isu ini berlarutan sehingga mencetuskan kegelisahan penduduk?


Projek Ternakan Cacing Vermikompos berkelompok yang diusahakan penduduk terjejas setiap kali banjir kilat berlaku.

SEGERA NAIKTARAF JALAN PINTAS DEMI KESELAMATAN BERSAMA

Jalan pintas di antara Tmn. Politeknik – Tmn. Intan ini telah wujud lebih 3 tahun lalu. Jalan pintas ini sering digunakan oleh para penduduk sekitar serta mahasiswa Politeknik Port Dickson yang sering berulang-alik di antara kedua buah kawasan perumahan ini atas pelbagai urusan.

Kewujudan jalan pintas ini amat praktikal memandangkan kedudukan jalan utama (iaitu Jalan Pantai Telok Kemang) yang jauhnya hampir 2 kilometer dari kedua-dua buah kawasan perumahan berkenaan.

Setiap hari dianggarkan kira-kira lebih 500 buah motosikal serta pejalan kaki menggunakan jalan pintas ini sebagai jalan penghubung.

Namun keadaan jalan pintas ini tidak tidak menepati tahap keselamatan. Dilaporkan oleh kerana keadaan jalan tanah yang licin serta berlubang, telah menyebabkan banyak berlaku kemalangan kecil. Sebelum terjadinya kemalangan yang lebih serius, inisiatif telah diambil oleh sekumpulan Mahasiswa Politeknik Port Dickson yang memajukan laporan ini kepada Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang.

Sehubungan itu, Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang meminta pihak MPPD, Jabatan Keselamatan Jalan-Raya serta pihak-pihak yang berkenaan agar dapat duduk semeja mengadakan perbincangan bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf jalan pintas ini demi kebaikan bersama.

SEKITAR MAJLIS DIALOG PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Pada 26 November 2008 lalu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa Port Dickson, telah berlangsung Majlis Dialog Di Antara Pemimpin keADILan Bersama Rakyat. Majlis ini dianjurkan oleh YB Saudara M.Ravi (ADUN Port Dickson) dengan kerjasama wakil dari Persatuan Penduduk Port Dickson.

Majlis yang bermula pada kira-kira jam 8.30 malam ini dilangsungkan dalam suasana hujan lebat yang membasahi seluruh kawasan Telok Kemang semenjak dari petang lagi. Namun tidak menghalang kira-kira 500 orang penduduk Port Dickson yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum dan agama dari memenuhi tempat duduk yang disediakan dalam dewan tersebut.

Antara pemimpin keADILan yang hadir serta memberikan ucapan dalam majlis ini adalah YB Saudara Abdullah Sani Abdul Hamid (Ahli Parlimen Kuala Langat), YB Saudara Chai Tong Chai (ADUN Chuah), YB Saudara Mike (Ahli Parlimen Kapar), YM Raja Petra Kamaruddin (Blogers Malaysia Today.com) serta YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang). Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg Tuan Haji Ramli (Yang Di Pertua PAS Kawasan Telok Kemang).


YB Saudara Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat) sedang menyampaikan ucapan yang menyentuh perjuangan keADILan dalam memartabatkan nasib kaum pekerja di negara ini.
(dari kiri: YB Saudara Chai Tong Chai, YB Saudara Mike, YBhg Tuan Haji Ramli, YB Dato' Kamarul Baharin & YM Raja Petra Kamaruddin)
YB Dato' Kamarul Baharin sedang berucap.

Sebahagian dari kira-kira 500 orang yang hadir dalam majlis ini.
YB Raja Petra Kamaruddin bergambar kenangan bersama Kak Ana (Ketua Wanita keADILan Bahagian Telok Kemang) serta Ahli-Ahli Jawatankuasanya.
Gambar kenangan YB Dato' Kamarul Baharin, YB Saudara M.Ravi bersama sebahagian dari peserta dialog di penghujung majlis.

26 November 2008

MENJELANG KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT 2008

10,000 BAKAL HADIRI KONGRES NASIONAL 2008



Kongres Nasional Parti keADILan Rakyat Kali Ke 5 pada 28 hingga 30 November ini akan menyaksikan kira-kira 10,000 orang membanjiri Stadium Melawati di Shah Alam termasuk 2,000 perwakilan dari 163 bahagian di seluruh negara.

Kongres Nasional yang dijangka bermula dengan persidangan sayap 2,000 anggota Angkatan Muda keADILan (AMK) dan Wanita pada 28 November ini dilihat sebagai bersejarah dan signifikan kerana ia diadakan buat pertama kalinya setelah kemenangan besar keADILan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac lalu.

keADILan memenangi sebanyak 31 kerusi Parlimen menjadikannya parti yang mempunyai blok terbesar mewakili Pakatan Rakyat dari segi jumlah kerusi di dalam Dewan Rakyat.

Persidangan AMK dan Wanita dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali Al Attas pada 28 November manakala Presiden Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail pula akan merasmikan Kongres Tahunan Nasional ke 5 pada 29 November serta menyampaikan ucaptama. Ketua Umum keADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dijangka hadir dan memberikan ucapan beliau selepas ucaptama Presiden.

Tema yang dipilih untuk Kongres Nasional ini pula sama dengan slogan parti pada Pilihanraya Umum ke 12 iaitu Harapan Baru menandakan kesenambungan proses pembaharuan dalam sistem dan corak kerajaan yang ingin dibawa oleh keADILan melalui Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung keADILan, Dato’ Sallehudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan semua persediaan penganjuran persidangan kali ini berjalan dengan lancar dan tertib. Sebenarnya persiapan sudah dirancangkan kira-kira dua minggu sudah. Dalam tempoh 10 hari sebelum Kongres persediaan semakin pesat. Tahun ini persediaan agak lebihlah, buat cara lebih meriah.

Ini termasuk menjemput sehingga 2,000 pemerhati dari setiap bahagian termasuk Sabah dan Sarawak bagi upacara perasmian dan sesi awam persidangan. Kongres Nasional kali ini juga mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan penggunaan Stadium Melawati yang mempunyai kapasiti kira-kira 12,000 orang.

Dari segi logistik pengangkutan Dato’ Sallehudin menerangkan pihak Sekretariat & Pengurusan Kongres Nasional akan menyediakan sebuah bas bagi membawa 40 anggota perwakilan daripada setiap bahagian. Bagi melicinkan penganjuran Kongres, Sekretariat di Ibu Pejabat parti juga memanggil kesemua 13 Setiausaha Kerja Negeri ke Ibu Pejabat keADILan untuk bermesyuarat bermula 24 November bagi menyelaraskan semua aspek persidangan termasuk keselamatan.

Untuk kawasan di luar stadium yang agak luas kita akan menggunakan khidmat RELA. Manakala keselamatan di dalam dewan kita akan mendapatkan khidmat syarikat pengawal keselamatan awam. Setiausaha Agung yakin Kerajaan Negeri Selangor akan memberi kerjasama dan begitu juga pihak Polis Di Raja Malaysia.

Bagi Perwakilan dari Sabah dan Sarawak, sebanyak 100 bilik hotel akan disediakan memandangkan mereka terpaksa menanggung kos tiket penerbangan ke Semenanjung.

Kerajaan Negeri Selangor pula akan menganjurkan satu karnival di luar Stadium Melawati bagi memeriahkan lagi suasana persidangan tersebut.

25 November 2008

LANJUTAN PENDEDAHAN ISU PENCEMARAN PANTAI SEGENTING TELOK KEMANG

Berikut adalah kenyataan balas Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson seperti yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian (24/11/2008) berhubung dengan pendedahan isu pencemaran Pantai Segenting yang dibangkitkan oleh Blog Ahli Parlimen Telok Kemang dengan kerjasama Encik Karam Singh Walia (TV3)..



Bagi kami, kenyataan yang diberikan oleh YDP MPPD ini jelas tidak mencerminkan lokas standi MPPD selaku Pihak Berkuasa Tempatan dalam memastikan kelestarian alam sekitar di Telok Kemang terpelihara. Mana mungkin MPPD tidak dibenarkan dari memasuk dan memeriksa serta memantau projek pembangunan tersebut? Sedangkan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat berbuat demikian, pantas bertindak setelah menerima aduan awam..

Seperkara lagi yang mencurigakan dalam kenyataan YDP MPPD adalah kononnya MPPD telah mengeluarkan surat arahan berhenti kerja pada minggu lepas. Sedangkan pemantauan yang kami jalankan selama beberapa hari di tapak projek mendapati jentera-jentera berat masih rakus menjalankan kerja tanpa memperdulikan kesannya pada alam sekitar.

Musim hujan yang setiap hari melanda Telok Kemang kini memburukkan lagi keadaan pencemaran. Ikuti pendedahan selanjutnya dari kami sedikit masa lagi. Dengan kerjasama TV3 serta aktivis alam sekitar, kami akan membawakan kepada anda pendedahan lebih eksklusif yang akan menjelaskan keadaan ini.

19 November 2008

SEKITAR SEMINAR HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA (SEHARUM)

Alhamdulillah, pada 16 November 2008 yang lalu bertempat di Golden Straits Villas Resort, Port Dickson telah selamat berlangsung Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM) peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus. Seminar sehari ini telah disertai seramai 69 orang peserta terdiri dari pimpinan keADILan di segenap peringkat dari 8 bahagian seluruh NSDK.

Seminar ini dikelolakan oleh Sekretariat Konvensyen & Seminar (SKS) Parti keADILan Rakyat bersama dengan Badan Perhubungan keADILan NSDK. Objektif utama dianjurkan seminar ini adalah bagi meningkatkan keyakinan & motivasi diri kepada para peserta agar dapat memberikan khidmat secara lebih produktif, cemerlang & berkesan melalui kesedaran bekerja sebagai satu pasukan.

Selain dari itu, seminar ini juga bertujuan untuk memperlengkapkan kemahiran-kemahiran strategik kepimpinan & interaksi. Mengenalpasti peranan & tanggungjawab utama sebagai pemimpin dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh Rakyat, dan Meningkatkan kemahiran dalam memberikan khidmat kepada Rakyat melalui tindakan strategik dalam memanfaatkan agensi-agensi Kerajaan serta pihak swasta yang wujud di peringkat D.U.N & kawasan Parlimen.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato' Kamarul Baharin selaku Pengerusi Badan Perhubungan keADILan NSDK telah menyentuh peri pentingnya setiap peserta mengambil berat pada persiapan keADILan & Pakatan Rakyat dalam misi menawan NSDK. Para peserta juga diseru agar menjadikan seminar ini sebagai satu permulaan kepada melaksanakan misi ini.

YB Dato' Kamarul sedang menyampaikan ucapan sambil disaksikan oleh Saudara Mustaffa Kamil Ayub (Naib Presiden keADILan)

Antara ahli panel yang hadir dalam seminar ini ialah Saudara Khalid Jaafar (Ahli MPT) yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Harapan Baru Untuk Malaysia: 5 Janji keADILan, Saudara Cheah Kah Peng (Ahli MPT) "Memperkasa Perjuangan keADILan", Saudara Zakaria Abdul Hamid (Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang) "Urustadbir Baik Perspektif Pakatan Rakyat" dan Saudara Mustaffa Kamil Ayub (Naib Presiden keADILan) dengan kertas kerja bertajuk "Menjana Pemimpin Perihatin Rakyat".

Sebahagian dari peserta yang hadir..

YB Dato' sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada Puan Ana (Ketua Wanita keADILan Bahagian Telok Kemang)
Saudara Mustaffa Kamil Ayub bagi pihak SKS menyampaikan cenderahati buat YB Dato'..
Gambar kenangan YB Dato' bersama para pimpinan Wanita NSDK yang hadir dalam seminar ini.

Tepukan syabas di penghujung majlis.. Diselangi dengan pimpinan tangan menyanyikan Lagu: "Kasih Yang Seharum"





Sila "KLIK" di bawah untuk mendengar Lagu: KASIH YANG SEHARUM"
video

16 November 2008

PENDEDAHAN TV3 - ISU PENCEMARAN PANTAI BT.10 TELOK KEMANG

Isu Pencemaran Pantai Bt.10 Telok Kemang seperti yang dilaporkan dalam Blog ini mencapai kemuncaknya apabila Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang telah dihubungi sendiri oleh Encik Karam Singh Walia (TV3) pada 9 November 2008. Maka pada hari berikutnya iaitu pada 10 November, kami telah membawa Encik Karam Singh serta krew TV3 ke lokasi yang dimaksudkan dalam laporan tersebut.

Namun kehadiran kami ke lokasi itu tidak disenangi oleh pihak kontraktor yang segera mengarahkan pengawal keselamatan menutup pagar bagi menghalang kami dari memasuki tapak pembinaan. Mujurlah dengan kerjasama serta keperihatinan pihak Polis Tentera yang mengawal di Kem Pusat Olah Perang Tentera Darat yang bersebelahan kawasan pembinaan terbabit yang mengalu-alukan TV3 agar membuat pendedahan ini, kemudiannya segera membenarkan kami merakamkan gambar dari dalam pagar kem berkenaan.



Kemudian kami terpaksa memilih menggunakan jalan tepi pantai melalui Guomon Resort dan segera merakamkan segala bentuk jenayah alam sekitar yang telah memusnahkan keindahan pantai.

Encik Karam Singh menemubual Saudara Fuad, mewakili nelayan Telok Kemang serta Madam Yvonne Halska Smith, pelancong British yang sungguh kecewa dengan apa yang berlaku.


Saudara Mohd. Nor Mohd. Sap sedang menyatakan pendirian mewakili Warga Telok Kemang.

Kemudiannya kami bergegas ke pejabat Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson bagi mendapatkan penjelasan. Namun YDP kononnya 'tiada' di pejabat dan hanya mewakilkan Setiausaha Majlis yang 'naif' serta tidak dapat memberikan ulasan lanjut yang benar-benar konkrit menyentuh isu ini. Sesungguhnya sesuatu yang amat mengecewakan...


Hanya ini penjelasan yang diberikan oleh Setiausaha Majlis MPPD:

Terima kasih atas makluman. Pihak Markas Angkatan Tentera Malaysia langsung tidak pernah memaklumkan atau mengemukakan apa juga bentuk plan mahupun perancangan projek tersebut kepada MPPD dan projek di luar bidang kuasa MPPD sebaliknya di bawah kuasa Kementerian Pertahanan. MPPD akan memaklumkan kepada pihak perunding projek dan pemaju (Markas Angkatan Tentera Malaysia) untuk memastikan tidak berlaku pencemaran dan kacau ganggu kepada persekitaran projek. Kami difahamkan pihak pemaju terbabit telah membina silt trap bagi memastikan hakisan tanah (lumpur) daripada tapak binaan tidak mengalir ke pantai/laut. Pihak perunding juga telah menempatkan pegawainya secara tetap di kawasan tapak bagi memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkannya. MPPD juga akan membuat lawatan mengejut di kawasan terbabit dan mengadakan perbincangan dengan perunding projek secara berkala.

"Pandai menggunting kain, tetapi tak pandai menjahit baju".. Siapa?.. MPPD atau Markas Angkatan Tentera Malaysia?

Laporan penuh boleh disaksikan melalui siaran Buletin Utama TV3 14/11/2008: http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=190&ShowID=231&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=22157&VideoID=20630



13 November 2008

SEKITAR LAWATAN KERJA YB DATO' PADA 8 NOVEMBER.. PENTADBIRAN MPPD YANG MENDUKACITAKAN

APA DAH JADI DENGAN M.P.P.D? KELEMAHANNYA BEGITU MENDUKACITAKAN...

Tujuan laporan ini disiarkan bukan untuk mencari kelemahan sesiapa, jauh sekali dari mencari kesalahan. Namun atas keperihatinan seorang Ahli Parlimen dan setelah pelbagai laporan dan aduan yang disiarkan dalam akhbar SINAR HARIAN langsung tidak diambil perhatian oleh MPPD, pada sebelah pagi 8 November 2008, YB Dato' Kamarul telah mengadakan lawatan kerja sekitar kawasan Bandar Port Dickson dan kawasan Telok Kemang. Pelbagai perkara telah mendukacitakan yang melibatkan pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson dirakamkan dalam lawatan mengejut ini:


YB Dato' melemparkan senyuman kepada seorang peniaga ketika bersarapan pagi di Pasar Besar Port Dickson..

YB Dato' Kamarul 'turun padang' meninjau keadaan di Pasar Besar Port Dickson.

Menjijikan.. Majlis Perbandaran Port Dickson langsung tidak mengambil perhatian kepada begitu banyak aduan yang telah dilaporkan mengenai keadaan di longkang pasar ini..

Gerai-gerai di bahagian atas Pasar Besar Port Dickson yang terbiar kosong.. Di manakah inisiatif MPPD?

Sejurus selepas mengadakan lawatan mengejut ke Pasar Besar Port Dickson, YB Dato' telah 'turun padang' mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Penerangan Pelancongan PD. Perkara yang sama jelas kelihatan, kegagalan MPPD dalam menguruskan harta awam.

Projek Gajah Putih.. Pusat Penerangan Pelancongan PD di Terminal Bas PD.. Indah di luar tetapi terbiar.. Tanpa seorang pun petugas dan langsung tanpa sebarang risalah pelancongan..

Peralatan komunikasi bernilai ribuan ringgit yang tidak berfungsi..
MPPD masih menggantung gambar Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke 12..

Kemudiannya YB Dato' terus ke Bt.8 untuk mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Penerangan Pelancongan Pantai Telok kemang. Perkara yang sama jelas kelihatan, sekali lagi MPPD gagal dalam menguruskan harta awam.

Mengecewakan.. Pusat Penerangan Pelancongan Pantai Telok Kemang.. Berkunci.. Tiada petugas.. ke mana halatuju MPPD dalam menguruskan hartabenda milik pembayar cukai?

Sekitar tapak perkhemahan Pantai Telok Kemang yang dibiarkan tanpa penjagaan..

Gerai-gerai terbiar kosong..

pantai dipenuhi sampah sarap..

Apa dah jadi dengan pentadbiran MPPD? Begitulah kekesalan yang dinyatakan oleh seorang Wakil Rakyat..