31 October 2008

SINAR HARIAN.. AKHBAR NO.1 DI TELOK KEMANG

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sidang Editor, Wartawan serta Warga Kerja akhbar SINAR HARIAN. Dengan adanya akhbar ini di pasaran, akan memberikan alternatif kepada para pembaca yang mahukan laporan berita yang tepat dan yang lebih pentingnya seimbang.

Semenjak SINAR HARIAN mengembangkan peranan penyiarannya di Negeri Sembilan & Melaka, akhbar ini telah menjadi pilihan utama di Parlimen Telok Kemang.


YB Dato' Kamarul Baharin pembaca setia SINAR HARIAN..

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB DATO' KAMARUL BAHARIN


KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB DATO' KAMARUL BAHARIN
(AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG)

Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Kamarul Baharin (Ahli Parlimen Telok Kemang) akan dianjurkan pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:

Tarikh : 16 November 2008 (Ahad)
Masa : mulai 8.30 pagi
Tempat : Alam Megah Sports Arena, PD

Kejohanan ini bakal menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti:

JOHAN - RM1,500 + PIALA + HAMPER
NAIB JOHAN - RM700 + HAMPER
KETIGA - RM200 + HAMPER
KEEMPAT - RM100 + HAMPER

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 14 NOVEMBER 2008


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Mohd. Yani : 012-6610079
Shahril : 012-3565758
Amir : 012-3589872

YURAN PENYERTAAN : RM100 BAGI SETIAP PASUKAN

Muat turun borang penyertaan:





KURSUS USAHAWAN TERNAKAN CACING & BAJA ORGANIK VERMIKOMPOS (V.N38)

KURSUS USAHAWAN TERNAKAN CACING & BAJA ORGANIK VERMIKOMPOS (V.N38)

Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang dengan kerjasama ZH Agro Bina Enterprise ke arah melahirkan usahawan Agrotek & Agro Tani.

Kursus ini akan diadakan pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:

Tarikh: 9 November 2008 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang,
Permai Park, Port Dickson

Yuran penyertaan: PERCUMA.

Penganjur akan memberikan sijil penyertaan serta khidmat nasihat kepada para peserta yang menyertai program ini.



Fakta menarik: Ternakan Cacing Sebagai Sumber Pendapatan

Tahukah anda bahawa cacing kini merupakan satu cabang perniagaan yang berkembang maju di Malaysia. Tetapi sehingga kini ramai yang tidak tahu potensi sebenar penternakan cacing. Industri penternakan cacing merupakan satu industri yang hebat dan mudah jika dijalankan dengan betul... Tetapi, adakah anda tahu menjalankan penternakan cacing yang sebenarnya dan mengikut sistem yang mudah??

Sebelum itu,anda berfikir sama ada anda perlu memulakannya dari kecil atau secara besar-besaran? Adakah anda tahu bahawa pengusaha yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa mempunyai rahsia dan teknik tersendiri yang mereka simpan semata-mata untuk membuatkannya lain daripada yang lain?

Bagaimana jika saya katakan bahawa anda kini boleh mendapat rahsia dan teknik yang sebenar dengan mudah dan cepat?

Kini anda tidak lagi perlu untuk berjumpa dengan orang perseorangan bagi mendapatkan teknik dan rahsia penternakan cacing . Malah teknik dan rahsia penternakan cacing yang diberitahu merupakan teknik dan rahsia yang dijamin tidak akan mengecewakan anda kerana ia telah terbukti berjaya bagi pengusaha-pengusaha dan penternak cacing ini.



Sertailah program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang ini. Segera daftarkan nama anda dan rakan-rakan dengan menghubungi:


Saudara Mohd. Nor - 013 6536685
Kapt Shaharuddin - 019 2801397 / 06 6517475

KITA BERSAMA DALAM MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN RAKYAT

KITA BERSAMA DALAM MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN RAKYAT

Mulai hari ini, Blog telokkemang.blogspot.com ingin memaparkan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus selain dari terus menyiarkan laporan aktiviti/program yang berlangsung di sekitar Parlimen Telok Kemang.

Untuk makluman, semakin hari semakin banyak masalah rakyat terbongkar, perumahan terbengkalai, kelemahan pengangkutan awam, pengkorporatan Jabatan Bekalan Air, pembalakan haram, kes curi pasir, sikap ambil lewa Pihak Berkuasa Tempatan dan banyak lagi.

Banyak masalah rakyat dibangkitkan sebelum ini boleh dilayari di Blog berikut :

http://amkns.blogspot.com/
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/
http://pasns.blogspot.com/
http://terbengkalai.blogspot.com/

Sekian, salam hormat dari:
Blogmaster

PEMBELI RUMAH TERBENGKALAI DI NEGERI SEMBILAN BUAT LAPORAN POLIS

Nak tahu berapa banyak perumahan terbengkalai di Negeri Sembilan , berapa ramai pembeli rakyat Negeri Sembilan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sila lihat laman web Blog ini http://terbengkalai.blogspot.com

Siapalah nak membela nasib rakyat Malaysia , pemimpin sekarang tengah sibuk hendak bertanding jawatan , pemimpin sekarang tengah sibuk nak bincang Dasar Ekonomi Baru , pemimpin sekarang tengah sibuk nak macam-macam lagilah. Nak membela pembeli perumahan terbengkalai samada pembeli Melayu , Cina atau India , nak membela peminjam Along , nak membela peniaga Melayu , Cina dan India ni perkara kecil agaknya pada mereka.


PEMBELI RUMAH TERBENGKALAI DI NEGERI SEMBILAN BUAT LAPORAN POLIS


Pada 28 Oktober 2008. Seramai 45 Orang pembeli rumah Perpaduan Heights Kuala Pilah, Senaling telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Pilah hari ini jam 4.00 petang terhadap Pemaju dan dua buah Syarikat Arkitek Projek Perumahan Perpaduan Heights Kuala Pilah yang terbengkalai semenjak 2003. Laporan polis tersebut diketuai oleh En. Salehuddin Abdullah selaku Pengerusi Badan Bertindak Pembeli.


Menurut En. Salehudin, Projek yang dimulakan pada tahun 1996 yang sepatutnya siap pada tahun 2001 telah berjaya menarik seramai 231 orang pembeli, dan semenjak terbengkalai sudah banyak ikhtiar telah dilakukan oleh pembeli bagi menarik perhatian Kerajaan untuk membantu menyelesaikan kemelut ini, namun semuanya menemui jalan buntu.


Laporan lanjut di :

http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2008/10/pembeli-perumahan-perpaduan-heights.html

SUDI-SUDILAH BERZIARAH KE BLOG BAZAAR M.A.I.N.S

Nak tahu tempat senang parking di Seremban ?


Kalau pergi bandar Seremban masa hari bekerja , memang payah betul nak cari tempat letak kereta. Apatah lagi kalau ada urusan di bank dan sebagainya. Ada kalanya hilang juga sabar nak cari tempat letak kereta, pusing 4-5 kali belum tentu jumpa lagi.


Kini ada satu tempat letak kereta yang sedikit mudah untuk jumpa yang kosong. Tempatnya ialah di jalan hadapan Bazaar MAINS. Patutlah ramai orang tak jumpa Bazaar MAINS , walaupun Bazaar MAINS ni terletak di tengah-tengah pusat bandar Seremban , berhampiran dengan The Store Seremban.


Ini disebabkan jalan di Bazaar MAINS ialah jalan satu hala yang hanya boleh masuk dari Jalan Dato Bandar Tunggal. Kalau kita dari The Store atau nak ke The Store melalui jalan Tunku Munawir memang tak boleh masuk jalan Bazaar MAINS ni , iaitu Jalan Dato Abdul Rahman.


Jadi kalau nak cari jalan yang senang sikit nak cari tempat letak kereta di tengah kesesakan bandar Seremban , cubalah di jalan Bazaar MAINS. Ada masa singgahlah di Bazaar MAINS , tengok pelbagai produk di sana , terutamanya kain tudung, kain batik, barangan kraf, kedai jahit, kedai herba tradisional dan sebagainya.


Sudi-sudilah berziarah ke Blog Bazaar MAINS di http://bazaarmains.blogspot.com

AKTIVITI PEMBALAKAN DI NEGERI SEMBILAN.. SIAPA YANG UNTUNG DAN SIAPA YANG RUGI?

"BUKIT MANTIN GONDOL…ANGKARA SIAPA?

Semasa berbual dengan seorang pensyarah dari sebuah IPTA di Lembah Kelang, dia ada menyuarakan kekecewaannya akibat kegondolan bukit Mantin. Katanya, keindahan pemandangan di jalan itu sudah tiada. Kalau dulu sejuk mata memandang setiap kali lalu. Tapi sekarang, sungguh menggecewakan. Dia hairan, mengapa Menteri Besar Negeri Sembilan ni, senang-senang sahaja bagi orang keluarkan hasil balak di kawasan itu sehingga gondol Bukit Mantin.
Tindakan memberi kebenaran membalak bagi sesuatu kawasan dan tanahnya kemudian diberikan milik kepada orang perseorangan bukan sahaja berlaku di Mantin, tetapi juga di beberapa kawasan lain di Negeri Sembilan.

Sumber :
http://cowenganakpilah.blogspot.com/2008/06/bukit-mantin-gondolangkara-siapa.html



HUTAN PEKELAHAN MANTIN MUSNAH !

Sesampai saja kami di Bukit Mantin, kami terperanjat besar melihat longgokan kayu balak di hutan perkelahan Galla. Rupa-rupanya kerja pembalakan telah mengambil tempat kawasan perkelahan yang suatu masa dulu pernah kami singgah bersama-sama rakan-rakan. Ke mana perginya air terjun di situ ? Kalaulah suatu masa dulu, bila kami ku melintasi Bukit Mantin ini alangkah enak dan nyaman dengan kesejukan cuacanya, tapi sekarang entahlah..


Sumber : http://alihasanwaseda.blogspot.com/2008/05/hari-ini-27-mei-saya-ke-seremban.html



PEMBALAKAN HUTAN LIPUR LENGGENG PUNCA BANJIR LUMPUR


Aktiviti pembalakan di Hutan Lipur Lenggeng didakwa menjadi punca kepada banjir lumpur yang melanda lapan sekeluarga di Kampung Mendum, dekat sini, di saat mereka sedang menunggu waktu berbuka puasa sekitar 6.50 petang.
Pembalakan tersebut dibawah Projek Pembangunan Kawasan Menteri Besar Incoporation (MBI) yang dijalankan oleh Real Strong (M) Sdn Bhd. Tempoh lesen membalak syarikat terbabit adalah dari 4 September 2007 sehingga 3 Februari 2008 serta meliputi kawasan seluas 80 hektar.

Sumber :
http://pasns.blogspot.com/2007/10/pembalakan-hutan-lipur-lenggeng-punca.html

30 October 2008

SAMBUTAN HARI RAYA DI PARLIMEN REMBAU

SAMBUTAN HARI RAYA DI PARLIMEN REMBAU (D.U.N KOTA)

Pada 26 Pktober 2008, YB Dato' Kamarul Baharin telah diundang menghadiri Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh keADILan Bahagian Rembau. Majlis yang berlangsung di Kampung Bintongan dalam kawasan D.U.N Kota ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Saudara Azmin Ali (Naib Presiden keADILan/ Ahli Parlimen Gombak), YB Saudara Chai Tong Chai (ADUN Chuah), Tn. Hj. Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi), Saudara Rozmal Malakan (YDP PAS Kawasan Rembau) serta pimpinan daripada Pakatan Rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.



Dalam ucapan alu-aluannya, tuan rumah majlis ini Saudara Yusof Tapa berkata, "Sempena Hari Raya yang mulia ini, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada seluruh ahli UMNO Cawangan Kampung Batu ini..". Beliau yang juga Pengarah KeADILan DUN Kota juga seorang bekas ahli UMNO. Menurut beliau, kemaafan itu dipohon kerana beliau tidak mampu lagi untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO. Ini kerana perjuangan UMNO telah tersasar jauh dari perjuangan asal dan tidak lagi relevan dengan rakyat di Malaysia.

Dalam majlis itu, seramai 5 orang fakir miskin telah diberikan sumbangan oleh Ketua keADILan Bahagian Rembau, Saudara Badrul Hisham Shaharin. Isteri beliau juga turut memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis berkenaan.



Lebih 1,500 orang telah membanjiri rumah Saudara Yusof Tapa yang menjadi tuan rumah kepada Program Ceramah sempena Raya dan Jamuan Rumah Terbuka D.U.N Kota pada malam itu. Program yang turut dihadiri oleh YB Saudara Azmin Ali yang merupakan penceramah utama dalam majlis berkenaan. Dalam ucapannya, YB Saudara Azmin Ali telah menyeru kepada orang ramai agar bersama-sama Pakatan Rakyat. "Apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Rembau ini? Ke mana dia ketika banjir melanda Rembau? Beliau (Khairy Jamaludin), sedang bertungkus-lumus mencukupkan kouta untuk membolehkan beliau bertanding Ketua Pemuda UMNO. Mana kepedulian beliau kepada rakyat Rembau? Saya menyeru kepada semua. Buat tindakan bijak. Ayuh sertai Pakatan Rakyat dan mari kita sama-sama buat perubahan terhadap negara kita yang tercinta ini" tegas beliau.


Dalam majlis itu juga, Saudara Yusof Tapa telah menyerahkan sebanyak 237 borang keahlian dari ahli UMNO yang menyertai keADILan. YB Saudara Azmin Ali juga telah sudi untuk melancarkan Program Bersih & Baiki secara simbolik dengan menyerahkan tukul besi kepada Saudara Zairul Izman (Ketua AMK Rembau). Program ini adalah program mencari rumah-rumah orang miskin yang boleh dibersihkan dan diperbaiki di dalam Parlimen Rembau.

29 October 2008

PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA HARI DEEPAVALI

PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA HARI DEEPAVALI


Bersempena dengan perayaan Hari Deepavali pada kali ini, pelbagai program telah disusun. Antara program yang telah diatur adalah kunjungan YB Dato' ke kawasan Dewan Undangan Negeri Chuah pada 25 Oktober 2008. Dalam program ini, YB Dato' diiringi YB Saudara Chai Tong Chai (ADUN Chuah) 'turun padang' meninjau sendiri kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat India terutamanya yang bekerja di kawasan ladang dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Selain dari mendekati mereka dan bertanyakan khabar sekaligus menyelami permasalahan rakyat, YB Dato' turut berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas sempena Hari Deepavali.


Sumbangan ikhlas dari YB Saudara Chai Tong Chai diperhatikan oleh YB Dato'..


YB Dato' mendekati dan menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas..


Semoga sinar harapan akan menerangi perayaan Deepavali pada kali ini..


Sementara itu dalam program yang berasingan, rombongan Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang diketuai Setiausaha Kerja di Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang - Kapt. Shahruddin Abdul Hamid turut berkesempatan mengunjungi Kampung Bukit Palong, dalam kawasan D.U.N Lukut dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah keluarga masyarakat India yang kurang bernasib baik di kampung ini.


Kapt. Shahruddin menyampaikan sumbangan ikhlas dari YB Dato' kepada ibu tunggal di kampung ini..


Setelah 51 tahun MERDEKA, masih ada rakyat Malaysia yang tinggal dalam rumah yang daif begini..

LAWATAN KERJA YB DATO'

SEKITAR LAWATAN KERJA YB DATO'
PADA
24 OKTOBER 2008


Pada 24 Oktober 2008 yang lalu, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas telah meluangkan masa mengunjungi Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Cawangan Port Dickson. Dalam kunjungan singkat tersebut, selain dari mendapatkan perkhidmatan kaunter, YB Dato' turut berkesempatan beramah mesra dengan Pegawai serta kakitangan JPN dan juga Warga PD yang berurusan di pejabat berkenaan.





YB Dato' sedang mendapatkan perkhidmatan di kaunter JPN Cawangan Port Dickson..


Selepas ke Pejabat JPN, YB Dato' kemudiannya mengunjungi Telekom Malaysia Point di Bandar PD. Selain dari mendapatkan perkhidmatan di kaunter, YB Dato' turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Pengurus TM Point. Pelbagai topik dibincangkan dalam pertemuan singkat ini, antara lain menyentuh peranan TM dalam pembangunan modal insan serta program-program kerjasama yang boleh diterokai bersama.




Keramahan para Pegawai TM Point sedang melayani YB Dato'..


YB Dato' sedang berbual mesra dengan Pengurus TM Point Cawangan Port Dickson.

23 October 2008

UCAPAN SELAMAT HARI DEEPAVALI



SELAMAT MERAIKAN HARI DEEPAVALI


Diucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan beragama Hindu. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua. Selaras dengan makna Deepavali @ Diwali itu sendiri: kehadiran cahaya kebaikan menewaskan kuasa kejahatan.

Raikanlah perayaan ini dengan kesederhanaan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjung di antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.



MAKKAL SAKTI

KERATAN DARI AKHBAR SINAR HARIAN

KERATAN DARI AKHBAR SINAR HARIAN






22 October 2008

SELAMAT BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN



YB Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas mendoakan agar anak-anak para pelajar yang bakal menduduki UPSR, PMR mahupun SPM & STPM pada tahun ini beroleh kejayaan dalam peperiksaan. Semoga anak-anak sekelian akan menjadi Warga Telok Kemang yang berjaya rohani & jasmani serta maju dalam bidang akademik serta siasah.

YB DATO' DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS AIDIL FITRI ANJURAN PAS KAWASAN TELOK KEMANG

MAJLIS AIDIL FITRI ANJURAN PAS KAWASAN TELOK KEMANG
DI MAYANG SARI RESORT & SPA, PORT DICKSON
PADA 18 OKTOBER 2008 BERSAMAAN DENGAN 18 SYAWAL 1429H




(dari kanan) YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas, Tn. Hj. Zulkefly Mohamad Hj. Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) & Setiausaha PAS Negeri Sembilan dalam Majlis Aidil Fitri anjuran PAS Kawasan Telok Kemang di Mayang Sari Resort & Spa, Port Dickson



dari kiri) YB Saudara Ean Yong (ADUN Lukut), YB Saudara M.Ravi
(ADUN Bandar Port Dickson) & YB Saudara Chai Tong Chai (ADUN Chuah)
turut hadir dalam majlis ini..

SEKITAR MAJLIS AIDIL FITRI PARLIMEN TELOK KEMANG




MAJLIS AIDIL FITRI PARLIMEN TELOK KEMANG
18 OKTOBER 2008 BERSAMAAN DENGAN 18 SYAWAL 1429H


YB Dato’ Kamarul Baharin Bin Abbas ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran rakan-rakan serta taulan ke Majlis Aidil Fitri Parlimen Telok Kemang yang telah selamat diadakan pada 18 Oktober 2008 bersamaan dengan 18 Syawal 1429H bertempat di Restoran JOM MAKAN-MAKAN, Port Dickson.

YB Dato’ turut ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas komitmen yang ditunjukan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa keADILan Bahagian Telok Kemang serta Sukarelawan yang bertungkus-lumus bergotong-royong bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih diucapkan..

Hujan gerimis di awal pagi tidak menghalang kira-kira 5,000 orang tetamu dari pelbagai kaum serta latarbelakang mengunjungi majlis ini yang bermula seawal jam 11.00 pagi hingga jam 3.00 petang.

Jelas penganjuran majlis seumpama ini mencerminkan semangat kekitaan Bangsa Malaysia yang dipupuk serta diperjuangkan oleh keADILan dan Pakatan Rakyat, ujar YB Saudara Ean Yong (ADUN Lukut) yang berucap mewakili masyarakat Tionghua dalam majlis ini.

Sementara itu dalam ucapan mewakili masyarakat India, YB Saudara M.Ravi (ADUN Bandar Port Dickson) berkata, kepelbagaian budaya serta adat resam masyarakat majmuk Malaysia diraikan bersama-sama. Dalam majlis pada hari ini, walaupun masyasrakat Muslim yang merayakan Aidil Fitri, masyarakat dari kaum lain turut bersama-sama memeriahkannya.


Foto-foto sekitar hari Majlis Hari Raya Parlimen Telok Kemang (18/10/2008)


18/10/2008 (0925H)
Senyuman mesra YBhg Datin Faridah Abdullah di awal pagi sebelum ketibaan para tetamu..


Nampak gayanya Datin dah mula turun tangan membantu..


18/10/2008 (1000H)
Datin sedang memotong nasi himpit..


Sarapan pagi ini disiapkan sendiri oleh Datin..


YB Dato’, Datin, Staff Pejabat Ahli Parlimen & Jawatankuasa keADILan Bahagian Telok Kemang bersarapan bersama..


'Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini selamat', mungkin itu kata YB Dato' pada Saudara Mohd. Nor..


18/10/2008 (1100H)
YB Dato’ mula menerima kunjungan tetamu..


YB Dato’ menerima salam dari Wakil Persatuan Peniaga Cina Port Dickson..


Terima kasih dari YB Dato’ kepada Mr. Lim atas sokongan Persatuan Peniaga Cina Port Dickson pada keADILan..


YB Dato’, Saudara Rahamat & rakan-rakan dari Persatuan Penduduk Tanjung Gemok, Port Dickson


Saudara Zaini (mewakili Rukun Tetangga Taman Intan Perdana) & anak-anaknya..



‘4 orang jelitawan’ dari Stesyen Janakuasa Tuanku Jaafar, TNB..


YB Dato’ meraikan rakan-rakan dari ESSO Refinery..



18/10/2008 (1345H)
Tetamu dari SHELL Refinery & Ekspetariat dari Holand..


Tetamu dari SHELL Refinery & Ekspetariat dari Holland berbual mesra dengan Datin..



Rasolah lomang ini, dengan rendangnya sekali… YB Dato’ melayani rakan-rakan dari Politeknik Port Dickson


'Nasi dah habis'.. Saudara Rizal dibantu Saudara Man menanak nasi periuk ketiga..


Bergambar kenangan bersama rakan-rakan dari keADILan Melaka..


Artis undangan dari Kuala Lumpur, Aliff Nasir..


Persembahan tiupan sexaphone Aliff Nasir..


Kenangan YB Dato’, Datin & aktivis ‘Free Raja Petra Kamarudin Campaign’


YB Saudara M.Ravi (ADUN Port Dickson) sempat melemparkan senyuman kepada aktivis ‘Free Raja Petra Kamarudin Campaign’


Sampai tak sempat nak makan.. YB Saudara M.Ravi menerangkan sesuatu kepada YB Dato’..


‘Kita akan adakan perbincangan lanjut untuk menyelesaikan masalah rakyat ini’, kata YB Dato’ kepada YB Saudara M.Ravi..


Walaupun sibuk menganjurkan majlis Raya, YB Dato' sentiasa perihatin dengan permasalahan yang dibawa oleh Rakyat Telok Kemang. Gambar YB Dato' dengan Encik Zamri Abdullah dari Taman Politeknik, Port Dickson..


YB Saudara Ean Yong (ADUN Lukut) bersalaman dengan Kapt. Shaharudin Abdul Hamid (Setiausaha Kerja di Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang)


Sebahagian dari kira-kira 5,000 Warga Telok Kemang yang silih berganti hadir ke majlis ini..


18/10/2008 (1425H)
YB Dato' menyambut kehadiran Tn. Hj. Ramli (YDP PAS Kawasan Telok Kemang) & rakan-rakan sambil diperhatikan oleh YB Saudara Amiruddin (ADUN Sikamat)


Serius nampaknya perbincangan di antara YB Dato' dengan Tn. Hj. Ramli, sementara YB Cikgu Rasyid (ADUN Ampangan) sedang berbincang dengan YB Saudara Chai Tong Chai (ADUN Chuah) sambil diperhatikan rakan dari Seremban..


YB Dato', Tn. Hj. Ramli, YB Cikgu Rasyid, Saudara Mohd. Nor & Saudara Sabaruddin berbincang sebelum majlis berakhir..



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Foto-foto sekitar hari gotong-royong (17/10/2008)



Ketua Wanita keADILan Bahagian Telok Kemang (Kak Nah) & sukarelawan Wanita antara yang paling awal sampai menjalankan tugas menyediakan ramuan untuk masakan..


Pedih mata memotong bawang..


‘Orang Lama’ Kg. Paya, Port Dickson tidak ketinggalan..


17/10/2008 (1645H)
Jejaka 3 serangkai diketuai Saudara Amir (Ketua AMK Telok Kemang) ‘mengerjakan’ ayam untuk juadah rendang..


17/10/2008 (1730H)
Tn. Hj. Asmaon Basir (Ketua Penerangan keADILan Negeri Sembilan) & rakan-rakan berbincang membahagikan penugasan..


Korban lembu jantan untuk dibuat lauk hidangan..


Tugas melapah diserahkan pada yang pakar..


Saudara Yani memotong tulang lembu untuk dibuat hidangan istimewa Sup Telok Komang..


17/10/2008 (1825H)
Saudara Amin (Ketua keADILan Bahagian Telok Kemang) turun tangan..


Sukarelawan Angkatan Muda tidak ketinggalan..


Lomang istimewa untuk hidangan para tetamu yang akan datang esok..


Fadhil (Sukarelawan Belia) & Saudara Norman (Setiausaha keADILan Bahagian Telok Kemang)


18/10/2008 (0125H)
Gandingan mantap ‘orang kuat’ keADILan Bahagian Telok Kemang
Saudara Amin & Saudara Mohd. Nor bersengkang mata hingga ke tengah malam..


--------------------------------------------------------------------------------------------------