[ Soalan Parlimen : jawab bertulis ]
Meminta MENTERI PENERANGAN menyatakan jumlah keseluruhan syarikat yang diiktiraf dan diberi hak mengemukan tender mendapat program di semua rangkaian televisyen RTM.
Jawapan Menteri:
Tuan Yang Dipertua,
Sehingga Mei 2008, sebanyak 344 syarikat penerbitan telah diklafikasikan mengikut kelas atau kategori seperti berikut:
Kelas A: 35 syarikat.
Kelas B: 106 syarikat, dan
Kelas C: 203 syarikat.
Semua syarikat yang telah mendapat sijil klasifikasi telah diberikan hak dan layak mengemukakan dan menyertai tender bagi mendapat program di rangakaian-rangkaian TV RTM.
Disediakan oleh:
Jamil Hashim,
Ketua Unit Dokumentasi RTM